Anda di halaman 1dari 14

Isu-isu Moral Tempatan

(Pendidikan Moral)
Kumpulan 2:
1) Nur ‘Aqilah Husna bt Yahaya
2) Feezatul Azwanie bt Basahali
3) Noel Philip
4) Arliena Masdin
Isu-Isu Moral Tempatan

Pergaulan Ketagihan Rempit


bebas alkohol

Pembuangan Jenayah
bayi jalanan
Pergaulan Bebas
• Pengertian pergaulan bebas adalah salah bentuk perilaku menyimpang
yang melewati batas dari kewajiban, tuntutan, aturan, syarat, dan
perasaan malu. atau pergaulan bebas dapat diartikan sebagai perilaku
menyimpang yang melanggar norma agama maupun norma
kesusilaan.
• Pengertian pergaulan adalah merupakan proses interaksi antara
individu atau individu dengan kelompok. Sedangkan bebas adalah
terlepas dari kewajiban, aturan, tuntutan, norma agama dan norma
kesusilaan. Pergaulan berpengaruh terhadap pembentukan
keperibadian seseorang individu baik pergaulan positif atau negatif.
Faktor Penyebab Pergaulan Bebas
 Tahap Iman yang lemah: Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan
bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya
penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada
menggunakan akal fikiran yang waras. Mereka tidak dapat membezakan
kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan.  
 Dunia cinta remaja: Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam
pembentukan masyarakat. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja.
 Pengaruh media massa dan pendedahan lucah: Ini adalah disebabkan
oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara iaitu sukar disekat,
ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara
dengan mudah. Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan
memaparkan adengan-adengan seks.
Kesan Pergaulan Bebas
Pembuangan bayi : Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan
hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung
sebelum berkahwin. Remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak
berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat
seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.
Penceraian dan keruntuhan rumah tangga: Kebanyakan pemudi-pemuda yang
berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak
stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Institusi keluarga akan mudah hancur,
walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil.
Tersebarnya penyakit yang membawa maut: Terdapat pelbagai penyakit yang lahir
disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental
mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa
maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Ketagihan Alkohol
• Ketagihan alkohol, juga dikenali sebagai alkoholisme, adalah keadaan yang
dimaksudkan dengan tabiat pengambilan alkohol secara berlebihan. Ia berlaku
apabila anda mengambil minuman keras terlalu banyak sehingga badan anda
akhirnya menjadi bergantung dan ketagih pada alkohol.

• Apabila ini berlaku, alkohol boleh menyebabkan perubahan dalam otak yang boleh
membuatkan seseorang hilang kawalan terhadap tindakan mereka. Seseorang boleh
minum secara berlebihan sepanjang hari atau boleh mengalami episod pengambilan
minuman keras mengikut nafsu, iaitu corak minum di mana seseorang boleh minum
dari 4 hingga 5 minuman dalam masa 2 jam.

• Ketagihan alkohol boleh menyebabkan tekanan yang ketara pada badan anda dan
membawa kepada masalah kesihatan yang serius. Adalah penting untuk
mendapatkan rawatan perubatan jika anda mengesyaki anda atau rakan anda
mungkin mempunyai masalah dengan penyalahgunaan alcohol.
Kesan Ketagihan Alkohol
 Kesan pada otak. Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya
mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran
bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

 Kesan pada saraf. Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff
dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh
mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

 Kesan dari segi keagamaan. Peminum minuman keras biasanya akan melupakan semua kebaikan,
mengabaikan dirinya dari mengerjakan ibadat sembahyang dan mengingati Allah Taala dapat
menghancurkan moral, meruntuhkan akhlak dan melemahkan perasaan dan semangat untuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang dipandang mulia, waras dan berakal.

 Kesan terhadap kerukunan rumah tangga. Pertelingkahan akan sering terjadi di antara suami 
isteri dan seluruh keluarga yang terlibat. Suami yang mabuk disebabkan arak ini sudah pasti tidak
dapat lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumahtangga dengan baik.
Anak-anak akan menjadi mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan pemedulian orang tuanya.
Rempit

• Rempit adalah scenario yang mana sekumpulan penunggang motosikal


menunggang motosikal secara berterusan dan merbahaya
• Perlakuan rempit ini membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna
jalan raya yang lain.
• Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud
menyesah atau memukul sesuatu. Contohnya dengan menggunakan
rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada
perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di
jalan raya (litar).
Punca Rempit
• Perasaa bosan yang dialami oleh golongan remaja.
• Remaja beranggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan
melakukan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan.
• Perasaan ingin tahu dan mencuba dalam kalangan remaja.
• Oleh sebab desakan perasaan remaja yang suka mencuba dan tidak takut menghadapi
risiko yang bakal mereka tempuhi, para remaja sanggup dan berani melakukan apa sahaja.
• Pengaruh rakan sebaya.
• Remaja selalunya mempunyai sikap yang akan menurut sahaja sikap dan tingkah laku
rakan-rakan sebaya mereka.
• Gaya hidup dan taraf Pendidikan
• Majoriti remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang
berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit kerana tidak berfikir dengan
semasak-masaknya.
• Kurangnya pengawasan ibu bapa
• Ibu bapa mereka langsung tidak mempersoalkan ke mana perginya anak mereka dan apa
aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di luar pengetahuan mereka.
Kesan Rempit
• Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja.
• Menyebabkan wujudnya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan seperti
yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain.
• Meningkatkan kemalangan jalan raya.
• Meningkatnya masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal
dan sebagainya.
• Gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga memberi kesan kepada pasukan
keselamatan negara. Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak
menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak
mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Contohnya, pihak polis.
• Menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan negara untuk mengatasinya.
• Menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan negara untuk mengatasinya.
Pembuangan bayi

• Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan


bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup
bulan yang mengakibatkan kemusnahan janin.
• Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan
bahawa pembuangan bayi sebagai satu jenayah berat dan teruk.
• Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang
bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan
menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru
dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah
perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak
berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan
Punca Pembuangan Bayi
 Kurang didikan dan kefahaman agama - Remaja tidak mempunyai pegangan agama yang
teguh dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu.

 Pengaruh rakan sebaya - Rakan yang berpengaruh negatif akan mengajak rakan yang lain
untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat.

 Sikap masyarakat - Pemikiran masyarakat yang kolot menyebabkan remaja tidak


mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak
mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya.

 Sikap ingin tahu - Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya
mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain.

 Arus pemodenan - Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah
menyebabkan remaja mudah terpengaruh.

 Institusi kekeluargaan yang musnah - Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik


anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik.
Jenayah jalanan
• Jenayah jalanan meliputi tiga kategori utama perlakuan jenayah iaitu curi
ragut, samun tanpa bersenjata api, dan samun berkawan tanpa bersenjata
api. Adakalanya sesetengah kes jenayah jalanan turut mengakibatkan
kematian dan kecederaan parah kepada mangsa.
• Di Malaysia, jenayah jalanan menjadi masalah yang semakin meruncing
terutamanya di empat negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu Kuala
Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor sehingga Kementerian Dalam
Negeri memberi tumpuan kepada memerangi jenayah jalanan. Ini kerana
jenayah jalanan mengakibatkan trauma yang tinggi serta memberi kesan
ketakutan berpanjangan kepada mangsa, keluarga mangsa dan juga
masyarakat.
Sekian
#stayathome #staysafe

Anda mungkin juga menyukai