Anda di halaman 1dari 2

PENYELESAIAN ISU LIBREALISME

Menurut Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, liberalisme bermaksud suatu aliran
pemikiran yang memberi kebebasan mutlak kepada individu dalam menafsirkan
ajaran Islam tanpa terikat dengan dasar dan sumber ajaran Islam yang disepakati
oleh ulama muktabar.
Isu ini telah lama berbangkit dan begitu banyak cabaran yang dihadapi untuk
menengani isu liberalisma.Mengikut data yang diperolehi dari utusan Malaysia
fahaman ini berkembang pesat dan begitu agresif dalam media social hasil risikan
dari polis Johor,Lembah Klang dan Pulau Pinang.Selain dari media social
juga,fahaman ini juga semakin agresif menyebarkan dakyah mereka dengan
menyasarkan golongan yang berpendapatan rendah (B40).
Begitu bahaya nya fahaman ini sehingga boleh menyebabkan seseorang itu terpesong dari
aqidahnya.Sedia maklum bahawa beberapa cara untuk mengatasi fahaman ini telah
dilaksanakan di setiap negeri sebagai contoh di negeri Selangor yaitu Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) telah melaksanakan 582 aktiviti melibatkan sesi
penjelasan,seminar,konvensyen,risikan dan siasatan.Pemantauan media social dan
penerbitan buku berkenaan fahaman ini juga telah dilaksanakan.
Terbukti bahawa setiap jabatan agama dalam setiap negeri memainkan peranan masing-
masing dalam menangani isu ini,kerana isu ini melibatkan aqidah seseorang itu.Secara tidak
lansung dapat juga memberi pendekatan jika mengadakan seminar seperti yang mereka
jalankan,menerangkan lebih terperinci apa itu ibrelisme dan apa bahyanya sekiranya
seseorang itu terjatuh dalam fahaman itu.
Manakala pula,di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin
Jarvanthi berkata, keadaan masih terkawal namun pemantauan tetap berterusan. Johor
juga mewujudkan Jabatan Briged ASWJ yang bertujuan memperkukuhkan fahaman tersebut
bermula Januari 2021.
Jadi terdapat beberapa isu yang ingin dibincangkan lagi berkaitan libralisme ini,antaranya
isu HIV penyakit utama berpunca dari homoseksual.Sedia maklum bahawa penyakit HIV ini
terjadinya disebabkan oleh berlakunya kes liwat dan sebagainya dan penyakit ini juga agak
begitu sukar untuk sembuh jika Adapun peluang untuk sembuh mungkin tipis dalam sekitar
bawah dari 5%.Jadi bagaimanakah penyelesaian kepada isu ini?
Penyelesaiannya adalah dengan mengadakan kempen yang menerangkan bahawa
bahayanya penyakit HIV ini sehingga boleh membawa maut.Selain itu pihak berwajib juga
harus mengambil tanggungjawab ini dan mensasarkan kepada golongan muda dan kaum
lelaki terutamanya,kerana mengikut kajian bahawa sebanyak 65% penyakit ini banyak
terjadi pada golongan homoseksual.Secara tidak lansung juga jika melibatkan golongan
muda atau remaja lelaki mungkin boleh membuat mereka terhindar atau elak dari
melakukan perbuatan submbang mahram tersebut.
Seterusnya adalah isu sugar daddy dan sugar babies ini juga menjadi liputan yang hangat di
negara kita ini kerana oleh penyertaan mereka ini di laman khas “sugar book” begitu banyak
sekali bukan ribuan atau puluhan ribu tetapi ratusan ribu.Jadi kita boleh lihat bertapa
ramainya anak muda yang terpesong.Selain itu,mengikut kajian juga kebanyakkan sugar
babies ini adalah dalam kalangan yang berumur 20-an dan kebanyakkannya juga adalah
pelajar university.Oleh kerana ingin membayar yuran pengajian atau sara hidup di alam
university,ramai yang memilih jalan yang salah ini untuk mendapatkan duit yang begitu
cepat dan banyak sanggup untuk menggadaikan maruah diri.
Cara untuk menangani isu ini untuk tidak berlaku lebih meluas,para pendidik terutamanya
harus memainkan peranan mereka.Sedia maklum bahawa penglibatan ini kebanyakkan dari
pelajar university jadi,untuk pencegahan awal mungkin pihak university boleh mengadakan
ceramah atau sesi kaunseling untuk setiap pelajar yang baru sahaja memasuki ke era
university ini dengan cara menekankan keburukkan jika melakukan perkara tersebut dan
akibat yang mendatang,secara tidak lansung boleh memberi impak kepada pelajar tersebut
bertapa bahayannya jika melakukan perkara tersebut.
Selain dari pihak university ibu-bapa atau tenaga pengajar,kita juga harus memainkan
peranan yang sangat penting dalam memilih kawan yang boleh mengajak kita kea rah
kebaikan.Kerana pengaruh kawan juga adalah salah satu asbab mengapa sugar babies ini
makin meluas di dalam negara kita ini.Jadi jika kita seorang insan yang sayang akan diri kita
dan keluarga kita,seharusnya memilih jalan yang lebih baik untuk kebaikan dimasa akan
datang.
Oleh itu setiap insan yang begelar manusia dan beragama islam haruslah memainkan
peranan masing-masing dalam membanteras fahaman libralisme ini kerana firman Allah
dalam surah ar-Ra’d ayat ke 11 dan ringkasan maksud tersebut adalah “Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum tersebut melainkan mereka mengubahnya sendiri”.Jadi
jelaslah ayat ini membuktikan yang boleh mengubah diri kita hanyalah kita sendiri.Akhir
sekali semoga kita terlindung dari fahaman libralisme ini.

Anda mungkin juga menyukai