Anda di halaman 1dari 18

WACANA ITU APA?

Dr. Ruslan bin Abdullah


Jabaan Pengajian Melayu
IPGK Ipoh.
Konsep Wacana

• Berkait rapat dengan penggunaan bahasa yang


tersusun, ada struktur dalaman dan ada tujuan
• Unit bahasa yang terdiri drp. ayat, sejumlah
ayat, bab, cerita, buku, siri buku dialog dan
sebagainya
• Memperlihatkan hubungan dan perkembangan
fikiran yang berurutan serta mempunyai
permulaan dan akhiran yang nyata
DEFINISI WACANA
• Wacana adalah sebagai kesinambungan
cerita
• Kesinambungan cerita ditunjangi oleh
jalinan beberapa maklumat.
Harimurti (1984:204)1

• "Wacana atau dalam Bahasa Inggerisnya


ialah 'Discourse'. Wacana merupakan
satuan bahasa yang lengkap, iaitu dalam
hierarki gramatikal merupakan satuan
gramatikal tertinggi ataupun terbesar.
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh seperti novel, buku
seri ensiklopedia dan sebagainya,
paragraf, kalimat atau ayat yang
membawa amanat yang lengkap."
Anton M.Moeliono (1995:407)2

• "Wacana adalah rentetan kalimat yang


berkaitan sehingga terbentuklah makna
yang serasi di antara kalimat itu."
Asmah (1982)3
• Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat
yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi
oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini
bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati
dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah
telah membezakan ayat sistem daripada ayat
wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang
dikeluarkan dan diasingkan dari konteks
wacana, sedangkan ayat wacana yang juga
disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul
terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.
Fokker (1951)4
• Hubungan kesinambungan cerita itu dapat
menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan
(verwijzing), kata-kata penghubung
(verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips).
Kesatuan makna dalam wacana seperti yang
diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna
logik dan makna tautan. Makna tautan inilah
yang merupakan konsep semantik dan merujuk
kepada perkaitan kebahasaan yang didapati
pada suatu ujaran yang membentuk wacana.
definisi
• Di samping itu juga, wacana letaknya lebih
tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat
tatabahasa dan mempunyai keteraturan
fikiran logik (coherence) dan juga tautan
(cohesion) dalam strukturnya. Wacana
dicirikan oleh kesinambungan maklumat.
Makna kesinambungan di sini adalah
diertikan sebagai kesatuan makna
Ringkasnya..
• Wacana ialah unit bahasa yang melebihi
had ayat yang terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita,
dialog, siri buku dan sebagainya yang
menunjukkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan.
Ringkasnya..
Sumber Definisi Wacana
Kamus 1. keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan,
Dewan pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada
1 dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat,
artikel, novel, cerpen).

Kamus Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan
2 Linguistik kata atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, yang
dijadikan bahan analisis linguistik.
Asmah Haji Unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh
Omar terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku atau
sebagainya yang memerihalkan kesatuan dan hubungan antara butir-
3 butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.

Henry Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas
Guntur kalimat atau klausa dengan koheren (kepaduan) dan kohesi
4 Tarigan (perkaitan) tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan
akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.
Jenis-jenis Wacana
• Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
wacana lisan dan wacana tulisan.
Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media
lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi
yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi
interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan
pembicara dan pendengar secara langsung. Dalam wacana
lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi
wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk
menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.
Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat
respon daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara
contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu
ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau
radio.
Jenis-jenis Wacana
• Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara
bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis
dengan pembaca.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi
tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak
berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut
dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara
langsung daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali
disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang
berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu
membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang
ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis.
Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang
terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku. Rencana di
bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan.
Jenis-jenis Wacana
• Contoh wacana tulisan : Rencana
Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing.
Oleh : Siti Aminah bt Kasim
Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan
peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai
tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara
mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh
asing menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar
belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk
mencari kesempatan. Sungguhpun, sebahagian besar daripada buruh asing
ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat.
Justeru itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan penipuan.
Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh
itu, kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing
ramai didapati.
Ciri-Ciri Wacana

• Ada tujuan
• Berlandaskan hubungan penutur/ pendengar
atau penulis/ pembaca
• Berlaku secara formal dan tidak formal
• Ada unsur susun atur/ urutan yg. berkaitan
• Tidak mengulang maklumat terdahulu
• Tidak berupa maklumat bertentangan dgn.
terdahulu
• Ada andaian dan inferensi
Ciri-Ciri Wacana

• Ada tujuan
• Berlandaskan hubungan penutur/
pendengar atau penulis/ pembaca
• Berlaku secara formal dan tidak
formal
Sambungan…
• Ada unsur susun atur/ urutan yg. berkaitan
• Tidak mengulang maklumat terdahulu
• Tidak berupa maklumat bertentangan dgn.
terdahulu
• Ada andaian dan inferensi

• Pautan nota :
Tutorial 1
• Secara kumpulan, bincangkan tajuk-tajuk
berikut, dan buat generelisasi
menggunakan Peta i-Thinks:
• 1. Definisi wacana
• 2. Konsep wacana
• 3. Ciri-ciri wacana
• 4. Jenis-jenis wacana
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai