Anda di halaman 1dari 4

PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional

Komuniti Pembelajaran Profesional

Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan
wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh
kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini
hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru.
Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana
ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain
tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran
kepada murid.
APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik
yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri
atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
mereka.
LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada
menggunakan

kemahiran dan pengetahuan guru


membina hubungan yang berkualiti
mempunyai program yang sangat berfokus
menggerakkan sumber-sumber sedia ada
berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC


memastikan pembelajaran murid
budaya
fokus

kolaborasi

kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC


Kongsi kepimpinan
kongsi

nilai dan visi

pembelajaran
kongsi

kolektif dan aplikasi

amalan peribadi

struktur
hubungan

STRATEGI PLC
PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian
murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:

Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC


Borang-borang yang perlu diisi
Lesson Study
Peer Coaching
Learning Walk
Teacher Sharing Session
Video Critique
Fail Penyelaras PLC Sekolah
Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.
Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah
1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
- Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
- Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
- Tool kit (Borang)
- Buku Panduan PLC
Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
Menghadiri

mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN

Mengadakan

LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC

Menyebarluas

maklumat terkini mengenai PLC

Berbincang

dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk


Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang
telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson Study Sahaja.
Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang
terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu
dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang
baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan
kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut

sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan.
Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang mahu kita
menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan
berkongsi ilmu.

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan


1 Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning
Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh
didaftarkan sebagai tiga jam LDP.

Anda mungkin juga menyukai