Anda di halaman 1dari 3

SOALAN MAULIDUR RASUL

KATEGORI KANAK-KANAK

1. Pada waktu dan hari apakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?


Jawapan: Subuh, hari Isnin

2. Nabi SAW diberi nama Muhammad oleh datuknya, apakah maksud nama Muhammad?
Jawapan: Yang terpuji

3. Dimanakah bonda Nabi SAW meninggal dunia?


Jawapan: Al-Abwab

4. Bilakah bapa Nabi SAW meninggal dunia?


Jawapan: Ketika Nabi SAW berusia 2 bulan dalam kandungan ibu baginda.

5. Apakah nama ibu & bapa Nabi SAW?


Jawapan: Aminah & Abdullah

6. Datuk Nabi SAW meninggal dunia ketika baginda berusia?


Jawapan: 8 tahun

7. Tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga digelar sebagai?


Jawapan: Tahun Gajah

8. Siapakah ketua tentera yang menyerang Kota Mekah dalam tahun lahirnya Nabi SAW?
Jawapan: Abrahah

9. Apakah maksud nama tempat Jabal Nur?


Jawapan: Bukit Cahaya

10. Apakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi SAW setelah kematian datuk baginda?
Jawapan: Abu Talib

11. Apakah gelaran Nabi Muhammad SAW?


Jawapan: Al-Amin / As-Saadiq / Abu Qassim
12. Apakah nama isteri pertama Nabi Muhammad SAW?
Jawapan: Khadijah

13. Berapa bilangan anak kandung Nabi Muhammad SAW?


Jawapan: 7 orang

14. Berapakah umur Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu pertama baginda?
Jawapan: 40 tahun

15. Berapakah umur Nabi SAW ketika baginda wafat?


Jawapan: 63 tahun

16. Berapah umur Khadijah ketika dia berkahwin dengan Nabi SAW?
Jawapan: 40 tahun

17. Siapakah bapa kepada isteri Nabi Muhammad SAW Sayyidatina Aisyah?
Jawapan: Saidina Abu Bakar As-Siddiq

18. Al-Quran diturunkan kepada Nabi SAW melalui malaikat?


Jawapan: Jibril AS

19. Bilakah tarikh Al-Quran diturunkan?


Jawapan: 17 Ramadhan

20. Apakah surah pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW?


Jawapan: Surah Al-Alaq

21. Ketika Nabi SAW berhijrah ke Madinah, siapakah yang menyamar dan menggantikan Nabi SAW
dan tidur diatas katil baginda?
Jawapan: Saidina Ali bin Abi Talib

22. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang.
Apakah binatang tersebut?
Jawapan: Kambing
23. Ketika Kota Mekah diserang tentera bergajah, Allah SWT telah sekumpulan binatang untuk
mengalahkan tentera tersebut. Apakah binatang yang dihantar Allah SWT?
Jawapan: Burung Ababil

24. Siapakah khalifah ar-Rasyidin ketiga yang menggantikan Saidina Umar Al-Khattab?
Jawapan: Saidina Uthman bin Affan

25. Apakah nama peperangan besar pertama Nabi Muhammad SAW?


Jawapan: Perang Badar

Anda mungkin juga menyukai