Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULU

AN
Psikologi adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku
manusia. Pendidikan pula bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan
individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi
memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat. Justeru, psikologi
pendidikan merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat
membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta
menambahkan keberkesanan pengajaran guru.
Untuk mencapai tujuan tersebut, mata pelajaran ini meninjaukan suasana,
faktor dan keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru
pula didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang
diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain. Maka psikologi pendidikan
membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat,
motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah
mengajar dan pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan
bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu
didedahkan kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi pembelajaran,
pembentukan personaliti dan psikologi sosial.
Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai mazhab teori
pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan
dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Bidang ini juga menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran,
penanggapan, penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi
kecerdasan, sikap dan minat.
Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu. Dengan
pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Oleh itu, psikologi
pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa
kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. Psikologi pembelajaran akan
mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi seseorang yang biasa, pembelajaran hanya
bermakna memperoleh kemahiran membaca, mengeja atau mengira. Sebenarnya,
pembelajaran adalah lebih daripada ini. Kanak-kanak akan mempelajari nilai

1
kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan perwatakan. Selain
daripada itu, mereka belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan.
Ahli psikologi pembelajaran akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan
pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran, proses
pembelajaran. Jenis-jenis pembelajaran dan teori-teori pembelajaran seperti teori
behaviouris, pelaziman operan, teori kognitif, teori sosial dan teori pembelajaran
humanis. Kajian ini dapat membantu guru merancang proses pembelajaran pengajaran
secara fleksibel dan wajar untuk setiap situasi yang tertentu. Sebagai kesimpulan, adalah
jelas sekali bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran akan meningkat dengan adanya
kajian pskologi pembelajaran.

2
DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU

Konsep perbezaan individu adalah konsep yang merujuk kepada keunikan dan
ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan. Ia juga boleh ditakrifkan
sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada dari
sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek.Jenis-
jenis Perbezaan Individu dari Aspek Fizikal, Kognitif, Sosial, Emosi dan Rohani.
Perbezaan yang pertama adalah perbezaan kognitif. Murid-murid mempunyai
aras kognitif yang berlainan. Oleh itu, mereka memproses rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Sebagai contoh, perempuan
biasanya memiliki pencapaian akademik yang lebih tinggi dari lelaki kerana mereka lebih
rajin. Satu lagi perbezaan yang dapat dilihat ialah perbezaan budaya. Sistem kepercayaan
dan budaya murid-murid juga berlainan. Setiap budaya mempunyai norma-norma dan
kepercayaan tersendiri. Sebagai contoh, orang India tidak makan daging lembu dan orang
Melayu ( Islam ) tidak memakan daging khinzir dan lain-lain yang diharamkan.
Perbezaan fizikal pula merupakan satu perbezaan yang ketara. Murid-murid
berbeza dari aspek kekuatan fizikal. Secara umumnya, fizikal dan tingkah laku lelaki
lebih kasar dan agresif berbanding perempuan. Murid-murid lelaki juga dapat
menjalankan aktivirti lasak seperti mendaki gunung, abselling, atau mengayuh kayak
dengan lebih baik berbading murid-murid perempuan. Satu lagi perbezaan pada diri
murid-murid ialah perbezaan emosi. Semua murid mempunyai tahap emosi yang
berlainan kerana mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi
dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Sebagai contohnya, murid-murid dapat
menunujukkan emosi yang berlainan apabila melibatkan diri dalam drama atau lakonan.
Selain itu, murid-murid juga terdedah kepada perbezaan rohani. Setiap orang
mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak-anak akan biasa mengikuti agama ibu
bapa mereka. Sebagai contoh, murid-murid daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke
tempat-tempat ibadat yang berlainan dan memepunyai kepercayaan-kepercayaan yang
berlainan.

