Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan contoh-contoh yang relevan, jelaskan bagaimana perubahan nilai berlaku.

- perubahan nilai akibat IT


- perubahan nilai dalam masyarakat pengguna

Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi
semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan
menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa kesan positif namun terdapat banyak perubahan nilai dalam diri manusia akibat IT.
Pertamanya dalah masyarakat tidak mempunyai kepercayaan kepada tuhan. Hal ini kerana
melalui perkembangan IT, maka berlakunya jenaya-jenayah seperti jenayah siber. Semakin
maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah
siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu,
buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam
sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah
negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa
kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.Seterusnya, kemajuan ICT ini juga
menyebabkan ramai orang melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau
pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang
tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman
sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut
perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut. Jika kita melihat perubahan
nilai dalam masyarakat pengguna, Pada zaman dulu, jika berlaku sebarang kemalangan di
jalan raya, maka ramai orang mengambil langkah yang secepat mungkin untuk
menyelamatkan nyawa mangsa yang ditimpa kemalangan. Jika melihat pada zaman kini,
rakyat lebih tertarik kepada media sosial untuk menjadikan diri mereka terkenal di dunia.
Dengan ini, jika berlaku situasi yag sama iaitu kemalangan, mereka mengambil gmbar
situasi tersebut dan menjadikan lebih viral. Melalui sikap ini, nilai baik hati, rasional dan
bertanggungjawab yang pada diri manusia terus hilang sehingga mementingkan diri sendiri
di media sosial.

Anda mungkin juga menyukai