Anda di halaman 1dari 2

1.

Pengenalan
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Lukisan
menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya. Penghasilan
lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara
teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. Lukisan
dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan
dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.
Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan
pengembaraan. Di Malaysia karya lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan
Gua Tambun, Perak. Kebanyak karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang
sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan
komposisi yang hampir sama iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan
pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil untuk makanan mereka pada zaman
dahulu.

LUKISAN KAUM MELAYU


Hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama.
MOTIF-MOTIF YANG DIGUNAKAN DALAM LUKISAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA
1.Kehidupan masyarakat berbilang kaum.
2. Kehidupan seharian penduduk tempatan.
3. Pemandangan dan suasana kampung.

4. Adat resam dan budaya hidup masyarakat.


5. Alam semula jadi.

Anda mungkin juga menyukai