Anda di halaman 1dari 2

AMALAN KESELAMATAN KEBUN

Langkah keselamatan

1. Keselamatan diri:
Guru telah menyampaikan pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan diri
semasa berkebun .

Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian seperti:

Baju T' shirt dan seluar panjang


Kasut sukan dan bersarung kaki
Kasut but getah
Sarung tangan
Topi bulat

2. Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar:

Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.


Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun.
Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.
Duduk di atas kerusi pendek sambil berkebun seperti, mencabut rumput,
mengembur tanah atau meratakan tanah.
Menggunakan perlatan yang betul dan sesuai semasa berkebun,
contohnya, menggunakan pencakar tangan untuk mengempur tanah dan
memecahkan tanah.
Elakkan menggunakan peralatan yang rosak.
Mengambil peralatan dari bilik stor .
Memakai kasut but bergetah apabila diperlukan seperti mencangkul tanah
dan menyiram tanaman.
Memakai sarung tangan apabila menggunakan pencakar tangan untuk
mengemburkan tanah, mengumpul sampah dan meratakan tanah.
Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila menyembur racun
perosak serangga.Guru sentiasa mengawasi pelajar semasa menjalankan
kerja penyemburan racun perosak.

3. Keselamatan selepas berkebun yang diikuti pelajar:

Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru memberi


arahan .
Membersihkan peralatan kotor sebelum disimpan di stor.
Simpan semua peralatan di stor pada tempat yang dilebalkan.
Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.
Memastikan kebun dalam keadaan bersih dan selamat.
Tiada peralatan tajam dan bahaya bertaburan di kawasan kebun seperti
cangkul, sudip dan cakar tangan.

Bersihkan tangan dengan bersih untuk membuang kotoran.Sabunkan


tangan dengan menggosok di celah jari dan kuku.
Bilas tangan dengan air sehingga bersih.

TOPI KESELAMATAN

SARUNG TANGAN

KASUT BUT BERGETAH

Anda mungkin juga menyukai