Anda di halaman 1dari 4

SOALAN YANG SENANG UNTUK KATEGORI KANAK-KANAK/REMAJA

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?


Jawapan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab
bin Murrah
3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya
4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)
5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun
6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud
Muhammad?
Jawapan; yang terpuji
7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib
8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun
9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita
desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah
10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun
11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib
12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai
pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing
13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam

bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah
tersebut?
Jawapan; Maisarah
14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun
15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun
16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra
17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah
markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam
18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun
19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara
sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah - isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib - sepupu nabi
Zaid bin Harithah - hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq - kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Saad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin Auf
Thalhah bin Ubaidillah
Abu ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-Adawi
20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun
21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil
KUIZ UNTUK KATEGORI DEWASA, JUGA SOALAN YANG SENANG2 AJE...

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?


-jawapan 20 april 571M
2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam
3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh
Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut
dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..
4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan
perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan
menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera
Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah
nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira
5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais Ailan yang
berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu,
peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci.
Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)
6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah
bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah
supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah
dilakukan di rumah Abdullah Bin Judaan ketika nabi berusia belasan tahun.
Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul
7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w.
Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zamah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah

10111213-

Syafiah
Ummu Habibah
Mariyah Qibtiyah
Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama
anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,
9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi - usia 63 tahun
10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai
11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi beruzlah (bertahanus) untuk beribadat
dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi beruzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)
12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar
telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai Aamul
Huzni iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah
13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar
dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama
peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra Mikraj

Anda mungkin juga menyukai