Anda di halaman 1dari 10

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?

Jawapan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah


2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab
bin Murrah
3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya
4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)
5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun
6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud
Muhammad?
Jawapan; yang terpuji
7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib
8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun
9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita
desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah
10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun
11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib
12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai
pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing
13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam
bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah
tersebut?
Jawapan; Maisarah
14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun
15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun
16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah


markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam
18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun
19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara
sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah - isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib - sepupu nabi
Zaid bin Harithah - hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq - kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Saad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin Auf
Thalhah bin Ubaidillah
Abu ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-Adawi
20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun
21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil
KUIZ UNTUK KATEGORI DEWASA, JUGA SOALAN YANG SENANG2 AJE...
1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan 20 april 571M
2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam
3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh
Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut
dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..
4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan
perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan
menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera
Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah
nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira
5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais Ailan yang
berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu,
peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci.
Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)
6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah
bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah

supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah
dilakukan di rumah Abdullah Bin Judaan ketika nabi berusia belasan tahun.
Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul
7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w.
Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zamah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah
8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama
anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,
9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi - usia 63 tahun
10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai
11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi beruzlah (bertahanus) untuk beribadat
dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi beruzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)
12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar
telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai Aamul
Huzni iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah
13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar
dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama
peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra Mikraj
1.Apakah hukum menjawab salam?
A. Sunat
B. Haram
C. Wajib
2.Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri as-salam?
A. Peperangan
B. Kemakmuran
C. Keamanan
3. Apakah maksud Al-hadi?

A. Kuasa
B. Besar
C. Petunjuk
4. Berapakah bilangan nama-nama Allah?
A. 99
B. 69
C. 96
5. Manakah antara berikut merupakan sebab manusia memerlukan Al-Hadi?
A. Manusia lemah
B. Manusia berani
C. Manusia takut
6. Najis terbahgi kepada 4 jenis.
A. Betul
B. Salah
7. Najis Mughallazah ialah najis berat.
A. Betul
B. Salah
8. Muntah adalah salah satu contoh najis Muhaffafah.
A. Betul
B. Salah
9. Syarat wajib solat ialah Islam, baligh dan berakal.
A. Betul
B. Salah
10. Membaca niat merupakan rukun Quli yang wajib dilakukan.
A. Betul
B. Salah
11. Umat islam berhijrah ke habsyah berlaku sebanyak _____ kali.
12.Nabi Muhammad menerima wahyu pertama ketika berumur _____ tahun.
13._____________ merupakan kitab yang diberikan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad SAW.
1. Berapakah huruf rahsia yang terdapat pada permulaan surah-surah dalam AlQuran?
A. 14 huruf
2. Sila ucapkan ucapan Al-Istiazah?
A. Aauzubillahi minasyaitanir rajim
3. Apakah nama unta tunggangan Rasulullah saw.
A. Luhaif
4. Surah Al-Fatihah mempunyai banyak nama. Sebutkan tiga nama lain bagi surah
tersebut.
A. Alsabul mathani
B. Fatihatul Kitab
C. Surah Alhamd
D. Ummul Quran
5. Bilakah bermulanya penubuhan Kerajaan Khulafa Arrasyidun dan Kerajaan
Abbasiyyah
A. 10 hijrah & 132 hijrah
6. Apakah maksud sifat Al-Ihsan
A. mereka beribadah kepada Allah seolah-olah nampak wajah Allah atau Allah
nampak wajah mereka
7. Siapakah yang membina bangunan Qasr Al-Khuld?
A. Abu Jaafar Al-Mansur