3
PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Perbezaan gaya berfikir


Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar.
Kedua-dua gaya terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh
murid dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan kemudahan audio
dan ada pula yang selesa dengan menggunakan alat visual. Murid-murid yang cepat
bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja rumah. Bagi murid-murid yang tidak
berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru.
Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak,
bekerjasama, bersaing dan mengelakkan diri. Guru boleh mengenal pasti dengan jelas
keenam-enam gaya belajar di atas dalam sesebuah kelas. Manurut pakar psikologi,
terdapat sekurang-kurangnya dua puluh perbezaan gaya belajar dalam kalangan individu.
Oleh itu, guru perlu membuat penyelidikan bagi mengkaji dan meneliti perlakuan setiap
murid dalam kelas yang diajarnya sebelum pengajaran dimulakan.
Menurut teori pembelajaran pengalaman, terdapat empat peringkat pengalaman
yang dilalui oleh murid iaitu, pengalaman konkrit, pemerhatian, reflektif, perkonsepan
abstrak dan percubaan aktif. Hasil daripada empat peringkat ini, lahirlah individu dengan
gaya belajar yang tersendiri sama ada diverger, assimilator, konverger, ataupun
akomodator.

Objektif pengajaran dan pembelajaran


Objektif pembelajaran perlu ditentukan mengikut kemampuan murid. Bagi murid
yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang lemah. Objektif
pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi Bloom, iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Aras kesukaran pada objek atau
penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid. Bagi murid-murid yang pintar cerdas
tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika dibandingkan dengan kumpulan yan
lemah.

4
Kesediaan belajar
Sememangnya diketahui bahawa umur merupakan faktor yang sangat penting
dalam menentukan kesediaan kanak-kanak untuk belajar. Namun demikian, kanak-kanak
yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama.
Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di rumah dan pernah memasuki kelas tadika
dan pra sekolah akan kelihatan cukup bersedia semasa guru memulakan sesuatu
pengajaran. Keadaaanya adalah berbeza dengan murid-murid yang tidak dapat menikmati
kemudahan dan keperluan tersebut.
Murid-murid yang telah dikenal pasti mempunyai perbezaan dalam kesediaan
emosi, kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor memerlukan pertimbangan
sewajarnya daripada guru dalam pemilihan kaedah dan teknik mengajar. Murid-murid
yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid lembam yang
memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar. Perlu
diperhatikan juga tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran
dimulakan. Oleh itu, dicadangkan guru membuat pemerhatian awal secara rambang untuk
mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari itu.
Di peringkat sekolah menengah pula, disamping perbezaan dari segi umur, faktor
motivasi, tekanan emosi, pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan sikap
guru terhadap murid juga mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar. Contohnya,
sekiranya seorang pelajar tidak meminati mata pelajaran Geografi dipaksa oleh guru
untuk mengambilnya, besar kemungkinan pelajar tersebut tidak akan menyediakan
dirinya untuk belajar. Situasi ini jika berlarutan akan menyebabkan keputusan
peperiksaan pelajar tersebut turut terjejas.

Gangguan pengajaran dan pembelajaran


Gangguan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesediaan belajar.
Murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan
pengajaran. Mereka juga biasanya saling bekerjasama dengan rakan-rakan dalam
sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Sebaliknya bagi murid yang bermasalah
seperti malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak
senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran. Murid-murid ini akan menggangu

5
rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru. Guru harus berhati-hati
menangani murid-murid salah laku yang berkecenderungan merosakkan harta sekolah
dan mencetuskan pergaduhan dengan rakan lain. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes
murid yang cerdik menggangu pembelajaran seperti terlalu proaktif, menyudahkan kerja
terlalu cepat dan berani melawan.

Kadar kecerdasan mengikut jantina


Manusia memang jelas berbeza dalam kadar dan kebolehan. Darjah kecerdasan
biasanya berubah-ubah mengikut umur, sikap, kematangan dan faktor persekitaran.
Berbagai-bagai jenis ujian, kajian telah dan sedang dilaksanakan untuk mengukur darjah
kecerdasan kanak-kanak. Kajian-kajian di negara Barat membuktikan bahawa kecerdasan
seseorang akan bertambah apabila umurnya meningkat. Hal ini adalah sejajar dengan
pendapat bahawa seseorang pelajar yang telah sedar akan nilai pendidikan akan
mempunyai inisiatif dan motivasi yang kuat untuk belajar. Pada umumnya, keupayaan
intelek dan penguasaan bahasa pelajar perempuan di peringkat sekolah rendah adalah
lebih baik daripada pelajar lelaki. Sebaliknya, tahap kecerdasan pelajar lelaki adalah
sederhana dan akan meningkat mencapai kematangan apabila sampai ke peringkat
pengajian tinggi. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa tahap kecerdasan
pelajar perempuan akan kekal stabil apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.
Mungkin itulah sebabnya mengapa angka kemasukan pelajar perempuan ke pusat
pengajian tinggi adalah lebih ramai daripada lelaki. Walaupun demikian, kajian tentang
perbezaan pada kebolehan antara jantina masih belum lagi dapat dilaksanakan dengan
secukupnya untuk merumuskan satu kesimpulan yang sempurna.

Latar belakang kehidupan


Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga ada hungkait dengan
kemajuan anak-anaknya. Sebagai contoh kita sering mendengar kebanyakan sekolah di
Bandar mencatatkan keputusan peperiksaan umum yang cemerlang. Apabila ditinjau dan
diteliti, murid-murid dari “sekolah-sekolah cemerlang” ini sebenarnya mempunyai latar
belakang keluarga yang sempurna. Keluarga berkenaan menyediakan berbagai-bagai
kemudahan pembelajaran seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan,

6
kemudahan komputer berinternet dan buku-buku rujukan yang lengkap. Sebaliknya,
murid-murid yang berasal dari kawasan luar bandar biasanya lebih rendah pencapaian
mereka dalam sesuatu peperiksaan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik. Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan faktor-faktor
persekitaran yang boleh mendorong mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Sikap keluarga dan pengaruh sosiobudaya masyarakat di luar bandar secara tidak
langsung mempengaruhi suasana pembelajaran di kalangan murid-murid.

Kebolehan fizikal
Pada umumnya, kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza untuk
melaksanakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan psikomotor. Keadaan ini jelas terbukti
melalui kecergasan dan kemahiran kanak-kanak dalam sebarang kegiatan atau permainan
tertentu yang bergantung kepada kematangan oto-otot pada organ-organ yang penting.
Penyelarasan psikomotor dan kebolehan bertambah selari dengan meningkatnya umur.
Peningkatan umur akan membawa bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian,
penyelarasan otot, kepantasan, ketetapan kawalan dan penentangan kepada kelesuan.
Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus menguasai asas iaitu kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Kemahiran-kemahiran asas seperti menulis sangat
bergantung kepada sejauh mana otot kecil mata, jari dan tangan bekerjasama dengan
kekuatan pemikiran individu. Oleh itu, pelajar yang mempunyai koordinasi yang baik
diantara otot-otot mata dengan otoot-otot yang terdapat di bahagian lengan biasanya
dapat menulis dengan cepat dan cantik sekiranya dibandingkan dengan yang menghadapi
masalah dalam penyelarasan otot-otot tersebut.

Perbezaan sosial
Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif mengambil bahagian dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga tidak teragak-agak menyoal guru
tentang aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran yang mereka kurang memahami. Oleh
itu, mereka akan membentuk konsep-konsep yang lebih jelas den seterusnya dapat
menunjukkan pencapaian persekolahan yang lebih baik. Sebaliknya, murid-murid yeng
bersifat introvert, iaitu yang gemar berseorangan biasanya akan menarik diri daripada

7
penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, mereka akan berasa
malu dan takut untuk mengemukakan soalan-soalan sekiranya menghadapi pelbagai
kesulitan atau keraguan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan murid tersebut
ketinggalan dalam kemajuan persekolahan.

Perbezaan emosi
Murid-murid yang berasal daripada keluarga yang bahagia serta mendapat asuhan
ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi. Murid-murid seperti ini tentu
dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas.
Penumpuan seperti ini tetap akan membantu mereka membentuk konsep-konsep yang
jelas dalam pelbagai mata pelajaran. Situasi seperti ini akan membolehkan pelajar
berkenaan memperoleh pencapaian akedamik yang baik di dalam bilik darjah.
Sebaliknya, murid yang berasal daripada keluarga yang retak atau ibu bapa yang terlalu
sibuk sentiasa mengalami masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian.
Emosi yang kurang stabil tetap akan menjejaskan penumpuan mereka terhadap mata
pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas. Keadaan ini tentu akan menjejaskan
pencapaian akedemik mereka.

8
PERANAN GURU DALAM
MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

Guru ialah objek penting perlu mengetahui dan menangani perbezaan individu.

Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran


Strategi yang berkesan adalah diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu strategi pemusatan,
iaitu pemusatan kepada guru, murid atau pada bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh
guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi pengajaran oleh guru bergantung
pada situasi murid. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh
diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.

Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif


Ahli psikologi mengambil berat tentang kemahiran guru menggunakan peneguhan
di dalam bilik darjah. Peneguhan positif bermakna guru memberikan pujian atau hadiah
kepada satu tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid. Sebalikknya, jika sesuatu
tingkah laku yang dibentuk oleh murid tidak dikehendaki atau negatif guru boleh
menggunakan penangguhan nagatif.

Teknik motivasi
Motivasi bermakna penggerak untuk memandu tingkah laku murid kearah yang
lebih dinamik. Guru mungkin bertemu kumpulan murid-murid yang tidak bermaya, malas
belajar, tidak mempunyai cita-cita dan suka ponteng kelas. Mengikut Greece, seorang
tokoh motivasi, menyatakan setiap tingkahlaku individu yang berbeza-beza memerlukan
satu teknik motivasi yang berbeza-beza. Seorang yang malas belajar dengan seorang yang
tidak mempunyai cita-cita memerlukan tenaga penggerak yang berbeza-beza. Oleh itu,
guru perlu biasa dan memahirkan diri dengan pelbagai teknik motivasi.

9
Mempelbagaikan kaedah mengajar
Perbezaan individu boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada pada
kanak-kanak ataupun orang dewasa. Bagaimanapun, dalam situasi pengajaran, para
pendidik yang peka dan berpengalaman boleh mengatasi keadaan perbezaan murid-murid
dengan memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran iaitu;

 Kaedah kumpulan mengikut kebolehan


Di peringkat sekolah rendah, murid-murid biasanya mempunyai kebolehan yang
berbeza dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Maka guru-guru
boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk mengatasinya.
Pengumpulan sejenis atau homogenus ini adalah berdasarkan kepada prinsip
bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih baik dan cekap. Guru akan melihat kanak-
kanak secara individu dan mengumpulkan mereka yang sama atau hampir sama taraf
kepada satu kumpulan. Biasanya guru menggunakan tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B
dan C. Kumpulan A terdiri daripada murid-murid yang dianggap pandai, kumpulan B
murid-murid sederhana manakala kumpulan C murid-murid yang lemah. Dengan
menggunakan kaedah tersebut, guru dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan
dapat memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Dalam beberapa bulan, besar
kemungkinan murid-murid yang lemah akan dapat meningkatkan lagi pencapaian iaitu
setanding dengan kumpulan B dan A.
Guru juga boleh melihat sekolah yang menggunakan nama kelas berbeza dalam
sesuatu darjah bagi membezakan kebolehan murid. Pembahagian kelas ini dilakukan
selepas sesi persekolahan semester pertama bermula. Murid dipilih berdasarkan
pencapaian purata mereka dalam peperiksaan akhir semester lepas. Oleh itu, guru tidak
perlu menggunakan kaedah kumpulan semasa mengajar di dalam sesebuah kelas.

10
 Pengajaran bebas dan menggunakan Bilik Sumber
Pengajaran bebas bermaksud memberi kebebasan kepada murid dalam masa
tertentu untuk belajar atau membuat kerja-kerja latihan di sudut-sudut bacaan atau bilik
sumber secara bersendirian atau berkumpulan. Bilik-bilik yang dimaksudkan itu perlu
mengandungi pelbagai sumber seperti buku, majalah, akhbar dan komputer. Kanak-kanak
digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan mengetahui apa yang dibuatnya dan
dengan memulakan kegiatannya sendiri kearah mencapai sesuatu peringkat. Tugas guru
hanyalah sekadar membimbing murid yang ingin mendapatkan bantuan. Kanak-kanak
adalah bebas untuk menyediakan tugasanya dengan sendiri melalui bantuan guru.

 Pengajaran pemulihan
Pengajaran pemulihan hanyalah ditumpukan kepada murid-murid yang lemah
dalam menguasai sesuatu kemahiran asas pembelajaran di peringkat awal seperti di tahun
1 sekolah rendah. Pelajar yang terlibat biasanya tidak dapat mengikuti sebahagian besar
pengajaran yang disampaikan oleh guru sama ada secara formal atau tidak formal. Tujuan
pengajaran pemulihan ini adalah untuk mengurangkan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh pelajar dan seterusnya membina sifat keyakinan diri.
Guru boleh mengenal pasti pelajar yang dianggap terlampau lemah denagn
memerhatikan tingkah laku dan hasil kerja mereka. Ujian diagnostik akan diberikan
kepada mereka yang disahkan memerlukan pendidikan khas untuk mengesan kelemahan-
kelemahan yang utama. Sesudah dilaksanakan pengajaran khas, satu ujian akan diberikan
bagi menilai keberkesanan pengajaran tersebut. Pelajar yang berjaya akan dimasukkan
semula ke kelas biasa. Manakala mereka yang gagal akan ditambahkan lagi masa bagi
mmebolehkan mereka mendapat pendidikan dan bimbingan yang lebih baik di kelas
pemulihan.

 Program pengayaan
Seseorang pendidik perlu menyediakan satu program pengayaan berdasarkan
tahap pencapaian dan kemahiran asas yang ditunjukkan oleh para pelajarnya. Program ini
merupakan satu corak aktiviti pembelajaran yang membolehkan murid-murid
mengembangkan sifat ingin tahu, daya cipta, bakat kepimpinan, minat belajar, semangat

11
berdikari, motivasi dan memperluaskan lagi dalaman.
Program ini boleh dilaksanakan sebaik sahaja guru mengenal pasti peringkat-
peringkat pencapaian murid. Murid yang cerdas diberi beberapa latihan pembelajaran
yang mencabar. Murid yang sederhana pula diberi latihan yang bersesuaian dengan tahap
mereka. Manakala, murid yang lemah, latihan yang lebih mudah diberikan. Secara
ringkasnya, program pengayaan ini dapat menolong para guru merancang beberapa
strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan murid yang berbeza-beza.

 Program berunit mengikut kecepatan sendiri murid


Dalam rancangan ini, guru menyediakan beberapa unit kecil untuk diagihkan
kepada semua pelajar. Rancangan ini membantu para pelajar meningkatkan lagi
pencapaian mengikut kecepatan mereka sendiri. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah
Dalton. Melalui kaedah ini, pelajar digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang patut
dilakukan. Mereka juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai. Guru
hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan bertanggungjawab untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang positif. Sementara itu, graf kemajuan harian murid akan
disimpan bagi melihat kebolehan dan pencapaian mereka.

 Kaedah garak balas.


