Anda di halaman 1dari 32

Kata Nama Khas

KATA NAMA KHAS


01

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan


oleh Kementerian ________________,
seramai 250,000 jemaah Malaysia telah
menunaikan umrah pada tahun lalu.

A. Pendidikan
B. Pelancongan dan Kebudayaan
C. Kewangan
D. Kesihatan

B
KATA NAMA KHAS
02

Amri tidak hadir ke sekolah semalam


kerana mengikut keluarganya menghantar
abangnya yang melanjutkan pelajaran di
_______________.

A. Hospital Sultanah Aminah


B. Pulau Langkawi
C. Universiti Kebangsaan Malaysia
D. Dataran Merdeka

C
KATA NAMA KHAS
03

Pada musim cuti persekolahan yang lalu,


Encik Salman telah membawa keluarganya
berkelah di _________________.

A. Pantai Desaru
B. Dewan Serbaguna
C. Pekan Rabu
D. Stadium Bukit Jalil

A
KATA NAMA KHAS
04

Di Malaysia, Perayaan ___________ disambut


pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu
dan merupakan cuti umum.

A. Hari Raya Aidilfitri


B. Tahun Baru Cina
C. Hari Gawai
D. Deepavali

D
KATA NAMA KHAS
05

Datuk telah dipindahkan ke _______________


untuk menjalani pembedahan pintasan
jantung oleh doktor pakar.

A. Klinik Choo
B. Institut Jantung Negara
C. Universiti Teknologi Malaysia
D. Sekolah Kebangsaan Meranti

B
KATA NAMA KHAS
06

Hari pekerja disambut pada bulan _______


bagi menghargai jasa dan sumbangan
golongan buruh yang banyak memberikan
sumbangan dalam meningkatkan ekonomi
negara.

A. Ogos
B. September
C. Mei
D. Disember

C
KATA NAMA KHAS
07

Sebagai pengerusi _____________ di


sekolahnya, Zaki amat mahir mendirikan
khemah dan menyalakan unggun apI.

A. Kelab Catur
B. Kadet Polis
C. Pergerakan Pengakap
D. Kelab Hoki

C
KATA NAMA KHAS
08

Suzy sering berkunjung ke kedai jam


_________ untuk berjumpa dengan rakan
baiknya yang bekerja di situ.

A. Rolex
B. Bata
C. Nike
D. Nokia

A
KATA NAMA KHAS
09

Kakak menemani ibu ke kaunter


____________ bagi menyelesaikan urusan
pengeluaran wang tunai untuk majlis
perkahwinan kakak.

A. Pasar Raya Songmart


B. Bank Rakyat
C. Restoran Chong
D. Perpustakaan Negara

B
KATA NAMA KHAS
10

Bagi memberi penghormatan kepada lebih


seribu perajurit yang gugur di medan
peperangan, _____________ telah didirikan di
Kuala Lumpur.

A. Tugu Peringatan Negara


B. Menara Berkembar Petronas
C. Menara Kuala Lumpur
D. Muzium Negara

A
KATA NAMA KHAS
11

Tun Abdul Razak merupakan mantan


Perdana Menteri Malaysia yang digelar
Bapa _____________.

A. Kemerdekaan
B. Pembangunan
C. Perpaduan
D. Pemodenan

B
KATA NAMA KHAS
12

Baginda _____________ akan meraikan


sambutan Rumah Terbuka Malaysia
bersama rakyat jelata negerinya.

A. Perdana Menteri
B. Sultan Terengganu
C. Menteri Besar
D. Ketua Menteri

B
KATA NAMA KHAS
13

_________________ menyoal siasat lelaki yang


diberkas di Lapangan Terbang Kuala
Lumpur kerana membawa sebuah beg
berisi dadah jenis syabu.

A. Encik Raju
B. Doktor Raju
C. Cikgu Raju
D. Inspektor Raju

D
KATA NAMA KHAS
14

Perlumbaan Formula Satu ( F1 ) Grand Prix


Malaysia telah diadakan di
_______________.

A. Perpustakaan Negara
B. Kuala Lumpur Sentral
C. Stadium Merdeka
D. Litar Antarabangsa Sepang

D
KATA NAMA KHAS
15

Disebabkan hujan lebat sejak beberapa


hari yang lalu, ___________ terpaksa ditutup
kerana berlakunya tanah runtuh dari
lereng bukit.

A. Kampung Bahagia
B. Jalan Harapan
C. Taman Bahagia
D. Istana Melur

B
KATA NAMA KHAS
16

Adik berasa kagum apabila melihat


beberapa ekor unta di ______________.

A. Zoo Negara
B. Muzium Negara
C. Perpustakaan Negara
D. Taman Negara

A
KATA NAMA KHAS
17

Bangunan bersejarah hasil tinggalan


Portugis di Melaka ialah _________________.

A. Istana Kelly
B. Tugu Negara
C. Kota A’ Famosa
D. Legoland

C
KATA NAMA KHAS
18

Ayah menghadiahi adik sepasang kasut


bola berjenama _________ sempena hari
lahirnya yang kesepuluh.

A. Casio
B. Panasonic
C. Elken
D. Adidas

D
KATA NAMA KHAS
19

Encik Amri yang baru dilantik sebagai


_________ Sekolah Kebangsaan Mutiara
telah berjanji untuk melaksanakan
tanggungjawabnya dengan bersungguh-
sungguh.

A. Menteri Besar
B. Guru Besar
C. Perdana Menteri
D. Pegawai Daerah

B
KATA NAMA KHAS
20

Setelah berpuasa selama sebulan, umat


Islam akan menyambut perayaan
______________.

A. Hari Raya Aidil Adha


B. Hari Raya Aidil Fitri
C. Awal Muharam
D. Deepavali

B
KATA NAMA KHAS
21

Para pelajar diajar mengenai jenis tanah


dan tanaman yang sesuai ditanam di
sesuatu kawasan melalui mata pelajaran
____________.

A. Pendidikan Jasmani
B. Bahasa Malaysia
C. Sejarah
D. Geografi
D
KATA NAMA KHAS
22

Aini mencuci pinggan mangkuk di dapur


rumahnya menggunakan sabun pencuci
pinggan berjenama _____.

A. Pantene
B. Fab
C. Clorox
D. Glo

D
KATA NAMA KHAS
23

____________ merupakan kawasan


pelancongan yang menjadi tarikan utama
bagi pelancong dari luar negara.

A. Pulau Langkawi
B. Tasik Titiwangsa
C. Sekolah Kebangsaan Seri Maju
D. Pasar Raya Maju

A
KATA NAMA KHAS
24

Tenaga hidroelektrik dihasilkan di


_____________.

A. Empangan Kenyir
B. Zoo Melaka
C. Menara Berkembar Petronas
D. Pulau Redang

A
KATA NAMA KHAS
25

Azmi sering membawa keluarganya


makan malam di ____________ kerana
perkhidmatannya cekap dan harganya
amat berpatutan.

A. Restoran Mesra Jaya


B. Gunung Kinabalu
C. Pasar Raya Songmart
D. Muzium Negara

A
KATA NAMA KHAS
26

Encik Manaf sering mengisi masa lapang


dengan membaca akhbar _________ di
pangkin rumahnya.

A. Kamus Dewan
B. Berita Harian
C. Kisah Si Tanggang
D. Manual Pengguna

B
KATA NAMA KHAS
27

Cikgu Halim sering membawa buku


___________ bersamanya sebagai rujukan
semasa mengajarkan mata pelajaran
Bahasa Malaysia.

A. Tatabahasa Dewan
B. Majalah Epop
C. Komik Naruto
D. Kamus Dewan

A
KATA NAMA KHAS
28

Negeri __________ pernah menjadi pusat


perdagangan antarabangsa dan pelabuhan
entrepot yang terkemuka suatu masa
dahulu.

A. Pahang
B. Kedah
C. Perlis
D. Melaka

D
KATA NAMA KHAS
29

Ayah bergegas ke ______________ apabila


mendapat berita bahawa nenek sedang
sakit tenat.

A. Hospital Selayang
B. Balai Polis Selayang
C. Universiti Malaya
D. Pejabat Pos

A
KATA NAMA KHAS
30

Majlis perkahwinan kakak telah diadakan di


____________ kerana rumah kami tidak dapat
menampung tetamu yang ramai.

A. Pekan Rabu
B. Pantai Merdeka
C. Dewan Serbaguna
D. Stadium Bukit Jalil

C
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai