Anda di halaman 1dari 14

BAB 4 KEMAHIRAN PERUCAPAN AWAM

OBJEKTIF

 Mentakrifkan perucapan awam


 Menghuraikan perancangan perucapan awam
 Menjelaskan tentang analisis khalayak
 Membincangkan teknik menyusun idea dan menyampaikan ucapan
 Tips Berucap untuk Pengurus

DEFINISI PERUCAPAN AWAM

 Perucapan awam adalah satu proses menyampaikan ucapan kepada


khalayak secara bersemuka.
 Biasanya berbentuk formal dan berstruktur
 Bertujuan untuk memaklumkan, mempengaruhi, memotivasi atau
menghibur

PERANCANGAN PERUCAPAN AWAM

Langkah-langkah dalam perucapan awam melibatkan aspek-aspek berikut:

1. Memilih Topik
 Memilih topik yang khusus atau telah diberikan tajuk
 Topik harus menepati perkara yang harus di ucapi sebagai contoh
pilihan raya. Perucap harus membincangan hal2 berkaitan dengan
kemajuan negara dan semasa.

1
 Untuk mencari bahan ialah melalui pengalaman atau pengetahuan.
Sekiranya tidak menghasilakn topik yang sesuai haruslah cari
bahan-bahan yang berada di sekitar anda seperti membaca majalah
atau akhbar untuk melihat peristiwa-peritiwa semasa.

2. Membina Tujuan Umum – pengkelaskan ucapan / dasar tujuan


perucapan Awam
 Tujuan Informatif
o Dalam perucapan informatif, penekanan utama perucap ialah
membolehkan audien untuk mempelajari dan mengingati
maklumat yang disampaikan.
o Penyampaian kuliah oleh pensyarah atau taklimat kepada
pekerja baru tentang tugas mereka adalah merupakan contoh
perucapan yang informatif.

 Tujuan Pemujukan/Pemberitahuan
o Fungsi utama perucapan pembujukan ialah untuk
membolehkan audien berfikir, merasai dan bertindak
mengikut tatacara yang dipilih oleh perucap.
o Mengubah audian untuk meninggalkan tabiat buruk atau
lama kepada yang lebih baik

 Tujuan Menghibur
o Hiburan di sini bermaksud apa juga bentuk aktiviti yang
dapat meransangkan tindakbalas yang gembira. Perucap
mahukan audien merasa gembira dan terhibur mendengar
ucapan yang disampaikan. Perucap harus mengubah fikiran
atau fahamkan kepada audian berkait topik di bincangkan.

2
 Tujuan Majlis Khas
o Merupakan ucapan yang disesuaikan selaras dengan
matlamat majlis seperti majlis konvokensyen, persaraan,
majlis perpisahan dan sebagainya.

3. Membina Tujuan Khusus


 Apabila tujuan umum anda adalah untuk memberitahu, tujuan
spesifik anda mungkin:
I. Untuk membolehkan audien memahami kepentingan
pembelajaran kendiri.
II. Untuk membolehkan audien memahami asas kepentingan
tingkah laku berhemat dalam berbelanja.

 Sekiranya tujuan umum anda adalah untuk membujuk, tujuan


spesifik ada mungkin:
I. Untuk mendapatkan audien menderma kepada tabung
tsunami.
II. Untuk mendapatkan audien bersetuju dengan cadangan
pindaan akta-akta keselamatan jalan raya.

 Sekiranya tujuan umum anda adalah untuk menghibur, tujuan


spesifik ada mungkin:
I. Untuk mendengar audien ketawa apabila jenaka berkaitan
dengan pengalaman silang-budaya yang anda alami.
II. Untuk membolehkan audien merasa terhibur apabila
mendengar tentang cara berkomunikasi yang berkesan.

3
4. Memilih Kaedah Perucapan
 Membaca daripada Manuskrip
o Perucapan melalui teks yang disediakan, sesuai utk
television dan radio
o Kelebihan tidak perlu mengingat, menepati masa
penyampaian dan teks yang sempurna dan terperinci.
o Kelemahan ialah anda tidak mementingkan komunikasi
secara spontan dan Manuskrip anda menjadi lebih signifikan
berbanding sasaran.

 Berucap daripada Ingatan


o Setiap patah perkataan diingati, dan ini akan membenarkan
anda bebas daripada manuskrip.
o Berucap daripada ingatan juga merbahaya kerana anda
mungkin akan terlupa keseluruhan ucapan.

 Perucapan Impromptu
o Apabila anda diminta untuk bercakap dengan semerta, tanpa
makluman awal atau persediaan, anda sebenarnya terlibat
dalam perucapan impromtu.
o Apabila berdepan dengan situasi impromtu, anda mestilah
boleh mengadunkan kesemua pemikiran dan idea anda
dalam masa yang singkat.
o Persediaan terbaik bagi perucap impromptu ialah
dimaklumkan terlebih awal dan berlatih untuk menghadapi
situasi berkenaan.

4
 Penyampaian Ekstemporanous
o Perucapan ekstemporanous memerlukan ucapan untuk
dikaji, dibuat garis kasar, latihan, dan disampaikan dalam
bentuk perbualan.
o anda perlu membuat keputusan dari segi kajian dan
persediaan. Lantaran anda tahu anda perlu memberikan
ucapan terlebih awal, anda mempunyai masa untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan.
o Fleksibiliti kaedah ini membolehkan anda menyesuaikan diri
dengan maklum balas yang anda perolehi daripada apa yang
anda sampaikan. Sekiranya anda memerhatikan mimik muka
audien yang menunjukkan kecelaruan, kaedah ini
membenarkan anda menyimpang daripada persediaan yang
telah anda lakukan dan menjelaskan isu yang menimbulkan
kecelaruan tadi.

MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS KHALAYAK

Antara ciri-ciri khalayak yang perlu diperhatikan oleh seorang perucap:

1. Umur
 Untuk memenuhi citrasa audian, ini kerana setiap peringkat umur
berbeza cara penerimaan

5
 Sekiranya audian berumur perlu mengulang fakta yg di bincangkan
manakala yang muda tidak perlu kerana mereka mempunyai daya
ingtan yang kuat.

2. Jantina
 Memerhatikan hadirin yang hadir sama ada jantina yang mana
paling ramai dan memilih perucapan yang sesuai dan tidak
menyinggung mana2 pihak.

3. Agama, Kaum dan Ideologi


 Ideologi politik, agama dan budaya menjadi persoalan yang amat
sensitif. Menghina, menghasut, dan membangkitkan perasaan
kebencian dan merendahkan martabat mana-mana kaum di negara
ini adalah dilarang sekeras-kerasnya

4. Pekerjaan dan Pendapatan


 Pekerjaan mempunyai pertalian yang rapat dengan taraf pelajaran
atau pengetahuan seseorang. Ini boleh membantu dalam pemilihan
gaya bahasa dan contoh-contoh yang ada kaitan dengan pekerjaan
harian mereka.

5. Tahap Ekonomi
 Maklumat mengenai status ekonomi audien juga dapat membantu
untuk memilih kenyataan serta contoh-contoh yang sesuai dengan
mereka. Contohnya mesti ada logik, sesuai dan munasabah dengan
pendapatan mereka.

6. Pendidikan
6
 Bahan ucapan itu mestilah bersesuaian dengan taraf dan tahap
pendidikan mereka yang mengikuti ucapan itu.

7. Faktor Budaya
 Budaya memberikan kepada kita, secara sedar atau tidak sedar,
pola tingkahlaku, pemikiran, idea dan nilai serta juga kebiasaan.
 Budaya memberikan kepada kita sudut pandangan (world view)
yang unik tentang budaya berkenaan. Budaya yang berbeza
mempunyai persepsi yang berbeza terhadap peranan lelaki dan
wanita misalnya.

MENGANALISIS MAJLIS DAN PERSEKITARAN

1. Apakah jenis majlis yang akan diadakan?


o Jawapan kepada persoalan ini mempengaruhi nada dan tujuan
majlis dan ucapan yang akan disampaikan. Anda perlu menekankan
tentang bagaimana majlis berkenaan akan diadakan.

2. Adakah audien berkumpul hanya untuk mendengar ucapan anda?


o Anda juga perlu tahu tentang peraturan seperti formal atau tidak
formal. Masa dan lokasi perlu juga diselidiki.

3. Apakah persekitaran fizikal yang akan ada di majlis berkenaan?


o Persekitaran fizikal dimana ucapan akan disampaikan seringkali
menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan ucapan.

7
o Misalnya, perucap perlu mengetahui sama ada ucapan akan
disampaikan secara ’indoor’ atau ’outdoor’, dewan, alat bantuan,
susunan tempat duduk, pencahayaan dan gangguan-gangguan. Ini
akan mempengaruhi mood dan perhatian yang akan diberikan oleh
audien.

4. Susunan ucapan anda - Meliputi aspek apa yang akan mendahului


ucapan anda dan apakah aktiviti yang akan dilakukan selepas anda
berucap?
o Ini adalah penting terutama dalam menentukan perkataan pertama
dan terakhir yang anda akan ucapkan. Anda mestilah memastikan
audien berada dalam keadaan bersedia untuk mendengar apa yang
akan anda sampaikan. Anda perlu mengetahui sama ada ucapan
anda sebelum majlis makan atau selepas majlis makan atau adakah
perucap lain yang akan berucap sebelum anda atau selepas anda
dan sebagainya.

5. Soalan-Soalan Penting Dalam Analisis Khalayak


 Siapakah audiens anda?
 Berapa ramai?
 Apakah hubungan anda dengan audiens?
 Bagaimana mereka akan bertindak balas terhadap anda dan ucapan
anda?
 Sejauh mana maklumat berkaitan topik ucapan yang telah
diketahui oleh audiens?
 Adakah apa yang anda akan sampaikan boleh menarik minat
mereka?

8
TEKNIK MENYUSUN UCAPAN

9
MENYAMPAIKAN UCAPAN

 Penampilan Umum
1) Pengaruh Kedudukan Badan
 Berdiri atau duduk dengan betul.
 Jarak antara perucap dan audian memainkan peranan
2) Penampilan
 salah satu komunikasi tanpa lisan
 Berpakaian yang kemas dan sesuai
3) Mimik Muka
 Mimik muka membentuk tanggapan tentang sikap perucap
terhadap audien, terhadap diri sendiri dan terhadap topik
yang disampaikan oleh perucap
 Pandangan mata memainkan peranan kerana menyampaikan
pelbagai mesej kepada penerima

 Pergerakan Badan dan Perhatian


1) Pergerakan Badan Perlu Dimotivasikan dengan Ikhlas

10
 Pergerakan dengan bebas bukannya paksaan kerana
menampakkan unsur seperti lakonan.
 Pergerakkan hanya dilakonkan semasa Latihan.
2) Pergerakan Badan Tidak Boleh Berlebihan
 Terlebih menggunakan pergerakan badan kita menyebabkan
audien mula rasa terganggu dengan pergerakan tersebut.
3) Pergerakan Badan Perlu Sesuai dengan Majlis
 Pergerakan meluas sekiranya jarak perucap dan audian jauh
atau didewan yang besar dan menghadkan pergerakan
sekirannya di dewan yang sempit.

 Nada Suara
 Nada yang berbeza berkeupayaan untuk membawakan berbagai
makna.
 Nada suara juga mempengaruhi persepsi pendengar terhadap
perucap.
 Nada suara yang lemah dan tidak bermaya menunjukkan seseorang
perucap lemah dan tidak bermotivasi.
 Nada monotenos tidak menunjukkan entusiasme.

 Hubungan Mata
 perucap perlulah memandang kepada audien semasa
menyampaikan ucapan.
 Ini memberikan gambaran kepada audien bahawa perucap yakin
dengan apa yang disampaikan dan boleh dipercayai.
 Gagal mewujudkan hubungan mata yang bersesuaian akan
mendorong kepada tanggapan yang negatif audien terhadap
perucap.

11
TIPS BERUCAP UNTUK PENGURUS

Terdapat lima perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus bagi
memastikan ketepatan dan keberkesanan proses pengenkodan maklumat
yang dihantar iaitu:

 Releven
o Maklumat yang ingin disampaikan perlulah bermakna dan berguna
kepada penyampai dan juga penerima. Oleh itu perkataan, simbol,
atau gerak geri perlu dipilih dengan teliti.

 Mudah
o Maklumat perlu disampaikan dalam bentuk yang paling mudah
untuk difahami dengan mengurangkan bilangan perkataan, simbol
dan gerakgeri.

 Penyelarasan
o Maklumat perlu diatur dan disampaikan secara tersusun untuk
senang difahami dimana setiap bahagian daripada maklumat
disampaikan dengan lengkap sebelum menyambung ke bahagian
maklumat seterusnya.

 Ulangan
o Bahagian maklumat yang paling penting perlu diulangi sekurang-
kurangnya dua kali. Ulangan adalah penting terutamanya dalam
komunikasi secara lisan kerana kemungkinan berlakunya sebutan
perkataan yang tidak jelas atau kurang difahami pada kali pertama.

12
 Fokus
o Memberi tumpuan kepada aspek yang utama dalam sesuatu mesej.
Maklumat perlulah singkat, jelas, mudah difahami dan tidak terlalu
terperinci.

Untuk memastikan keberkesanan perucapan atau pujukan yang dilakukan


oleh seorang pengurus, ianya bergantung kepada faktor-faktor berikut:

 Penggunaan Ayat yang Selesa Didengar


o Ayat yang digunakan oleh pengurus hendaklah lembut, mudah
difahami, dan lunak didengar supaya dapat melembutkan hati
subordinat dan menarik minat mereka untuk mendengar dan
bertindak selari dengan mesej yang disampaikan.

 Kebijaksanaan Penyampai Mesej


o Pengurus hendaklah bijak berkomunikasi serta mempunyai sifat
bersedia untuk mendengar, berhujah, membangkitkan keyakinan,
bertolak ansur dan tidak mudah melatah. Di samping itu, pengurus
tersebut juga mestilah seorang yang dihormati oleh subordinat.

 Persekitaran yang Ceria


o Persekitaran juga dapat mempengaruhi keberkesanan maklumat
yang ingin disampaikan. Persekitaran yang bising akan menganggu
proses penyampaian maklumat dan seterusnya akan
membangkitkan kemarahan subordinat. Persekitaran yang ceria
akan memujuk subordinat menerima maklumat tersebut dengan
hati yang tenang.

13
 Pemilihan Saluran yang Sesuai
o Saluran komunikasi yang dipilih untuk memujuk adalah penting.
Rangkaian tersebut mestilah sesuai dengan cara yang memujuk.
Sebagai contoh, untuk memujuk subordinat yang kecewa maka
rangkaian yang diguna mestilah bersifat lebih peribadi seperti
melalui telefon, mel elektronik atau perbualan peribadi.

14

Anda mungkin juga menyukai