Anda di halaman 1dari 29

Panduan Pengucapan Awam

5 Teknik Menjadikan Pengucapan Awam Menarik dan Tak Bosan! 1. Releven – Kalau tajuk
pengucapan awam tentang bola, berceritalah tentang bola. Jangan asyik nak bercerita tentang
kehebatan anda berenang kuak lentang dan kupu-kupu. Itu tak relevan dan mengundang jelek
pendengar. Jangan asyik ‘masuk bakul, angkat sendiri’. 2. Pendek dan ringkas – Berucap
biasanya ada masa. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Tak perlu ayat berbunga-bunga
sangat sampai pendengar pun keliru, apa yang nak disampaikan. Fahami siapa audiens kita
sangat membantu dalam aspek ini. 3. Berkongsi impak cerita – Amat berguna jika tajuk ucapan
yang dipilih disertakan contoh cerita yang menarik. Lagi bagus, contoh kejayaan ada kaitan
dengan pendengar! Pasti menarik perhatian mereka. gaya bahasa dalam pidato 4. Gaya bahasa
badan dan mimik muka – Lenggok badan dan mimik muka yang betul pasti akan menarik
perhatian pendengar. Bayangkan seorang pemidato yang berucap keras kaku di atas pentas
mahupun pemidato yang terlebih lenggok. Awas! 5. Gunakan faktor lokaliti – Pemidato yang
berkesan biasanya mampu menggunakan faktor lokaliti dengan baik. Contohnya, loghat atau
dialek penduduk setempat. Kejayaan pemidato menambah unsur ini ke dalam ucapannya pasti
menarik perhatian. 3 Cara Untuk Kawal Rasa Takut & Resah Saat Pengucapan Awam Perasaan
takut dan resah semasa berucap di khalayak biasanya menyebabkan tubuh badan kita juga turut
bertindak seiring iaitu degup jantung lebih laju, otot tubuh jadi tegang dan pernafasan yang tak
teratur. 3 efek tubuh ini akan menyebabkan kita cepat-cepat nak habiskan ucapan. Gerak bahasa
tubuh pastinya dapat dikesan oleh pendengar! Boleh cuba 3 kaedah di bawah untuk mengawal
rasa resah dan gemuruh. cara atasi gemuruh atas pentas 1. Kawal pernafasan – Untuk
mengatasinya kita disaran tarik nafas dalam-dalam dan cuba curi masa dengan rangkap ayat
seperti “tuan-puan yang dihormati sekalian…” Dalam masa menyebutnya, tarik nafas dan
bertenang. 2. Fokus pada sebutan – Bila kita fokus pada sebutan perkataan, secara automatik
rentak ucapan kita lebih teratur dan perlahan. Pendengar pun lebih mudah faham. Cubalah! 3.
Awasi tanda baca – Tanda baca menjadikan ucapan kita berintonasi dan tidak kosong. Ucapan
yang ada irama, pasti lebih menarik berbanding ucapan kosong tanpa sebarang intonasi dan
refleksi. Kebaikan Kemahiran Ilmu Pengucapan Awam Akhirnya, ilmu pengucapan awam
memang menarik dan cukup berseni. Ianya memberi banyak kebaikan kepada kita antaranya;
Meningkatkan keyakinan diri Meningkatkan kemahiran berkomunikasi Memberi impak social
yang lebih baik Meningkatkan kemahiran mendengar Rangkaian ukhwah (networking) yang
lebih besar Meningkat keupayaan daya ingatan Mengasah kemahiran persuasive Meningkatkan
keupayaan mengawal emosi dan bahasa badan dengan lebih baik Jika anda mencari lmu
Pengucapan Awam dan komuniti yang positif untuk mengasah kemahiran berkomunikasi, ayuh
sertai Kelab Pidato Perdana. Boleh terus ke laman ini, “KELAB PIDATO PERDANA”.
“Pemidato yang bagus akan dikenang kawan dan lawan kerana kebijaksanaanya berFAKTA
bukannya menjaja AUTA” Tak perlu bermuka kacak, berwajah cun bermata bulat untuk
menjadikan anda seorang yang bijak menarik perhatian pendengar! Tapi kalau dah kacak dan
cun, ia memang bonus…hohoho @hafizmd – ‘Raksasa kecil’ yang berjaya dibangkit dalam
diri pernah merasa berada di atas pentas Pidato suatu ketika dulu. Idola saya ialah arwah Abah.

