Anda di halaman 1dari 2

BAB7: KEPEMIMPINAN DAN PERANAN DALAM PENDIDIKAN

Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan
mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Ini bermaksud,
kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk mencapai
sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan nilai ahli-ahli dalam
kumpuannya.konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk kepada kepimpinan
diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan
pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan
pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat
bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha
daripada pengikut-pengikutnya.
          Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang
berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan
ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang menggariskan
hala tuju dan membentuk murid ke arah merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang
positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk memahamkan murid berkaitan konsep dengan
mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai
individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para murid. Justeru, guru
perlulah menunjakkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri
dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Contohnya,
dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah
dan mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah yang
lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan perkembangan budaya
dan persekitaran murid.
          Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan guru-
guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah. Kerjasama dalam
kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut menjulang
kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga
berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatanya dan seterusnya
mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasamaantara mereka. Sekolah yang
berjaya dan berkesanbiasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan
dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti tersebut. Contoh yang boleh
dikaitkan dengan daya kepimpinan sesame guru ini adalah seperti keupayaan seseorang guru untuk
bekerjasama, berinteraksi serta mendorong rakan sejawatanya dengan menggunakan kuasa
pujukan daripada paksaan untuk mencapai matlamat sesebuah aktiviti yang telah dirancangkan.
          Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas dengan
melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik
kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat yang
dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan
sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses
memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak
hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik
serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin
dan jati diri anak mereka. Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu
kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam 
mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan beban tugas
sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama dua hala melalui kepimpinan guru.

Soalan Tutorial:

Baca dan kaji artikel 1 dan 2:

Dalam kumpulan (Think-pair-share) :


1. Apakah ciri-ciri kepemimpinan yang terdapat dalam artikel 1 dan 2.
2.Banding bezakan antara kepemimpinan yang terdapat dalam artikel 1 dan 2
3. Bagaimana kepemimpinan (artikel 1 dan 2 ) dapat mempengaruhi sekolah menurut kajian dalam
artikel tersebut. dan ringkaskan dalam bentuk peta pemikiran i-Think.

Perbincangan
4. Pada pandangan anda , bagaimanakah kepemimpinan yang akan anda bawa dalam sebuah sekolah
sekiranya anda diberi peluang sebagai pentadbir? Kenapa? Sesi sumbangsaran

Daripada: Jauriah Md Azali

Anda mungkin juga menyukai