Kaedah ini bermaksud melatih murid membuat aktiviti sama ada secara
persendirian atau berkumpulan. Kaedah memerlukan penglibatan aktif kanak-kanak
dalam situasi belajar dan bukannya penerima yang pasif daripada guru. Aktiviti ini boleh
dilakukan dengan cara penyelidikan, lawatan, demonstrasi dan juga kerja-kerja projek.
Bagi memenuhi objek tersebut, guru harus menyediakan alat bantu mengajar yang cukup
kepada murid. Guru juga boleh menggalakkan murid memilih bahan atau alat sendiri,
iaitu sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Guru dapat mengetahui tahap
pemikiran pelajar melalui hasil laporannya.

 Pengajaran terancang

12
Dalam pengajaran terancang, setiap murid akan belajar mengikut kemampuan dan
cara yang tersendiri. Guru perlu mahir dalam menyusun strategi perancangan yang logik
tanpa merujuk kepada buku teks. Terdapat tiga jenis pengajaran terancang, iaitu jenis
linear, semua murid dikehendaki mendapatkan bahan yang sama, tetapi membuat kerja
mengikut kadar yang tersendiri. Murid akan mendapat maklum balas dengan segera dari
guru tentang apa yang dibuat. Jenis bercabang ialah pengajaran terancang yang disusun
agar murid yang cekap dapat mengikutinya dengan cepat. Jenis penyesuaian pula ialah
yang dianggap tercanggih melalui penggunaan komputer bagi mengawal tahap kebolehan
individu.
Pada masa ini terdapat berbagai-bagai kaedah mengajar telah dicipta. Kaedah-
kaedah mengajar ini disukai oleh murid secara berbeza-beza. Contohnya, ada murid yang
tidak suka dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran bersama rakan manakala ada juga murid
yang suka kepada bentuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Guru perlu
mendalami kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh murid. Walau
bagaimanapun, guru pastinya tidak dapat memenuhi permintaan kehendak semua murid
tetapi dengan mempelbagaikan kaedah mengajar akan dapat mengurangkan kebosanan
murid.

Merancang variasi penyampaian


Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat
sebagai guru semasa berhadapan dengan murid. Guru perlu menggunakan semua
pencainderanya seperti tepuk tangan, fokus pandangan, gerakan kepala dan gerakan
fizikal guru yang berbagai-bagai. Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan mampu
menarik perhatian murid. Murid yang mengantuk secara tiba-tiba akan terjaga apabila
mendengar tepukan tangan guru. Murid yang suka menggangu rakan akan berhenti
mengganggu rakan apabila guru bergerak menghampirinya. Guru dikehendaki selalu
menukar-nukarkan intonasi suara supaya murid-murid benar-benar terhibur. Banyak
kajian menunjukkan murid-murid tidak berminat belajar disebabkan oleh persembahan
pengajaran guru tidak memberangsangkan.

Nasihat kaunseling pembelajaran

13
Individu yang berbeza-beza memerlukan teknik nasihat yang berbeza-beza. Guru
perlu mempunyai asas kemahiran kaunseling. Etika kaunseling adalah penting apabila
berhadapan dengan murid. Pasti ada murid yang tidak sanggup berhadapan dengan
pembetulan tingkah laku secara terang-terangan. Terdapat juga murid yang memerlukan
bantuan rakan sahaja untuk menyelesaikan masalah mereka. Kepercayaan murid pada
guru bergantung kepada perhatian guru kepada mereka. Guru yang memahami masalah
murid sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid.

Menghubungi keluarga
Tingkah laku murid kadang-kadang berbeza dengan apa yang dipamerkan di
sekolah dan rumah. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga
murid untuk berkongsi mengenali tingkah laku murid. Kemampuan guru berkomunikasi
dengan ibu bapa membantu memudahkan guru mengesuaikan teknik-teknik mengajar.

