Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN KBSM

Dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan generasi muda yang dididik
mempunyai asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda
dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan
yang terbaik di dunia. kukuh nilai murninya. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa
matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan
memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan
dalam KBSM yang digubal dan dilaksanakan pada tahun 1988 bertujuan untuk memberikan
penekanan pada pembangunan potensi individu secara menyeluruh.

Matlamat pendidikan sekolah menengah berdasarkan KBSM adalah bagi


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi
aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmoni, dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata
pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran
kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar. Kandungan kurikulum KBSM
merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman, dan amalan nilai-nilai kerohanian,
kemanusiaan, kemasyarakatan, serta kewargannegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur
hidup (Mok Soon Sang, 2009)

Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana
yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan
pada peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat
persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah. Justeru itu,
penerapan nilai dan cara pelaksanaannya dapat disesuaikan dengan keperluan pendidikan nilai
yang dilaksanakan dalam KBSM.

Strategi pemusatan pelajar yang dilaksanakan dalam KBSM juga telah menggalakkan
murid melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak
langsung membantu proses perkembangan intelek dan kemahiran berfikir seseorang murid itu.
Kaedah dan teknik seperti kaedah kumpulan, perbincangan, penyelesaian masalah, penyoalan,
permainan, simulasi dan sebagainya sangat sesuai bagi melibatkan pelajar secara aktif. Melalui
kaedah dan teknik yang diamalkan berdasarkan KBSM ini telah melahirkanpelajar yang berilmu
pengetahuan serta kebolehan menyatakan idea dan fikiran dengan jelas, objektif dan rasional.

Pendekatan dan strategi pembelajaran di bawah rancangan KBSM pula mengandungi


cirri kesinambungan KBSR di mana banyak strategi pemusatan murid dan bahan dijalankan
mengikut kesesuaian pelajar. Kemahiran- kemahiran disusun semula daripada yang paling asas
kepada yang kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek penyelesaian masalah yang
difikirkan sesuai dintegrasikan dalam setiap topik pelajaran dan membolehkan beberapa
kemahiran dan tajuk dikuasai secara serentak oleh pelajar.

Anda mungkin juga menyukai