Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum

Aktiviti Pendidikan Islam telah dilihat oleh sesetengah pihak sebagai aktiviti yang mengganggu
perjalanan program-program sekolah yang lain. Ada juga pihak yang beranggapan ia juga memberikan
kesan yang negatif didalam pencapaian pelajar-pelajar di sekolah rendah khususnya. Jabatan Pendidikan
Negeri Perak memandang ianya sebagai satu isu yang serius.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam,
JPN Perak menjalankan kajian tinjauan berkaitan isu tersebut. Bersama ini dilampirkan pautan kaji
selidik sebagai tindakan tuan/puan. Kaji selidik ini perlu dijawab sebelum 4 Mei 2020 oleh :

1. Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Penolong Kanan HEM
4. Penolong Kanan Kokurikulum
5. Ketua Panitia Pendidikan Islam
6. 3 Guru Akademik berlainan Subjek
7. 2 orang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah

Mohon kerjasama pihak pentadbir sekolah untuk memanjangkan pautan tersebut dan menentukan guru
serta jawatankuasa PIBG sekolah untuk menjawab kaji selidik ini.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Pautan kaji selidik :


https://forms.gle/5XKnxtFMNJkdxLjR6

Anda mungkin juga menyukai