RUMUSAN

14
Sebagai rumusannya, setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain.
Terdapat murid yang pandai dan lemah dalam pelajaran. Perbezaan individu ini berkait
rapat dengan faktor kognitif, fizikal, emosi, budaya dan agama seseorang. Manusia juga
mempunyai pelbagai jenis kecerdasan yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa.
Tidak semua murid berjaya dalam pelajaran sahaja dikira sebagai murid yang
cerdas. Murid yang mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain seperti muzik, sukan
dan lain-lain lagi juga dikira sebagai murid yang cerdas. Kecerdaan ini adalah mengikut
jenis kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu.
Selain itu, gaya pembelajaran juga penting dalam mempelajari sesuatu
perkara. Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran
seseorang. Guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid untuk
mengetahui atau mempelajari gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka.
Akhir sekali, perbezaan individu adalah satu elemen yang penting dalam
bidang psikologi pendidkan. Perbezaan individu dalam kalangan murid harus dipelajari
dan dikenal pasti oleh seseorang guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Cabaran paling besar guru-guru adalah untuk menangani
pelbagai kesan yang disebabkan oleh perbazaan individu dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dengan baik supaya ianya memberi faedah kepada semua murid.
Sebagai seorang guru, kita juga perlu melayan murid tanpa memilih kasih kerana setiap
daripada mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.

REFLEKSI

15
Dalam menyaipkan tugasan Psikologi saya telah mempelajari banyak
pengetahuan yang berguna. Antaranya adalah kecerdasan pelbagai dan gaya-gaya
pembelajaran. Teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Gardner secara amnya
memperkenalkan beberapa jenis kecerdasan iaitu muzikal, kinesthetic tubuh badan, logic
matematik, interpersonal, intrapersonal, naturalis, linguistik dan spatial. Setaip individu
mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain.
Setiap individu juga mempunyai kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza.

Dengan tugasan ini juga saya dapat mengetahui bahawa sebagai seorang guru
kita hendaklah sensitif dengan kecerdasan pelajar semenjak dari awal lagi. Oleh yang
demikian seorang guru yang peka dengan kecerdasan pelajarnya yang berbeza dapat
menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk
menarik minat pelajar. Guru berupaya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mengikut kebolehan pelajar. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai seperti
kumpulan, pemulihan dan pengayaan dapat membantu golongan pendidik bagi
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Guru yang bijak
mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira kecerdasan pelbagi dan gaya
pembelajaran pelajarnya dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi
pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah. Di samping itu, guru juga berupaya
mengenalpasti dan mengembangkan kecerdasan dan keupayaan pelajar berdasarkan
perbezaan keupayaan, latarbelakang, bakat, minat dan kesediaan belajar.
Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya teruja dengan usaha dan tunjuk ajar
yang tidak berbelah bahagi dari pensyarah penasihat yang telah bertungkus lumus bagi
memastikan tugasan yang diberikan kepada saya dan ahli kumpulan dapat disiapkan
dengan baik. Selain itu, beliau juga banyak memberi sumber rujukan bagi melicinkan
segala kerja kami.
Harapan saya agar melalui tugasan yang telah diberikan ini saya dapat
gunakannya di masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan diri untuk terus
berusaha mencapai kejayaan untuk menjadi seorang pelajar dan guru yang berdedikasi

16
dan serba boleh. Saya juga berharap segala hasil usaha kami ini dapat digunakan dan
diaplikasikan oleh rakan-rakan lain dalam mengharungi cabaran untuk menjadi seorang
guru yang dapat mendidik kanak- kanak dengan berkesan.

( 3567 PATAH PERKATAAN )

RUJUKAN

17
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Suppiah, Ramlah, Abdul Aziz (2008). Siri Pendidikan Guru: Psikologi


Pendidikan.Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psokologi Perkembangan Semester 1.


Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Murugiah Velayutham. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala


Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan: Psikologi Pendidikan.Selangor:
Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

18

Anda mungkin juga menyukai