Impromptu

Ucapan jenis ini disampaikan secara spontan, iaitu tanpa sebarang persediaan khusus.
Kebiasaannya perucap hanya membicarakan perkara-perkara yang lalu, isu-isu semasa dan
harapan atau ramalan untuk masa hadapan. Isi ucapan kebanyakannya berdasarkan
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran sedia ada perucap. Ucapan ini biasanya dilakukan
dalam kedaaan terdesak sahaja. Contohnya ada dijemput untuk berucap dalam suatu majlis
tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.

Definisi
Terdapat beberapa pendapat pakar komunikasi seperti;
S. BERNARD ROSENBLATT

Komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang
mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau
isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi.
(Communication in Business ,1983)

“Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang
dikongsikan bersama, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilahyang
digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor dan perkataan
yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud”
(JAMES A.F. STONER & CHARLES WANKEL, 1989)

“Komunikasi adalah mesej yang mempunyai kuasa magik atau sakti yang boleh membawa
kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia berupaya menimbulkan emosi
yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia. Komunikasi memberi kesan kepada
mindan separa sedar yang seterusnya manusia membuat tindakan dan keputusan (1893)”

Sillars (1998)

Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau
idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana komunikasi ketiga-tiga unsur
tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat.

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (1992)

“Komunikasi sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat,radio,


telefon, komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu
individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna”

Sulaiman Masri (1997)

Merumuskan bahawa komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim
(penutur/penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima
(pembaca/pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan
mentafsir)mesej tersebut.

Manuskrip
Ucapan jenis ini lebih merupakan pembacaan sebuah manuskrip atau teks. Biasanya digunakan
apabila terdapat fakta-fakta yang penting di mana setiap perkataan yang tercatat perlu dibaca
kerana mempunyai erti yang tersendiri. Ucapan jenis ini juga agak kaku kerana pandangan
mata perucap lebih banyak terpaku kepada teks dari memandang audiens dan sukar diubahsuai
dengan situasi kerana perucap akan hanya membaca perkara-perkara yang tercatat dalam teks
sahaja.

Contoh: Pembentangan bajet negara oleh Perdana Menteri.

Extemporaneous

Ucapan extemporaneous memerlukan masa dan persediaan yang baik. Ucapan begini
disampaikan seolah-olah ia dibuat secara impromptu, tetapi dari segi kandungan dan
susunannya jauh lebih baik. Perucap yang menggunakan cara ini tidak membaca atau
menghafal, tetapi menggunakan perkataan sendiri berpandukan kepada nota sahaja (bukan
skrip lengkap). Nota ini mengandungi idea-idea utama dan idea penyokong yang dicatat secara
ringkas sahaja.

Nota yang biasanya ditulis pada kad kecil ini digunakan sebagai panduan sahaja bagi
mengingatkan perucap bahan yang perlu didahulukan dan dikemudiankan.

Ucapan extemporaneus mempunyai banyak kelebihan. Pertamanya, ia membolehkan


perucap berhubung secara terus dengan hadirin kerana pengucap dapat mengubahsuaikan
ucapan jika perlu. Keduanya, perucap berjaya menonjolkan keikhlasannya kepada audien dan
ketiganya, perucap dapat menyusun ideanya dengan baik.

Ucapan begini memerlukan masa untuk persediaan dan latihan yang cukup. Ucapan
berbentuk extemporeneous adalah dianggap paling berkesan dalam banyak majlis melainkan
yang memerlukan situasi formal.

Contoh: sesi Pidato.

Teknik Penyampaian Berkesan


KUALITI DAN KARISMA PENYAMPAI
Karisma Penyampai Yang Baik

Air Muka

 Menyenangkan (pleasant)
 Pertembungan mata (eye contact)
 Memberi senyuman dan ekspresi serius selari dengan persembahan

Pakaian

 Kemas dan ringkas


 Sepadan dengan audien dan majlis
 Mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Awam

Postur

 Berdiri/duduk dengan tegak tetapi relaks


 Menggunakan tangan dengan bersahaja/natural

Latihan

 Lakukan latihan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum persembahan sebenar


 Latihan pertama dan kedua :
– Untuk memperkemaskan teks dan gaya
– Untuk tambah bahan baharu
– Untuk biasakan dengan visual aids
 Latihan kali ketiga :
– Lakukan raptai penuh dengan ‘dress rehersal’
terutama untuk majlis rasmi, penting dan
melibatkan ramai audien
– Bertindak dengan yakin dan tenang
– Atur kertas nota dengan baik di atas rostrum

Posisi

 Untuk kelihatan kurang formal dan lebih mesra audien, berdiri di sisi atau jauh dari rostrum
 Jika perlu menulis sesuatu, elakkan daripada selalu membelakangi audien
 Jika tiada sesi soal jawab selepas persembahan, kumpulkan nota-nota dan kembali ke
tempat duduk dengan yakin.

