Anda di halaman 1dari 3

Asas Teori Muzik SR

Mengenal Not Muzik Dalam pembelajaran muzik, teori adalah antara perkara yang penting. Asas dalam pembelajaran teori adalah not yang mana kita perlu mengenali nama, rupa bentuk not dan juga nilai sesuatu not. Sila rujuk gambarajah di bawah.

Gambarajah ataupun "note tree" di bawah adalah salah satu contoh jadual untuk kita lebih mudah memahami nilai not. Not yang berada di atas sekali adalah not yang besar sekali nilainya yang berada di bawah semakin kecil sehinggalah yang berada di bawah sekali. Sebagai contohnya; not semibrif bernilai 4 dan minim pula nilainya ialah 2, oleh itu dua not minim perlu digabungkan untuk menyamai nilai semibrif. Satu lagi contoh ialah semibrif bersamaan nilainya dengan empat not krocet kerana nilai semibrif adalah 4 manakala nilai krocet adalah 1. mudah kan?

Baluk Apa Dia Baluk ? Dalam skor muzik, baluk adalah benda yang paling penting dalam pembacaan skor lagu. Baluk dalam bahasa Inggeris dipanggil Staff ataupun Stave. Baluk ditulis secara lima garis dan empat ruang selari. Setiap garis dan ruang baluk tersebut akan ditulis not.

Klef Trebel Dalam skor muzik simbol muzik ini sering digunakan. Simbol ini dalam bahasa Inggeris dipanggil Trebel Clef dalam bahasa Melayu digelar Klef Trebel. Klef ini akan ditulis pada awal setiap baluk. Klef ini akan menetukan notasi A,B,C,D,E,F,G,A' pada garis dan ruang pada baluk. Setiap klef menetapkan nama yang berlainan bagi garis dari ruang pada baluk. Apabila ditulis pada baluk, klef trebal ini akan mewakili not G. Selalunya selain dipanggil Klef Trabel ia juga dipanggil Klef G.

Klef Bes Klef Bes akan ditulis pada awal setiap skor lagu. Selalunya, apabila klef bes ini ditulis, lagu yang akan dimainkan adalah terdiri dari lagu yang bernada rendah. Klef bes ini akan menetapkan not F garis ke 2 dari atas sebagai garis F. Oleh yang demikian, klef bes ini juga sering digelar Klef F.

Kedudukan Not Pada Baluk Not-not sering ditulis pada setiap ruang dan garis pada baluk. Bagi baluk klef trebal (G), not akan bermula dari not C Tengah ataupun Middle C. Setiap not akan ditulis seperti tangga samaada dari not paling bawah ke atas atau dari atas kebawah. Begitu juga dengan baluk bagi klef bes. Asas not bermula dari C Tengah. Tetapi not akan ditulis ke bawah sehingga ke not E. Perlu diingat bahawa kedudukan not antara klef trabel dan klef bes adalah tidak sama. Berikut merupakan gambarrajah berkenaan kedudukan not pada baluk.

Anda mungkin juga menyukai