Anda di halaman 1dari 2

Seks bebas di kalangan remaja

HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan keji yang melanggar
hukum agama. Malah, Islam memandangkan berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai
keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.
Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan
sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan
seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.
"Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada
masa depan. Ini seperti kita melihat kejadian tsunami yang tidak nampak bila akan berlakunya,
tetapi jelas sekali selepas peristiwa itu banyak benda musnah dan binasa."
"Bencana itu turut menghapuskan populasi dan kita terharu serta sebak apabila melihat mayat
bertaburan di sana sini. Keadaan itu sebenarnya samalah yang dibawa gelombang maksiat
perzinaan, malah lebih teruk lagi kerana membabitkan nasab manusia, hukum Tuhan dan dosa
serta kesihatan sama ada bagi wanita mahupun lelaki," katanya ketika ditemui Berita Harian di
Kuala Lumpur,baru-baru ini.
Dr Harlina berkata, dari sudut kesihatan sudah tentu membabitkan wanita termasuk, berlakunya
kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan.
Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan
perguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau traditional yang tanpa disedari,
mendedahkan kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.
Antaranya ialah jangkitan penyakit kelamin dan peningkatan kes jangkitan berjangkit seperti
HIV/Aids.
Beliau berkata, bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya zina, khusus
remaja, JIM akan melancarkan kempen 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Kempen ini juga memupuk
sikap prihatin ibu bapa terhadap anak di dalam menangani permasalah gejala sosial.
"Kempen memghidari zina ini dilihat sebagai satu usaha bersepadu yang mendapat perhatian
ramai dan JIM melihat keperluan mengadakannya adalah sangat penting kerana gejala sosial
membabitkan seks di luar nikah amat ketara di negara ini, terutama di kalangan remaja dan tidak
terkecuali wanita atau lelaki yang sudah berkahwin," katanya.
Beliau berkata, perkataan 'zina' sengaja digunakan dalam kempen kerana ia adalah bahasa dalam
al-Quran bagi menerangkan makna hubungan seks yang mebabitkan pasangan tiada ikatan
perkahwinan dan setiap umat Islam dilarang keras mendekati atau melakukan perbuatan keji itu.
Jesteru, dengan menggunakan pendekatan secara berterus terang termasuk menggunakan
perkataan 'zina' dalam kempen, ia seolah-olah memberi peringatan kepada masyarakat bahawa
perbuatan itu sememangnya terkutuk dan dilaknati.
Jadi, adalah tanggungjawab semua untuk menghindarkan diri dan ahli keluarga daripada
terjerumus dalam kemelut perzinaan yang membawa kepada kerosakan diri dan masyarakat.
"Selain definisi seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbiatan terlanjur, hakikat semua
itu adalah perlakuan zina. Apa yang dibimbangkan perkataan itu tidak memberikan impak dan
kesedaran tinggi sehingga ada menganggap, perlakuan salah dan haram itu sesuatu yang sudah
biasa."
"Sekurang-kurang, dengan perkataan zina ia mengingatkan kita semula betapa hukuman berat ke
atas penzina oleh Allah termasuk, hukuman sebat dikenakan kepada yang belum pernah
berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang pernah berkahwin." katanya.
Malah pada masa yang sama masyarakat juga telah menghukum mereka sebagai golongan yang
mendatangkan masalah kepada negara dan juga telah mencemarkan nama negara Malaysia yang
telah merdeka.
Apakah maksud kemerdekaan? Menurut Kamus Dewan, merdeka membawa maksud bebas,
lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai