Anda di halaman 1dari 3

SOALAN UJI INGATAN PADA RASULULLAH

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?


Jawapan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah
3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya
4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)
5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun
6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji
7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib
8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun
9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah
nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah
10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun
11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib
12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang
ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing
13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan
pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah
14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?


Jawapan; 40 tahun
16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra
17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah
tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam
18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun
19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah - isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib - sepupu nabi
Zaid bin Harithah - hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq - kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Saad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin Auf
Thalhah bin Ubaidillah
Abu ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-Adawi
20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun
21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai
11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi beruzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada
Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi beruzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)
8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi
Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

Anda mungkin juga menyukai