8. Siapakah pengarah Kitab Ihya Ulumuddin yang terkenal?


A. Imam Al-Ghazali R.a
9. Apakah kalimah yang pertama diucapkan oleh Nabi Adam selepas diciptakan ?
A. Alhamdulillah
10. Sesungguhnya Akhlak Rasulullah saw. Adalah contoh yang terbaik bagi kita.
Apakah ayat yang menyebut tentang Akhlak mulia Rasulullah saw?
A. Laqadkana lakum firasulillahi uswatun hasanah
11. Mengikut Imam Hasan Al-Banna, Alquran adalah pegangan umat Islam yang
paling utama. Ia juga dianggap sebagai Dusturuna apakah yang dimaksudkan
dusturuna?
A. Perlembagaan Kami
12. Apakah fungsi utama Ahlul Halli wal Aqdi?
A. Orang yang berwibaya untuk melantik Khalifah Islam
13. Bilakah berakhirnya kerajaan Abbasiyyah
A. 650 hijrah
14. Apakah maksud asbabul wurud?
A. Sebab-sebab Rasulullah mengamukakan hadis-hadis tertentu
15. Imam Al-Gzali banyak mengarang kitab-kitab sepanjang hayat beliau. Sebutkan
dua kitab beliau yang terkenal.
A. Tahafut Al-Falasifah
B. Ihya Ulumuddin
16. Alquran mempunyai pelbagai nama. Sebutkan dua nama lain selain nama Alquran.
A. Alkitab
B. Alfurqan
C. Al-Tanzil
D. Alzikru
17. Apakah tema sambutan Maal Hijrah 1426H pada tahun ini?
A. Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah
18. Sebutkan pegangan khawarij yang anda tahu
A. mengkafirkan semua umat Islam yang berbeza iktikad dengan mereka
B. mengkafirkan pelaku dosa besar
C. menolak majlis tahkim
19. Sebutkan dengan tepat tarikh kelahiran Rasulullah saw. Hari, bulan dan tahun
berapakah?
A. Isnin, 12 rabiulawwal tahun gajah 570 M.
20. Apakah dua nama lain bagi Rasulullah saw?
A. Muhammad
B. Ahmad
21. Sebutkan dua orang wanita yang menjadi ibu susuan Rasulullah saw.
A. Suwaibah
B. Halimah Alsaadiah

22. Sewaktu remaja, Rasulullah saw pernah terlibat dalam Perang Fujjar yang
berlangsung dalam bulan-bulan yang dilarang berperang bagi orang Arab jahiliyyah.
Senaraikan 3 bulan tersebut?
A. Rejab
B. Zulkaedah
C. Zulhijjah
D. Muharram
23. Terdapat beberapa patung berhala besar yang dianggap tuhan oleh orang-orang
arab jahiliyyah. Nyatakan dua daripada berhala tersebut.
A. Laata
B. Uzza
24. Sebutkan dua daripada enam orang putra/putri Rasulullah saw.
A. Qasim/ Abdullah
B. Ruqayyah/ Zainab/ Ummu Kalsom/ Fatimah
1.qada ialah ______________ yang berlaku ke atas setiap makhluk.
a. ketentuan b. hukumnya c. balasan d. pelaksanaan
2. qadar ialah ketetapan Allah terhadap makhluknya sejak __________
a. lahir b. azali c. kecil d. baligh
3.orang yang tidak beriman dengan qada dan qadar kan jauh daripada _________
Allah
a. rahmat b. larangan c. kemurkaan d. azab
4.di bawah merupakan rukun fili kecuali ______
a.rukuk b. sujud c. duduk antara dua sujud d. membaca tahiyat akhir
5. berikut adalah syarat wajib solat kecuali _________
a. sihat tubuh badan b. islam c. baligh d. berakal
6.al-wahdaniah bermaksud Allah bersifat Maha _____________
a. berbilang-bilang b. Esa c. kuasa d. bersedia
7. manusia hanya mampu merancang tetapi Allah berkuasa ________
a. menghancurkannya b. meranapkannya c. menentukannya d. memberikannya
8.najis mukhaffafah merupakan najis yang ____________
a. berat b. sederhana c. ringan d. biasa
9.di bawah merupakan rukun wudhu kecuali ___________
a. niat b. menyapu muka c. membasuh muka d. tertib
10.di bawah merupakan perkara-perkara sunat ketika berpuasa kecuali..
a. melambatkan bersahur b. melambatkan berbuka c.membaca al-quran d.
bersedekah
11.di bawah adalah puasa-puasa sunat kecuali
a.hari tasyriq b. isnin dan khamis c. asyura d. nisfu syaaban
12.semua makhluk Allah bersifat..
a. esa b. kuasa c. berbilang-bilang d. bersedia
13.apakah yang di maksudkan al-hadi
a. maha penyayang b. maha pengasih c. maha pengampun d. maha member
petunjuk
14.Allah mempunyai 99 nama. Dibawah ini merupakan antara nama-nama Allah
kecuali..
a. ar-rahman b. ar-rahim c. al-hadi d. yunus
15.di bawah merupakan anggota sujud kecuali..
a. dahi b. hidung c. dua tapak tangan d. dua lutut
16.malaikat mikail di tugaskan sebagai.
a. memberi rezeki b. meniup sangkakala c. menjaga syurga d. mencabut nyawa
17. malaikat israfil ditugaskan sebagai.
a. memberi rezeki b. meniup sangkakala c. menjaga syurga d. mencabut nyawa

1 Bilakah Al-Quran diturunkan di langit dunia?


Malam Lailatul Qadar

2 Apakah ayat pertama yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ?


5 ayat pertama dalam surah Al-Alaq
3 Berapakah bilangan surah di dalam Al-Quran ?
114 surah
4 Jika bilangan juzuk dalam al-Quran ialah 30, berapakah bilangan Hizb
dalam al-Quran?
60 hizb , kerana setiap satu juzuk merangkumi 2 hizb.
5 Sebutkan 5 nama al-Quran yang masyhur :
Az-zikr, al-Furqan, al-Kitab, al-Quran , at-Tanzil
6 Apakah nama surah yang paling panjang dalam al-Quran ?
Al-Baqarah , kerana ada 286 ayat
7 Apakah nama surah yang paling pendek dalam al-Quran ?
Surah al-Kauthar , ada 3 ayat
8 Apakah ayat yang paling panjang dalam al-Quran ?
Ayat ad-Dayn (yang mana dalamnya terdapat hukum-hakam berkenaan dengan
hutang ) , iaitu ayat 282 , surah al-Baqarah
9 Apakah kalimah terpanjang dalam al-Quran ?
surah al-Hijr ayat 22 : ada 11 huruf
surah Hud ayat 28 : ada 10 huruf
surah al-Baqarah ayat 137 : ada 9 huruf
10 Dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat (ayat sajadah) yang disunatkan
sujud tilawah apabila membacanya, berapakah bilangan ayat sajadah
tersebut ?
14 ayat , dan dikatakan 15 ayat, termasuk surah Sod :
1- ( ( ) 206/ ) .
2- ( ) . ( 15/ ).
3- ( ( ) 49/ ).
4- ( ( ) 107/ ) .
5- ( ( ) 58/ ) .
6- (
( ) 18/ ) .
7- ( ( ) 77/)
8- ( ) . ( 60/ ) .
9- ( ( ) 25/ ) .
10- ( ( ) 15/ ) .
11- ( ( ) 24/ ).

12- ( ( )
37/ ).
13- ( ( ) 63/ ).
14- ( ( ) 21/ ) .
15- ( )

(19/ ) .

11 Surah apakah yang terdapat dua ayat sajadah dalamnya?


Surah al-Hajj
12 Surah apakah yang pada setiap ayatnya ada Lafzul Jalalah (kalimah
)?
Surah al-Mujadilah
13 Setiap surah dalam al-Quran dimulakan dengan basmalah , kecuali
satu surah, surah apakah itu?
Surah at-Taubah / al-Bara-ah
14 Berapakah bilangan lafaz basmalah (bismillahirrahmanirrahiim)
disebut dalam al-Quran ?
114 kali
15 Basmalah disebut 114 kali di dalam al-Quran, kerana terdapat satu
surah yang disebut lafaz basmalah dalamnya sebanyak dua kali. Apakah
nama surah itu, dan ayat apa?
Surah an-Naml , ayat 30 :

16 Dalam al-Quran, hanya satu nama sahabat Nabi s.a.w disebut ,
siapakah sahabat itu?
Zaid bin Harithah , dalam surah al-Ahzab ayat 37
17 Apakah nama surah yang dinamakan dengan nama hari ?
Surah al-Jumah
18 Surah ini dinamakan dengan nama salah satu perang Baginda
Muhammad s.a.w. , apakah nama surah ini ?
Surah al-Ahzab
19 Dikatakan ayat ini adalah ayat yang paling agung dalam al-Quran, ayat
apakah itu?
Ayatul Kursi , surah al-Baqarah ayat 255
20 Surah ini , dalam satu hadis adalah seperti satu per tiga al-Quran .
Surah apa ?
Surah al-Ikhlas

21 Dua surah ini dipanggil : al-Muawwizatain . Apakah nama surah-surah


tersebut ?

Surah Al-Falaq dan an-Nas


22 Berapa kalikah kalimah Ramadhan disebut dalam al-Quran ?
Sekali sahaja , iaitu dalam surah al-Baqarah ayat 185
23 Berapakah bilangan surah Makkiyyah dan surah Madaniyyah dalam
al-Quran ?
Surah Makkiyyah ada 86 surah , manakala Madaniyyah ada 28 surah
24 Apakah yang dimaksudkan dengan surah Makkiyah dan surah
Madaniyyah ?
Surah Makkiyyah ialah surah yang diturunkan sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke
Madinah , manakala surah Madaniyyah ialah surah-surah yang diturunkan selepas
hijrah Baginda s.a.w. , walaupun bukan di Madinah. (mengikut pendapat yang
masyhur )
25 Apakah nama surah-surah yang dimulakan dengan :
Alhamdulillah. ?
5 surah : Surah al-Fatihah , surah al-Anaam , surah al-Kahf, surah Saba dan surah
Fatir

26 Apakah nama surah-surah yang dimulakan dengan : Tabaraka. ?


Dua surah : surah al-Furqan dan surah al-Mulk
27 Apakah nama surah-surah yang dimulakan dengan kalimah tasbih
(Subhana ; Sabbaha ; Yusabbihu ; Sabbih ; ) ?
Ada 7 surah :
> surah al-Isra : .
> surah al-Hadid, al-Hasyr, as-Soff :
> surah al-Jumah , at-Taghabun :
> surah al-Ala :
28 Apakah surah-surah yang dinamakan dengan nama para Nabi s.a.w ?
yang mutamad : surah Yusuf, surah Ibrahim, surah Yunus, surah Hud, surah
Muhammad dan surah Nuh
dalam satu pendapat : surah Yaasiin dan surah Tohaa
29 Satu surah , dinamakan dengan salah satu rukun Islam, apakah surah
itu?
Surah al-Hajj
30 Surah ini dimulakan dengan kalimah : Suratun . Apakah nama surah
ini ?
Surah an-Nur
31 Surah ini dinamakan dengan nama seorang wanita , apakah nama
surah ini ?
Surah Maryam

32 Berapakah bilangan surah-surah yang dimulakan dengan huruf


muqattaah (huruf-huruf yang disebut namanya ketika membaca) ?
Sebutkan.
29 surah , iaitu : al-Baqarah, Ali Imran, al-Araf, Yunus, Hud, Yusuf, ar-Rad ,
Ibrahim, al-HIjr, Maryam , Toha, asy-Syuara , an-Naml , al-Qasas , al-Ankabut, arRum , Luqman , as-Sajdah, YaaSiin , Sod , Ghafir, Fussilat, asy-Syura, az-Zukhruf ,
ad-Dukhan, al-Jathiah , al-Ahqaf , Qaf dan al-Qalam
33 Surah-surah ini dimulakan dengan Ya Ayyuhal laziina aamanu
Apakah namanya ?
3 surah : al-Ma-idah , al-Hujurat dan al-Mumtahanah
34 Surah-surah ini dimulakan dengan Ya Ayyuhan Nas.. Apakah namanya
?
2 surah : an-Nisaa dan al-Hajj
35 Surah-surah ini dimulakan dengan Qul , apakah namanya ?
5 surah : surah Al-Jinn , surah al-Kafirun , Surah al-Ikhlas , surah al-Falaq dan
surah an-Nas
36 Apakah nama surah yang digelar surah at-Tauhid ?
Surah al-Ikhlas
37 Surah-surah ini dimulakan dengan Innaa , apakah namanya ?
4 surah : surah al-Fat-h , surah Nuh , surah al-Qadr dan surah al-Kauthar
38 Ada 15 surah dalam al-Quran yang dimulakan dengan lafaz sumpah :
Wa (Demi ) , apakah nama surah-surah itu ?
15 surah : Az-Zariyat , at-Tur , an-Najm, al-Mursalat, an-Naziat , al-Buruuj , atToriq , al-Fajr , asy-Syams , al-Lail , adh-Dhuha , at-Tin , al-Adiyat , al-Asr dan asSoffaat
39 Berapakah bilangan ayat dalam al-Quran ?
6236 ayat
40 Apakah nama surah yang digelar : an-Nisaa as-Sughro ?
Surah at-Tolaaq
41 Apakah nama surah yang setiap ayatnya diakhiri dengan huruf Ra ?
Surah al-Kauthar
42 Apakah nama surah yang setiap ayatnya diakhiri dengan huruf Dal ?
Surah al-Ikhlas
43 Surah ini mengandungi 10 huruf Wau , walaupun hanya tiga ayat ,
apakah namanya ?
Surah al-Asr
44 Apakah nama surah yang tiada huruf Ra dalamnya ?
Surah al-Ikhlas
45 Apakah nama surah yang tiada huruf Mim dalamnya ?
Al-Kauthar
46 Apakah nama surah yang dimulakan dengan tasbih, dan diakhiri juga
dengan tasbih ?
Surah alHasyr

Anda mungkin juga menyukai