Anda di halaman 1dari 11

TAJUK 2: DR.

NORLIA BINTI MAT

PEMINDAHAN ESA
JABATAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN

PEMBELAJARAN IPG KAMPUS IPOH


DEFINISI PEMINDAHAN
PEMBELAJARAN
• Pembelajaran dalam satu konteks atau situasi yang
mempengaruhi pembelajaran atau pencapaian dalam konteks atau
situasi lain.
• Melibatkan bahan sumber yang berbeza.
JENIS-JENIS PEMINDAHAN
PEMBELAJARAN
• Pemindahan positif
- Berlaku apabila pembelajaran dalam satu konteks memberikan
sumbangan atau mempengaruhi pembelajaran dalam konteks lain.
- Contoh: Dalam Pendidikan Jasmani, latihan menghantar,
menangkap, menyambut,menendang dan mengelecek bola boleh
diaplikasikan dalam permainan bola sebenar, maka pemindahan
positif pembelajaran telah berlaku.
• Pemindahan negatif
- Berlaku apabila pembelajaran dalam satu konteks memberi
impak negatif terhadap pencapaian pembelajaran dalam situasi lain.
- Dengan kata lain pembelajaran dalam situasi pertama
menghalang pencapaian pembelajaran dalam situasi lain.
- Contoh: Dalam pembelajaran bahasa, murid yang bahasa
ibundanya bukan bahasa Melayu akan menghadapi masalah
menyebut perkataan-perkataan tertentu atas sebab tidak wujud
abjad atau fonem tertentu dalam bahasa ibunda. (zaman – jaman;
lari – lali/rari)
• Cree dan Macaulay (2000) membahagikan pemindahan
pembelajaran kepada 2 kategori:
1. Pemindahan Dekat
Pengetahuan dan kemahiran yang sama diaplikasi dalam
situasi atau konteks yang serupa. Berbentuk procedural atau
langkah kerja. Contoh: Prosedur membuat kek teknik putar
diaplikasikan bagi semua jenis kek.
2. Pemindahan Jauh
Melibatkan kemahiran dan pengetahuan yang diaplikasi
dalam situasi yang berubah. Oleh itu murid perlu memahami dan
menguasai prinsip dan dapat membuat adaptasi kepada situasi atau
persekitaran yang berubah.
• Eggen dan Kauchak (2001) membahagikan pemindahan pembelajaran
kepada 2 kategori:
- Pemindahan Umum
Melibatkan keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
yang dikuasai dalam satu situasi kepada situasi-situasi lain yang pelbagai
dalam kehidupan seharian.
Contoh: Mengaplikasi kemahiran matematik dalam situasi sebenar.
- Pemindahan Spesifik
Melibatkan keupayaan menggunakan maklumat atau kemahiran
yang dipelajari.
Contoh: Setelah murid faham akan hukum keselarasan vokal
dalam membentuk ejaan u – u; upah, utuh, ulit.
FAKTOR-FAKTOR
MEMPENGARUHI
PEMINDAHAN
•PEMBELAJARAN
6 Faktor yang boleh membantu murid membuat pemindahan
pembelajaran:
1. Situasi pembelajaran serupa
- Situasi pembelajaran kedua serupa dengan situasi pembelajaran
pertama.
- Memudahkan pemindahan pembelajaran berlaku

2. Kedalaman pemahaman asal murid


- Lebih mendalam dan lebih lama pembelajaran berlaku, akan lebih
memantapkan pemahaman murid.
3. Kualiti pengalaman pembelajaran
- Tahap penyampaian isi pelajaran yang mengandungi maklumat yang diperlukan
untuk memahami topik.
Contoh: Topik ‘luas’, murid akan memahami konsep luas dengan lebih mudah
melalui aktiviti mengukur dan menghitung keluasan bilik darjah.

4. Konteks pengalaman pembelajaran murid


- Pembelajaran dalam konteks adalah lebih bermakna berbanding dengan
pembelajaran di luar konteks.
5. Kepelbagaian pengalaman pembelajaran murid
- Pemasalahan yang dikemukan dalam pelbagai konteks memberi pengalaman
pembelajaran yang boleh membantu pemindahan pembelajaran.
Contoh: Konsep haiwan – gambar, pemerhatian, video, lawatan ke zoo.

6. Penekanan kepada metakognisi


- Membuat refleksi, berfikir secara kritis dapat menguatkan keupayaan
melakukan pemindahan pembelajaran
IMPLIKASI PEMINDAHAN
PEMBELAJARAN TERHADAP
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
a. Sediakan rancangan pengajaran & pembelajaran mengambil kira situasi seharian.
b. Sediakan contoh yang banyak – contoh sebenar.
c. Rancang penyampaian isi pelajaran yang memberi maklumat yang perlu untuk murid
memahami topik.
d. Selitkan maklumat dalam konteks yang bermakna.
e. Sentiasa ulang rujuk topik yang lepas untuk menguatkan idea dan sebagai latihan.
f. Banyakkan latih tubi dan latihan menggunakan sumber di persekitaran murid.
g. Pembelajaran dalam bentuk projek secara rentas kurikulum.
h. Bina kemahiran murid untuk memantau pembelajaran dengan cara mengaju soalan.
Implikasi
Proses
Aplikasi strategi Pembelajaran
pengajaran
kepelbagaian
pelajar

IMPLIKASI
PROSES Rancang
penyampaian isi Set induksi
PEMBELAJ pelajaran mengikut
tahap murid. menarik
ARAN
TERHADAP Buat
PENGAJARA pemerhatian
bagi mengenali
Sediakan bahan
sumber pelabgai

N& pelajar
rangsangan

PEMBELAJA Adakan
RAN projek/latiha
Banyakkan latih
tubi, ulangan &
latihan
n amali Rujuk semula
maklumat yg
telah dipelajari

Anda mungkin juga menyukai