Penghafalan

 Elakkan membaca teks kecuali pengacaraan majlis

Sebutan

 Sebutan yang jelas dan betul dengan mengggerakkan bibir dan rahang

Suara

 Kelantangan (volume)
 Intonasi/irama (inotation/rythm)
 Nada (pitch)
 Kelajuan (speed)
 Jeda (pause)
 Sebutan (Pronounciation)
 Ulangan (Repitition)

Bahasa

 Penguasaan sesuau bahasa yang baik


 Susunan bahasa yang mudah dan jelas
 Penggunaan tatabahasa yang baik

Sifat

 Berpengetahuan :
– Menguasai bidang
– Berpengetahuan luas
– Peka kepada tajuk
 Berkemahiran berucap
– Berkeupayaan mengawal dan menarik perhatian/minat audien
– Transisi antara setiap isi penting adalah jelas dan lancar

Berkeyakinan

 Yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik


 Mahir dan berpengalaman terhadap tajuk yang disampaikan

Peribadi/perwatakan baik
 Penilaian audien terhadap kredibiliti penyampai melalui cara berpakaian, gerak geri
fizikaldan kepelbagaian intonasi dan vokal.

Pemilihan Tajuk

Pilih tajuk yang sesuai


1. Pastikan faham dan jelas tujuan persembahan
- Menyampaikan maklumat
- Mendapatkan pandangan/kerjasama
- Memberi arahan
- Menyampaikan amanat
- Mempengaruhi
- Menyampai ucapan rasmi
- Menjadi pengacara majlis
2. Tentukan tajuk yang sesuai mengikut tahap penguasaan dan kemampuan
penyampai
– imej dan reputasi penyampai adalah tanggungjawab anda.
3. Mencari tajuk utama yang spesifik dan mudah diingati (askara kurang
daripada 140 seperti gaya penulisan tajuk Twitter)
4. Sumbangsaran tentang tajuk dipilih.

JENIS-JENIS AUDIEN

 40 % daripada kita adalah audien jenis visual learners iaitu belajar dan melihat
 Kumpulan audien jenis visual dapat memahami dan mengingati maklumat visual yang
disampaikan
 Gunakan teks yang sedikit dan gambar yang banyak untuk dapatkan perhatian mereka
 Elakkan penggunaan teks yang banyak dalam sesuatu slaid
 Kumpulan ini mempelajari sesuatu melalui kaedah mendengar dan ia merangkumi 20–30%
daripada populasi audien
 Mereka akan lebih memahami dan mengingati kaedah/kualiti verbal yang digunakan oleh
penyampai

 Kumpulan ini mempelajari sesuatu melalui aktiviti menyalin nota, mengisi tempat kosong
dalam bahan rujukan, pergerakan, demonstrasi, role-play dan sebagainya.
 Penyampai perlu lakukan aktiviti hands-on bagi menarik minat audien yang bersifat kinestetik.

KENALI AUDIEN DENGAN KILIS


FORMULA

Sejauhmanakah pengetahuan audien berkenaan tajuk yang akan disampaikan


 Adakah audien mempunyai kepentingan daripada persembahan yang dibuat?
 Mengapa audien hadir?
 Adakah latar belakang audien sama Adakah perspektif audien sama?

 Adakah audien akan memahami terma-terma/istilah yang bakal digunakan


 Apakah tahap penguasaan bahasa anda dan audien?

 Adakah audien yang akan membantu memudahkan penyampaian/persembahan?


 Adakah audien terdiri daripada pembuat keputusan yang berpengaruh?

 Berapa bilangan audien?


 Berapa masa yang diperuntukkan kepada anda
 Di manakah tempat berucap?
 Siapakah penyampai sebelum/selepas anda?
 Bagaimanakah keadaan/tempat/peralatan/kemudahan/bising/pencahayaan/keselesaan
untuk persembahan?

Perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Keluasan bilik untuk persembahan


2. Kemudahan alatan persembahan
 Suhu bilik

1. Sistem pengudaraan
2. Lampu dan cahaya
3. Kedudukan penyampai masa persembahan

 Susunan tempat duduk audien

A. CARA MENGUMPUL BAHAN


1. CARA MENGUMPUL BAHAN
2. Membuat Perbincangan

 Mendapatkan pandangan rakan-rakan, senior dan keluarga


 Percambahan idea dapat pelbagai sumber akan dapat menambah khazanah idea
 Dapat membantu untuk mencari sesuatu maklumat yang lebih untuk dipersembahkan

2. Membuat Kajian Ilmiah

 Kertas pembentangan terdahulu


 Buku-buku terbitan dalam dan luar negara yang berkaitan
 Keratan akhbar
 Laporan, penerbitan rasmi, statistik yang berkaitan
 Majalah, ensiklopedia

3. Melayari Laman Web

 Gunakan google, Amazon atau mana-mana engin carian bagi mendapatkan maklumat
dari buku terkini/baharu diterbitkan
 Lawat laman web yang berkaitan dengan isu dan topik persembahan anda.
 Pastikan anda tahu tentang dasar kerajaan dan maklumat terkini

4. Mendokumentasikan semua maklumat yang telah dikumpul

 Mengemaskini maklumat dan fakta yang telah diperoleh


 Menyusun dengan kemas mengikut bab/kategori
 Menyatakan dari mana sumber rujukan sekiranya maklumat itu dipetik daripada
mana-mana buku, laman web atau tokoh. Ini akan memperlihatkan kredibiliti
penyampai
 Mendokumentasikan semua sumber rujukan

B. MENYUSUN BAHAN
Struktur kandungan bahan:

Bahan persembahan perlu:

Melakar dan menulis skrip

Ucap selamat
Penghormatan protokol
” Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis ”
” Yang Berbahagia, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Serai Wangi, Datuk Siti Nurhaliza binti Taruddin

” Yang Berusaha, barisan urus setia kursus pengucapan awam, Encik Anuar Zain dan Puan Maya Karin
seterusnya rakan-rakan sekalian ”
” Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera ”
Panggilan Hormat Diraja
Panggilan Hormat Jawatan
Catatan:

Kaedah penggunaan Panggilan Hormat mengikut jawatan adalah seperti berikut:

 Panggilan Hormat untuk Yang Berhormat Ahli Dewan Negara yang dianugerahkan Daryah
Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk maka Panggilan
Hormatnya ialah YB Senator Datuk diikuti dengan nama. Bagi yang tidak mempunyai gelaran
maka Panggilan Hormatnya ialah YB Senator diikuti dengan nama;
 Panggilan Hormat untuk Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang dianugerahkan Darjah
Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk maka Panggilan
Hormatnya ialah YB Datuk diikuti dengan nama. Bagi yang tidak mempunyai gelaran maka
Panggilan Hormatnya ialah YB diikuti dengan nama.

Panggilan Hormat Kurniaan Darjah


Kebesaran
Panggilan Hormat Keturunan

Catatan:

Bagi yang dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran, maka gelaran tersebut
hendaklah diletakkan selepas Panggilan Hormat keturunan dan diikuti dengan nama. Kaedah
penggunaannya bagi Panggilan Hormat keturunan adalah seperti berikut:

Penerima yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang
membawa gelaran ‘Tan Sri’ maka Panggilan Hormatnya ialah YM Tan Sri Raja diikuti
dengan nama.

Panggilan Hormat Keagamaan


Panggilan Hormat: ATM, PDRM, Ahli
Akademik & Unit Beruniform

Jenis-jenis

Mimik muka memainkan peranan yang besar dalam komunikasi bukan lisan. Bayangkan
berapa banyak maklumat yang boleh disampaikan melalui mimik muka seperti senyuman
ataupun berkerut dahi. Mimik muka untuk menggambarkan kebahagiaan , kesedihan

, kemarahan , dan ketakutan adalah serupa segenap pelosok dunia.

Gerak-geri dan isyarat badan secara semula jadi atau sengaja adalah penting bagi memberi
makna terhadap komunikasi tanpa menggunakan perkataan atau berkata-kata. Contoh gerak-
geri badan ialah pengibaran tangan, menunjukkan dengan menggunakan jari-jari, isyarat
tangan, isyarat mata, dan angkat bahu.

Paralinguistik merujuk kepada komunikasi nada suara yang terpisah daripada bahasa sebenar.
Ini termasuk faktor seperti tone nada suara, kelantangan, infleksi, dan nada seperti tinggi atau
rendah. Pengimbangan kesan nada yang sangat kuat itu boleh memainkan peranan bagi makna
satu ayat. Bila berkata dalam satu nada suara yang kukuh, para pendengar mungkin akan
menafsirkan kelulusan dan keghairahan seseorang itu ketika berkata-kata. Kata-kata yang
berupa satu nada teragak-agak, tersekat-sekat atau rendah mungkin ianya menyampaikan yang
seseorang itu tidak setuju dan kurang berminat.

4. Bahasa Gerak-geri dan Postur (Body Language and Posture)

Postur dan pergerakan boleh juga menyampaikan satu tawaran hebat kepada sesuatu maklumat.
Penyelidikan untuk bahasa gerak-geri telah berkembang dengan meluas sekali sejak 1970an
tetapi media yang popular telah menumpukan lebih kepada tafsiran keadaan defensif, bersilang
lengan, dan silangan kaki . Manakala perlakuan bukan lisan ini boleh menunjukkan perasaan
dan sikap seseorang individu tersebut, penyelidikan mencadangkan bahasa gerak-geri itu
adalah lebih halus dan dipercayai kurang tetap. Contohnya: cara duduk, berdiri, lentok badan.

5. Proksemik (Proxemics)

Setiap orang berhak memilih dan memerlukan ruang untuk bersendirian, dimana ianya juga
adalah suatu contoh penting bagi komunikasi bukan lisan. Jumlah jarak yang diperlukan oleh
seseorang dan ruang yang diperlukan oleh seseorang itu adalah bergantung kepada sebilangan
faktor termasuklah norma-norma sosial, faktor-faktor situasi, ciri personaliti, dan tahap
kebiasaan. Contohnya:

 jumlah ruang yang diperlukan oleh seseorang individu semasa berbual biasa dengan
seseorang individu yang lain adalah antara 18 inci ke 4 kaki.
 Sebaliknya, jarak peribadi diperlukan ketika berucap bagi berkumpulan adalah sekitar
10 hingga 12 kaki.

6. Pandangan Mata (Eye Gaze)


Melihat, merenung, dan terkebil-kebil boleh juga merupakan kelakuan bukan lisan yang
penting . Apabila seseorang bertemu seseorang individu yang lain atau perkara yang mereka
sukai, kadar kerlipan mata meningkat dan anak mata akan membesar. Renungan pada orang
lain boleh menunjukkan pelbagai emosi, termasuk permusuhan atau benci, berminat dan
tarikan.

 Selain itu jika anak mata seseorang melihat ke atas sebelah kanan (kiri mereka) ianya
bermaksud seseorang itu sedang cuba mengingati sesuatu perkara (Recall memory).

 Manakala, jika anak mata seseorang melihat ke atas sebelah kiri (kanan mereka) pula
ianya bermaksud seseorang itu sedang cuba mengingat dan membayangkan dalam
bentuk visual/maya.

8. Rupa luaran (Appearance)

Pemilihan warna, pakaian, fesyen rambut, dan faktor-faktor lain mempengaruhi rupa adalah
juga dipertimbangkan satu cara komunikasi tanpa lisan. Penyelidikan terhadap psikologi warna
telah menunjukkan yang perbeza warna boleh menggambarkan perasaan yang berbeza. Rupa
dan keterampilan seseorang juga boleh merubah reaksi fisiologikal, pandangan orang, dan
tafsiran orang ramai.
(Sumber:akutersepit.blogspot.my/2009/03/jenis-jenis-bahasa-badan.html)

Perasmian
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA DR ZAINAL AALAM BIN HASSAN
PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) KE-15

Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha, En. Saad S.A Abbas


Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah
Yang Berusaha, Pengarah-pengarah Kolej Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kolej-Kolej MARA,

Ketua-ketua sektor,
Delegasi kontinjen,
Pegawai-pegawai kejohanan,
Para atlet dan sukarelawan,
Pelajar-pelajar, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin yang saya hormati sekalian

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah


Subhanawataala, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,
kerana dapat kita berkumpul di Kolej Matrikulasi Kedah dalam satu majlis yang amat
bersejarah sempena majlis perasmian Pembukaan Karnival Kokurikulum Matrikulasi
Peringkat Zon Utara pada petang ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
pihak penganjur kerana sudi memberi penghormatan kepada saya untuk berucap dan
seterusnya merasmikan program

2. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bukan sahaja begitu komited
menjana kecemerlangan pelajar malah turut menyediakan ruang yang begitu luas
kepada pelajar-pelajar Program Matrikulasi untuk mengilap dan memperluaskan bakat
dalam aspek kokurikulum. Saya difahamkan bahawa, karnival ini menghimpunkan
wakil-wakil pelajar dari 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara dan 2 buah Kolej
MARA yang melaksanakan Program Matrikulasi KPM. Tahniah dan syabas kepada
semua atlit yang terpilih mewakili kolej masing-masing.

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan dan mengucapkan
selamat datang kepada lebih kurang 600 orang atlet dan pegawai dari 5 kontinjen Kolej-
kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kolej Mara. Saya difahamkan
sebanyak 9 acara yang akan dipertandingkan membabitkan kategori lelaki dan wanita.

YB Dato’-dato’/Datin-datin/Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

KOKURIKULUM DI PROGRAM MATRIKULASI

4. KAKOM merupakan acara yang telah dirancang saban tahun dengan hasrat memupuk
semangat kesukanan, membina semangat juang, membentuk sahsiah, dan dalam masa
yang sama ianya merupakan sebahagian dari aspek kokurikulum yang terancang
sebagai wadah kepada pelajar-pelajar Matrikulasi meneruskan bakat sedia ada dalam
aktiviti kokurikulum. Ianya melibatkan sebilangan pelajar yang terpilih bagi mewakili
kolej masing-masing dalam aktiviti permainan, kebudayaan dan badan beruniform.
Karnival ini menggambarkan bahawa Program Matrikulasi juga mengiktiraf
sumbangan kokurikulum dalam membentuk insan seimbang disamping memastikan
kecemerlangan akademik menjadi keutamaan bagi membolehkan pelajar layak
meneruskan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara.
5. Sejak tahun 2010, pengambilan pelajar ke Program Matrikulasi dan ke Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA), syarat merit kokurikulum 10% telah dilaksanakan. Ini
bermakna, penglibatan pelajar dalam aktviti kokurikulum dan aktiviti bersifat ko-
akademik amat membantu melayakkan pelajar melanjutkan pengajian khususnya dalam
bidang-bidang kritikal di IPT. Justeru, KAKOM ini dirancang sedemikian rupa bagi
membolehkan pelajar memperoleh markah yang maksimum dalam kokurikulum.
Bahagian Matrikulasi juga turut merancang serta memberi ruang dan peluang kepada
pelajar untuk menyertai pelbagai aktivit kokurikulum dan aktiviti bersifat ko-akademik
seperti pertandingan inovasi, kreativiti dan pengembangan bakat yang menjurus kepada
mata pelajaran akademik dipelajari, bagi memungkinkan pelajar mengaplikasikan ilmu
yang dipelajari secara ‘hands-on’.

KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KOKURIKULUM

6. Pembentukan sahsiah dan jati diri melalui elemen kemahiran insaniah seperti
kemahiran kepimpinan dan kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dalam kalangan
pelajar bukan hanya mampu dibina menerusi aktiviti akademik semata-mata, ianya juga
mampu dibentuk menerusi pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian,
Program Matrikulasi sejak sekian lama telah menjadikan kokurikulum sebagai salah
satu mata pelajaran wajib, mempunyai sukatan mata pelajaran tersendiri dan
menggunapakai instrumen khusus bagi menilai pencapaian pelajar dalam kokurikulum.
Matlamat kami bukanlah untuk melahirkan atlet, sebaliknya menyediakan pelajar
dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan aktiviti kokurikulum dan
bersosialisasi secara meluas menerusi aktiviti yang dilaksanakan. Semangat berpasukan
dan perpaduan dapat dibentuk secara intrinsik, berfokus dan dilaksanakan menerusi
bimbingan yang tepat oleh para juru latih yang bertauliah dalam kalangan pensyarah
kokurikulum

7. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menyokong


aktiviti-aktiviti kokurikulum sebagai satu bidang pembelajaran yang menjurus kepada
penekanan perkembangan individu para pelajar. Pelaksnaan aktiviti kokurikulum
berteraskan kompenen sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan serta
unit beruniform akan dipergiatkan supaya ia dapat sejajar dengan pembentukkan
sahsiah pelajar yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga
personalitinya.

8. Bagi merealisasikan matlamat yang dihasratkan ini bukanlah suatu perkara yang
mudah, dan nilai pelaburan yang terlibat juga amat tinggi. Dalam kekangan kewangan
semasa, Bahagian Matrikulasi tetap komited melaksanakan KAKOM ini.

YB Dato’- dato’/Datin-datin/Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

PENUTUP

9. Di harapkan KAKOM ini menjadi salah satu medium yang berkesan bagi
meningkatkan penglibatan pelajar program matrikulasi dalam akses pendidikan yang
berkualiti. Dengan kata lain satu gabungan bersama bagi mencapai matlamat kualiti
pendidikan untuk membentuk masyarakat maju berasaskan kepada pemikiran aras
tinggi. Di kesempatan ini saya menyeru kepada seluruh warga pendidik dan para atlit
untuk seiring dalam membangunkan serta melaksanakan perancangan yang telah dijana
oleh pihak kementerian.

10. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada
semua yang terlibat atas usaha untuk menjayakan karnival ini. Semoga KAKOM
Peringkat Zon Utara Tahun 2015 ini akan menjadi karnival yang meriah, penuh
semangat juang dan semangat kesukanan serta mencapai objektif yang digariskan oleh
Bahagian Matrikulasi. Kepada semua peserta, bertandinglah sehabis baik secara sihat
dan gunakan ruang dan peluang ini untuk mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim
antara pelajar untuk tujuan yang positif.

Akhir kata dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
KAKOM Peringkat Zon Utara Tahun 2015.

Sekian, terima kasih. Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Pidato
Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu indah nan santun,


Mekar-megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas kususun,
Mohon bicara nan menyusun kata.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,


Barisan panel penghakiman penuh berkarisma,
Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus wadah
tonggak negara.
Sidang hadirin yang dihormati,

Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa sangat luas pengertiannya,
bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik semata-mata, tetapi bahasa
juga citra budaya bangsa Malaysia dan fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungan
sosial dalam masyarakat. Menurut Pendeta Bahasa Zaaba, bahasa merupakan citra
masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau roh sesuatu.

Keintelektualan dan tamadun bangsa membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu


bangsa. Melalui bahasa orang dapat mengenal sesuatu bangsa atau petunjuk kepada sesuatu
kebudayaan. Sebagai warga Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa
kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita. Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa
itu dapat dilihat pada bahasanya. Pada bahasa itulah tergambar etos atau semangat kita sebagai
satu bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang dipunyai secara bersama.

Bicara saya yang pertama,


Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia

Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa Malaysia.


Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang menyediakan peruntukan-
peruntukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka, bahasa Melayu bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah,
bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan kaum-kaum, yang
terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu bahasa.

Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika kaum Melayu
hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan bahasa Mandarin,Tionghua, ataupun
Hokkien nya, dan kaum India pula dengan bahasa Tamil nya sahaja, maka bagaimanakah
kewujudan bangsa Malaysia dapat direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka
akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa 1 Malaysia.
Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing’.
Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa 1 Malaysia. Ayuh , marilah
kita berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – 1 bahasa, 1 bangsa, 1
nusa dalam merealisasikan wawasan 2020.

Hadirin hadirat sekalian,


Bicara saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk


mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, bahawa dalam
konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan
sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan, bukannya bahasa-bahasa
asing. Walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai bahasa global, namun kita tidak
seharusnyamembiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing.

Cuba kita teladani , kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, negara-bangsa


di benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara
sekali gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-
masing. Nah, sewajarnya kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, teknologi dan
peradaban moden! Justeru, akan tercapailah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa
Malaysia, jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri,
siapa lagi?

Inilah prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika kita benar-benar serius untuk
mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah “di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.”
Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga,
Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia. Bahasa adalah penanda identiti atau jati diri
sesuatu bangsa. Tetapi malangnya dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah
memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral.
Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia
memandang tinggi bangsa kita? Jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan
keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata.

Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go.
Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak
menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong
pacu segera? Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-
wenang menggunakan touch n go? Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan
bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil
bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya selera.

Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa Melayu
dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang
diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-
mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya
dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu
yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.

Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk jiwa kita
sebagai satu bangsa. Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah bahasa kebangsaan, maka
yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa
memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan
berjayalah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu
bangsa.

Akhir kata;

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Sumber: http://pidato.net/911_teks-bahasa-melayu-citra-bangsa-malaysia

ANUGERAH
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Terima kasih saudara pengacara majlis;

Yang berusaha Pn Hjh Mardiana bt Abdul Rahim


Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah

Yang dihormati,
Barisan Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Para pensyarah, anggota kumpulan pelaksana
dan seterusnya penerima-penerima APC yang diraikan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita dapat
bersama-sama hadir dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2015 Kolej
Matrikulasi Kedah pada hari ini.

2. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola di atas


penganjuran majlis ini, bagi memberikan pengiktirafan kepada warga Kolej Matrikulasi Kolej
Matrikulasi Kedah yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang di sepanjang tahun
2015.

FUNGSI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dianjurkan setiap tahun adalah merupakan satu
bentuk penghargaan ke atas usaha dan kegigihan anggota perkhidmatan awam yang telah
menunjukkan mutu perkhidmatan yang melampaui dari kebiasaan. Insentif ini diberikan
untuk terus menggalakkan anggota perkhidmatan awam secara amnya untuk terus berusaha
dengan lebih gigih dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

4. Di peringkat Kolej Matrikulasi Kedah, saya berharap penganugerahan yang diberikan ini akan
dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada warga KMK yang lain agar terus bekerja
keras bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Kementerian Pendidikan sebagai World
Class Education Provider.

5. Saya menaruh kepercayaan, keseluruhan warga KMK telah memberikan perkhidmatan terbaik
seperti yang telah dibuktikan dengan pencapaian kita selama ini. Bagi pihak kolej, saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang.
6. Semoga anugerah yang bakal diterima oleh tuan-tuan dan puan-puan akan menjadi pembakar
semangat dan meningkatkan lagi motivasi diri untuk terus menyumbang bakti kepada
perkhidmatan Kerajaan, di samping menjadi sumber motivasi kepada warga kolej yang lain
untuk turut berusaha mendapat APC pada masa akan datang.

7. Ingin saya tegaskan di sini bahawa janganlah kita melaksanakan kerja yang diamanahkan
dengan sentiasa mengharapkan ganjaran dan pengiktirafan sahaja. Kita seharusnya
meletakkan keikhlasan dalam bekerja sebagai batu asas untuk terus menabur bakti demi
kecemerlangan bangsa, agama dan negara. Pastinya keikhlasan dan kesungguhan itu akan
terbalas jua dengan kebaikan dan kebajikan oleh Allah SWT, InsyaAllah.

PRINSIP DAN TANGGUNJAWAB PENJAWAT AWAM

Warga KMK yang saya hormati sekalian,

8. Dalam era yang ditentukan oleh kepantasan masa (speed), semua penjawat awam semestinya
mempunyai ciri-ciri kendiri yang berbeza, selari dengan kehendak masa. Oleh itu kita sebagai
penjawat awam hendaklah memenuhi lima kriteria ini iaitu:

 Berilmu : dimana sentiasa memastikan mereka berpengetahuan, kreatif, inovatif dan mampu
menjadi ikon kepada masyarakat;
 Kebolehpercayaan : dimana pegawai awam hendaklah jujur, amanah, berintegriti dan
diyakini mempunyai nilai nilai murni;
 Budaya Amalan Kerja Terbaik : di mana penjawat awam hendaklah bersungguh dan serius
dalam pekerjaan, fokus, berdisiplin, menepati masa dan mempunyai kemahiran dan
kompetensi yang tinggi;
 Semangat patriotik : sebagai penjawat awam hendaklah bangga mempunyai sebuah negara
yang maju dan makmur; dan
 Budaya keberhasilan berteraskan “Outcome Based”: Satu budaya yang sangat penting bagi
meningkatkan mutu hasil kerja yang unggul dan cemerlang.

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Saya juga menyeru kepada semua yang berada di hadapan saya pada hari ini agar sentiasa
bersiap siaga dan bersikap lebih terbuka serta beriltizam untuk melaksanakan tugas dengan
lebih berkesan, dan seterusnya mampu menjadi contoh tauladan yang terbaik. Marilah
bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah
diberikan dengan lebih baik agar matlamat yang telah disasarkan tercapai.

10. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada para penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015 yang diraikan pada hari ini. Terima kasih kepada semua
pihak yang telah menjayakan pelaksanaan majlis pada pagi ini. Saya berharap segala kerjasama
dan komitmen yang diberikan selama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.


Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai