Anda di halaman 1dari 2

4)

PERGAULAN BEBAS

PUNCA- PUNCA
Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan
iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang
itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman
manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak
takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak
dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan.

Dunia Cinta Remaja


Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat
yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang
lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam
remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan
menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina
dan sebagainya.

Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah


Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet
menjadi sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media
yang lain. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan
negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah
dapat memasuki negara dengan mudah. Rancangan-rancangan yang disiarkan di
televisyan memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalahmajalah berbentuk hiburan juga member kesan negatif. Banyak majalah
memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka.
KESAN- KESAN

Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar
tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin.
Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak
berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempattempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Perceraian dan keruntuhan rumah tangga

Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung.


Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang
lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan
cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal
lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh
perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di
Malaysia.

Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut


Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara
lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut
ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui
sehingga ke hari ini.
LANGKAH- LANHKAH MENGATASI

Peranan ibu bapa


Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakanrakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi
perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tiada angin masakan
pokok akan bergoyang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti
ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu
bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka.
Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat.
Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di
sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap
anak-anak mereka.

Peranan pihak sekolah


Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan
seks melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan
Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh
negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat
dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih
memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari
terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas.

Anda mungkin juga menyukai