Anda di halaman 1dari 3

6. Keadilan Ekonomi Isu keadilan ekonomi bukanlah satu isu yang boleh diambil ringan.

Ini adalah kerana kesan dari ketidakadilan di dalam bidang ekonomi ini boleh menganggu gugat perpaduan antara kaum di sesebuah Negara khususnya di Malaysia. Jika zaman dahulu isu dimiliki oleh individu ataupun masyarakat, pada hari ini isu keadilan ekonomi yang mengungguli sesebuah Negara serta modal yang dimiliki oleh seseorang individu. 6.1 Keadilan dari Perspektif Disiplin Ilmu Ekonomi Persoalan keadilan dari perspektif disiplin ilmu ekonomi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu dari segi perspektif kapitalisme, sosialisme dan perspektif Islam 6.1.1 Sistem Ekonomi Kapitalisme Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas Leissure Faire.. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian . Di bawah sistem ini seseorang individu berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya. Mencegah orang lain dari menggunakan barangbarang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu diuruskan setelah dia mati. Dalam hal ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan oleh masyarakat, keseluruhannya hak-hak ini boleh dibatasi melalui tindakan masyarakat. Persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang cekap. Pada umumnya persaingan dalam sistem kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini. Berdasarkan sistem ini, kapitalis beranggapan bahawa keadilan ekonomi akan dapat ditegakkan atas alasan pemilik modal akan menyalurkan modalnya ke arah pengeluaran

barangan yang mendapat permintaaan utama masyarakat. Dengan cara ini para kapitalis percaya kebajikan masyarakat akan terpelihara dan pengagihan kekayaan dalam sesebuah Negara juga akan berlaku dengan adil. Anggapan dalam sistem kapitalisme di atas mengatakan permintaan masyarakat ke atas suatu barangan akan menyebabkan para kapitalis akan menumpukan produksi terhadap barangan tersebut adalah satu asumsi dangkal dan sama sekali tertolak. Ia sekadar satu ilusi untuk mengabui persepsi masyarakat. Tiga prinsip penting yang saling berganding dalam sistem kapitalisme yang tidak memungkinkan asumsi di atas menjadi nyata ialah hak milik mutlak terhadap modal dan harta, matlamat keuntungan yang maksima dan meminimumkan sebarang kerugian. Arah pelaburan yangdibuat oleh para kapitalis selaunya akan berdasarkan kepada analisis ekonomi yang telah dilakukan . Ciri-ciri Penting sistem ini ialah: Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan industri kredit) yang mengenakan riba (faedah) Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus atau dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktivitiaktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah sistem kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga dengan bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan. Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasrat setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan dengannya .

6.1.2 Sistem Ekonomi Sosialisme Sistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta persendirian. Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke atas masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiran sosialisme mula mendapat sambutan dan begitu laris. Keadilan sistem ekonomi Sosialisme adalah bertunjangkan kepada konsep samarata yang meletakkan manusia di bawah astu kelompok yang sama dari sudut status dan pendapatan. Pemilikan harta terutamanya ke atas factor pengeluaran adalah hak milik mutlak pemerintah. Ciri-ciri Penting sistem ini ialah: Lebih mengutamakan kebersamaan. Tidak ada pengakuan atas hak-hak pribadi (individu) dalam sistem sosialis. Peranan pemerintah sangat kuat. Pemerintah bertindak aktif mulai dari perencanaan, pelaksanaan hingga tahap pengawasan. Sifat manusia ditentukan oleh pola produksi. Pola produksi (aset dikuasai masyarakat) melahirkan kesedaran kolektivisme (masyarakat sosialis). Pola produksi (aset dikuasai individu) melahirkan kesadaran individualisme (masyarakat kapitalis)

Di bawah sistem ini juga, hakmilik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah dan modal yang digunakan secara besar-besaran. Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai lebih banyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi sangat kurang berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme. Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh negara, maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerjakerja yang dijalankan oleh persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluang untuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding dengan sistem kapitalisme. Konsep kesamarataan yang diperjuangkan adalah tidak menepati tuntutan persamaan yang sepatutnya disediakan kepada manusia. Konsep kesamarataan memerlukan kepada pemberian secara sama rata dan sama banyak segala keperluan hidup kepada rakyat. Ini melanggar fitrah manusia di mana manusia diciptakan dengan keupayaan yang berbeza. Justeru individu yang memiliki keupayaan yang lebih sepatutnya berhak mendapat lebih.

Anda mungkin juga menyukai