Anda di halaman 1dari 12

ALAT BERFIKIR

CoRT IV - kreativiti
CoRT IV
Membantu meningkatkan kreativiti
untuk menghasilkan persepsi baru

Alat untuk pemikiran lateral iaitu


proses berfikir yang mengubah cara
kita membuat sesuatu perkara
Komponen CoRT IV (10 Teknik)
1. Ya Tidak PO
PO ( Supposition/Andaian/Hypothesis/Idea belum dibuktikan-diguna untuk
merangsang fikiran)

• Jika sesuatu perkara adalah benar atau betul, kata “YA”.


• Jika sesuatu salah atau tidak benar, kata “TIDAK”.
• Jika menganggap sesuatu perkara sebagai idea, khayalan atau cadangan kreatif,
kata “PO”.
Contoh:
1. Kamera digunakan untuk mengambil foto. Jawapan: YA
2. Kamera digunakan untuk membuat panggilan. Jawapan: TIDAK
3. Telefon digunakan sebagai kamera untuk mengambil foto dan membuat
panggilan. Jawapan: PO
2. Batu Loncatan (Stepping stone)
Idea yang berani boleh diguna untuk mendapatkan idea baru

• Idea yang dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapat idea kreatif yang
baru.
• Idea mungkin kedengaran bodoh, namun boleh menjadi batu loncatan untuk
idea kreatif.
Contoh:
1. Stadium bergerak.
2. Bandar baharu dalam hutan.
3. Telefon pintar
3.Input rawak (Random Input)
Mengaitkan idea/perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk
mencetus idea baru

•menggabungkan dua perkara yang tidak berkenaan secara rawak untuk


mencetus idea-idea baru.
Contoh:
1.Setiap bab dalam buku boleh diceraikan dan boleh disimpan dalam kotak
kosong.
2.Satu set televisyen yang mengandungi beberapa set skrin kecil yang boleh
ditonton serentak dalam satu masa.
4.Cabaran Konsep (Concept Challenge)
Pilih satu konsep, cabar konsep dan cari alternatif lain

• memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan sama ada hanya
satu cara untuk membuat sesuatu.
Contoh:
1. Nasi Lemak berlauk ayam atau ikan untuk makan pagi dan tengah hari.
2. Pasar raya besar dengan pelbagai kiosk seperti bank, telefon dan alat-alat
elektrik.
5. Dominan/Dominant Idea
Mencari idea-idea baru, elak daripada idea dominan

• Dalam satu situasi tersebut, hanya mempunyai satu idea dominan.


• Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari idea-idea baru.
Contoh:
Idea: Jalan raya digunakan oleh kenderaan beroda.
Perubahan idea: Tram juga menggunakan jalan raya bersama-sama dengan
kenderaan lain.
6. Takrifkan Masalah (Define The
Problem)
Untuk menyelesaikan masalah, takrif masalah yang tepat.

• Takrifkan masalah dengan tepat.


• Boleh menggunakan 5W1H untuk menaktrifkan masalah.
Contoh:
1. Masalah “Hidup di asrama banyak mengganggu emosi”. Masalah ini
dapat diselasaikan dengan mengadakan sesi kaunseling dengan pelajar
yang mengalami masalah emosi.
7. Singkirkan Kecacatan (Removed
faults)
Kenalapsti semua kecacatan yang sedia ada
Singkirkan dan cari idea untuk membaiki.

•kenalpastikan semua kecacatan atau kesilapan yang ada.


•menyingkirkan kecacatan tersebut.
Contoh:
Kecacatan: Masa guru yang lambat mengajar di dalam kelas.
8.Kombinasi
Gabung beberapa perkara utk menghasil idea baru.

• Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah.


Contoh:
1.Motor + Pengukur kelapa= Mesin Pengukur Kelapa
2.Telefon+ Kamera= Telefon Pintar
9. Keperluan
Mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea yang dihasil memenuhi
keperluan-keperluan situasi

• Kenalpasti semua keperluan berdasarkan situasi supaya idea yang


dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan.
Contoh:
1.Keperluan membeli motorsikal - Peruntukan kewangan, bayaran bulanan,
jenis kereta, warna kereta dan tempat membeli kereta.
10. Penilaian
Menilai sama ada sesuatu idea boleh dilaksana, keperluan dipenuhi, kekuatan,
kelemahan.

• menilai sama ada idea tersebut dapat dijalankan atau tidak, sama ada
keperluan yang ada dipenuhi dan apa kelemahannya.
Contoh:
Masalah: Kesesakan jalan dari Putrajaya ke Kajang dan Bandar Baharu Bangi
Penyelesaian: membuka jalan bertentangan supaya dapat menambah bilangan
laluan jalan ke Kajang.
Penilaian: Baik kerana dapat menambahkan bilangan jalan namun masih tidak
dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan.

Anda mungkin juga menyukai