Anda di halaman 1dari 13

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

BMMB3052 (SENI DALAM


PENDIDIKAN)

NUR ‘AQILAH HUSNA BINTI YAHAYA

PENSYARAH:
DR. RAHMAH BINTI ABDUL GHANI
PENDAHULUAN
Seni dalam pendidikan melibatkan tiga elemen penting dalam proses PdP
iaitu elemen seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Penyatuan
ketiga-tiga elemen seni ini membolehkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran murid-murid berlaku dengan lebih efektif dan menarik
perhatian murid. Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga
komponen akan melengkaplan otak kanak dan otak kiri. Pengintegrasian
inilah membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang yang meliputi
Falsafah Pendidikan Negara (FPK) iaitu keseimbangan dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
APLIKASI SENI DALAM
PENDIDIKAN

SENI
MUZIK

SENI
PERGERAKAN
DSKP BAHASA MELAYU TAHAP 1 TAHUN 2
TEMA: Kelestarian Alam Sekitar & Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK)

TAJUK: Satu Labah-Labah

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan:
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa
sastera.

Standard Pembelajaran:
4.2.2 Menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi
yang sesuai serta melakukan aksi mengikut lirik.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menyebut dan memahami keseluruhan seni kata lagu dan melakukan aksi
mengikut lirik lagu.
2. Mendapat nilai-nilai murni berdasarkan lagu “Satu Labah-Labah”.
3. Murid dapat membaca dan mengenalpasti kata ganda dalam lirik lagu
tersebut dengan lancar.
4. Murid dapat mengaplikasikan lirik lagu tersebut dalam bentuk nyanyian
dengan intonasi yang betul.
PROSEDUR AKTIVITI
1. Guru menguji kefahaman murid sedia ada tentang labah-labah dengan
menyoal ciri-ciri fizikal labah-labah secara ringkas.
2. Guru memaparkan gambar labah-labah di hadapan kelas.
3. Guru menayangkan video dan seni kata lagu “Satu Labah-Labah”
menggunakan pemancar laser (LCD).
4. Guru akan membimbing murid menyanyi lagu tersebut menggunakan
intonasi yang sesuai dengan iringan muzik.
5. Kemudian, guru akan mengajar murid cara melakukan gaya seperti seekor
labah-labah.
PROSEDUR AKTIVITI
6. Setelah itu, murid-murid akan menyanyi lagu tersebut dengan iringan
muzik serta melakukan pergerakan bersama-sama.
7. Guru akan menjelaskan maksud lagu tersebut dengan mengeluarkan nilai-

nilai murni dan menjelaskan kata ganda yang terkandung dalamnya.


8. Guru akan bersoal jawab dengan murid berkaitan nilai dan ikhtibar yang
diperoleh berdasarkan lagu tersebut.
9. Guru akan menjalankan aktiviti bersama murid iaitu membuat kolaj dan
reka cipta. Guru mengedarkan kertas warna, pinggan polisterin yang telah
siap dilubang dan tali bulu kambing kepada murid.
PROSEDUR AKTIVITI
10. Guru akan menunjukkan demonstrasi membuat kolaj dan reka cipta
tersebut dengan jelas. Pada pinggan polisterin tersebut terdapat gambar
seekor labah-labah. Kertas warna akan dicarikkan dan ditampal pada
gambar tersebut. Kemudian tali bulu kambing tadi perlu dimasukkan ke
dalam lubang yang ada pada keliling pinggan tersebut.
11. Murid akan menghasilkan kolaj dan reka cipta tersebut menggunakan
kreativiti mereka dengan bimbingan guru.
12. Akhir sekali, guru akan berbincang dengan murid berkenaan PdP yang
dijalankan. Sesi pembelajaran tamat.
Seni Muzik Dan Pergerakan Seekor labah-labah cuba panjat perigi
Lagu “Satu Labah-labah”
Bila hujan turun cepat cepat lari
Terbit matahari air tiada lagi
Labah-labah cuba panjat sekali lagi

Mari kawan-kawan kita berusaha


Mencapai impian juga cita-cita
Jika kita gagal teruskan mencuba
Pasti kita akan berjaya juga akhirnya
(ulang semula)
Seni Visual:
Kolaj dan Reka Cipta
SISTEM BAHASA
Kata Ganda

Kata ganda ialah ialah satu proses pengulangan


perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk
daripada kata yang digandakan sama ada
sebahagian atau seluruhnya.

Contoh kata ganda seluruh : Labah-labah, cepat-


cepat, kawan-kawan, cita-cita

Contoh kata ganda sebahagian: Lelabah


Perbincangan guru dan murid pada akhir PdP
1. Guru bercerita mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu “Satu Labah-
Labah” seperti gigih, berani, berusaha dan tidak mudah berputus asa.
2. Guru juga berbincang mengenai ikhtibar atau pengajaran berdasarkan lagu
tersebut.
Contohnya: Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu dan tidak mudah berputus asa.
3. Murid memberi maklum balas bahawa mereka gembira ketika menyanyi lagu
tersebut dan berasa teruja ketika menjalankan aktiviti kolaj dan reka cipta.
4. Guru melekatkan hasil kolaj dan reka cipta murid pada sudut kelas sebagai
hiasan dan pembelajaran.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai