Anda di halaman 1dari 9

TOPIK 6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUM

TOPIK 6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUM

Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan untuk
merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum. Contohnya, merancang untuk mengajar satu
pelajaran kelas bercantum. Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalam pedagogi kelas
bercantum?

Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untuk kelas
bercantum

6.1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum

Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan
pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman,
kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah
sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.

Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali
sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School
ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti
bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

Konsep Kelas Bercantum

Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi
murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat
serta tahun lima dan enam.

Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-
murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah.”
(UNESCO, 1988).

Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh berlaku?

a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu
dicantum.
b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum.
c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu
dicantum.
d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid.
e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama,
misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.

6.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum


 Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.
 Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan
 Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa
dibuka.
 Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut
bilangan kelas.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak


memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran “multi task”
atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

6.3 Pedagogi Kelas Bercantum

Dalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana
setiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza
walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-murid di bawah jagaannya
lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Prinsip-prinsip pecahan kepada
kumpulan adalah seperti berikut :

(a) Kumpulan Sama Kebolehan


(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan
(c) Kumpulan Tahun Persekolahan
(d) Kumpulan Sosial
(e) Kumpulan Individu

Kumpulan Sama Kebolehan

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran seperti
matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan
mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian
secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu.
Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini
akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana
adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah
lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini.
Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid
dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-
murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai
melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Murid yang cerdas dapat
membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu
projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek
yang berjaya. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.
Kumpulan Tahun Persekolahan
Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan
lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan:
 lambat
 sederhana
 cerdas

Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk
semua kumpulan.

Kumpulan Sosial
Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana
kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini kanak-
kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat
biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan
kerehatan.

Kumpulan Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

6.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum

Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.


Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan
oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai
supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.

Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan
pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran
supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)

Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas
bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat
diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah
pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.
4.2 Rumusan
Diambil daripada : Modul BPG(2007). Kelas Bercantum.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru
berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting
kerana

a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.


b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.
c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.
d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan untuk
setahun.
e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah.

Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian
tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua
kelas yang dicantumkan.

Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kita membuat
ringkasan isi penting dalam topik ini.:

 Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi


murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat
serta tahun lima dan enam.
 Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja, murid-
murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan; bilangan murid kurang daripada 10 orang
dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka, guru mengajar lebih daripada satu
tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran
dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

 Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan Sama


Kebolehan; kumpulan Pelbagai Kebolehan; kumpulan Tahun Persekolahan; kumpulan sosial;
kumpulan individu

 Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru
kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang menyeluruh dan
saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan


Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan

Teks Bacaan Asas Rujukan


Arends, R.I. (2001). Learning To Teach. Boston : McGraw Hill.
Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.
Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.
Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru
Sekolah Rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.
Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul Kelas Bercantum. Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai