Anda di halaman 1dari 2

IRFAN IZZUDIN

15.2.2020

PISMP C9

1. Mengapakah kita gugup bercakap di hadapan orang yang dikenali berbanding


di hadapan rakan sendiri?

Kegugupan untuk berucap di hadapan orang yang dikenali disebabkan oleh tekanan
yang menghantui pemikiran pengucap iaitu sikap tidak yakin pada diri sendiri. Selain
itu, ekspektasi pendengar juga menjadi faktor pengucap merasa takut untuk berucap
kerana beranggapan bahawa dirinya sedang diperhatikan dan dinilai serta
ditertawakan oleh kawan-kawan ketika berucap. Pengucap terlalu risau isi
ucapannya yang mungkin tidak dapat diterima, bahasanya yang tidak difahami dan
sebagainya.

2. Bagaimanakah cara kita menganalisis audiens?

Kita perlu tahu sejauh mana audiens kita mengetahui tentang topik yang akan kita
perkatakan. Jika tahap pengetahuan mereka terhadap topik yang akan kita
bincangkan ialah rendah, elakkan penerangan terperinci. Penerangan hendaklah
secara menyeluruh atau secara am sahaja. Selain itu, kenal pasti juga tahap
sosioekonomi audiens supaya intipati ucapan kita berteapatan dengan golongan
audiens.

3. Apakah perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum menyampaikan ceramah
atau ucapan?

Perkara utama sebelum menyampaikan ceramah adalah pemilihan topik yang


hendak diperkatakan dalam ucapan merupakan perkara paling penting yang perlu
ditekankan oleh seorang pengucap supaya sesi ucapannya berjalan lancar.
Pengucap juga mestilah meakukan kajian dan persediaan dengan baik. Fahami dan
biasakan diri dengan topik yang bakal dibincangkan supaya anda dapat
menyediakan diri untuk sesi soal jawab. Pengucap juga boleh membuat Latihan
sebelum membuat persembahan. Hal ini kerana, melalui latihan keupayaan
seseorang pengucap itu dapat ditingkatkan bagi memahir dan membiasakan
pengucap dengan situasi, keadaan dan idea yang hendak disampaikan. Akhir sekali,
proses menyemakdan menghafal isi ucapan juga boleh dilaksanakan. Ini memberi
peluang pengucap membuat semakan semula sama ada isi atau idea yang hendak
disampaikan itu telah dapat diingat atau sebaliknya. Boleh dilaksanakan semasa
pengucap menghafal isi sambil melihat skrip ucapan.

Anda mungkin juga menyukai