Anda di halaman 1dari 3

Larangan Berzina dan kesannya di dalam Dunia Kontemporari Sebarang hubungan seks atau perjimakan di LUAR pernikahan yang

sah adalah penzinaan. Sebarang cumbu rayu , atau peluk cium antara lelaki dan pererempuan di LUAR perkahwinan yang sah tanpa perjimakan sekali pun adalah merupakan sebahagian daripada perzinaan. Allah SWT telah menjelaskan dengan amat jelas dalam ayatnya Surah Al-Israk :32 Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kepada kerosakan) Definisi zina dapat difahami melalui Menghampiri zina pula Perbuatan yang menujui atau menghampiri zina adalah terkutuk dan boleh menjebakkan diri kepada lembah PENZINAAN. Rasionalnya adalah kerana zina membawa kepada KEHANCURAN masyarakat. Perzinaan adalah amalan yang keji yang dapat:1. Merosakkan ketenteraman dan susun atur masyarakat. Berzina akan merosakkan nasab iaitu keturunan. Walaupun dengan ada teknologi, Paternity test DNA atau Parental Testing dan sebagai tetapi ia hanya akan menyulitkan lagi keadaan kerana faktor kos, sensitivi masyarakat dan perkauman, dan implikasi mediko-legal. Isu pemberian kondom, ujian HIV sebelum perkahwinan (premarital HIV testing) dan sex education adalah langkah preventif yang hanya merawat dan bukan menghalang. Tepatlah dengan hadis Rasullullah SAW Umatku sentiasa di dalam kebaikan atau keselamatan selagi tidak timbul dikalangan mereka zina. Apabila timbul dikalangan mereka zina, maka Allah akan menyegerakan azab untuk mereka semua Hadis Riwayat Ahmad ?? 2. Faktor sosial yang negatif daripada perbuatan zina ini dapat dilihat daripada prespektif Perubatan Sosial ( Social Medicine) iaitu kenaikkan dalam kes-kes isu sexual harrasment, sexual provocation dan paraphilia. 3. Keutuhan sebuah instituisi kekeluargaan adalah dengan menjauhi zina. Sekira bapa terjebak dengan zina, maka kepimpinan kekeluargaan dalam keluarga tersebut telah dikompromi. Penzinaan adalah punca kepada penceraian.Ini adalah kerana penzina melihat hubungan suami isteri hanyalah sebagai tempat memuaskan nafsu dan bukan sesuatu yang indah iaitu pembinaan masyarakat yang terbaik. 4. Dunia perubatan pula membuktikan, perzinaan akan menyebabkan dan mempercepatkan penularan HIV dan AIDS. Walaupun dunia perubatan telah berjaya mengurangkan kematian yang disebabkan AIDS melalui ubatan, namun penyakit HIV ini mudah merebak sekiranyan

tidak dibendung secara menyeluruh iaitu dengan memecahkan vicious cycle - PENZINAAN dan HIV. Setakat ini rawatan pelbagai ubat (combination theraphy) seperti perencat protease (Protease Inhinbitor) telah mampu mengurangkan peratus kematian dikalanagan pesakit AIDS sebanyak 80% antara 1995-1998. Jumlah penghidap HIV/AIDS sekira dilihat secara global 1 juta umat Islam di Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia menghidap AIDS. Di Mali, 420 000, di Indonesia 180 ,000, di Pakistan 180, 000 dan di Iran pula 61,000 hidup dengan AIDS, dan yang menyedihkan umat Islam sendiri tidak mampu menghasilkan ubat untuk HIV/AIDS ini. 5. Di dalam dunia perubatan pula, wujudnya kategori penyakit iaitu, penyakit Oppurtunistic infections (OP) dan Multi Drug Resistance Tuberculosis (MDR TB). 6. Memberikan masalah yang besar kepada ibu-ibu yang membawa kandungan yang mempunyai penyakit HIV. Di dalam perubatan, istilah HIV carrier mothers. Kaedah rawatan pada masakini mampu mengurang insiden HIV kepada janin sebanyak, namun bukan semua negara Islam mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk ibu-ibu mengandung. 7. Memberi peluang kepada infeksi penyakit lain, iaitu HIV related Co-Infection. Contoh penyakit yang jelas merebak adalah Hepatitis C dan B.Di Malaysia sendiri, masalah penzinaan mempunyai korelasi jelas kepada masalah ketagihan dadah. 8. Mewujudkan satu generasi yang hilang generasi mudanya, kerana tiada keutuhan institusi kekeluargaan .Contoh ini dapat dilihat daripada masayrakat Jepun, yang tiada kestabilan dalam stuktur masyarakat. Golongan umur kanak-kanak yang seteru akan mempelopori dunia sudah kekurangan yang akan menyebabkan, ekonomi dan sosiologi masyarakat Jepun yang akan kecundang. Masyarakat jepun pada amnya, mengalami transformasi susun atur atau demografi tersendiri disebabkan golongan tua yang lebih ramai daripada muda. Kadar kematian atau jauh lebih rendah daripada kadar kelahiran. 9. Perzinaan akan mewujudkan satu industri yang menggalakkan PENGANIYAAN kepada perempuan. Kaum perempuan yang sepatutnya dijaga kehormatan mereka akan teraniyaa dengan wujudnya industri ini. Industri Perzinaan ini amatlah besar. Industri Perzinaan termasuk, Industru pornografi yang melibatkan internet, majalah dan industri televisyen. 10. Kesan PENZINAAN kepada psaikologi pula adalah isu instant gratification. Maka tidak hairanlah kerana ZINA itu DOSA yang BESAR. Zina mampu menghancurkan diri dan masyarakat. Tetapi malangnya ramai mengambil ringan perkiraan zina ini sesuatu yang mudah. Justeru zina ini berlaku dengan mudah dan dimana-mana. Malah kalau dikaji secara teliti perzinaan ini telah pun berada di dalam rumah kita sendiri. Mekanisma ZINA yang telah diberi domestikasi ( Mechanism of Domesticated Zina). Kebanyakan teori psaikologi membentangkan idea-idea Freud, yang justeru amnya menganggap

seksualiti itu adalah keperibadian (personaliti).Ini dibentangkan dalam bukunya, The Ego and The Id oleh Sigmund Freud pada tahun 1923 yang mendomestikasikan teori ini. Teori Rekaptulasi ( Recapitulation Theory) pula akan sentiasa mengambil idea iaitu Ontogeny recapitulates phylogeny ialah satu idea yang membentangkan bahawa, perkembangan evolusi manusia adalah daripada perubahan daripada yang terkedahuluannya, adalah bertentangan dengan idea orientasi kewujudan manusia dalam Islam. Sarjana sekularisme mengambil teori bahawa masalah perzinaan ini adalah adanya kewujudan dalaman yang terkumpul lama dan dizahirkan dalam perbuatan manusia. Begitu juga teori yang mengambil bahawa ketidakseimbangan fungsi neuro-endocrine adalah penyebab kepada masalah penzinaan. Pendapat Ibnu Qayyim dalam masalah zina adalah suatu yang perlu dititikberat dalam kehidupan seharian kita. Di dalam buku, Ibn Qayyim al- Jawaab al- Kaafi li man sa'ala al-Dawaa' al-Shaafi Ibn Qayyim telah mengumpulkan kesan-kesan zina kepada ruh yang amat komprehensif dan perlu dimanfaatkan. Kesimpulan daripada itu, penzinaan akan mematikan semua yang baik dalam di diri. Begitu juga oleh Al-Ghazali dalam kitab yang menerangkan bahawa nafsu itu, Pada masa ini, banyak lagi contoh-contoh idea zina yang sudah diberi nafas baru. Idea-idea yang datang mencerobohi pemikiran islami ini adalah daripada filem-filem hollywood yang memperagakan hidup materialistik, hedonisme dan pornografi. Begitu juga consented sexual intercourse, adalah idea sesat yang menggalakkan penzinaan.. Tidak hairanlah sekiranya hukuman bagi orang yang berzina itu seperti dalam Al-Quran dalam surah An-Nur:2 Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukum seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yand beriman An-nur:2 dikompilasi oleh Muhammad Khairul http://khairulorama.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai