Anda di halaman 1dari 4

SOALAN KUIZ SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H

1) Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan? a) Hari Isnin bersamaan 12 Ramadhan b) Hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal c) Hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Akhir 2) Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD. Apakah maksud Muhammad? a) Yang terpuji b) Jujur c) Bijaksana 3) Di manakah bonda Nabi Muhammad SAW meninggal dunia? a) Abwa b) Taif c) Mekah 4) Datuk Nabi Muhammad SAW meninggal dunia ketika Nabi berusia a) 6 tahun b) 7 tahun c) 8 tahun tahun.

5) Semasa tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, Mekah telah diserang oleh a) Burung Ababil b) Tentera bergajah c) Tentera Quraisy 6) Ketua tentera bergajah bernama a) Abu Lahab b) Abrahah c) Namrud .

7) Bilakah bapa Nabi Muhammad SAW meninggal dunia? a) Ketika Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul b) Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 2 tahun c) Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya 8) Berapa lamakah Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuknya? a) 2 tahun b) 4 tahun c) 10 tahun

9) Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi Muhammad SAW setelah kematian datuknya? a) Abdul Mutalib b) Abu Lahab c) Abu Talib 10) Sejak kecil Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran al-amin. Apakah maksud alamin? a) Jujur dan amanah b) Bijaksana c) Terpuji 11) Siapakah Ummu Aiman? a) Ibu saudara Nabi Muhammad SAW b) Ibu susu Nabi Muhammad SAW c) Pengasuh Nabi Muhammad SAW 12) Siapakah Halimatus Saadiah? a) Ibu Nabi Muhammad SAW b) Ibu saudara Nabi Muhammad SAW c) Ibu susu Nabi Muhammad SAW 13) Nabi Muhammad SAW telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susu nabi? a) Ummu Aiman dan Halimatus Saadiah b) Suwaibatul Aslamiah dan Halimatus Saadiah c) Khadijah dan Halimatus Saadiah 14) Berapa lamakah Suwaibatul Aslamiah menyusukan Nabi Muhammad SAW? a) 3 tahun b) 3 bulan c) 3 hari 15) Abu Talib ialah a) Bapa saudara b) Datuk c) Ayah Nabi Muhammad SAW.

16) Ketika Nabi Muhammad SAW masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut? a) Unta b) Lembu c) Kambing

17) Kemanakah Nabi Muhammad SAW pergi seorang diri dengan tujuan untuk beribadah? a) Gua Hira b) Gua Tursina c) Masjid al-Aqsa 18) Di manakah Nabi Muhammad SAW dan bapa saudara baginda berniaga? a) Palestin b) Syam c) Mesir 19) Pada usia berapakah Nabi Muhammad SAW berniaga bersama bapa saudaranya? a) 10 tahun b) 11 tahun c) 12 tahun 20) Surah pertama yang diturunkan di Gua Hira? a) Surah al-Fatihah b) Surah al-Alaq c) Surah al-Baqarah 21) Wahyu pertama diturunkan pada a) Malam 10 Rabiul Awal b) Malam 10 Zulhijjah c) Malam 10 Ramadhan 22) Malaikat a) Jibril b) Izrail c) Israfil .

telah mengajar Nabi Muhammad SAW membaca wahyu Allah.

23) Umur Nabi Muhammad SAW semasa menerima wahyu pertama? a) 25 tahun b) 35 tahun c) 40 tahun 24) Siapakah orang pertama memeluk Islam? a) Abu Jahal b) Khadijah c) Abu Bakar

25) Di awal Islam, Nabi Muhammad SAW telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Di manakah lokasi dakwah tersebut dijalankan? a) Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam b) Gua Hira c) Masjid Nabawi 26) Berapa lamakah Nabi Muhammad SAW menjalankan dakwah secara sembunyi? a) 1 tahun b) 3 tahun c) 5 tahun 27) Beliau memeluk Islam kerana tidak rela melihat Nabi Muhammad SAW dihina dan dicaci. Siapakah beliau? a) Abu Talib bin Abdul Mutalib b) Hamzah bin Abdul Mutalib c) Abu Bakar as-Siddiq 28) Siapakah pembesar Quraisy yang terpegun dengan kebaikan al-Quran dan terus memeluk Islam? a) Umar al-Khattab b) Usman bin Affan c) Ali bin Abi talib 29) Bilakah Nabi Muhammad SAW wafat? a) 12 Muharam tahun 12 hijrah b) 12 Rabiul Akhir tahun 11 hijrah c) 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah 30) Berapakah usia Nabi Muhammad SAW ketika wafat? a) 66 tahun b) 63 tahun c) 70 tahun

Anda mungkin juga menyukai