Anda di halaman 1dari 32

BIDALAN

BIDALAN
01
Sejak berkawan dengan anak Dato’ Mustapha, Zakri
sering berbelanja melebihi kemampuannya sehingga tidak
mampu membayar wang sewa rumahnya. Kata orang
_____________________.

A. alah bisa tegal biasa


B. ukur baju di badan sendiri
C. sudah terhantuk, baru terngadah
D. bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

JAWAPAN B
BIDALAN
02 Tiada seorang pun pelajar yang mengaku
memecahkan pintu kaca pejabat walaupun
perbuatan itu telah terakam di kamera litar
tertutup.

A. lempar batu sembunyi tangan


B. hilang di mata, di hati jangan
C. biar mati anak, jangan mati adat
D. marahkan nyamuk kelambu dibakar

JAWAPAN A
BIDALAN
03 Perbuatan Puan Suzy yang menceritakan
keburukan anak gadisnya kepada
rombongan meminang itu seperti
__________________.

A. alah bisa tegal biasa


B. membuka pekung di dada
C. pukul anak, sindir menantu
D. takut akan bayang-bayang sendiri

JAWAPAN B
BIDALAN
04 Mengerjakan sawah bukanlah suatu
pekerjaan yang mudah, namun setelah
hampir 10 tahun menguruskan bendang, Pak
Mat merasakan pekerjaan ini_______________.

A. alah bisa tegal biasa


B. jauh panggang dari api
C. nasi sudah menjadi bubur
D. sambil menyelam, minum air

JAWAPAN A
BIDALAN
05 Ah Meng tidak mudah berputus asa mengulang
kaji subjek Sains walaupun tidak pernah lulus
dalam subjek tersebut kerana
_____________________.

A. ada udang di sebalik batu


B. diberi betis, hendakkan paha
C. alah membeli menang memakai
D. belakang parang kalau diasah lagikan tajam

JAWAPAN D
BIDALAN
06 Siva tidak pernah membuli para pelajar yang
lebih muda daripadanya walaupun budaya
tersebut sering berlaku di asramanya.

A. ada gula, ada semut


B. belum duduk, sudah berlunjur
C. buang yang keruh, ambil yang jernih
D. ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air
mati kehausan

JAWAPAN C
BIDALAN
07 Encik Samsul telah menghempas pintu
rumahnya akibat terlalu marah akan anaknya
yang bermain bola sehingga lewat malam.

A. mati semut, kerana gula


B. tiada rotan, akar pun berguna
C. marahkan nyamuk, kelambu dibakar
D. hanya jauhari yang mengenal manikam

JAWAPAN C
BIDALAN
08 Setelah tiba di pusat peranginan itu, barulah
Helmi faham mengapa pakej percutian yang
ditawarkan kepadanya itu terlalu murah.

A. ada gula, ada semut


B. indah khabar dari rupa
C. alah membeli menang memakai
D. bangkai gajah tidak dapat ditutup
dengan
nyiru
JAWAPAN B
BIDALAN
09Sebaik sahaja mendapat e-mel yang mengatakan Fasha
telah memenangi cabutan bertuah sebanyak RM 1 juta,
dia terus menghantar notis berhenti kerja.

A. Alah membeli menang memakai


B. Buang yang keruh, ambil yang jernih
C. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
D. Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

JAWAPAN D
BIDALAN
10 Setelah hampir tiga tahun tidak bermain piano,
Mei Mei telah lupa teknik bermain piano yang
dipelajarinya dahulu kerana ________________.

A. diam penggali berkarat


B. belum duduk sudah berlunjur
C. buang yang keruh ambil yang jernih
D. sebagaimana acuan, begitulah kuihnya

JAWAPAN A
BIDALAN
11 Ah Seng tidak tahu sama ada hendak
menerima cadangan abang atau kakaknya
kerana _____________________.

A. sudah terang lagi bersuluh


B. sambil menyelam, minum air
C. ditelan mati anak, diluah mati bapak
D. genggam bara api biar sampai jadi
arang

JAWAPAN C
BIDALAN
12 Karangan sepanjang dua muka surat yang
ditulis oleh Azirul itu jauh tersasar daripada
soalan yang diberi.

A. Gunting dalam lipatan


B. Jauh panggang dari api
C. Menanam tebu di bibir
D. Bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi

JAWAPAN B
BIDALAN
13 Tindakan ayah mendermakan wang sebanyak
RM 10 000 kepada adiknya yang menganggur ibarat
______________ kerana kesemua wang itu
dihabiskannya dengan berjudi.

A. mencurah air ke daun keladi


B. sambil menyelam minum air
C. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
D. cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya

JAWAPAN A
BIDALAN
14
Anak-anak Pak Lan yang bergaduh sejak lima
tahun yang lalu kerana perebutan harta
pusaka telah berbaik semula.

A. ada gula, ada semut


B. ada udang di sebalik batu
C. air dicincang tidak akan putus
D. besar periuk, besarlah keraknya

JAWAPAN C
BIDALAN
15 Anak usahawan kosmetik yang terkenal itu telah
berjaya mengeluarkan rangkaian produk
kosmetiknya sendiri.

A. Biar lambat asalkan selamat


B. Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya
C. Air yang tenang jangan disangka tiada
buaya
D. Lautan dalam dapat diduga, hati manusia
siapa yang tahu

JAWAPAN B
BIDALAN
16 Anak Lebai Samad yang melanjutkan
pelajarannya ke Australia telah membuka
kelas Pengajian Islam untuk kanak-kanak di
sekitar kawasan perumahannya.

A. Ada udang di sebalik batu


B. Bertemu buku dengan ruas
C. Air dicincang tidak akan putus
D. Benih yang baik jika jatuh ke laut
menjadi
pulau
JAWAPAN D
BIDALAN
17 Perbuatan Sazali yang mencuri wang dari tabung
masjid telah memburukkan nama keluarganya
dalam kalangan penduduk kampung.

A. Besar periuk, besarlah keraknya


B. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
C. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
D. Dengar bunyi guruh di langit, air tempayan
dicurahkan

JAWAPAN B
BIDALAN
18 Fazlin telah membuang rantai bertatahkan
berlian yang telah putus itu kerana
menganggap berlian yang digunakan
hanyalah berlian tiruan.

A. Tiada rotan, akar pun berguna


B. Belum duduk sudah berlunjur
C. Ditelan mati emak, diluah mati bapak
D. Hanya jauhari yang mengenal manikam

JAWAPAN D
BIDALAN
19 “Wajah lelaki yang berbadan gempal itu saling
tidak tumpah seperti arwah ayah saya,” ujar
Saravanan. Kata orang, _____________.

A. pelanduk dua serupa


B. bertemu buku dengan ruas
C. alah membeli menang memakai
D. cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya

JAWAPAN A
BIDALAN
20 Walaupun memegang jawatan Ahli Dewan
Undangan Negeri di kawasan itu, Dato’ Siva rajin
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong
yang diadakan oleh penduduk di kawasan taman
perumahannya kerana _____________.

A. ada gula, ada semut


B. diam-diam ubi berisi
C. bertemu buku dengan ruas
D. ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya

JAWAPAN D
BIDALAN
21 Puan Sarah mengajar anaknya yang baru
berusia enam tahun itu mencuci pinggan di
dapur selepas makan kerana
___________________.

A. air dicincang tidak akan putus


B. malas berdayung perahu hanyut
C. melentur buluh, biarlah dari rebungnya
D. genggam bara api biar sampai jadi arang

JAWAPAN C
BIDALAN
22 Walaupun kain sutera yang dibeli oleh Puan
Rokiah itu sangat mahal, namun kainnya terasa
sejuk dan amat selesa apabila dipakai.

A. Lempar batu sembunyi tangan


B. Makin murah, makin menawar
C. Alah membeli menang memakai
D. Sediakan payung sebelum hujan

JAWAPAN C
BIDALAN
23 Ramli bangun seawal jam empat pagi untuk
mengulang kaji pelajarannya kerana _________.

A. jauh panggang dari api


B. enggang lalu ranting patah
C. mencurahkan garam ke laut
D. jika tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya

JAWAPAN D
BIDALAN
24 Suhana masih hendak berdolak-dalih lagi
walaupun _________________ bahawa dialah
yang mencuri rantai emas milik ibunya.

A. sudah terang lagi bersuluh


B. rumah siap pahat berbunyi
C. melepaskan batuk di tangga
D. bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi

JAWAPAN A
BIDALAN
25 Ibu menasihati Along agar mengasingkan sedikit
wang gajinya untuk dijadikan wang simpanan.

A. Ada gula, ada semut


B. Tepuk dada tanya selera
C. Sediakan payung sebelum hujan
D. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada
jalan

JAWAPAN C
BIDALAN
26 Pak Lazim sekeluarga dipandang serong oleh
penduduk tamannya apabila anak sulung Pak
Lazim dimasukkan ke pusat serenti kerana
penyalahgunaan dadah.

A. Lempar batu sembunyi tangan


B. Malas berdayung, perahu hanyut
C. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar
D. Seekor kerbau membawa lumpur,
semuanya turut terpalit

JAWAPAN D
BIDALAN
27 Alias menyerahkan diri kepada pihak
berkuasa setelah merompak beberapa buah
bank sejak awal bulan ini kerana dia
______________.

A. menepuk air di dulang


B. takut akan bayang-bayang sendiri
C. hanya jauhari yang mengenal manikam
D. jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya

JAWAPAN B
BIDALAN
28 Marina tidak menyangka bahawa rakan
baiknya sendiri akan mendakwanya atas
pertuduhan menggelapkan wang syarikat.

A. Musuh dalam selimut


B. Hati hendak semua jadi
C. Sudah jatuh ditimpa tangga
D. Lempar batu sembunyi tangan

JAWAPAN A
BIDALAN
29
Tiada gunanya lagi kamu menyesali perbuatan
kamu itu kerana _________________.

A. mati semut kerana gula


B. nasi sudah menjadi bubur
C. sudah terhantuk baru terngadah
D. ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya

JAWAPAN B
BIDALAN
30 Ayah memandu kereta Proton Wajanya
dengan berhati-hati kerana hujan lebat
mengehadkan penglihatannya.

A. Biar lambat asalkan selamat


B. Air dicincang tidak akan putus
C. Malas berdayung, perahu hanyut
D. Ular menyusur akar tidak akan hilang
bianya

JAWAPAN A
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai