Anda di halaman 1dari 81

Penghayatan Aqidah Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim

Muadzam Shah (POLIMAS): Satu Analisis RUSLINAWATI ABDUL GHANI, ROHANA


AHMAD DAN JAMILAH OMAR Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah 06000 Jitra Kedah ABSTRAK Merealisasikan tuntutan-tuntutan
aqidah yang sahih merupakan fokus unggul yang mendominasi kehidupan umat
Islam. Dalam pada itu, kewujudan pelbagai gejala sosial seperti black metal,
kelahiran anak luar nikah dan sebagainya di peringkat global telah menarik
penyertaan daripada kalangan umat Islam Malaysia. Justeru itu, terdapat keperluan
untuk meneliti fenomena ini berasaskan penilaian neraca aqidah Islam demi untuk
memelihara kepentingan jangka masa pendek dan panjang umat Islam seluruhnya.
Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penghayatan aqidah dalam
kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah. Dua
metode utama digunakan dalam kajian ini, iaitu kajian kepustakaan dan kajian
lapangan. Sampel soal selidik terdiri daripada 160 orang pelajar politeknik. Kajian
ini mendapati bahawa penghayatan aqidah berada pada tahap sederhana.
Dapatan kajian juga menunjukkan para pelajar yang mempunyai akhlak yang
mantap mempunyai kefahaman, perasaan dan realiti amalan pelaksanaan yang
tinggi. Dalam konteks sosial, aqidah merupakan tunjang yang berperanan
melahirkan individu yang mempunyai keyakianan yang tinggi kepada Allah SWT dan
seterusnya mampu membentuk jiwa yang tenang dan rohani yang seimbang
dengan amalan hidup dan tingkah laku. Ini berikutan sifat dan nilai yang ada dalam
aqidah Islam yang menekankan aspek-aspek keimanan, kerohanian, keilmuan,
penghayatan dan amalan bagi melahirkan individu yang seimbang emosi, rohani
dan akalnya dengan amalan dan tingkah laku fizikalnya (Sabiq 2003). Keruntuhan
nilai aqidah dalam diri seseorang menjadi ancaman kepada kesejahteraan diri dan
masyarakat (al-Qardawi, 2005). Ia juga, merupakan diantara punca sebenar kepada
kelemahan emosi dan spiritual sesorang yang mengakibatkan berlaku perkaraperkara yang tidak diingini seperti kecenderungan membunuh diri serta
kemurungan (al-Kindi, 1980). Justeru itu, penghayatan aqidah adalah penting dan
perlu dibudayakan supaya dapat berperanan sebagai pemangkin jatidiri dalam
kehidupan seharian para pelajar politeknik. Seterusnya, kajian ini mengemukakan
rumusan hasilnya, bersama-sama saranan untuk mengatasi masalah yang wujud
akibat berlakunya penyelewengan aqidah dalam fenomena ini. Keyword :
Penghayatan Aqidah. 1.0 PENGENALAN Masyarakat Muslim hari ini sentiasa
berhadapan pelbagai isu dan cabaran dalam era globalisasi khususnya dalam
bidang aqidah. Isu dan cabaran lebih merupakan ujian yang disediakan Allah SWT
untuk sama ada menambahkan kekuatan mahupun menguji kekuatan sedia ada,
yang pasti disediakan ganjarannya dalam pelbagai bentuk. Kedinamikan dan
kepasifan sesuatu masyarakat, bahasa, budaya, bangsa dan negara bergantung
kepada kekuatan dan kelemahan mereka menghadapi isu dan cabaran dalaman
mahupun luaran. Bagaimanapun, isu dan cabaran yang dihadapi di Malaysia adalah
berbeza berbanding negara-negara lain di rantau ini seperti Brunei, Singapura,
Indonesia dan Thailand. Islam adalah agama sejagat yang bersifat Salihun li Kulli
Zaman wa Makan yakni sesuai untuk setiap masa dan tempat, lagi diutuskan buat

sekalian manusia. Untuk itu, beberapa ketentuan umum yang wajib diketahui oleh
setiap individu Muslim telah disampaikan secara jelas oleh baginda Rasulullah SAW
dan diantara ketentuanketentuan tersebut adalah aqidah. Akidah adalah asas
utama bagi binaan Islam, seperti pengakuan Islamnya seseorang itu yang
dimulakan dengan pengakuan dua kalimah syahadah, tidak ada Ilah yang berhak
diibadati selain Allah SWT dan Muhammad SAW adalah rasul-Nya. Rasulullah SAW
telah bersabda yang bermaksud: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu
mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada
bulan Ramadan dan mengerjakan Haji (al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Iman, jld
1, h. 9-10, 8). Apabila mengesakan atau mentawhidkan Allah SWT yang merupakan
sebahagian daripada aqidah, telah disabdakan oleh baginda SAW terlebih dahulu
daripada segala amalan-amalan lain dalam Rukun Islam. Maka, aqidah telah
menjadi dasar yang utama dalam Islam. Walaupun begitu, keyakinan aqidah tidak
terbentuk dengan mudah kerana ia adalah sesuatu yang mantap dilubuk hati yang
memerlukan kejelasan fikiran yang dikukuhkan dengan dalil-dalil naqliyyah dan
aqliyah sehingga menghilangkan sebarang keraguan. Dalil-dalil ini semestinya
diterima akal dengan penuh kerelaan dan ketenangan. Justeru itu, pendidikan
aqidah perlu didasari dengan kefahaman jelas yang dapat menguasai emosi,
perasaan dan jiwa (wujdan) tanpa sebarang syak dan keraguan ( Ahmad Rejab,
2001) Seseorang individu itu perlu prihatin dengan segala manifestasi
penyelewengan yang berpotensi menggugat kesucian serta kesahihan aqidahnya.
Sebagaimana tawhid tidak diketahui melainkan dengan menjauhi lawannya iaitu
syirik, iman pula tidak dapat direalisasikan kecuali dengan berpantang daripada
mendekati lawannya iaitu kufur. Oleh itu, kebenaran tidak dapat dinikmati
melainkan sesudah meneliti hakikat kebatilan (al-Halabi, 2000 ). Oleh yang
demikian, ciri-ciri aqidah yang sahih tidak akan jelas kecuali setelah mengenali
lawanlawannya. Inilah pendekatan yang diambil oleh Allah SWT dalam surah alBaqarah, ayat 256 yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh
itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang
tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Hal
ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan
aqidah umat Islam. Sedangkan aqidah berfungsi sebagai tonggak seluruh
perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan
ummah. Berdasarkan pemerhatian kita sebagai salah seorang ahli masyarakat, kita
dapat memahami betapa persoalan aqidah atau keimanan secara umumnya rapuh
dalam penghayatan ummah sehingga terlambak kelakuankelakuan jenayah
keagamaan yang muncul saban hari di pelbagai peringkat kehidupan. Malahan
seandainya aqidah milik seseorang tidak berupaya memainkan peranan sebagai
penjana yang dinamik, tentulah ada sesuatu yang tidak betul dalam kandungan
aqidah atau keimanan tersebut, dan ia perlu diperbaiki seberapa segera.
Menyentuh hal tersebut, Yusuf alQaradhawi (1998: 31) telah menjelaskan bahawa
kerosakan aqidah, mental, dan kaedah berfikir umat Islam adalah punca utama

kelemahan umat sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW bahawa umat Islam
akhir zaman banyak bilangannya tetapi umpama buih (rapuh) . . . dan berpenyakit
waham, iaitu cinta akan dunia dan takut mati. Demikianlah, Allah SWT telah
mengingatkan kita umat Islam bahawa ketundukan dan ketakutan kepada kebatilan
akan membawa kemusnahan sebagaimana maksud firman-Nya dalam surah alMuminun, ayat 71 yang bermaksud; Andai kata kebenaran itu menuruti hawa
nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di
dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan
mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. Sehubungan dengan itu,
para pelajar politeknik juga tidak terkecuali dilanda pelbagai persoalan, isu dan
cabaran yang datang dari dalam mahupun luar. Justeru, kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti tahap penghayatan aqidah dalam
kalangan para pelajar polimas ke arah meningkatkan jatidiri dalam kehidupan
seharian. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di
Malaysia nampaknya semakin merebak dan melarat. Jika dahulu setiap kali isu
sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan
kebudayaan kehidupan Barat. Istilah budaya kuning cukup popular sewaktu dulu
bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi
di Malaysia. Waktu itu masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang
telah merosakkan akhlak, khususnya golongan muda. Tahun demi tahun berlalu,
istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus hilang dari kamus. Dengan
perkataan lain, budaya kuning itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah
menjadi budaya kita. Sebahagian itulah gejala sosial yang berlaku kini bukanlah
merupakan satu perkara asing lagi dalam masyarakat. Masyarakat nampaknya
sudah lali dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata
pepatah alah bisa tegal biasa. Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin
meningkat, khususnya dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja
membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anakanak yang bersekolah, tetapi hal
ini turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial
yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi
muda (Rozana dan Nor Hashimah, 2005). Hal ini juga memberi impak kepada tugas
guru khususnya bahagian disiplin pelajar kerana pelajar bermasalah seringkali
dikaitkan dengan gejala sosial tidak kira di dalam kawasan sekolah mahupun di luar
kawasan sekolah. Menurut Akma Abd. Hamid (2005), kebanyakan pelajar yang
bermasalah adalah terdiri daripada golongan pelajar yang tidak dapat mematuhi
peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yang berpandukan
kepada Pekeliling 1967 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pihak sekolah sudah pun menyediakan pelbagai kursus motivasi dan kaunseling
kepada pelajar bermasalah ini dan mengharapkan golongan ini berubah bukan
setakat untuk kebaikan diri sendiri, tetapi juga untuk agama, bangsa dan negara.
Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2006, sejak tahun 1971
sehinggalah pada awal tahun 2006, sebanyak 381,735 kes membabitkan kegiatan
berkhalwat dan juga berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib membabitkan
pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti

(AUKU) 1971. Kesalahan-kesalahan lain seperti melanggar undang-undang universiti


dan ditangkap meniru semasa peperiksaan juga mencatat peningkatan dari tahun
ke tahun. 3.0 PENYATAAN MASALAH Gejala sosial boleh dihuraikan sebagai satu
keadaan atau cara hidup yang berlaku di dalam suatu masyarakat yang mana ia
adalah bertentangan dengan ciri-ciri atau nilai budaya dan juga nilai keagamaan
sesebuah masyarakat (Ab. Halim, et.al, 2004). Menerusi kajian Siti Mariam (2002)
ke atas salah sebuah politeknik mendapati bahawa pihak pengurusan politeknik
telah melakukan pengawalan yang tinggi bagi menangani masalah sosial, namun
masalah sosial tetap berterusan walaupun ia tidak kritikal pada sebahagian
daripada faktor-faktor yang di luar kawalan pihak pengurusan. Sikap sebahagian
pihak pentadbiran di institusi pendidikan dan juga para pengajar yang
mementingkan kecemerlangan akademik haruslah diperbetulkan di mana aspek
pembangunan insan dan penerapan nilai harus diberikan perhatian yang
menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah tinggi.
Sehubungan itu, Ab. Halim (2000) mendapati bahawa masih ramai guru yang tidak
dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) berlangsung. Dalam pada itu, khususnya semasa bulan Jun sehingga
September tahun 2001, umat Islam di Malaysia telah dikejutkan dengan isu Black
Metal. Segolongan manusia dikatakan telah merekrut keahlian di kalangan
pemuda-pemuda Melayu-Islam bagi menyemarakkan pemujaan syaitan dan faham
anti-agama sehingga sanggup memijak mushaf al-Quran di dalam upacara
pemujaan mereka (Tuan Mohd Asri Tuan Hussein, 2001). Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan pula berkata bahawa sekarang ini telah sampailah masanya bagi
masyarakat Islam keseluruhannya berusaha mencari jalan untuk mencerminkan diri
sendiri dan mencuba untuk memperbaiki mana-mana yang salah dan
memperkemaskan mana-mana yang longgar di dalam diri masing-masing (Ismail
Ibrahim, 2001). Dalam konteks ini, dibimbangi senario kebudayaan masyarakat
yang semakin ditulari budaya kuning. Antaranya, rasuah, hedonisme,
penyalahgunaan dadah, homoseks, lesbian, bohsia, rogol, zina, judi, gangterisme,
black metal dan buang bayi yang melanda generasi muda. Maka, seharusnya
diperbetulkan generasi muda ini dengan pendidikan yang berlandaskan al-Quran
dan al-Hadith. Proses ini berkait rapat dengan prinsip dan wawasan penghayatan
aqidah. Antaranya, menerusi penerokaan ilmu, hendaklah dalam rangka
menyediakan suasana supaya manusia dapat dibentuk menjadi insan yang soleh
dan bertakwa sehingga berupaya mewujudkan rasa ubudiyah kepada Allah SWT
semata-mata (Abdul Ghani, 1999). Sehubungan dengan itu, Islam mempunyai
pandangan yang jelas dengan hakikat manusia, kedudukan dan peranan mereka
sebagai khalifah Allah di muka bumi bagi menghuni dan memakmurkannya. Justeru,
untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah, manusia perlu menjalani
proses tarbiyah agar terbentuk sifat takwa dalam diri individu manusia. Hal ini
dapat menimbulkan rasa insaf dalam diri manusia untuk memperhambakan diri
hanya kepada Allah tanpa sebarang rasa ragu. Justeru Pendidikan Islam yang
bermatlamat melahirkan pelajar yang berakhlak dan mempunyai nilai terpuji,
diharapkan dapat dipraktikkan dalam kerjaya kelak amat signifikan. Namun pelajar

perlu memahami kurikulum Pendidikan Islam yang merangkumi sukatan, konsepkonsep dan juga tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Selain itu
pelaksanaan, penerapan dan amalan akhlak dan nilai terpuji dalam kehidupan
seharian pelajar amat dituntut agar dapat membina sahsiah pelajar berkualiti di
samping faktor keluarga, rakan-rakan dan pensyarah yang sentiasa mempengaruhi
tindak-tanduk pelajar tersebut. 4.0 ULASAN KEPUSTAKAAN Permasalahan
penghayatan aqidah dalam kalangan pelajar telah dibincangkan oleh Yahya (2004)
yang melihat penglibatan golongan remaja dalam aktiviti black metal boleh
merosakkan aqidah. Selain itu, Sapora (2007) mendapati masalah sosial yang
berlaku dalam kalangan remaja kian meruncing. Pelbagai masalah seterusnya akan
menghimpit remaja jika ia tidak cuba diatasi dengan sebaik-baiknya. Jika penawar
kepada masalah sosial tidak dijumpai, usaha bagi memperkasa agenda negara
menemui jalan sukar. Menurut Yahya (2004) pihak kerajaan sedar peranan keluarga
dalam pembentukan individu yang sihat adalah sangat penting. Keluarga sebagai
sebuah unit sosial yang sangat berpengaruh dalam perkembangan hayat individu.
Ahli-ahli psikologi tanpa mengira pendekatan teori yang digunakan ramai bersetuju
bahawa keluarga sangat penting dalam pembentukan psikologi, emosi, mental dan
kognitif individu khususnya golongan remaja. Ibu bapa dan para pendidik hendaklah
berusaha terus-menerus tanpa berputus asa dalam membentuk akhlak dan peribadi
pelajar. Langkah penting bagi mencapai hasrat ini dalam meneruskan
kesinambungan fitrah akhlak pelajar ialah dengan memberi pendidikan agama
bermula sejak kecil lagi. Langkah ini bagi menjamin supaya penerusan akhlak fitrah
tidak terencat apabila ia menempuhi alam remaja. Walaupun terdapat sedikit
kelemahan dalam menguasai kemahiran mendidik tetapi dengan adanya didikan
agama yang kukuh, maka anak itu mampu menepis naluri kehaiwanan yang cuba
mempengaruhinya atau sekurang-kurangnya boleh menjauhi anak dari menjadi
jahat tabiatnya. Namun, sekiranya kurang penekanan agama yang berpunca
daripada ibu bapa yang jahil juga mengakibatkan anak-anak remaja mudah
terpedaya dengan gejala yang tidak sihat. Ajaran ilmu akhlak seperti menghormati
orang yang lebih dewasa dan guru-guru, adab sopan santun yang disemai dan
pendidikan akhlak yang mulia sering diabaikan sedangkan menurut kajian Mitchelle
et. al (1989) menyatakan bahawa ajaran agama boleh dijadikan pelita ataupun satu
regangan moral dalam diri remaja agar mereka dapat berfikir sebelum melakukan
sesuatu perkara yang tidak bermoral. Oleh itu, pendidik dan ibu bapa perlu kembali
kepada tradisi asal dalam membentuk peribadi anak seperti yang diamalkan oleh
Rasul-rasul, Nabi-nabi dan para Wali di mana mementingkan pendidikan agama
sebagai penerus kesinambungan fitrah kejadian manusia. Ibu bapa tidak boleh
menyalahkan kerajaan, masyarakat dan sekolah semata-mata sebagai helah
membela diri apabila anak menjadi jahat tabiatnya. Ibu bapa perlu menyalahkan diri
sendiri kerana ini adalah langkah positif untuk menilai semula peranannya
bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang 5.0 OBJEKTIF KAJIAN. Kajian ini
dijalankan berteraskan kepada objektif-objektif berikut: 1. Mengenal pasti tahap
kefahaman para pelajar politeknik mengenai penghayatan aqidah. 2. Mengenal
pasti tahap pelaksanaan penghayatan aqidah di dalam kehidupan seharian para

pelajar politeknik. 3. Mengenal pasti tahap penghayatan aqidah para pelajar


politeknik dalam membentuk peribadI mulia. 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini
adalah untuk melihat senario atau gambaran yang jelas tentang penghayatan
aqidah dalam kalangan para pelajar politeknik Polimas. Justeru, sekiranya kaedah
dan matlamat tidak mencapai tahap yang memuaskan, para pelajar akan
menghadapi masalah dalam menghayati bagi mempraktikkan amalan yang sihat
dalam kehidupan seharian. Selain itu, penerapan nilainilai murni di dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam dapat dilihat bagi menangani
masalah keruntuhan akhlak dan disiplin di politeknik. Objektif pembelajaran
pendidikan Islam juga telah menjurus ke arah pembentukan akhlak yang mulia di
samping menjauhi cara hidup yang bertentangan dengan ciri-ciri nilai kebudayaan
dan keagamaan. 6.1 Kepentingan kepada Politeknik Kajian ini dapat memberi
gambaran umum kepada pihak politeknik bahawa pemahaman kurikulum
Pendidikan Islam dapat mempengaruhi pembinaan sahsiah para pelajar di
politeknik. Dalam konteks ini, apabila para pelajar didedahkan intipati dan konsepkonsep yang berkaitan dengan topik-topik di dalam subjek ini, maka pelajar akan
menghayati dan seterusnya mengamalkan ke dalam kehidupan seharian mereka.
6.2 Kepentingan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia Kajian ini juga dapat
membantu pihak kementerian mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
pembinaan sahsiah pelajar berkualiti. Maka apabila faktor tersebut dapat diperolehi,
pihak kementerian dapat menekankan faktor tersebut dengan lebih mendalam
untuk kebaikan bersama. Kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada pihak
kementerian agar perlunya pemantauan dari semasa ke semasa ke atas perlakuan
dan juga tingkahlaku para pelajar dengan menyediakan sebarang platform yang
dapat menonjolkan bakat kepimpinan mahupun sifat diri yang mulia dari dalam diri
pelajar tersebut. 7.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya melibatkan para pelajar di
lima jabatan akademik di Polimas, Kementerian Pendidikan, Malaysia iaitu jabatan
Perdagangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan Mekanikal,
Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam. 8.0 SKOP KAJIAN Kajian ini
memfokuskan kepada kesan intipati Pendidikan Islam yang telah dipelajari terhadap
tingkahlaku yang lebih bersopan iaitu dengan melihat sejauh manakah
penghayatan aqidah dalam kalangan para pelajar Pendidikan Islam di dalam kelas
serta pengaplikasiannya di dalam kehidupan seharian mereka. 9.0 METODOLOGI
KAJIAN Kaedah tinjauan melalui pengedaran soal selidik membolehkan jawapan
dikumpulkan secara terus daripada responden dalam masa yang singkat (Chua
2006). Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik juga merupakan kaedah terbaik
kajian ini untuk memungut data yang asli. Oleh itu, data kuantitatif daripada soal
selidik yang telah dikumpul, dianalisis dan keputusan analisis tersebut dikenal pasti
untuk diperbincangkan. Saiz sampel kajian ditentukan dengan mengambil kira
pandangan dan garis panduan yang dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji.
Berpandukan jadual penentuan Kreijcie dan Morgan (1970), jumlah minimum
sampel yang diperlukan hanyalah 52 orang bagi populasi seramai 60 orang. Namun,
mengambil kira pandangan-pandangan Best dan Kahn (2003), Cohen et al. (2001)
dan Sekaran (2003), serta pandangan Gay dan Airasian (2003) yang menyatakan

bahawa saiz sampel yang melebihi had akan lebih dipercayai dan meyakinkan.
Maka, kajian ini menetapkan soal selidik diedarkan kepada seramai 160 orang
pelajar Polimas. Mereka ialah bakal graduan Program Diploma Perdagangan,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan
Kejuruteraan Mekanikal yang sedang menuntut di Polimas. Responden dipilih
berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan atau purposive sampling kerana tujuan
kajian ini bukan untuk membuat generalisasi tetapi untuk menumpukan kepada ciriciri tertentu populasi para pelajar Polimas bagi membolehkan objektif-objektif kajian
tercapai dan seterusnya kajian kualitatif dapat dilaksanakan di masa hadapan. Oleh
itu, sampel yang dikaji bukan mewakili populasi. Kajian ini menggunakan instrumen
soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul data mengenai penghayatan
aqidah kepada bakal pemegang diploma di Polimas. Responden diminta memberi
jawapan dalam bentuk persepsi mereka terhadap item-item kefahaman, perasaan
dan amalan. Responden memberi skor terhadap item berdasarkan Skala Likert 1
hingga Skala 5. Skala 1 ialah tahap sangat tidak setuju, skala 2 ialah tahap tidak
setuju, skala 3 ialah tahap tidak pasti, skala 4 ialah tahap setuju manakala skala 5
ialah tahap sangat setuju. Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, pengkaji telah
memilih kostruk yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan iaitu, melalui
kajian yang telah dijalankan oleh Norsaleha (2013). Beliau telah membangunkan
satu instrumen penghayatan aqidah untuk mengukur tahap penghayatan aqidah
para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Instrumen ini melibatkan
tiga domain utama penghayatan aqidah iaitu kefahaman, perasaan dan amalan.
Ketiga-tiga konstruk penghayatan aqidah menunjukkan nilai pekali alpha yang
berbeza. Berdasarkan nilai pekali alpha yang diperoleh konstruk kefahaman
mempunyai nilai pekali alpha yang sederhana [a = 0.662] berbanding konstruk
perasaan [a = 0.910] dan amalan [a = 0.830] yang mempunyai pekali alpha yang
tinggi. Menurut Gable dan Wolf (1993) kebolehpercayaan alpha keseluruhan bagi
konstruk mestilah mempunyai nilai sekurang-kurangnya 0.70 tetapi nilai 0.80 ke
atas adalah lebih baik. Pallant (2001) pula berpendapat nilai indeks alpha sebanyak
0.7 atau ke atas adalah baik bagi skala instrumen yang mempunyai sepuluh atau
lebih item dan nilai alpha sebanyak 0.5 pula dianggap baik untuk skala instrumen
yang mempunyai kurang daripada sepuluh item. Namun begitu, Kerlinger (1986)
dan Mohd. Majid Konting (1990) menyatakan pekali kebolehpercayaan yang lebih
daripada 0.60 sering digunakan. Maka, kajian rintis yang dilakukan oleh Norsaleha
(2013) jelas menunjukkan kebolehpercayaan bagi pembolehubah penghayaan
aqidah adalah tinggi [a = 0.868]. Maka, pengkaji telah memilih instrumen ini
berdasarkan kebolehpercayaan bagi setiap konstruk adalah tinggi. 10.0
PERSAMPELAN DAN POPULASI KAJIAN Sampel yang digunakan di dalam kajian ini
adalah terdiri daripada para pelajar Polimas iaitu di jabatan Perdagangan, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan
Kejuruteraan Awam. Bagi menentukan saiz sampel yang dipilih, pengkaji merujuk
kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) di
manamenyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian.
Populasi bagi kajian ini ialah seramai 6,069 orang pelajar, dan sampel yang dipilih

adalah sebanyak 160 orang pelajar. 11.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian
menunjukkan setiap respondan mempunyai keyakinan yang khusus di dalam diri
mereka terhadap ketiga-tiga konstruk penghayatan aqidah yakni kefahaman (A),
perasaan (B) dan amalan (C). Menerusi kajian tersebut didapati semua pelajar yang
menjadi respondan iaitu seramai 160 orang berpuas hati dengan keseluruhan
soalan kaji selidik tersebut. Perbandingan data kajian terhadap respondan yang
meliputi konstruk kefahaman (A) dan perasaan (B) tidak menunjukkan banyak
perbezaan yang signifikan, malahan mereka mempunyai pemahaman dan perasaan
yang tinggi terhadap penghayatan aqidah. Mereka memilih Skala Likert 4 dan 5
dan segelintir kecil sahaja yang memilih Skala Likert 1dan 2 iaitu berhubung dengan
item tugas malaikat. Sehubungan dengan itu, seramai 20 peratus pelajar memilih
Skala Likert 3 dan seramai satu peratus pelajar memilih Skala Likert 2 bagi item
tugas malaikat ialah bertasbih kepada Allah SWT. Manakala bagi item malaikat
sentiasa memohon keampunan untuk orang yang beriman kepada Allah. seramai
lapan peratus pelajar memilih Skala Likerts 3. Demikianlah juga bagi item malaikat
sentiasa mengawasi tingkah laku manusia satu peratus pelajar memilih Skala
Likert 1, Skala Likert 2 dan empat peratus pelajar memilih Skala Likert 3. Justeru itu
jelas menunjukkan para pelajar mempunyai tahap kefahaman penghayatan aqidah
yang sederhana tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pelaksanaan
penghayatan aqidah para pelajar adalah berada di tahap sederhana tinggi.
Menerusi konstruks amalan (C), para pelajar memilih Skala Likert 1, 2 dan 3 bagi
item bernombor 28 sehingga 31 iaitu bagi item yang berkaitan dengan tilawah alQuran yang merangkumi mempelajari, membaca dan mengajar. Sehubungan
dengan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk menghasilkan
para pelajar yang mengenal, membaca dan mengamalkan bacaan ayat-ayat alQuran dalam kehidupan sehariharian. Seramai 59 peratus pelajar mengalami
masalah untuk menjadikan al-Quran sebagai amalan dan seramai lapan peratus
pelajar telah mencadangkan supaya diwujudkan kelas membaca dan bertadarus alQuran. Hasil dapatan ini juga menyokong kajian Abdul Halim ElMuhammady (1991)
yang menyarankan seseorang yang menghayati al-Quran ialah dengan membaca,
melaksanakan idea dan mengamalkan nilai-nilai dan hukum-hakam dalam
kehidupan. Demikianlah juga, menerusi kajian ini para pelajar mencadangkan
supaya diberi ruang kepada mereka untuk menunaikan solat zohor. Hal ini
berikutan, waktu sejam diantara jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang yang diberi,
kadangkala diguna oleh para pensyarah sebagai waktu kuliah dan bengkel. Terdapat
seramai satu peratus pelajar yang mencadangkannya. Manakala, pelajar lain
seramai 31 peratus telah memilih Skala Likets sebagai 4 (setuju) dan tiga peratus
pelajar menanda Skala Likets sebagai 3 (tidak pasti) pada konstruks perasaan (B),
untuk item saya merasa risau selagi belum menunaikan solat. Dalam konteks ini,
para pelajar telah mencadangkan supaya diadakan secara berkala aktiviti ceramah
dan forum agama yang menyentuh pelbagai tajuk asas fardhu ain antaranya seperti
fiqh, tajwid, al-Hadith dan motivasi. Cadangan ini telah diutarakan oleh 55 peratus
pelajar. Sehubungan dengan itu, seramai 16 peratus pelajar telah mencadangkan
supaya subjek pendidikan Islam diteruskan bagi pelajar semester satu demi

membentuk pelajar yang berakhlak mulia. Justeru itu, menerusi soal selidik ini
menunjukkan kepentingan Pendidikan Islam dalam membentuk aqidah yang
mantap. Hal ini bertepatan dengan kajian Norsiah Sulaiman, S. Salahuddin Suyumo
dan Fairuzah Hj. Basri (2004) menyatakan bahawa Pendidikan Islam adalah satu
usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Justeru itu, para pelajar yang
mempunyai penghayatan aqidah adalah pelajar yang mempunyai sahsiah yang
mulia. Sehubungan dengan itu, walaupun pada asasnya pembelajaran subjek
pendidikan islam hanya terhad kepada tiga jam pertemuan di kelas pada setiap
minggu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan sebagai sampingan
kepada para pelajar sama ada yang tinggal di asrama mahupun di rumah sewa. Ini
jelas menunjukkan tahap penghayatan aqidah para pelajar politeknik berada
ditahap sederhana tinggi dalam membentuk peribadi mulia. Gambarannya adalah
seperti di dalam gambarajah dibawah ini dengan petunjuknya adalah seperti : A :
Kefahaman, B : Perasaan dan C : Amalan. Rajah 1.1: Pelajar di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik Rajah 1.2: Pelajar di Jabatan Perdagangan Rajah 1.3: Pelajar di Jabatan
Kejuruteraan Awam 0 100 200 Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 A B C 0 1000
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 A B C 0 500 Skala 1Skala 2 Skala 3 Skala 4
Skala 5 A B CRajah 1.4: Pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Rajah 1.5: Pelajar
di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 12.0 KESIMPULAN Secara
keseluruhannya, kajian yang dijalankan telah mendapat kerjasama yang baik
daripada semua pihak terutamanya para pelajar politeknik. Maka dengan
terhasilnya kajian ini, diharapkan dapat memberikan serba sedikit panduan dan
sumbangan kepada pihak tertentu di unit pendidikan islam dan moral terutamanya
kepada bahagian Kementerian Pendidikan dalam melihat peranan Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral untuk membina sahsiah pelajar berkualiti di politeknik. Hal ini
bertitik tolak daripada penghayatan aqidah adalah tidak terbentuk dengan mudah
kerana ia adalah sesuatu yang manatap dilubuk hati yang memerlukan kejelasan
fikiran yang dikukuhkan dengan dalil-dalil naqliyah dan aqliyah sehingga
menghilangkan sebarang keraguan. Dalil-dalil ini semestinya diterima akal dengan
penuh kerelaan dan ketenangan. Maka, tidak mustahil akan melahirkan manusia
mukmin, muslim dan bertakwa. RUJUKAN Abdul Ghani Shamsuddin (1999) Sosiologi
Pendidikan Islam. Kertas Kerja Pengajian Sosiologi dalam Pendidikan, Universiti
Malaya. Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak (2004) Dakwah dalam
Menangani Isu-isu Sosial di Kalangan Remaja, Jabatan Pemikiran dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam, UKM. Al-Quran dan Terjemahannya (2010) Yayasan Restu:
Selangor. Asmawati Suhid (2005) Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan
Islam Bagi Menangani Era Globalisasi, Fakulti Pendidikan, UPM. 0 200 400 Skala 1
Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 A B C 0 500 Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
A B CGable, R.K.,Wolf, M.B (1993) Instrument Development in the Effective Domain,
Ed. Boston: Kluwer Academic Publisher. Kerlinger, F.N. (1986) Foundation of

Behavioral Research, Ed. Orlando: Harcourt Brace Jovanovich College Publisher.


Mohd Fauzi bin Hamat (2002) Peranan Akidah Dalam Perancangan Pembangunan
Ummah: Satu Analisis Dalam Konteks Masyarakat Kini, Jurnal Usuluddin Bil 16.
Mohd. Majid Konting (1990) Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Pallant, J. (2001) SPSS Survival Guide, Australia: Allen & Unwin.
Sidi Gazalba (1983) Islam dan Perubahan Sosiobudaya. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara Uma Sakaran (2010) Research Method For Business : A Skill Building
Approach, New York: John Wiley Son Inc. Yusuf Al-Qaradhawi (1998) Di mana Punca
Kelemahan Umat Islam Masa Kini. (Terj. Muhammad Baihaqi). Kuala Lumpur: AlHidayah Publishers. Latihan Ilmiah Ab.Halim Tamuri, Pengetahuan Akhlak di
Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah. University of Birmingham:Tesis Ph.D,
2000. Abdul Halim El-Muhammady, Peranan Guru dalam Pendidikan Islam, UKM,
Tesis Sarjana, 1985. Siti Mariam Samat, Tahap Pengawalan Pihak Pengurusan
Politeknik di Dalam Mengurangkan Gejala Sosial di Kalangan Pelajar, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia:Tesis Sarjana, 2002. Internet Abd Murad Salleh, Peranan
Sosiologi Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Nilai Insan Soleh dan Bertaqwa,
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu. Ahmad Yunus Kasim et.all (2010) Pengetahuan Pedagogikal
Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam.
Journal of Islamic and Arabic Education 2(2),2010. Akma Abd. Hamid, Stres di
Kalangan Pelajar-pelajar Bermasalah di Sekolah Menengah, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia: Tesis Sarjana, 2005. Baharom Mohamad et.all,2008, Peranan
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti,
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Universiti Teknologi
Malaysia.Mitchelle et.al.(1989) Keyboarding A Mastery approach Comprehensive.
Norsaleha et.all,2013, Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penghayatan
Akidah, International Journal of Islamic Thought, Vol 3: Jun 2013. Sapora Sipon,
Perluaskan Peranan Kaunselor, Berita Harian, 6 Febuari, 2007.

TANTANGAN PENDIDIKAN AKIDAH DALAM GLOBALISASI

1.0 Pengenalan
Asas dalam pendidikan Islam ialah mengenal Allah, mentauhidkan Allah, meyakini
dan menyerahkan diri kepada Allah. Al-Quran menyuruh ibu bapa menekankan
persoalan akidah sejak berusia kanak-kanak lagi. Fitrah kejadian manusia percaya
kepada Allah, dalam hubungan ini, ulama silam mengistilahkan manusia sebagai alinsan kawnu al-shagir (alam mikro), berbanding dengan alam semesta dikenali
sebagai al-kawnu insan al-kabir (alam makro). Kedua-dua alam ini adalah makhluk
Allah yang memang potensinya tunduk kepada-Nya. Cuma dalam hal ini manusia
memerlukan pendidikan dan bimbingan untuk memastikan ketaatan kepada Allah
dan pendidikan yang dilaksanakan perlu berasaskan tauhid.
Dengan adanya bimbingan kepada manusia dengan cara melaksanakan suatu
sistem yang disebut pendidikan maka diharapkan manusia akan lebih sempurna
dalam mantauhidkan tuhannya tanpa adanya keragu-raguan. Hal ini selari dengan
pendapat al-Ghazali (1980) yang menyatakan bahwa matlamat yang paling utama

dalam pendidikan Islam adalah, membuang segala kejahilan diri sehingga individu
tersebut dapat mengenal pencipta dan matlamat ilmu yang sebenarnya
membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah.
Oleh sebab itu dalam melaksanakan pendidikan Islam, aspek pendidikan akidah
merupakan asas yang mesti diberikan tumpuan lebih dalam pelaksanaannya. Saat
ini terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan P&P
pendidikan Islam terutama dibidang akidah. menurut Ab. Halim Tamuri dan Nik
Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu utama
yang dikenal pasti dalam proses P&P pendidikan Islam, iaitu: mengenai strategi,
kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P, prospek para pelajar sekolah agama,
pencapaian silang mata pelajaran, dan kemahiran generik. Isu-isu ini perlu
ditangani dengan sebaik mungkin oleh semua pihak yang terlibat bagi
menghasilkan prospek yang lebih cemerlang kepada pengajaran pendidikan Islam.
Tujuh domain isu yang telah dijelaskan diatas merupakan salah satu bagian sahaja
dari pelbagai komponen yang terdapat dalam perjalanan proses P&P pendidikan
Islam yang ada. Dalam pembahasan ini penulis tidak akan menguraikan dan
menyentuh secara keseluruhan akan tetapi pembahasan ini hanya berfokus pada
bidang pendidikan akidah sahaja, terutama sekitar isu-isu permasalahan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan, cabaran yang dihadapi umat Islam saat ini terutama
dalam pendidikan serta bagaimana bentuk pengajaran dan pembelaran pendidikan
Islam dalam bidang akidah, selanjutnya akan di uraikan juga cadangan-cadangan
yang dapat dijadikan solusi dari menyelesaikan permasalan yang ada.
2.0 Pendidikan Islam
Pendidikan dalam Islam adalah sangat luas dan bersepadu, merangkumi seluruh
cara hidup manusia. Kurikulumnya datang daripada Allah s.w.t, mengandungi
aspek-aspek seperti akidah (kepercayaan), syariah (peraturan), ibadah (pekerjaan),
akhlak (tingkah laku), sains, teknologi, sosiologi, politik, ekonomi dan lain-lain. Ia
merangkumi kehidupan di dunia dan di akhirat dalam satu disiplin yang lengkap
(Syed Qutub 1992).
Manakala Said Ismail Ali dalam Hassan Langgulung (1980) menyatakan. Bahwa
sejarah menyaksikan perkembangan yang menakjubkan di kalangan manusia telah
didorong oleh sifat-sifat dan dasar-dasar agama Islam itu sendiri iaitu. Pertama
kesederhanaan akidah Islam dan jauhnya dari kekaburan dan kompilasi. Kedua
keluwesan (fleksibel) tasyrI Islam dan kesesuaiannya dengan perkembangan hidup.
Ketiga ajakan yang tegas untuk mengikuti akhlak yang mulia dan menjauhi akhlak
yang buruk.
Pada kesempatan lain Ali Ashraf menyatakan bahwa Pendidikan dalam Islam
memiliki keupayaan yang tidak terbatas dalam membangunkan jati diri dan
mengangkat darjat manusia ke tahap paling tinggi diantara makhluk ciptaan Allah
(S. S.Hussin dan Syed Ali Ashraf 1989). Dari pelbagai penjelasan di atas dapat

dirumuskan, Pendidikan dalam Islam merupakan satu panduan yang luas dan
bersepadu yang disandarkan kepada wahyu Alllah, merangkumi akidah
(kepercayaan), syariah (peraturan), ibadah (pekerjaan), akhlak (tingkah laku), sains,
teknologi, sosiologi, politik, ekonomi dan lain-lain, dalam rangka keupayaan yang
tidak terbatas dalam membangunkan jati diri dan mengangkat darjat manusia ke
tahap paling tinggi diantara makhluk ciptaan Allah.
2.1 Konsep Akidah
Akidah berasal dari kata kerja Aqada yang bermaksud simpul atau ikat. Ianya
sering dikaitkan dengan jual beli seperti aqada al bayt yang bermaksud perjanjian
jual beli. Al-Quran seringkali menyebut perkataan ini dengan maksud ikatan
perjanjian, contohnya :


Maksudnya : .dan mana-mana orang yang telah kamu buat kontrak dengan
mereka (Surah An-Nisa, 4 : 33)
Untuk memahami lebih luas pengertian akidah, penulis akan jelaskan beberapa
pandangan dari beberapa pakar lainnya yang kurang lebih sama iaitu: (Menurut
Ibrahim 1972; Muhammad Nuaim 1991; Ibnu Manzur Muhammad Abduh 1994;
Abdullah Azam 1996; Sayyid Sabiq 2000; Khalil Milkawi 2004). Akidah adalah
simpulan, ikatan atau sesuatu yang telah menjadi teguh dan telah termantap:
sebagai pembenaran dalam hati terhadap sesuatu yang turut dipercayainya secara
pasti tanpa syak atau ragu sedikitpun. Pendek kata akidah dibaratkan sebagai otak
dan jentera penggerak utama diri manusia.
2.2 Kepentingan Penerapan Akidah Dalam Pendidikan
Islam sangat memberikan tumpuan terhadap pendidikan akidah dalam
pembangunan manusia. Buktinya dapat dilihat apabila 56% daripada zaman
penurunan wahyu, iaitu meliputi 13 tahun penyebaran dakwah di Mekah adalah
tertumpu kepada pembinaan umat di bidang akidah. Maka tidak jarang kita temui
contoh atau penekanan-penekanan pengajaran yang disampaikan oleh Allah melalui
wahyunya, diantaranya adalah: Surah Al-Araff (7 :172), :
Maksudnya : Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak Adam dari
sulbinya dan Dia menjadikan mereka sebagai saksi bagi diri mereka sendiri dan
dikatakan kepada mereka, Adakah Aku Tuhanmu, lalu mereka menjawab, Ya,

bahkan kami bersaksi. Yang demikian ialah agar mereka tidak berkata pada hari
kiamat kelak, Sesungguhnya kami golongan yang lalai (daripada diberi peringatan.
Pada bagian lainnya terdapat didalam Surah Luqman, (31 : 13-15)
Maksudnya : Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa
menasihatinya, Wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya
syirik itu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
ibu bapanya,, ibunya mengandungkannya dengan kelemahan demi kelemahan dan
tempoh menyusukan selama 2 tahun, berterima kasihlah padaKu dan kepada dua
ibu bapamu dan kepada Akulah tempat kembali.
Dalam dua konsep ayat diatas tegasnya. Allah telah mengajarkan manusia dengan
pendidikan akidah sebelum kita sampai kedunia yang mengakui-Nya sebagai tuhan
kita dan bagaimana contoh yang ditamsilkan dalam ayat kedua antara luqman
dengan anaknya. Menurut (Nasih Ulwan 2000). Pada penggalan ayat kedua salah
satu kaedah yang digunakan dalam pendidikan akidah ialah dengan cara
mengenalkan anak dengan kuasa Allah yang luar biasa dalam penciptaan alam dan
mendidik secara konsisten untuk mengingati Allah.
Al-Attas (1985) berpendapat, pendidikan akidah adalah satu proses berterusan
dalam hidup manusia di muka bumi dan menjadi tanggungjawab kepada semua ahli
masyarakat. Objektif pendidikan dalam Islam ialah untuk melahirkan manusia yang
baik dan seimbang, iaitu manusia yang adil kepada diri dengan membina keyakinan
dan keimanan yang teguh kepada Allah s.w.t. yang merupakan satu-satunya realiti
yang mutlak. Pendidikan yang sebenar ialah integrasi daripada pelatihan fizikal dan
pendisiplinan bahagian kerohanian manusia kearah mencapai nilai kebahagiaan
kerohanian yang merupakan kebahagiaan yang tertinggi dan bersifat abadi.
Manakala Mohmd Fauzi (2002) menyatakan bahwa pendidikan akidah perlu
diterapkan dalam perancangan pembangunan ummah agar dapat melahirkan
masyarakat madani yang akan melandaskan keseluruhan kegiatan hidupnya
berasaskan paradigma tauhid, dan ia menyenaraikan beberapa kepentingan akidah
dalam pendidikan iaitu:
1. Menyuburkan nilai-nilai positif dalam diri mereka seperti berfikiran matang,
tenang, kritis dan saintifik, mempunyai wawasan dan misi pribadi yang jelas dalam
hidup serta berpandangan jauh.
2. Meransang dan memotivasikan muslim melakukan amalan baik dan mulia dalam
hidupnya kerana imam dan akidah bukanlah pegangan pasif bahkan adalah satu
tenaga utama yang menggerakan manusia melakukan amalan-amalan mulia selari
dengan kehendak Tuhan.
2.3 Kedudukan Pendidikan Akidah Dalam Pendidikan Nasional

Jika dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1987, Akidah menjadi suatu
aspek penekanan utama dalam sistem pendidikan nasional. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menyebut Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan cemerlang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ( Akta Pendidikan 1996)
Penekanan terhadap akidah dapat dilihat melalui frasa ..berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Walaupun perkataan Allah tidak digunakan bagi
menampakkan bahawa sistem pendidikan dijalankan untuk semua, ia tetap
menampakkan penekanan terhadap konsep tauhid kepada Pencipta melalui konsep
uluhiah dan rububiyah bagi orang Islam dan hanya rububiyah bagi bukan Islam.
Dalam melaksanakan Pendidikan Islam di Malaysia, kerajaan menetapkan pula
Falsafah Pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia adalah :Falsafah
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Menurut Tajul Arifin Noordin (2007), Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara amnya
ditubuhkan ke arah membina semula dasar pendidikan yang lebih mantap kepada
agama, bangsa dan negara. Peranan pendidikan yang tidak hanya menumpukan
kepada perpaduan negara dan penghasilan tenaga manusia. Peranan pendidikan
turut ditumpukan kepada pembinaan insan secara menyeluruh untuk mewujudkan
insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dalam artiannya Intelek : Melahirkan individu yang berilmu dan beriman kepada
Allah dan mantap keyakinan kepadaNya menerusi program-program yang
dijalankan. Rohani : Melahirkan insan-insan yang mempunyai rohani yang kukuh,
tidak mudah terpedayadan terpengarruh kepada budaya merosakkan diri. Emosi :
Melahirkan individu yang dapat mengawal emosi negatif yang membawa
keruntuhan moral. Jasmani : Melahirkan insan yang sihat fizikalnya dan dapat
menyumbangkan tenaga untuk membangunkan agama.
Tajul Ariffin noordin dan Nor Aini Don (2007) berpendapat bahawa hala tuju
pendidikan Malaysia cukup baik. Ini terbukti dengan pengenalan Kurikulum
Bersepadu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah. Kurikulum ini menekankan pemikiran yang sihat, emosi yang
stabil dan kepelbagaian kemahiran. Matlamat Pendidikan Akidah di sekolah rendah

ialah :Supaya pelajar dapat memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai
pegangan akidah dan benteng agama.
Manakala matlamat pendidikan akidah di peringkat sekolah menengah pula
ialah :Untuk memantapkan pegangan akidah pelajar serta menghidupkan konsep
tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keimanan
Namun bagaimana dari sudut perlaksanaannya. Dan kenapa masih berleluasa
kerosakan akidah, maksiat dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Ini
memerlukan satu kajian tentang masalah yang dalam perancangan atau
pelaksanaan serta cara mengatasinya.
3.0 Isu Pengajaran & Pembelajaran Dalam bidang akidah
Sebagaimana yang telah penulis jelaskan diawal pengenalan ini, menurut Zakaria et
al (2010) bahwa terdapat pelbagai isu penting yang timbul dalam P&P akidah
diantaranya iaitu:
1. Pengajaran akidah kurang diminati oleh pelajar berbanding pelajaran lain.
2. Pelajaran akidah kurang dikaitkan dengan semua aspek kehidupan.
3. Gambaran ketuhanan juga sering terlalu kaku dan kabur sehingga sukar untuk
para pelajar menghayatinya.
Timbulnya permasalahan ini disebabkan oleh pelbagai factor secara teknis maupn
non teknis, penulis setuju dengan apa yang telah dikemukakan oleh kajian yang
telah dilakukan oleh Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) yang
mendapati tujuh domain yang timbul sebagai isu dalam P&P pendidikan Islam.
Penulis melihat isu yang dikenal pasti tersebut juga berlaku terhadap pendidikan
akidah dalam P&P di bilik darjah.
1) Strategi dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi atau kaedah mempunyai peranan yang sangat penting dalam P&P, hal ini
akan menentukan sikap pelajar terhadap hasil yang dicapainya, dalam masalah
pemilihan kaedah pengajaran seorang guru dituntut agar lebih inovatif, kreatif dan
fariatif untuk memilih dan memilah untuk memberikan P&P dalam bilik darjah.
berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan di beberapa buah negeri di
Malaysia. Kajian menunjukan bahwa kaedah syarahan atau kuliah adalah kaedah
yang palig popular digunakan guru di dalam bilik darjah (Ab. Halim et al. 2004)
factor utama guru menggunakan kaedah ini disebabkan oleh kos yang murah dan
mudah digunakan tanpa memerlukan persediaan yang lama.
Hal ini juga diperkuat oleh kajian yang dijalankan Ab. Halim (2000) berkaitan
dengan pengajaran akhlak dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan
Negeri Sembilan. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap 27 orang

pelajar, didapati lapan orang pelajar menyatakan bahwa mereka menghadapi


maslaah dalam pengajaran yang diberikan, diantara faktornya adalah:
1. Tidak memahami apa yang dipelajari kerana penjelasan yang kurang atau kabur
daripada guru (5 pelajar)
2. Mereka tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari untuk di amalkan dalam
kehidupan keseharian mereka (5 pelajar)
3. Mereka merasa mengantuk, tidak dapat memberi tumpuan dan bosan terhadap
pengajaran yang diberikan (3 pelajar)
4. Ada guru yang menunjukan teladan yang tidak baik semasa pengajaran
dijalankan (1 pelajar)
Selain itu ada sepuluh pelajar yang menyatakan tidak diberi penjelasan mendalam
tentang cara-cara untuk melaksanakan nilai-nilai akhlak yang dipelajari. Namun
secara keseluruhan, P&P akhlak telah dapat meningkatkan kefahaman para pelajar
secara keseluruhan, kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim (2002) terhadap 932
pelajar di Selangor dan Negeri Sembilan, mendapati majoroti pelajar (90%)
menyatakan guru-guru pendidikan Islam di sekolah telah dapat memberi dan
meningkatkan kefahaman mereka tentang akhlak Islam.
2) Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Bertindah dan Tidak Selaras
Pada sisi lain permasalahan yang timbul adalah bercanggahnya beberapa aspek
kurikulum pendidikan Islam di peringkat sekolah, secara umum kandungan yang
terdapat dalam KBSM dan Kurikulum Pendidikan Islam adalah hampir sama dalam
beberapa tajuk, hal ini terdapat dalam berbagai bidang keilmuan diantaranya,
aspek ibadah, akidah, bidang tafsir, hadis dan al-Quran. Bagi kebanyakan pelajar
penggunaan bahasa melayu menjadi keutamaan mereka kerana mudah difahami,
manakala penggunaan bahasa Arab tidak menjadi pilihan pelajar, sebab sukar
untuk difahami dan dikuasai, hal ini juga menimbulkan konflik diantara pelajar
antara yang mudah dan penting dan yang susah dan penting.
Akan tetapi isu yang terpenting sebenarnya ialah, ketidak selarasan kurikulum
pendidikan Islam di peringkat negeri yang akhirnya membawa kepada sistem
peperiksaan yang berbeza di peringkat negeri seperti Peperiksaan Menengah
Rendah Ugama (PMRU) dinegeri Kelantan dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di
Selangor, isu ini perlu dicarikan solusinya segera kerana masalah ini masih lagi
berlarutan semenjak kemerdekaan sehingga kini, walaupun terdapat banyak usaha
dilakukan namun masih tidak berjaya sepenuhnya.
3) Sumber dan Bahan Pendidikan Islami yang Terbatas
Walaupun telah banyak kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak, baik university,
para penyelidik tentang P&P pendidikan Islam, namun begitu, jumlah kajian yang

dilakukan masih terbilang sedikit, sebagai contoh. Kajian yang dilakukan dalam
pengajaran pendididkan Syariah Islamiyah oleh (hatifah 2000) mendapati bahwa
44% (22) daripada guru tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pentabir,
56% (28) tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada kakikatangan sumber
dalam rangka perancangan pengajaran, selain itu 80% guru menyatakan tidak
pernah mendapatkan bimbingan daripada pegawai pendidikan daerah.
Dalam pembinaan alat bantu pengajaran (ABP) pula, 76% guru tidak pernah
menyediakan ABP sendiri, manakala 54% guru menyatakan pihak sekolah turut
menyediakan ABP pendidikan Islam untuk mereka. Hatifah juga mendapati bahawa
guru sangat kurang menggunakan alat pandang dengar seperti komputer (72%)
dan televesien (54%) alat video (52%) radio (50%) dan menggunakan kaset (46%).
Sebaliknya mereka kerap menggunakan buku teks (82%) dan mereka sangat kerap
menggunakan papan hitam. Secara umum penggunaan alat audio dan pandang
dengar adalah sangat rendah.
Pendek kata, sebagaimana dinyatakan oleh para penyelidik, bahawa guru-guru
pendidikan Islam kurang menggunakan alat bantu pengajaran dan kaedah-kaedah
lain kerana lebih banyak menggunakan kaedah kuliah, kesimpulannya.
Keberkesanan P&P di dalaam bilik darjah sangat dipengaruhi oleh kaedah atau
strategi yang diguna pakai oleh seorang guru, pemilihan kaedah ini akan sangat
berkesan dalam pembelajaran apabila dibantu oleh pelbagai media pembelajaran
seperti komputer, video serta media lainnya.
4) Amalan Pengajaran Guru dan Kelayakan Professional Guru Pendidikan Islam
Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16
Januari 2007 adalah merupakan sebuah pelan perancangan pendidikan yang
bersepadu, komprehensif, dan menyeluruh serta memberi penekanan terhadap
memartabatkan profesion keguruan. Antara lain dasar dan matlamat
memartabatkan profesion perguruan adalah dengan meningkatkan kualiti guru,
kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut,
fokunya adalah kepada menambah baik sistem pemilihan guru, memantapkan
latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja
dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber
manusia. ((PIPP 2006-2010)

Walaupun telah ditetapkan sedemikian cantiknya, dalam hal ini. Konsep guru
professional perlu diambil kira (mungkin diwajibkan secara lebih tegasnya) semasa
pengambilan latihan dan penilaian prestasi dalam kalangan guru pendidikan Islam.
Kelima-lima ciri guru professional (ilmu pengetahuan, terlatih, penyayang, mitra dan
berpersatuan) perlu dipastikan sebelum mana-mana guru dibenarkan mengajarakn
mata pelajaran ini, sekaligus dapat melambangkan dominannya dalam pendidikan

menyeluruh. Demikian juga konsep peranan guru sebagai mursyid, murabbi,


muaddib, muallim, muddaris, dai (pendakwah) dan musleh harus ditekankan dalam
agenda latihan dalam perkhidmatan dan penilaian terhadap kecekapan prestasi
guru dari semasa ke semasa (Ad. Halim & Azhar 2004)
Gamal (2002) telah menggariskan beberapa sifat yang perlu ada pada seorang
guru, diantaranya, ikhlas, takwa, bertangung jawab dan bersopan santun dan
terpenting juga ialah ghairah dengan tugasnya. Manakala Mohd Sani (2002) telah
menyenaraikan beberapa ciri guru yang berkualiti, iaitu
1. Sifat dan kualiti peribadi - baik hati, jenaka, sabar, bertanggung jawab, yakin dan
kepimpinan
2. Sifat dan kualiti professional - perasan ingin tahu, berpengetahuan ikhtisas, suka
membaca, kemahiran bertutur, komunikasi, daya ingatan yang baik dan berdaya
usaha untuk meningkatkan pengajaran supaya menarik dan berkesan.
3. Sifat dan kualitisosial - berbudi pekerti, ramah mesra, merendah diri semangat
berbakti dan jujur.

5) Kekurangan Tempat untuk pelajar Sekolah menengah Agama


Pencapaian tinggi dalam bidang akademik telah dicapai oleh sekolah menegngah
agama seperti Sekolah menenhah kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Berasrama
Penuh (SBP), hal ini telah menarik minat ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak
mereka kesekolah-sekolah agama tersebut. Walaubagaimanapun, tempat yang
diperuntukan amat terbatas berbanding dengan pelajar yang berminat.
Ekoran dari hal diatas mengakibatkan sekolah Agama rakyat kurang menjadi pilihan
ibu bapa jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah pilihan sebagaimana telah
dijelaskan di atas. Disisi lain terdapat juga kebimbangan pandangan daripada ibu
bapa bahawa, mereka memasukan anak-anaknya kesekolah ini semata-mata untuk
memulihkan akhlak anak-anaknya setelah gagal melaksanakan tangungjawab,
adalagi segelintir yang lain berpandangan bahawa Pendidikan Islam merupakan
mesin yang boleh merubah anak mereka menjadi sholeh dalam tempoh masa
pesekolahan.
6) Pengajaran Pendidikan Islam dan Pencapaian Bidang Akademik lain
Satu persoalan sering menjadi kegusaran para pemikir dan pelaksanaan pendidikan
adalah tentang hubungan pendidikan agama dengan kecemerlangan palajar Melayu
Islam dalam bidang akademik secara keseluruhannya. Walaupun jumlah pelajar
disekolah telah meningkat dan mereka juga telah didedahkan dengan P&P
Pendidikan Islam dalam tempoh yang lama, bukan sahaja dari segi pendekatan
ilmiah atau pengetahuan, tetapi juga melalui kegiatan amali yang merangkumi

aktiviti-aktiviti agama, pertandingan perbahasaan, syarahan dan sebagainya di


peringkat bilik darjah, antara sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Walaupun
usaha-usaha itu semakin bertambah, namun kian ketara pula kelemahan dan
kegagalan orang-orang Islam dalam memenuhi apa yang diharapkan itu.
Kenyatannya, berbanding dengan golongan bukan Islam, seolah-olah usaha itu ada
menyumbang kepada kelemahan dan kegagalan orang Islam dari pelbagai bidang
lain, antaranya bidang Matematik, Sains dan Teknologi bahasa Inggeris dan
pelbagai kelemahan lain. (Puttit Mutzen 1999).
Satu lagi persoalan yang boleh dibangkitkan adalah tentang persepsi dan tahap
penerimaan pelajar terhadap pendidikan agama yang diebrikan kepada mereka
(formal, non formal dan informal). Salah satu aspek lagi yangs sering dikaitkan
dengan pelajar sekolah agama adalah berkaitan dengan pencapaian mereka dalam
bidang kokurikulum, khususnya dalam bidang sukan. Faktor sebegini disebabkan
oleh, mungkin sekolah-sekolah menengah agama yang tidak mempunhyai
kemudahan sukan yang mencukupi atau jika adapun, masih tidak dimanfaatkan
secara maksimun.
7) Kemahiran Generik Dakwah Silang Budaya dan Etos Sistem Pendidikan Agama
Selain matlamat untuk membolehkan pelajar menghayati ajaran Islam, pendidikan
Islam juga bertujuan untuk membolehkan mereka mempamerkan imej Islam yang
terbaik dalam kehidupan keseharian. Dalam konteks Malaysia, adakah para pelajar
sekolah menengah agama diharapkan bukan sahaja dapat mengamalkan ajaran
Islam, tetapi juga mampu mempamerkan imej terbaik sebagai seorang muslim
dalam kehidupan bersama masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan
agama.
Pertanyaan mendasar dari isu ini ialah. Apakah strategi, kaedah serta pendekatan
yang diajarkan disekolah-sekolah mengambil kira dalam konteks sebenar kehidupan
terhadap keseharian pelajar? Atau mereka gagal dalam kehidupan Negara kita yang
memiliki masyarakat majemuk, sesungguhnya harapan terbesar itu adalah,
mampunya pelajar-pelajar kita menyampaikan mesej bagi semua kalangan baik
muslim mahupun non muslim dalam pelbagai konteks kehidupan, tentu semua ini
akan berhasil jika mendapatkan dukungan dari semua pihak.

4.0 Strategi serta Pendekatan Bersepadu Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Akidah
Dalam pembahasan ini penulis akan menerangkan beberapa solusi bagi guru untuk
melaksanakan P&P dalam bilik darjah dalam pembelajaran akidah pendidikan Islam,
penjelasan tentang pendidikan Islam, konsep akidah serta kepentingan akidah

dalam P&P pendidikan Islam telah penulis terangkan diawal pembahasan ini, oleh
itu beberapa solusi yang dicadangkan ini merupakan strategi atau pendekatan bagi
guru agar mampu menyampaikan pembelajaran akidah lebih lebih baik sehingga
mempunyai keberkesanan dan mencapai pbjektif yang telah ditetapkan.
4.1 Kaedah Pengajaran Akidah
Kaedah pengajaran yang baik dapat membantu pelajar memperolehi ilmu
pengetahuan, kemahiran, mengubah sikap dan tingkah laku, menanamkan minat
dan nilai-nilai positif. Kaedah pengajaran yang betul dan tepat adalah sebagai salah
satu alat untuk memastikan segala objektif dan kurikulum pendidikan Islam tercapai
dengan jayanya. Oleh sebab adanya perkaitan yang rapat antara kaedah
pengajaran dengan objektif serta kandungan kurikulum tersebut, maka al-Abrasyi
merumuskan bahawa kaedah pengajaran adalah segala usaha yangs sistematik
untuk mecapai matlamat pendidikan melalui pelbagai aktiviti sama ada dalam atau
di luar bilik darjah (al-Abrasyi 1975)
Manakala Dick dan carey (1996) menyatakan bahawa strategi merujuk kepada cara
bagaimana guru ingin mencapai matlamat pengajarannya. Ianya merangkumi
beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan keputusan bagaimana
mencapainya. Manakala kaedah pula adalah cara menyampaikan maklumat atau
menjalankan aktiviti pengajaran. Sebagai kesimpualnnya. Strategi serta kaedah
pengajaran adalah, suatu jalan yang ditempuh oleh guru dalam menyampaikan
maklumat pembelajaran dengan melakukan aktivti-aktiviti sama ada di dalam atau
diluar bilik darjah.
Menurut Abdullah (1995) menyatakan bahawa pendidikan akidah hendaklah
dimulakan sejak usia Tamyiz atau tahu membezakan yang baik dan buruk.
Bimbingan hendaklah diberikan secara berterusuan dan berperingkat-peringkat.
Beliau mencadangkan tiga kaedah mengajar akidah kepada anak-anak iaitu.
1. Membimbing anak supaya beriman kepada Allah s.w.t dengan cara mengenalkan
mereka terhadap kekuasaan Allah s.w.t. dan dengan cara pemerhatian kepada
ciptaan langit dan bumi yang luar biasa.
2. Menanam rasa khusuk, takwa dan perhambaan kepada Allah s.w.t. dalam diri
anak dengan memerhati kekuasaan Allah s.w.t di seluruh peosok alam raya meliputi
segala sesuatu.
3. Mendidik anak dengan perasaan ingat kepada Allah s.w.t. dalam segala aspek
gerak-geri dan semua aspek kehidupan mereka sama ada semasa bekerja, berfikir
dan sebagainya.
Walaupun pendidikan akidah hanya ditemui dalam pendidikan tauhid dalam P&P
pendidikan Islam, namun seharusnya seorang gruru harus mampu mengaitkan
pembelajaran akidah ini agar berkait dengan bidang-bidang kehidupan lainnya,

seperti pembangunan ekonomi, sosial, politik dan budaya, hal ini bertujuan agar
pelajar mampu melihat secara empiris nilai-nilai pendidikan ini dalam realita
kesehariannya. Untuk itu pembelajaran akidah perlu dikemas dengan teliti,
sempurna, jelas dan menarik minat pelajar demi untuk menyelamatkan pelajar
daripada fahaman yang keliru.
Menurut Al-Ghazali (1939) bahawa dalam pembelajaran akidah seseorang tidak
dapat dididik dengan strategi taqlid semata-mata, hal ini akan berakibat individu
tersebut akan menjadi bebal. Maka seyogyanya manusia hanya akan dapat
menghampiri Allah melalui kekuatan ilmu yang dibentuk secara bermakna iaitu
(menurut logik, ijtihad dan mujtahid yang hidup pada zaman itu). Melalui
penerokaan yang mendalam akan timbul kesadaran kepada manusia terhadap
kebesaran Allah s.w.t.
Kesimpulannya: terdapat pelbagai strategi dan kaedah yang dapat diguna pakai
guru dalam bilik darjah dalam P&P akidah pendidikan Islam. Namun begitu, tiada
satu kaedah yang boleh dikatakan terbaik atau lebih sesuai untuk sesuatu mata
pelajaran. Mungkin terdapat kaedah yang baik untuk pelajaran tertentu dan oleh
guru tertentu, namun berkemungkinan kaedah tersebut tidak akan Berjaya
mencapai tahap keberkesanan yang tinggi jika diaplikasikan dalam mata pelajaran
yang lain.
Pendek kata, dalam menyampaikan P&P akidah pendidikan Islam tumpuan yang
perlu diberi penekanan adalah proses penyampaian, pengamalan dan penghayatan
kearah membina sahsiah pelajar dan menanam benih keimanan yang teguh dan
mantap dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran isu-isu semasa dan yang akan
datang, baik cabaran pihak dalaman mahupun luaran.
5.0 Cabaran Pendidikan Akidah
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pendidikan secara amnya saat ini,
khasnya pendidikan Islam dalam konteks pengajaran dan pembelajaran akidah,
cabaran-cabaran tersebut datang dari pelbagai pihak, sama ada yang luaran
(pelaksana pendidikan itu sendiri, kementerian, sistem, falsafat diguna pakai dll)
mahupun faktor dalaman iaitu (aspek yang terlibat lansung dengan
perlaksanaannya, diantaranya, guru, hala tuju, serta persekitaran dimana
dilaksanakannya pendidikan itu). Dalam pembahasan ini penulis akan mengurai
beberapa faktor penentu atau dominan sahaja dari berbagai kriteria tersebut:
diantaranya.
5.1 Faktor Kerajaan dan Kementerian
1) Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menuju ke arah sekularisma
Sekularism merupakan satu isu utama yang menyentuh secara langsung umat
Islam dimana-mana tempat jua. Ideologi ini dilihat sebagai satu cabaran besar

terhadap umat Islam dalam usaha membina identiti berasaskan ajaran Islam. Dari
sudut yang lain penularan elemen sekularisma adalah akibat langsung daripada
pengaruh dari kesan kolonialisme. Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan
sekularisma? Menurut definisi dari Collins Dictionary of English Language,
sekularismathe attitude that religion should have no place in civil affairs.(Patrick
Hanks 1981)

Sekular merupakan perkataan yang berasal dari istilah latin "Saeculum" yang
merujuk kepada pengertiaan masa dan tempat. Konotasai masa dan tempat itu pula
memberi erti masa kini sementara temapt pula adalah merujuk kepada "dunia" atau
"hal ehwal dunia". Dalam hubungan ini al-Attas .(1978)merumuskan bahawa
"Saeculum" lebih merujuk kepada konteks terkini dan semasa. Dari sudut definisi
yang dikemukakan oleh al-Attas`jelas memperlihatkan bagaimana pengertiaan
saeculum yang menjadi kata dasar kepada perkataan atau istilah sekularisma
ternyata membataskan skop hanya kepada perkara-perkara atau kegiatan-kegiatan
yang bersifat keduniaan.
Pendek kata Sekular bermaksud memisahkan agama dari kehidupan. Dalam konteks
perlaksanaan pendidikan saat ini sekular ditakrifkan sebagai memisahkan ilmu-ilmu
agama dan ilmu-ilmu kehidupan seperti sains, sejarah, bahasa dan matematik.
Penulis melihat isu ini baik di Malaysia ataupun Indonesia sendiri, biarpun dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan disebutkan bahawa matlamat akhir sistem
pendidikan ialah melahirkan insan yang seimbang berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan, namun jika kita lihat kepada perlaksanaannya, ia adalah
lebih mirip kepada cara sekular. Pendidikan agama Islam di Malaysia terpisah
daripada ilmu-ilmu lain. Di peringkat sekolah, mata pelajaran Pendidikan Islam
diletakkan sebagai salah satu daripada mata-mata pelajaran lain seperti sains,
matematik, bahasa, geografi, sejarah dan lain-lain. Dan pada mata pelajaran
Pendidikan Islam yang satu itulah terbahagi pula kepada subjek-subjek agama
seperti akidah, syariah, akhlak, Al-Quran, Al-Hadis, Jawi dan Bahasa Arab.
Sukatan mata pelajaran sains contohnya menggunakan frasa alam semula jadi
bagi merujuk kepada alam semesta ciptaan Allah, ini jelas mengambil ideologi barat
dan mengesampingkan pemikiran akidah Islam iaitu Allah yang menciptakan alam
ini. Mata pelajaran sejarah juga kurang dikaitkan dengan agama sebaliknya
mengenangkan nostalgia sejarah-sejarah yang lepas dan menghafal tarikh-tarikh
serta nama tokoh daripada mendidik pelajar mengambil iktibar daripada sejarah.
Tidak dinafikan adanya guru-guru yang mengambil inisiatif sendiri untuk
menekankan aspek akidah dan agama Islam dalam pengajaran namun ianya adalah
kes terpencil dan bukanlah melibatkan secara keseluruhannya.
5.2 Faktor Sosial
a) Ajaran-ajaran Sesat dan Menyeleweng

Ajaran sesat (bahasa Inggeris: Heresy) atau Bidah atau kadangkala ditulis sebagai
bid'aah, bid'aah (dari bahasa Arab yang secara harfiah bererti "memulai"),
menurut Oxford English Dictionary, adalah "pandangan atau doktrin teologi atau
keagamaan yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan doktrin Gereja
Katolik atau Ortodoks, atau, dalam pengertian yang lebih luas, dengan doktrin
gereja, keyakinan, atau sistem keagamaan manapun, yang dianggap ortodoks atau
ajaran yang benar. Dalam pengertian ini, ajaran sesat adalah pandangan atau
doktrin dalam filsafat, politik, ilmu, seni, dll., yang berbeda dengan apa yang
umumnya diakui sebagai yang berwibawa. (Wikipedia eksiklopedia bebas 2010)
Manakala Abdulfatah Haron Ibrahim (1993) mentakrifkan bahawa ajaran sesat
adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau
bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran
Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikat ajaran dan amalan
yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan Al-Quran dan AlSunnah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal jamaah.
Sejarah menunjukan di Malaysia sendiri terdapat beberapa aliran sesat yang telah
berlansung dari beberapa tahun silam, walaupun sudah diharamkan pihak kerajaan
namun perlu sebuah antisipasi yang kuat dari segi akidah oleh umat islam sendiri,
diantara yang disenaraikan iaitu:
1. Ajaran Empat Sahabat (kota Baharu pada tahun 1974)
2. Ajaran Cerang Melilin (Terengganu pada tahun 1976)
3. Ajaran Husein Ali (Kuala Terengganu pada tahun 1976)
4. Ajaran Tok Ayah Selamat (Kota Bharu pada tahun 1989)
5. Ajaran Al-Argam (seluruh negeri 1988)
6. Ajaran Anti Hadis ( Wilayah Persekutuan 1992)
Kor Agama Angkatan Tentera Kementrian Pertahanan Malaysia (KPM1995)
Oleh itu untuk membasmi serta menghadapi cabaran-cabaran aliran sesat yang
selalu menggerogoti umat Islam dari semasa kesemasa, umat Islam haruslah
bertangungjawab serta mengkaji ajaran atau sesuatu amalan itu dengan teliti dan
terperinci agar tidak mudah terpengaruh dan terjerumus, tentu hal terbaik yang
perlu dilakukan adalah penanaman pelajaran akidah terhadap anak semenjak dini,
supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran Allah
tetap terjaga.
5.3 Faktor Globalisasi
a) Budaya Hedonisme serta Pengaruh Media Massa

Menurut Kamus Dewan (1994) Hedonisme menurut ialah pegangan atau pandangan
hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala
Sudarsono dalam Mohd Ghazali Mhmd Nor (2007) dalam bukunya Etika Islam
Tentang Kenakalan Remaja pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang
memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan
seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan
bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat.
Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan
adalah merupakan tujuan akhir hidup.

Perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman.Konsep


Keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan
mempunyai tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan
keyakinan, wujudnya unsure ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia
terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau
ransangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh
prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh
prinsip keimanannya di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan
seluruh aktiviti hidup hariannya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana
individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan
berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan
yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya. Mohd Fauzi bin Hamat
(2002)

Merujuk kepada defenisi diatas, jelas sekali budaya hedonisme amat bertentangan
dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya hedonisme mementingkan
kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai paksi pemikiran. Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang
cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak
dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi
sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh
aspek perancangan ummah.
6.0 Kesimpulan
Penekanan terhadap Pendidikan Akidah sememangnya telah jelas dan berpatutan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun yang menjadi cabaran ialah
bagaimana untuk melaksanakannya dengan berkesan bagi mendidik pelajar
mempunyai akidah yang teguh dan mantap. Justeru itu, adalah diharapkan
Pendidikan Akidah akan menjadi teras kepada Sistem Pendidikan Negara bermula
dari peringkat pra persekolahan hinggalah Institut Pengajian Tinggi kerana
kepentingannya terhadap pembentukan iman dan pembinaan sahsiah Muslim. Ini

kerana umat Islam tidak boleh mengambil mana-mana ideologi lain bagi mendidik
generasi mereka kerana ideologi lain tidak membawa manusia mengenal dan
beriman kepada Allah. Sebagaimana firman-Nya:
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, tidak akan
diterima dan pada hari kiamat dia akan tergolong dalam golongan orang-orang
yang rugi. (Surah Ali Imran, 3 :85)

Rujukan

http://www.quranexplorer.com/quran/

Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yussoff. 2010. Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. University Kebangsaan Malaysia. Bangi

Abdul Latif Bin Muda dan Rosmawati bt, Ali @ Mat Zin. 1998. Pengantar Ilmu Tauhid.
Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.

Abul Salam Muhamad Shukri, 2003. Panduan Mengajar Akidah Kepada Kanak-kanak.
Pahang : PTS Publication.

Abuddin Nata, 2001. Metodologi Studi Islam. Indonesia : PT Raja Grafinda Persada.

Abdulfatah Haron Ibrahim. Ajaran sesat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementrian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur, 1993
Ajaran sesat. Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara. Kor Agama Angkatan
Tentera, Kementrian Pertahan Malaysia. Kuala Lumpur. 1995

Hassan, 2007. Islam Hadhari: Menangani Gelombang Globalisasi. Perak. Universiti


Pendidikan Sulatan Idris.

http://www.gemaislam.net/artikel/Tauhid_Asas_Dalam_Pendidikan_Islam.pdf

http://www.gemaislam.net/artikel/ Konsep_Tadib_dalam_Pendidikan.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Kamus Dewan Edisi ketiga, Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Ghazali Md Nor. (2007). Israiliyyat Moden: Tumpuan Terhadap Hedonisme


(Latihan Ilmiah. Jabatan al-Quran dan al-Hadith. Akademi Pengajian Islam. Universiti
Malaya

Mohd Fauzi bin Hamat. (2002). Peranan akidah dalam perancangan pembangunan
ummah : Satu analisis dalam konteks masyarakat kini dalam jurnal Usuluddin Bil 16
Kuala Lumpur : Universiti Malaya

M. Yatimin Abdullah. 2006. Studi Islam Kontemporer. Indonesia : Penerbit AMZAH.


Muhd Yusuf

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2006. Masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Najib
Al Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi.Kuala Lumpur: Penerbit Univesiti
Malaya)
Diposkan oleh Cinta Quran di 21.20

WEDNESDAY, JUNE 4, 2008

ASGMENT KEMAHIRAN MENULIS...(U3)


Islam adalah agama fitrah iaitu agama Allah yang mencipta manusia semulajadinya
untuk menerima Islam sebagai Agama yang benar tanpa membuat sebarang
pindaan atau tambahan. Manusia secara semulajadinya memerlukan agama dan
Islam adalah agama yang menyelamatkan manusia daripada penyembahan
berhala. Fokusnya ialah mentauhidkan Allah. Allah s.w.t berfirman bermaksud:

Sesungguhnya agama yang diredai Allah ialah Islam

Pengenalan

Perbahasan tentang konsep Pendidikan Islam dikaitkan konsep ilmu yang dianggap
istimewa dalam Islam. Mohd. Kamal Hassan, Faisal Othman dan Razali Nawawi
( 1992 ) menegaskan bahawa dalam Islam tidak dikenal konsep sekular seperti yang
difahami dan dihayati dalam falsafah barat. Dalam Islam, pendidikan sebagai alat
melaksanakan tujuan hidup seperti yang digariskan oleh Allah s.w.t bersifat sepadu
dengan ilmu al-Quran dan al-sunnah menjadi paksi pada orientasi pendidikan dan
kehidupan. Mereka menegaskan bahawa dalam kebulatan dan kesatuan ilmu-ilmu
itu, akidah Islam menjadi pusat yang menentukan orientasi, kaedah dan matlamat
ilmu-ilmu lain kerana ilmu-ilmu ini membicarakan soal-soal yang yang terpenting
dalam kehidupan manusia. Selain itu, Pendidikan Islam merangkumi pendidikan
formal dan tidak fomal atau dengan kata lain, pendidikan sepanjang hayat. Sesuai

dengan sifat Islam yang sesuai sepanjang masa dan di sebarang tempat, Pendidikan
Islam dianggap bersifat responsif kepada perubahan dan kemajuan hidup manusia.

Memandangkan objektif dalam Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan yang


seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menjadikan tauhid sebagai asas
dalam melayari bahtera kehidupan, sukatan pelajaran atau kurikulum yang
menjurus pada memenuhi objektif berkenaan perlu digubal dengan baik. Mohd
Kamal Hassan et al ., (1992 : 43 ) memberikan contoh bagaimana pada zaman
kegemilangan tamadun dan kebudayaan Islam, kurikulum Pendidikan Islam meliputi
antaranya Syariat (pengajian hukum seperti Fikah, Tafsir, dan Ilmu Hadis), Adabiyat
(pengajian kesusasteraan seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Insyak dan Literatur
Sejarah), Riyadiyat (pengajian ilmu kemahiran seperti Astronomi, Ukur, Metafizika,
Sains, Kedoktoran dan Kimia). Manifestasi daripada kuriklum yang dilaksanakan
telah melahirkan tokoh tokoh ilmuan Islam yang bukan sahaja menguasai ilmu
agama tetapi juga menjadi jaguh dalam lapangan ilmu lapangan hidup yang lain.

Perbincangan

Pendidikan Akidah Di Malaysia

Di Malaysia, pendidikan akidah diajar daripada peringkat rendah sehingga peringkat


tinggi dalam kurikulum Pendidikan Islam. Pendidikan akidah diperkenalkan daripada
peringkat prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun,
sekolah rendah bagi kanak-kanak berumur 7 sehingga 12 tahun, sekolah menengah
daripada umur 13 sehingga 17 tahun, sekolah menengah tinggi daripada 18
sehingga 19 tahun dan di peringkat universiti 20 sehingga 24 tahun.

PERANAN MULTIMEDIA DAN GURU DALAM PENGAJARAN SAINS,


MATEMATIK DAN TEKNIKAL DALAM BAHASA INGGERIS

Prof Dr Jailani Md Yunos


Prof Dr Sulaiman Yamin
Dr. Baharum Muhammad
Dr. Ahmad Esa
Zurina Yasak
Anizam Mohamed Yusof
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
1.0 Pendahuluan
Pada masa ini, dunia secara global telah mendapat tiupan perubahan yang
mengutamakan kemajuan. Negara-negara membangun rata-ratanya sedar bahawa
pembangunan sosial, ekonomi, kemajuan sains dan teknologi adalah kunci kekuatan
negara yang sebenar. Alam pendidikan turut mengalami tekanan untuk turut serta
dalam
arus perubahan yang kuat dan pesat sekali. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamed
(NST,
2003) menyatakan kerajaan perlu ...modifying or changing policy, an old policy,
because of new situations. Ini selari dengan Kogan (1985) yang
menyatakan,education
policy and values interact with the moods and circumstances of their periods. ...it is,
therefore, particularly prone to change as social and economic circumstances
change.
Berasaskan kenyataan di atas, kerajaan Malaysia telah memutuskan supaya mata
pelajaran Sains dan Matematik di sekolah diajar dalam bahasa Inggeris. Menteri
Pendidikan pada masa itu, Tan Sri Dato Seri Musa Mohamad menjelaskan kepada
rakyat
mengenai rasional tindakan ini melalui satu kenyataan akhbar,
Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan
pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui
penyelidikan dan

pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan


pembangunan
negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis
atau
disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk
menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang
Sains dan
Matematik, selain menambah masa kontak terhadap bahasa Inggeris.
(http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp, 2002)
Penggunaan komputer dan multimedia pada masa kini telah menjadi seperti
sebahagian dari hidup kita. Perjalanan tugas seharian menjadi semakin mudah dan
tanpa
disedari kita semakin bergantung kepadanya. Dalam bidang pendidikan pula,
penggunaan
multimedia terutamanya komputer telah meresap di setiap bilik darjah. Pengajaran
dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Aspirasi untuk
menjadi sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020 bergantung kepada
bidang
sains dan teknologi. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 telah
memutuskan
1supaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa
Inggeris dilaksanakan pada tahap Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam
Bawah mulai 2003 (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002). Pada tahun 2006, mata
pelajaran teknikal di sekolah menengah juga mula menggunakan bahasa Inggeris
sebagai
bahasa pengantarnya. Kini sudah hampir lima tahun proses pengajaran dan
pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berjalan. Menerusi RMK-9, kerajaan

memperuntukkan sejumlah RM 2.3 bilion bagi meningkatkan kemudahan serta


kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus
sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia, 29 Ogos
2006).
Setakat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kira-kira 97,000
unit
laptop dan 70,000 unit LCD projektor ke seluruh sekolah di Malaysia.
2.0 Definisi Multimedia
Galbreath (1992) menyatakan multimedia merupakan penyatuan dua atau lebih
komunikasi seperti teks, grafik, imej, animasi, video dan suara dengan ciri-ciri
interaktif
komputer untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik. Feldman (1994)
pula
mendefinisikan multimedia ialah manipulasi dan integrasi pelbagai media seperti
data,
teks grafik, imej, video dan bunyi dalam suatu persekitaran digital. Multimedia
merupakan kesepaduan di antara pelbagai media seperti teks, numerik, imej, video,
animasi dan suara dalam suatu persekitaran digital, di samping mempunyai
keupayaan
interktiviti bagi membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluan mengikut
urutan
(Halimah, 1996).
3.0 Kelebihan multimedia berbanding media yang lain
Kepelbagaian kebolehan multimedia yang berikut mampu menampung
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pengajaran biasa:
a) Tahap interaktif yang tinggi
Melalui komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar
dilibatkan secara aktif dengan cara memilih berbagai menu yang disediakan atau
menjawab soalan-soalan tertentu. Komputer akan bertindak balas dengan

memaparkan maklumat tertentu berdasarkan topik yang dipilih atau ditaipkan oleh
pelajar tersebut.
b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar
Multimedia yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu
berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran
yang berbeza berdasarkan prestasinya dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran.
Pelajar
tersebut perlulah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu
sebelum
dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.
2Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pelajaran pada bilabila
masa atau sebanyak mana sekalipun tanpa perlu merasa bimbang komputer akan
menimbulkan rasa jemu dalam kalangan penggunanya. Ditambah dengan
penggunaan
animasi yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan.
c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya
Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar
mengawal
kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. Juga pelajar perlulah
dibenarkan untuk bermain dengan melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga
dikenali sebagai simulasi komputer.
d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran
Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks,
grafik, animasi, bunyi dan video sebagai rangsangan bagi menarik perhatian dan
minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur
permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian
pendidikan itu di samping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang

dipelajari.
Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas menunjukkan peranan multimedia
dalam pengajaran sains, matematik dan teknikal dalam bahasa Inggeris adalah
praktikal.
Ini disokong oleh Gasiorowski (1988) yang menyatakan,Research has shown that
the
use of technology in classroom at all levels has resulted in improved achievement
and
attitude. In schools adding computers, attendence rates improved and sudents are
more
engaged in learning. Increased computer use may, howeveer, require teacheers to
change their approaches from that of instillers of knowledge to that of a manages or
coordinators.
Menurut Pickersgill (1997), ICT membolehkan guru to do things better then they
can be done without ICT. Kajian Pisapia (1994) menunjukkan guru yang
pengajarannya
technology based, mereka cenderung menjadi coordinator of learning recourse
daripada seorang presenter of knowledge. Johnson (1996) telah menyenaraikan
tiga
kegunaan komputer dalam sektor pendidikan, iaitu : Untuk meningkatkan aktivitiaktiviti
serta kualiti pengajaran dan pembelajaran; Untuk mengautomasikan proses
pengajaran
dan pembelajaran dan sebagai alat untuk memproses maklumat untuk tujuan
meningkatkan produktiviti.
Menurut Tengku Azman dalam Wan Azlinda dan Nor Hashimah (2001), terdapat tiga
sebab utama, komputer diperlukan dalam pendidikan, iaitu: Banyak maklumat yang
boleh
dicapai oleh komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia; Kemampuan mengumpul
dan

menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap


oleh
komputer dan maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam
kehidupan
manusia.
33.0 Isu PPSMI.
Apabila penggunaan komputer di sekolah diperkenalkan, antara faedah awal yang
diperoleh ialah telah dapat mengurangkan masa pendidik dalam pentadbiran
sekolah
seperti kerja-kerja membuat jadual waktu, penyimpanan dan pengambilan semula
data
pelajar dan belanjawan sekolah (Visscher dan Wild, 1997). Guru-guru boleh
menumpukan perhatian yang lebih terhadap para pelajar memandangkan kerjakerja
pengurusan dapat dikurangkan. Setelah itu pembelajaran berasaskan komputer
mula
diperkenalkan ke dalam kelas. Pelajar didedahkan kepada pengajaran menggunakan
komputer. Menurut Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2002), kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar
menimba,
mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan.
Setiap orang mempelajari sesuatu dengan cara yang berlainan. Ada antaranya
mudah mempelajari sesuatu dengan membaca, melihat atau memvisualisasi imej
(Coorough, 2001). Namun begitu terdapat juga orang yang mudah belajar dengan
mendengar atau dengan mengaplikasikannya secara fizikal. Kewujudan
pembelajaran
berasaskan komputer telah membawa banyak perubahan terhadap dunia
pendidikan masa
kini.
Pembelajaran secara dalam talian juga merupakan salah satu pembelajaran

berasaskan komputer. Objektif bagi laman web pembelajaran ini adalah bergantung
kepada kualiti proses pembelajaran dan keberkesanan terhadap capaian atas talian
(Gunasekaran et al., 2002). Walau bagaimanapun menurut Jefferies dan Faiz
Hussein
(1998), majoriti tujuan pelajar melayari Internet adalah untuk berhibur. Keadaan ini
menyukarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Hal ini
merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam pelaksanaan PPSMI.
4.0 Dapatan Kajian Kes
Beberapa kajian kes telah dijalankan di beberapa buah sekolah di sekitar Johor
dan dapatannya menunjukkan wujudnya dua situasi iaitu bersetuju, memberi
maklum
balas positif terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran sains, matematik
dan
teknikal dan wujud juga dapatan yang menunjukkan sebaliknya. Antara dapatan
positif
yang diperoleh berdasarkan kajian yang dijalankan adalah seperti berikut,
a) Dapatan kajian pertama yang dijalankan di sebuah sekolah di Johor
mendapati,96.6% bersetuju penggunaan multimedia menarik minat pelajar dalam
P&P,
83.3% pelajar mudah faham dan multi media amat sesuai digunakan di dalam
kelas,
66.6% bersetuju bahan sumber multimedia boleh digunakan sendiri oleh pelajar
tanpa
bantuan guru, 86.7% yakin penggunaan multimedia membantu meningkatkan
pencapaian
pelajar dalam peperiksaan, 70% bersetuju multimedia membantu pelajar dalam
penguasaan bahan Inggeris, 100% bersetuju multimedia yang ada dapat
meringankan
4beban guru dalam menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dan
93.3%

bersetuju multimedia yang ada di sekolah mudah untuk dikendalikan.


b) Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah di Kluang, Johor pula Johor mendapati
81% pelajar lebih suka menggunakan multimedia, 100% pelajar merasa selesa
belajar
menggunakan komputer, 100% pelajar tidak bersetuju dengan kenyataan belajar
menggunakan komputer menjadikan mereka tidak senang dan mengelirukan, 94%
pelajar
bersetuju bahawa belajar menggunakan multimedia lebih menarik dan 100% tidak
bersetuju dengan kenyataan bahawa belajar dengan menggunakan komputer
membuang
masa, 100% pelajar bersetuju seronok melihat komputer menjalankan fungsinya
(warna,
bunyi dan grafik), 85% guru bersetuju bahawa penggunaan multimedia dalam P&P
mudah diikuti oleh pelajar, 85% guru bersetuju bahawa penggunaan multimedia
boleh
disesuaikan dengan sukatan pelajaran, 100% guru bersetuju penggunaan
multimedia
dapat membantu dan memudahkan tugas mereka dalam pengajaran PPSMI, 100%
guru
bersetuju penggunaan multimedia dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan
pembelajaran di dalam kelas serta meningkatkan kemahiran mereka dalam
menjalankan
tugas dan 100% guru bersetuju bahawa kemudahan multimedia amat perlu dalam
pengajaran Sains dan Matematik terutama dalam membantu mereka melaksanakan
pengajaran dalam bahasa Inggeris.
c) Kajian ketiga dibuat di dua buah sekolah rendah di Johor dan sebuah sekolah di
Selangor mendapati bahawa 73% guru menyatakan multimedia memudahkan
pengajaran
mereka, 81.8% multimedia membantu mereka belajar bahasa Inggeris ketika
mengajar

mata pelajaran tersebut, 81.8% juga guru menyatakan penguasaan bahasa Inggeris
mereka bertambah baik sejak mengajak mengajar mata pelajaran tersebut, 67.3%
bersetuju penggunaan multimedia adalah lebih baik daripada kaedah tradisional,
81.8%
penggunaan multimedia memudahkan kefahaman pelajar, 96.4% pelajar berasa
seronok
belajar menggunakan multimedia, 72.7% penggunaan multimedia meningkatkan
perbendaharaan kata bahasa Inggeris pelajar, 52.7% multimedia menggalakkan
pelajar
berinteraksi dalam bahasa Inggeris semasa P&P Matematik dan Sains dan, 67.3%
multimedia meningkatkan kebolehan pelajar membaca dan menulis dalam bahasa
Inggeris semasa P&P Matematik dan sains.
Rumusannya daripada tiga kajian kes yang telah dijalankan tersebut adalah jelas
menunjukkan bahawa sebahagian besar responden bersetuju multimedia
berperanan
meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dan juga meningkatkan
pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran yang berkaitan (yang diajar dalam bahasa Inggeris)
termasuk penguasaan bahasa Inggeris. Sebahagian responden juga bersetuju
penggunaan
multimedia dapat meringankan beban penyediaan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan kajian tersebut menyamai kajian yang dijalankan oleh Sham
Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu yang
mendapati
bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif,
membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang
disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan
yang
berguna kepada guru.

5Abdul Rahman Daud (2003) merumuskan sikap guru terhadap penggunaan ICT
dalam P & P seperti berikut : Guru berpendapat ICT boleh membantu dan
menyenangkan
guru semasa pengajaran; Penggunaan ICT tidak sukar bagi guru menghabiskan
sukatan
pelajaran; Guru mendapati penggunaan ICT lebih baik daripada kaedah pengajaran
tradisional; Penggunaan ICT tidak membosankan dan mereka amat berminat
menggunakannya kerana memberikan banyak faedah; Penggunaan ICT dalam
pengajaran
memerlukan banyak persediaan dan masa yang lebih diperlukan untuk penggunaan
ICT
dalam pengajaran.
Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983, 1984 & 1986) dan
Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian
pendidikan
(courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi proses pengajaran dan
pembelajaran.
Satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima
pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer dengan kombinasi pengajaran guru boleh
mengingati kembali fakta matematik sebanyak 73% lebih daripada pelajar yang
diajar
oleh guru sahaja (Hasselbring et.al., 1988)
Beberapa dapatan kajian pula menunjukkan dapatan yang kontra dengan dapatan
yang dikemukakan sebelum ini. Antaranya,
a) Kajian yang dilakukan terhadap guru-guru yang mengajar di tiga buah sekolah
rendah di daerah Seremban dan Port Dickson mendapati bahawa guru-guru sains
lebih

banyak menggunakan PBK di dalam kelas berbanding guru-guru matematik.


Keadaan ini
dipengaruhi oleh faktor infrastruktur yang belum mencukupi terutamanya di bilikbilik
darjah. Guru-guru sains mengajar di dalam makmal yang sudah dilengkapi dengan
peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti LCD dan skrin putih berbanding
guru
matematik yang mengajar di kelas yang tidak dilengkapi dengan peralatan
pengajaran
ICT yang lengkap. Arora (2002) mengatakan bahawa suatu infrastruktur yang baik
bukanlah suatu keadaan yang mencukupi bagi menjayakan pengurusan
pengetahuan
tetapi merupakan suatu keadaan yang perlu untuknya. Ini menunjukkan bahawa
kemudahan infrastruktur merupakan elemen penting bagi menjayakan projek PPSMI
ini.
b) Di samping itu, kajian juga telah dilakukan ke atas 30 orang guru di tiga buah
sekolah rendah di Melaka mendapati bahawa guru-guru tidak bersetuju dengan
kenyataan
yang menyatakan koswer yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Sejumlah 80 peratus daripada
mereka
menyatakan bahawa penggunaan multimedia tidak dapat membantu mereka
mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Aspek pemantauan juga memainkan
peranan
penting dalam penggunaan koswer di kelas. Guru-guru ini menyatakan bahawa
tiada
pemantauan yang dilakukan oleh guru besar masing-masing menyebabkan mereka
tidak
berminat untuk menggunakan koswer tersebut. Seramai 20 daripada 32 responden

menyatakan, mereka jarang menggunakan multimedia semasa mengajar.


6c) Walaupun 100 peratus murid di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Sekolah
Kebangsaan Parit Melana, Durian Tunggal dan Sekolah Kebangsaan Othman Syawal,
Kuala Sungai Baru bersetuju menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan
komputer
sangat menyeronokkan, namun mereka semua bersetuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan komputer tidak memudahkan
pemahaman mereka terhadap topik yang diajar. Malah 90 peratus daripada murid
ini
menyatakan bahawa mereka tidak ghairah menggunakan komputer dalam
pembelajaran
Sains dan Matematik. Di samping itu, kewujudan CDRI atau koswer ini adalah untuk
memudahkan pelajar belajar secara sendirian namun 100 peratus murid ini tidak
yakin
menggunakan CDRI atau koswer ini secara sendirian di sekolah ataupun di rumah.
Mengapakah masalah ini berlaku? Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa
penggunaan komputer masih lagi kurang digunakan di sekolah walaupun ramai
guru-guru
muda yang telah terdedah dengan menggunakan komputer semenjak zaman
pengajian di
universiti mahupun di sekolah. Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran dan
cara
mengaplikasikannya dalam merekabentuk perisian perlu dikuasai terlebih dahulu.
Dengan itu adalah wajar sekiranya guru dan ahli-ahli psikologi pembelajaran terlibat
sama dalam proses pembinaan perisian selain ahli-ahli teknologi (Ahmad Esa et al.,
2007).
Hashim et. al (2002) pula berpendapat pengajaran interaktif yang mempunyai
reka bentuk antara muka yang berkesan mempunyai empat sifat. Antaranya mudah

diakses, bahan pembelajaran mudah digunakan, bahan pembelajaran berfungsi


dengan
baik dan bahan pembelajaran yang dapat menjelaskan idea atau konsep. Nolan,
Norfan &
Co. (1992) mengatakan adalah perlu usaha yang berkaitan dengan pendidikan,
penyelidikan dan latihan bagi interaksi manusia-komputer (Human Computer
Interaction
(HCI)) dilaksanakan untuk menangani sesuatu fungsi sistem yang tidak berjaya.
Laporan
Drommi, A. (2001), menyatakan bahawa interaksi manusia-komputer merupakan
isu
yang perlu ditekankan dalam reka bentuk antara muka dengan memberikan reaksi
kepada
elemen-elemen tertentu seperti warna dan reka bentuk skrin. Menurut Nor Ratna et.
al
(2007), aspek fisiologi koswer multimedia ini ialah reka bentuk antaramukanya
adalah
bersesuaian dengan kehendak pengguna, khususnya para pelajar.
Selain itu, beberapa halangan dalam penggunaan komputer dan multimedia telah
dikenal pasti antaranya kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran sendiri untuk
menyediakan perisian sendiri, sedangkan perisian yang dibekalkan tidak sesuai
mengikut
teknik dan susunan pengajaran mereka. Kenyataan ini dikukuhkan dengan kajian
yang
dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan
siswazah mendapati hanya 10 peratus daripada mereka yang menghasilkan bahan
pengajaran dalam bentuk multimedia. Kurang kemahiran merupakan masalah
utama yang
dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia.
Di samping itu, kelemahan-kelemahan yang semakin ketara berlaku dalam

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris adalah:
Bahasa
dan teknik penyampaian yang digunakan guru dalam memberi arahan dan menyoal
yang
sukar difahami dan amalan pengajaran satu hala. Keadaan ini juga menyebabkan
PPSMI
7amat sukar dilaksanakan dengan efektif di sekolah-sekolah sama ada di sekolah
menengah mahupun sekolah rendah.
Beberapa kesusahan yang dihadapi oleh para guru-guru mata pelajaran Sains
ketika mengajar menggunakan pengajaran berbantukan komputer iaitu: Guru tidak
mempunyai cukup masa untuk meneliti dan menggunakan perisian kursus kerana
tugas
mengajar yang banyak; Guru terpaksa membawa banyak alat seperti komputer
riba, LCD,
buku rekod mengajar dan lain-lain dokumen ke kelas; Perisian yang dibekalkan tidak
ada
kalanya tidak memenuhi keperluan pelajar; Peralatan yang disediakan di dalam
kelas
tidak berfungsi dengan baik dan talian internet yang kurang memuaskan.
5.0 Penutup
Kesimpulannya tidak dapat dinafikan bahawa peranan multimedia dalam
pengajaran sains, matematik dan teknikal dalam bahasa Inggeris dapat menjadi
pemangkin kepada minat, sikap positif dan pencapaian cemerlang dalam mata
pelajaran
berkaitan. Malahan penggunaan multimedia turut memotivasikan guru-guru untuk
mengajar pelajar mereka dalam mata pelajaran tersebut. Penggunaan multimedia
dapat
mengurangkan jurang antara penguasaan bahasa Inggeris dengan tidak
penguasaan
bahasa Inggeris. Multimedia menjadi pengantara antara dua jurang tersebut dan
menjadi

pemudah cara pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran


matematik, sains dan subjek teknikal.
Namun demikian, beberapa siri kajian kes yang dijalankan turut menunjukkan
terdapatnya beberapa isu dalam penggunaan multimedia dalam pengajaran sains,
matematik dan teknikal. Dapatan tersebut menunjukkan masih ada ruang untuk
semua
pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan negara menjana idea bagi memastikan
teknologi multimedia dapat dimanfaatkan secara optimum dalam PPSMI. Antaranya
dicadangkan dalam penghasilan multimedia bagi sesuatu subjek pandangan
daripada
pakar pendidikan psikologi turut diambil kira dan yang paling penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan interaksi manusia komputer,
interaksi
manusia (pelajar) dan manusia (guru) tidak boleh dikesampingkan. Satu perisian
yang
menggabungkan interaksi manusia (pelajar) - komputer manusia (guru) manusia
(pelajar) perlu difikirkan. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
6.0 Penghargaan

Diucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pelajar program


PKPBG UTHM Kohort ke-2 yang telah menjalankan kajian kes berkaitan peranan
multimedia dalam pengajaran sains, matematik dan teknikal dalam bahasa
Inggeris.
8Bibliografi
Abdul Rahman Daud (2003). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Di Sekolah. ICT
dalam
Pendidikan dan Latihan : Trend dan Isu. Kuala Lumpur : Persatuan Teknologi
Pendidikan Malaysia.

Ahmad Esa, Baharom Mohamad, Siti Nasrah Mukhtar dan Zurina Yasak (2007).
Peranan
Multimedia di dalam Pembelajaran Kanak-kanak. Seminar Kebangsaan JPPG:
Teknologi dalam Pendidikan 2007. Royal Adelphi 18-20 Nov 2007
Arora, R. (2002). Implementing a Balanced Score Card Approach. Journal of
Knowledge Management, 6(3), 240-249.
Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Lian Ai Fang dan Zurina Yasak (2007).
Pengintegrasian Pengurusan Maklumat ke dalam Sistem Pengurusan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi di IPT. Seminar Kebangsaan JPPG: Teknologi dalam
Pendidikan 2007. Royal Adelphi 18-20 Nov 2007.
Coorough, C. (2001). Multimedia and The Web: Creating Digital Excitement. Florida:
Harcount College Publisers.
Drommi, A.(2001).Interface Design: An Embedded Process for Human Computer
Interactivity. Human Computer Interaction: Issues and Challenges. USA: Idea
Group Plublishing.
Gunasekaran, A., McNeil, R. D., & Shaul, D. (2002). E-learning: research and
applications. Industrial and Commercial Training. 34(2) 44-53.
Halimah Badioze Zaman (1996). Multimedia Dalam Pendidikan : Halatuju dan
Pembudayaannya di UKM. Seminar Multimedia dalam pengajaran. Bangi UKM.
Hashim Asman, Azizah Aziz, Mohd. Hidzir Abdul Rashid dan Samudin Kassan
(2002).Education Learning Management System (Elmas): Model Generik Sistem
Pengurusan Pembelajaran Berasaskan- Web Untuk Latihan Penguruan. IPDA ,
Jitra: Kertas Kerja.
Hasselbring, T. S., Goin, L.I., dan Bransford, J.D. (1998). Developing Math
automatically in learning handicapped children : The role of computerized drill
and practice. Focus on exceptional children.
Jefferies, P. & Faiz Hussain (1998). Using the Internet as a Teaching Resource. Journal

of Education and Training. 40(8):359-365.


9Kulik, J., Bangert, R. dan Williams G, (1983). Effects of computer based teaching on
secondary students. Journal of Education Psychology.
Kulik, J., Bangert, R. dan Williams G, (1984). Effects of computer based education in
elementary schools. Computer in Human Behaviour.
Kulik, C.C dan Kulik, J.A. (1986). Effects of computer based education in Colleges.
AEDS Journal.
Kogan, M. (1985). Education Policy and Values. Dalam McNay, I. & Ozga, J. (eds.)
Policy-making in Education. Oxford: Pergamon, m.s.11-32
Musa Mohamad (2002). Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan YB Tan Sri Dato
Seri Musa Mohamad 20 JULAI 2002. Terdapat dalam:
http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp (Dicapai pada 16 Mac 2008)
Norida Suhadi (2001). Tahap Penguasaan Komputer dalam Proses Penghasilan
Bahan
Pengajaran Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Universiti
Putra Malaysia : Tesis Sarjana.
Nor Ratna Masrom, Zulkiflee Abdullah dan Zurina Yasak (2007). Interaksi Manusia
dengan Komputer dari Aspek Fisiologi Koswer Multimedia. Seminar Kebangsaan
JPPG: Teknologi dalam Pendidikan 2007. Royal Adelphi 18-20 Nov 2007.
Norlan, Norfan & Co. (1992). New Directions in Human-Computer Interaction
Education, Research & Practise. Carnegie Mellon Universitys Software
Engineering Institute(SEI).
http://www.sei.cmu.edu/community/hci/directions/ExecutiveSummary.html.
Dicapai pada 16 Januari 2006.
Pickersgill, D. (1997). IT and science teaching -- the past and the future. School
Science Review, 79(287), 25-27.
Pisapia, J. (1994). Teaching with technology: Roles and styles. [Abstract] ERIC

Document Reproduction Service No. 412816.


Quintanilla, M.A. (1999), The quality challenge for universities: a view from Spain.
Tertiary Education and Management, 5(4), 331-346.
Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad , (2002). Pembudayaan Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi (Ict) Di Kalangan Pelajar: Ke Arah Mengurangkan Jurang
Pendidikan.
(http://sts.um.edu.my/seminar/PersidanganS&T_KertasKerja/Robiah%20Sidin.pdf).
Robyler, M. D. 1988. The effectiveness of microcomputer in eduction: a review of
research from 1980-1987. The Higher Eduction Journal. 16(2): 85 98.
10Sham bin Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran
Guru di
Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.
Visscher, A & Wild, P. (1997). The potential of information technology in support of
teachers and educational managers their work enviroment. Education and
Information Technologies. 2(2):263-274.
Wan Azlinda Wan Mohamed, dan Nor Hashimah Ab. Hamid. 2001. Persepsi
Pelajar Luar Bandar Terhadap Penggunaan Komputer dalam Proses
Pembelajaran. Proceedings of the International Conference on Teacher
Education. 16-17 July 2001. Concorde Hotel. Shah Alam.
http://www.tutor.com.my/tutor/
dunia.asp?dt=0108&pg=kk_01.htm&sec=Kertas_Kerja&y=2002
11

Pembelajaran Konsep Melalui Penerimaan

Konsep merupakan kategori mental tentang objek, peristiwa atau set idea yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Keupayaan melihat ciri-ciri persamaan satu-satu
kategori objek atau peristiwa dinamakan pembelajaran konsep.

Menurut Ausubel, sekiranya guru menyampaikan pengajarannya secara terancang


iaitu bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara
berperingkat - peringkat, pembelajaran bermakna boleh berlaku. Guru hendaklah
menggunakan pendekatan deduktif iaitu menyusun atau menyampaikan maklumat
iaitu daripada pemahaman konsep umum kepada idea yang khusus berasaskan
laras bahasa yang sesuai dengan keupayaan murid. Murid dapat memperoleh
maklumat dengan lebih cepat dengan penggunaan Advance Organizer ataupun
Penyusunan Awal. Guru juga perlu menyusun langkah pengajaran dan
penyampaiannya secara sistematik apabila mengajar sesuatu konsep untuk
membantu murid mempelajari sesuatu perkara dengan sempurna. Ini bermakna,
murid memperoleh maklumat dengan menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.

Contohnya guru ingin mengajar konsep pen. Terlebih dahulu guru perlu
mempersembahkan Advance Organizer seperti menunjukkan gambar lakaran alat
tulis pelbagai jenis, lakaran dan tulisan yang menggunakan dakwat dan bukan
dakwat. Setelah itu guru perlu mengemukakan contoh positif dengan menunjukkan
pelbagai jenis pen seperti pen dakwat celup, pen magik, pen marker dan pen mata
halus. Guru boleh memberi masa dan peluang kepada murid menggunakan pen
tersebut.

Kemudian, guru boleh menunjukkan contoh negatif yang menyerupai dengan pen
iaitu alat tulis lain seperti pensel, karyon dan pensel warna. Murid dibenarkan untuk
menggunakan alat-alat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Guru boleh
berbincang bersama murid tentang ciri-ciri persamaan dan perbezaan berdasarkan
contoh positif dan negatif. Rumusan atau konsep boleh dibina dengan mengatakan
pen ialah alat tulis yang menggunakan dakwat. Guru juga boleh memberikan
contoh tambahan berkaitan pen.

Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Maklumat umum tentang sesuatu topik perlu dipersembahkan sebelum


memberikan contoh khusus dan membincangkan topik secara terperinci berkenaan.
Contohnya, jika guru ingin mengajar konsep burung, guru perlu menjelaskan definisi
dan ciri-ciri burung terlebih dahulu sebelum menjelaskan pelbagai jenis burung.
Penggunaan Teori Pembelajaran Albert Bandura Sebagai Model Kajian
Menurut Albert Bandura (1977) pengukuhan adalah sangat penting dalam
melakukan
sejenis tingkah laku yang dipelajari daripada mengajar tingkah laku itu. Sebagai
contoh, seorang
pelajar akan datang ke sekolah tepat pada waktunya kerana melihat rakannya yang
dihukum
lewat datang ke sekolah. Menurut Bandura tingkah laku ini dipanggil sebagai akibat
vicarious
reinforcement atau punishment.
Selain itu, Bandura juga menekankan akan pengukuhan dalaman dan hukuman. Ini
bererti tingkah laku seseorang itu bukan sahaja ditentukan oleh faktor luaran malah
faktor dalaman. Skema perwakilan abstrak yang dipelajari daripada tingkah laku
orang lain seperti
yang kita tonton atau mendengar akan menjadi panduan pemikiran, perasaan dan
tingkah laku
(Bandura, 1986). Seorang kanak-kanak yang melihat sikap pemurah pada
seseorang akan
menghayatinya tetapi akan menunjukkan sikap agresif apabila menonton sikap
agresif daripada
idolanya.
Penyelidik memilih teori pembelajaran Albert Bandura disebabkan beberapa
perkara
iaitu:
1. Teori Albert Bandura menerangkan tentang pengukuhan tingkah laku.
Permasalahan
yang paling dominan seperti masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah

disiplin di kalangan pelajar adalah antara permasalahan yang memerlukan


pengukuhan
tingkah laku.
2. Matlamat teori ini adalah untuk menggalakkan pengukuhan dalaman dan luaran.
Pengukuhan dalaman dan luaran penting untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini
seperti mendapat pencapaian akademik yang tidak baik berulang. Oleh itu
permasalahan
akademik di kalangan pelajar bumiputera dapat dikenal pasti apabila membuat
proses
pengukuhan dalaman dan luaran.
3. Pendekatan yang digunakan mengimbangkan keperluan individu, perkembangan
individu
secara optima dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Matlamat utama
kehidupan
manusia adalah untuk mencapai kesempurnaan. Oleh yang demikian, seseorang itu
akan
berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya melalui tingkah laku yang
spesifik
tetapi berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Oleh itu,
permasalahan yang paling dominan seperti masalah keluarga, masalah rakan
sebaya dan
masalah disiplin yang telah diambil kira untuk dikaji dalam membentuk gaya hidup
seseorang.
Rujukan
Albert Bandura (1977). Social Learning Theory. Eagle Wood Cliff, New Jersey :
Prentice Hall.
Albert Bandura (1986). Social Foundations Of Thoughts and Actions. A Social
Cognitive Theory.
Eaglewood Cliff, New Jersey : Prentice Hall.

Havighurst (1967). Adolescent Character and Personality. New York :John Willey &
Sons. Inc.
Skinner (1984). About Behaviorism. New York : Knopf.
Seterusnya, dengan pengetahuan sedia ada, guru dapat membantu murid
membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau pengetahuan
sedia ada. Maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan murid perlu
diberikan supaya murid dapat memahami pembelajaran baharu sekiranya mereka
tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkaitan dengan pembelajaran baharu.

Guru juga perlu menyusun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara
sistematik, langkah demi langkah serta menggunakan bahan serta laras bahasa
yang sesuai dengan peringkat umur pelajar. Contohnya, jika guru ingin mengajar
topik Tanaman Hidroponik, guru boleh menggunakan satu penyusunan awal dalam
bentuk gambar sayuran hidroponik dan ciri-cirinya.

Guru juga perlu menyediakan dan menggunakan alat bantu mengajar yang konkrit
mengikut tahap pemikiran murid untuk membantu pemahaman murid serta
penyampaian guru. Contohnya, guru boleh menyediakan bahan maujud peralatan
hidroponik seperti takung, penutup takung, medium semaian, larutan nutrien dan
raga tanaman ketika mengajar tajuk Tanaman Hidroponik.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori ini diasaskan oleh Albert Bandura pada tahun 1986 melalui tulisannya dalam
buku yang bertajuk Social Foundations of Thought and Action yang menerangkan
kerangka Kognitif Sosial. Menurut Mazhab Sosial, pembelajaran boleh berlaku dalam
konteks sosial iaitu manusia belajar daripada orang lain yang terdapat di sekitarnya
dengan memerhati tingkah laku orang lain dalam kehidupan seharian.

Menurut teori kognitif sosial, latar belakang kebudayaan seseorang individu


merupakan faktor utama dalam pembentukan tingkah lakunya. Bandura
mengatakan bahawa pembelajaran secara peniruan melibatkan tiga unsur iaitu

individu (kognitif), persekitaran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008). Individu
yang meniru tingkah laku orang lain, menjadikan orang yang ditiru itu sebagai
model. Terdapat dua model iaitu model sebenar/hidup dan model simbolik. Melalui
model sebenar, kita belajar melalui orang yang sebenar. Manakala model simbolik
dapat dilihat menerusi video, lakonan watak dalam cerita atau rajah.

TEORI PERMODELAN BANDURA

Latar Belakang

Beliau dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah perkampungan kecil di


sebelah utara Alberta, Kanada. Bapanya seorang petani dari Poland. Beliau
mendapat pendidikan di sekolah tinggi yang mempunyai dua orang guru dan dua
puluh orang pelajar. Pada tahun 1949, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang Psikologi daripada Universiti British Columbia. Pada tahun 1952, beliau
mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa. Kemudian,
beliau bekerja di Fakulti Psikologi di Universiti Stanford. Tahun 1964, beliau menjadi
profesor sepenuh masa di Fakulti Psikologi di Universiti Stanford. Beliau telah
menghasilkan buku yang bertajuk Adolescent Aggression (1952) dan Sosial Learning
and Personality Development (1963) serta Principles of Behaviour Modification
(1969).

Ekperimen Bandura

Pada tahun 1963, Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanakkanak tadika berumur 3 hingga 6 tahun untuk menjalankan kajian mereka. Hasil
daripada kajian tersebut berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak
keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau
merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan,
peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas
yang ditonjolkan oleh orang lain.

Eksperimen yang pertama

Terdapat dua kumpulan yang mereka gunakan iaitu Kumpulan A (kumpulan kajian)
di mana dalam kumpulan ini, kanak-kanak tersebut memerhati sekumpulan orang
dewasa yang sedang menumbuk, menendang sebuah patung besar yang
dinamakan Patung Bobo. Dalam kumpulan B (kumpulan kawalan) pula, kanak-kanak
tersebut memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung Bobo
tersebut.

Kemudian, keduadua kumpulan kanak-kanak tersebut dibawa ke tempat


permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Pemerhatian
menunjukkan bahawa kanak-kanak kumpulan A bukan sahaja memukul,
menumbuk, menendang dan menjerit kepada patung tersebut, bahkan juga
menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada tingkah laku orang dewasa
yang telah diperhatikan melalui video tersebut. Manakala kanak-kanak kumpulan B
tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti yang terdapat dalam
kumpulan A.

Kesimpulannya, hasil daripada eksperimen yang pertama ini menunjukkan tingkah


laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.

Eksperimen yang kedua

Bandura dan Walters membahagikan kanak-kanak dalam tiga kumpulan iaitu dua
kumpulan (A dan B) sebagai kumpulan kajian dan satu kumpulan C sebagai
kumpulan kawalan.

Dalam Kumpulan A (kumpulan kajian), kanak-kanak memerhati sekumpulan orang


dewasa menumbuk patung besar, kemudian mendapat hadiah. Kumpulan B
(kumpulan kajian) pula, kanak-kanak memerhati sekumpulan orang dewasa
menumbuk patung besar, kemudian mendapat denda. Kanak-kanak Kumpulan C
(kumpulan kawalan) disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra
dengan patung besar.

Selepas pemerhatian, ketiga-tiga kumpulan dibawa ke tempat permainan yang


serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Didapati bahawa kanak-kanak
Kumpulan A menunjukkan tingkah laku agresif yang berlipat ganda berbanding
dengan orang dewasa yang diperhatikan oleh mereka. Manakala kanak-kanak dari

Kumpulan B dan Kumpulan C tidak menunjukan sebarang tingkah laku agresif


mereka.

Kesimpulannya, hasil daripada eksperimen yang kedua ini jelas menunjukkan


tingkah laku peniruan atau pemodelan adalah hasil peneguhan. Berdasarkan
rumusan ini, Bandura mengemukakan teori pemerhatian untuk menjelaskan
pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak.

2 Jenis Pembelajaran Melalui Pemerhatian

Pembelajaran melalui pemerhatian juga berlaku melalui pemberian peneguhan dan


ganjaran. Ini berlaku apabila kita mengubah tingkah laku setelah melihat orang lain
diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu. Contohnya, sekiranya kita
memuji dua orang murid kerana rajin dan tekun membuat latihan di dalam kelas
maka murid-murid yang memerhatikannya mungkin akan berubah tingkah laku
dengan membuat kerja dengan lebih tekun pada masa akan datang. Begitu juga
dengan denda. Contohnya, selepas melihat beberapa orang mendapat saman
kerana memandu dengan laju, kita juga akan mengurangkan had kelajuan semasa
memandu.

Pembelajaran pemerhatian yang seterusnya ialah pemerhati meniru tingkah


laku model walaupun model tersebut tidak menerima sebarang peneguhan atau
denda semasa diperhatikan oleh pemerhati. Selalunya model menunjukkan sesuatu
yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila
dapat menguasainya. Contohnya pensyarah Muzik bermain piano dengan teknik
penjarian yang betul dan lembut sehingga menimbulkan rasa kagum pada diri
pemerhati. Peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model
yang dikaguminya.

Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan

Eksperimen yang dilakukan oleh Bandura adalah pembentukan sesebuah tingkah


laku yang boleh berlaku melalui beberapa cara iaitu:

1. Peniruan secara langsung


Peniruan berlaku apabila kanak-kanak melihat model orang lain melakukan sesuatu
atau secara tidak langsung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian
atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru guru Pendidikan Jasmani
mengelecek bola.

2. Peniruan secara tidak langsung


Peniruan berlaku apabila kanak-kanak berimaginasi atau melalui pemerhatiannya.
Contohnya, kanak-kanak meniru watak kartun Ninja Turtle dengan melakukan
lompatan ke sana sini dalam kelas Pendidikan Jasmani.

3. Peniruan gabungan
Peniruan ini dilakukan dengan melakukan beberapa tingkahlaku yang
berlainan. Contohnya, murid meniru gaya guru sukan memukul bola Sofbol dan
gaya pemain Sofbol antarabangsa.

4. Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan


Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi
tidak sesuai dalam situasi B. Ini bermakna tindakan tersebut boleh dilakukan dalam
situasi tertentu sahaja. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak dan berlari-lari
di padang tidak melakukannya di dalam bilik darjah kerana jika mereka
melakukannya semasa guru mengajar, sudah pasti guru akan memarahi dan
memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak dibenarkan dilakukan di dalam kelas.

Murid-murid juga meniru melalui tak sekatlakuan. Ini bermakna murid-murid akan
terus meniru sesuatu amalan di dalam mana-mana situasi. Contohnya, tutur kata
dan tingkah laku yang sopan boleh diamalkan di mana-mana sahaja sama ada di
rumah, sekolah dan sebagainya.

5. Peniruan melalui elisitasi


Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan. Proses ini timbul apabila seseorang
melihat perubahan pada orang lain sehingga timbul keinginan untuk melakukan

perkara yang sama seperti yang dilihatnya. Contohnya, seorang kanak-kanak


melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanak-kanak
tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku apabila kanak-kanak
tersebut melihat rakannya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Langkah Pembelajaran Peniruan

1) Pemerhatian
Menurut Bandura dan Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning &
Personality Development", hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran
boleh berlaku. Pemerhati harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk
membolehkannya mempelajari sesuatu dengan menggunakan anggota derianya.
Pemerhatian boleh dilakukan dengan memberi perhatian atau tumpuan kepada
nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik
yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga
tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.

2) Penyimpanan dalam ingatan


Pemerhati harus menyimpan peristiwa yang diperhatikannya dalam sistem
ingatannya dalam pelbagai cara seperti dalam bentuk koding, grafik mental,
simbolik dan sebagainya. Ini membolehkan pemerhati melakukan tingkah laku yang
ingin ditiru pada waktu lain.

3) Reproduksi
Setelah berlakunya penyimpanan maklumat, tingkah laku dan kemahiran yang
disimpan akan dikeluarkan dalam bentuk tingkahlaku. Sekiranya kerap membuat
latihan meniru tingkah laku model, seseorang akan berupaya melakukan tingkah
laku yang hampir sama dengan model yang dilihatnya. Contohnya, murid
melakukan aktiviti menghantar dan menyambut bola secara berpasangan. Pada
mulanya, kemahiran tersebut tidaklah sebaik tingkah laku model. Tetapi setelah
kerap membuat latihan, murid tersebut sudah boleh melakukan aktiviti tersebut
dengan baik seperti modelnya.

4) Peneguhan dan motivasi

Seseorang yang melakukan peniruan mungkin disebabkan oleh faktor-faktor


motivasi seperti intensif atau ganjaran. Setelah mendapat peneguhan atau motivasi
daripada orang lain atau disebabkan perasaan gembira dan berjaya, individu
tersebut akan terus mengulangi tingkah laku tersebut. Contohnya, setelah
mendapat pujian atau ganjaran daripada guru atau rakan-rakan, kemahiran
menghantar bola dan menyambut bola seseorang akan menjadi lebih mahir dan
cekap seterusnya berkeinginan untuk bermain bola jaring. Murid lain yang
melihatnya juga akan bermotivasi apabila melihat murid tersebut mendapat pujian
hasil daripada tingkah laku yang ditunjukkannya.

Implikasi Teori Pembelajaran Bandura Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru perlu memastikan setiap orang murid berpeluang untuk memerhati dan
mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Oleh itu, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan
tingkahlaku yang boleh dicontohi serta memaklumkan kepada anak murid tentang
kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral.

Guru juga mestilah mempunyai kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi
demonstrasi pembelajaran di dalam kelas, murid dapat mendengar penerangan kita
dengan jelas, dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat.
Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah
menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar dapat diikuti oleh murid secara
mudah.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menyemai nilai-nilai murni
dan sentiasa menggunakan psikologi untuk membentuk murid ke arah yang lebih
proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, tekateki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada
murid agar kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan.
Dengan ini, murid dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea
baharu dan bernas sesuai dengan tahap mereka.

Guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contoh-contoh yang
berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat melihat

secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya.
Contohnya, guru yang ingin mengajar tanaman hidroponik dalam matapelajaran
Kemahiran Hidup boleh membuat bahan separa maujud seperti Rumah Pelindung
Hujan.

Guru juga boleh memanggil seorang murid agar menjadi contoh kepada murid lain
berdasarkan kerjanya yang bagus ataupun untuk membuat demonstrasi mengenai
hasil kerja terbaik yang dihasilkannya itu. Dengan ini, murid boleh belajar daripada
rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja
mereka.

Seterusnya, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan


persekitaran sosial yang kondusif dengan memberi insentif, peneguhan dan
sokongan moral kepada murid-murid secara berterusan bagi menggalakkan
berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid ialah sudah
mengenali berbagai jenis garisan jadi dengan pengetahuan yang sedia ada dan
pengalaman yang diperolehi daripada persekiran sama ada dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru, murid-murid dapat merangka idea baru.
Contohnya pengalaman sedia ada murid-murid ialah mengetahi pelbagai jenis
garisan jadi, murid-murid akan memperolehi idea baru untuk menghasilkan lukisan
yang menarik hasil misalnya lukisan sebuah rumah yang cantik. Murid-murid dapat
membina sesuatu pengetahuan hasil daripada pengalaman masing-masing

Faktor lingkungan keluarga


Faktor lingkungan rumah atau keluarga ini merupakan lingkungan pertama dan
utama pula dalam menentukan keberhasilan belajar seseorang. Suasana lingkungan
rumah yang cukup tenang, adanya perhatian orangtua terhadap perkembangan
proses belajar dan pendidikan anak-anaknya maka akan mempengaruhi
keberhasilan belajarnya.

Sifat-sifat orang tua, praktik pengelolaan olahraga, ketegangan keluarga dan


demografi keluarga (letak rumah), semuanya dapat memberi dampak baik ataupun
buruk terhadap kegiatan belajar dan hasil yang dicapai oleh siswa. Contoh:
kebiasaan yang diterapkan oleh orang tua siswa dalam mengelola keluarga yang
keliru, seperti kelalaian orang tua dalam memonitori kegiatan anak, dapat
menimbulkan dampak lebih buruk lagi. dalam hal ini, bukan saja anak tidak mau
belajar melainkan juga ia cenderung berperilaku menyimpang.[32]

b.

Faktor lingkungan sekolah

Lingkungan sekolah sangat diperlukan untuk menentukan keberhasilan belajar


siswa. Hal yang paling mempengaruhi keberhasilan belajar para siswa disekolah
mencakup metode mengajar, kurikulum, relasi guru dengan siswa, relasi siswa
dengan siswa, pelajaran, waktu sekolah, tata tertib atau disiplin yang ditegakkan
secara konsekuen dan konsisten.[33]

c.

Faktor lingkungan masyarakat

Seorang siswa hendaknya dapat memilih lingkungan masyarakat yang dapat


menunjang keberhasilan belajar. Masyarakat merupakan faktor ekstern yang juga
berpengaruh terhadap belajar siswa karena keberadannya dalam masyarakat.
Lingkungan yang dapat menunjang keberhasilan belajar diantaranya adalah,
lembaga-lembaga pendidikan nonformal, seperti kursus bahasa asing, bimbingan
tes, pengajian remaja dan lain-lain.

Dengan meperhatikan faktor-faktor tersebut diharapkan dapat meningkatkan hasil


belajar seseorang dan dapat mencegah siswa dari penyebab-penyebab
terhambatnya pembelajaran.

. Beberapa Perbuatan yang Dapat Disebut Belajar.


Mendengar
Dalam kehidupan sehari-hari, kita bergaul dengan orang lain. Dalam pergaulan itu
terjadi komunikasi verbal berupa percakapan. Percakapan memberi situasi sendiri
bagi orang-orang yang terlibat atau tidak teribat tetapi secara tidak langsung
mendengar informasi. Situasi ini memberi kesempatan kepada seseorang untuk
belajar. Seseorang menjadi belajar atau tidak dalam situasi ini, tergantung ada
tidaknya kebutuhan, motivasi, dan setting belajar pada seseorang itu. Dengan
adanya kondisi pribadi seperti itu, memungkinkan seseorang tidak hanya

mendengar, melainkan mendengarkan secara aktif dan bertujuan. Dan dengan


demikian, barulah terjadi proses belajar pada seseorang itu.[10]

2.

Memandang

Setiap stimulus visual memberi kesempatan bagi seseorang untuk belajar. Dalam
kehidupan sehari-hari banyak hal yang dapat kita pandang, akan tetapi tidak semua
pandangan atau penglihatan kita adalah belajar. Meskipun pandangan kita tertuju
pada suatu objek visual, apabila dalam diri kita tidak terdapat kebutuhan, motivasi
dan setting tertentu untuk mencapai suatu tujuan, maka pandangan yang demikian
tidak termasuk belajar. [11]

3.

Meraba, mencium, mencicipi atau mencecap.

Meraba, mencium, dan mencecap adalah aktivitas sensoris seperti halnya


mendengarkan dan memandang. Aktivitas meraba, mencium, ataupun mencecap
dapat dikatakan belajar, apabila aktivitas-aktivitas itu didorong oleh kebutuhan,
motivasi untuk mencapai tujuan dengan menggunakan set tertentu untuk
memperoleh perubahan tingkah laku.[12]

4.

Menulis atau Mencatat.

Tidak setiap aktivitas mencatat adalah belajar. Aktivitas mencatat yang bersifat
menurun, menjiplak atau mengkopi adalah tidak dapat dikatakan sebagai aktivitas
belajar. Mencatat yang termasuk belajar yaitu apabila dalam mencatat itu orang
menyadari kebutuhan serta tujuannya, serta menggunakan set tertentu agar
catatan itu nantinya berguna bagi pencapaian tujuan belajar. Mencatat yang
menggunakan set tertentu akan dapat dipergunakan sewaktu-waktu tanpa adanya
kesulitan.[13]

Membaca
Membaca juga memberikan kemunkinan terjadinya proses belajar pada seseorang,
namun tidak semua membaca memeberikan pengalaman belajar. Membaca baru
memberikan pengalaman belajar, jika berorientasi pada kebutuhan dan tujuan.
Dengan berorientasi kepada tujuan dan kebutuhan itu, kita membaca dengan penuh
kesadaran dan perhatian, kita tentukan materi yang kita pelajari, kita membuat
catatan-catatan materi yang kita butuhkan atau menggarisbawahi dan sebagainya.

6.

Mengingat

Mengingat dengan maksud agar ingat tentang sesuatu, belum termasuk dalam
aktivitas belajar. Mengingat yang didasari atas kebutuhan serta kesadaran untuk
mencapai tujuan belajar lebih lanjut adalah termasuk aktivitas belajar, apalagi jika
mengingat itu berhubungan dengan aktivitas-aktivitas belajar lainnya.

Berfikir
Berfikir adalah termasuk aktivitas belajar. Dengan berfikir orang memperoleh
penemuan atau pengetahuan baru, yang semula belum diketahuinya.

8.

Latihan atau Praktik.

Latihan atau praktik adalah termasuk aktivitas yang memberikan pengalaman


belajar. Orang yang melaksanakan kegiatan berlatih tentunya sudah mempunyai
dorongan untuk mencapai tujuan tertentu yang dapat mengembangkan sesuatu
aspek pada dirinya. Hasil dari latihan atau praktik itu sendiri akan berupa
pengalaman yang dapat mengubah diri subjek serta mengubah persepsi tentang
lingkungannya.[14]

Monday, May 30, 2011


Kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara
mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam
pengajaran
Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan
kandungan matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih
berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam.Pelajar
akan
merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik
apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar..

Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah


yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah
memahami
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di
sekolah
rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
sesuatu
ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara
aktif.
Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Pembelajaran melalui musik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif
dan
bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.
Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam
membina pengetahuan pelajar
Posted by Muhamad Faizal bin Shair at 1:40 PM
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan
prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat
aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan
memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan
menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk
mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan


kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan
peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada
pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang
kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna
terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal
perasaan.

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan


murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai
satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of
Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada
sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling
kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha
orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar
berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui
usaha, input dan sinergi orang lain.
saling berinteraksi secara bersemuka,
Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi
dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan
pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada
orang lain.
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah
bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara
individu.

kemahiran koperatif
pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan
kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh


pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students
Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan
Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw.
Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan
pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil.
Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah
menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam
kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu.
Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji samaada semua ahli kumpulan
berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan
cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat
dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula
idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif
dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri
dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Tutorial
Didalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, kaedah tutorial digunakan
untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang
merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan
atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Kaedah tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai
pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai
digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar
belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai
pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah
dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.
Kaedah tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah ia dapat
mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut
kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. Mod tutorial juga
boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Penerokaan

Kaedah penerokaan ialah kaedah yang digunakan sebagai medium atau perantara
untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan
sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet.
Keadah penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu
fenomena atau keadaan secara tunjuk cara dibawah kawalan pelajar sendiri dan
dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah
kawalan sistem.
Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep
dan kefahaman mengenai sesuatu perkara.Kaedah penerokaan sesuai digunakan
dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang
menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian
masa depan.
Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan
kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk
pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi
peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan
pelajaran disamping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan
kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan juga memberi kebaikan kepada
guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi
pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

Aplikasi
Kaedah aplikasi dalam pembelajaran yang beteraskan TMK digunakan sebagai
mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan
pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain.
Kaedah aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan
cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi.
Contohnya dalam memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh
diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai
digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan
mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data.
Kaedah aplikasi memberi kebaikan kepada pelajar dimana pelajar dapat memberi
tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan
data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan
pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam
pekerjaan kelak.

Komunikasi
Kaedah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai
medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan
menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau
kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video Conference dan laman web.
Keadah komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif,
pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Seperti kaedah
yang lain, kaedah komunikasi juga mempunyai kebaikan tersendiri. Antara
kebaikan dalam kaedah komunikasi ialah memupuk sikap berinterksi antara pelajar
melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Ia juga dapat memupuk
sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran.
Maklumat-maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat
dengan orang lain.

Latihtubi (Drill and Practice)


Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan pengukuhan.
Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon.
Proses latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan
dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah
dipelajari. Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk
menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang
diberi oleh komputer. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan
pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir
setelah ia mempelajari tentang papankekunci.

Permainan Pendidikan (Educational Games)


Keadah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer dapat
meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) para pelajar
yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang
tinggi untuk belajar. Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk
permainan pendidikan. Permainan pendidikan dalam PPBK adalah permainan yang
berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini
ialah para pengguna dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung.
Unsur-unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan
merangsang pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari
bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang
telah dipelajarinya terlebih dahulu. Dengan ini ia membantu pelajar melatih

kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan PPBK yang


berasaskan simulasi dan latihtubi boleh juga disampaikan melalui permainan.
Permainan yang baik seharusnya mampu untuk mengasah pemikiran yang kreatif
kerana dalam sesi permainan, pelajar akan cuba membuat keputusan berdasarkan
syarat, logik dan hukum tetentu. Situasi ini juga dapat mencabar motivasi pelajar.

Simulasi (Simulation)
Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna
boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia
benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat
dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sains tentang tajuk meosis, adalah lebih
berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada
menggunakan gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan proses meosis.
Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa
dan kos-kos yang tidak perlu dapat dielakkan. Apa yang penting, pengguna simulasi
dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran
mereka.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling
hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai


satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media
teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian
kursus, dan internet.

Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses pengajaran


dan pembelajaran, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting.
Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan
berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga
dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan
menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan
oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya,
segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

Guru-guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer


dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau
penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu
banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak
dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan


pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang
baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.
Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu
dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran.
Dengan ini, guru-guru dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin.
Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam
pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien.
Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya
tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan
guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan
masa hadapan.

Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah


digalakkan.Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolahbahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman
tersebut akankekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan
pencaindera mereka untukmenilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti
seni, kanak-kanak bolehmeluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara
bebas dan kreatif.Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah
merentasi semuamatapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri
dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga turut perlu
diberi tumpuan demimenjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan berkesan. Guruhendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan
murid menggunakansepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru
menyediakan pelbagai aktiviti yangmeransang minat kanak-kanak dan memenuhi
keperluan murid-murid yang mempunyaikepelbagaian gaya belajar.Tiga unsur
dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakanperlulah
digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan prosespengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulahmempunyai
pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan
baik,memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan
ruangyang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran
danpembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam
pendidikan,murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti
dengan lebih aktif.Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang
lama dimana ianya lebihberpusatkan kepada guru.Pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah boleh dilaksanakan denganmenggabungjalinkan mata pelajaran
tertentu dengan unsur warna ( seni visual ), irama( seni muzik ), dan seni
pergerakan.sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaransains dimana guru
akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaankepada kanakkanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolahuntuk melihat
haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akanmembuat
pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari

aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga
bolehmelukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru
kepadakanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan
perlulahdiberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan
mencampurkan untukmendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga
dapat menggunakan dayaimaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan
lukisan dan seterusnya dapatmeningkatkan daya kreativiti mereka.Setelah kajian
yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan muriduntuk
membentang dapatan kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan
bolehdilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap
ruangyang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan
bersamakreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan
kreatif.Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi
dan jugamenari lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka
bolehmembuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan
antaraahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan
yangmenarik dan kreatif. Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk mencipta irama
yangakan digunakan untuk mengiringi persembahan mereka. Alatan yang berada
disekeliling boleh digunapakai untuk menghasilkan irama yang diinginkan. Mereka
bolehmeneroka bunyi-bunyian seperti bunyi botol kaca yang diketuk, bunyi tapak
kasut, dan juga sebagainya. Pelajar perlulah mencuba dan menggunakan pelbagai
alatan danbahan sewaktu mengadakan persembahan bagi menjadikannya lebih
menarik. Merekaakan berasa seronok menjalankan hasil kreativiti mereka
sendiri.Dari segi aspek ruang, pelajar perlulah menggunakan ruang yang ada
dengan sebaikmungkin. Pemilihan ruang yang sesuai dengan aktiviti yang ingin
dijalankan akanmenjadikan persembahan lebih menarik. Sekiranya ruang yang
diperlukan tidakmencukupi, mereka boleh mengubah kedudukan meja dan kerusi.
Pengalaman yangdiperolehi ini akan membantu pelajar dalam kreativiti mereka.

Kesimpulannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan akan


dapatmembantu pelajar dalam meningkatkan daya keyakinan diri melalui
penerokaan merekasendiri terhadap apa yang ada disekeliling mereka.

Refleksi Pembelajaran Kendiri Elliot (1991) dalam Mok (2010), guru sebagai
penyelidik akan melibatkan diri dan menghasilkan teori dan kefahaman baharu
berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi. Kepelbagaian aktiviti dalam sesi
P&P juga amat penting untuk memperkembangkan kebolehan dan potensi murid. Di
samping itu, saya dapat membina satu suasana pembelajaran yang kondusif dan
dapat membantu memperkembangkan potensi kognitif dan sosio emosi murid

melalui aktiviti permainan dan perbincangan yang dijalankan. Sudah pasti tugas
seorang guru bukan sekadar mendidik, bahkan meliputi tugas-tugas lain seperti
pembentuk nilai, fasilitator dan pemberi motivasi. Pelaksanaan penyelidikan
tindakan ini juga telah membantu saya mengamalkan pelbagai kemahiran dalam
P&P dengan cukup baik. Antaranya kemahiran merancang, berfikir, melaksana,
komunikasi, menilai, mengajar dan paling penting sekali kemahiran aplikasi
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Secara tidak langsung, saya dapat
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini dalam dunia pendidikan yang sebenar. Di
samping itu, sebagai seorang guru Pendidikan Islam dan Al-Quran juga saya perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran saya. Tujuannya adalah untuk memastikan
persepsi murid bahawa pembelajaran bidang ini membosankan dapat dikikis. Saya
perlu lebih berinovasi dan membina bahan bantu mengajar yang variasi bagi
merangsang minat dan perhatian murid. Buktinya, apabila saya cuba menggunakan
kaedah warna pada huruf-huruf Mad Asli ini, tahap pencapaian murid dapat
dimaksimumkan dan tingkah laku murid dapat dipositifkan berdasarkan hasil
dapatan kajian yang dilakukan.

Seni Dalam Pendidikan2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses


pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan
persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses
menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat
membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni
visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh
Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru
agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang
mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.4. Guru dapat
mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam
Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh
jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui
perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik
dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif
kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

1.0 Pengenalan kepada seni

Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi


pertama yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa seni adalah bahasa
visual yang sukar difahami tetapi indah untuk direnungi. Pandangan serta
kesimpulan yang sama turut dinyatakan oleh seorang lagi penyair dan pengkritik
seni dari negara itu, Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art dan The
Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of Modern Art, Read menghuraikan
makna yang paling mendasar tentang seni yang disimpulkan daripada sebuah
penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun kesimpulan yang dibuat
oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk dilihat dan
direnungi dalam konteks perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini.

Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan


kehalusan tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat,
bangsa dan negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada
pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi
termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita dapat
berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa
dan kebudayaan.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai
satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan
melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan
ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu
yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat
seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan
dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman
memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap
pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan
memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran
seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran

Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan


dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar
pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal
ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik
minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang
minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.
Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran
meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu,
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni
diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia
memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan
logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang
visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.

Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu
perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan
dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni
visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen
tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual
ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan
ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi
seseorang terhadap muzik yang didengari.

Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di
sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih
berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru
dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen yang
tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak
bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan
putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga
turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna
sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita.
Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna
warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga

turut memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan
terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna
panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan
perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang.
Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang
seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani
kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan
yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga
menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka
muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai
sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh
dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik
akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali.
Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama.
Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki
dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita
sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu
menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad,
menepuk tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang
dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan
seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang,
susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang
minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai
sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa
lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik
apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar.

Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek

atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita
memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang
yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang
tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang
melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah
perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru
dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara
tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.

Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai
satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik
dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan
pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan
peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan
teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat,
sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka
lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk
menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi
dengan lebih efektif dan proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan
secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman
tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan
pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti
seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara
bebas dan kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua
matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi
tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid

menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan


pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan
perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan
baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama
menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan
elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta
melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik
pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan
menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual),
irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran
matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan
haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke
taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ.
Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang
ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya.
Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat
itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka
menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik
dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka
dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti
mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh
mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah
perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum
mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan
pembentangan tersebut menarik dan kreatif.

3.0 Peranan seni dalam pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk
sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah
satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam
Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya

tetap sama, seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca,
menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama
dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara
kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

i.

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan


berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah
untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara
bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain
itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat
bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut
membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan
motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

ii.

Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan


minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat
memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota
kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah
kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan
Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi
melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan
aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat
mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa
guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

iii.
Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan
sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan
manipulasi idea dan isi kandungan.

vi.

Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan
sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan
sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai
aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas
daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan
dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan
aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat
menjamin keberkesanannya.

Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan
perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

4.0 Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan


pembelajaran.

Matapelajaran

:Bahasa Melayu (Tahun 2)

Tajuk

:Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:


1) Muzik

:Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun

2) Pergerakan

:Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai.

3) Seni Visual

:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami,
guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang
merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata
pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk
menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata
pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru
memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan
aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran
dan meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan.
Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu
menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi
dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk
ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertani dengan
menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah
untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk
menyanyikan lagu Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramai sambil membuat gaya
pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang
dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi
kecekapan psikomotor dalam kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan
sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran tajuk yang diajar.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya
amat penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik
minat para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan
perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan penggunaan seni
dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan
menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat
membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal
sepanjang proses P&P berlangsung.

Bibliografi

1. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Oktober


2, 2010 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni
2. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Oktober 1, 2010
daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com

3. Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 daripada
http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan -United States
4. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www.
www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-

Deskripsi Pelajaran Hari Ini:


Mengetahui dan dapat menyebut mengenai 5 perkara dalam Rukun Islam.
Objektif:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1) Pelajar dapat menyebut 5 perkara
dalam Rukun Islam dengan betul. 2) Pelajar dapat menjawab 80 peratus dengan betul di
dalam lembaran kerja.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid pernah mengamalkan salah satu rukun islam seperti solat lima waktu.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1)Guru menerangkan lima perkara dalam rukun islam satu persatu. 2) Menyebut bersama
guru 5 perkara dalam Rukun Islam mengikut tertib. 3) murid menyebut dan mengingati 5
perkara dalam Rukun Islam.

Anda mungkin juga menyukai