Anda di halaman 1dari 2

Fungsi sebuah penulisan

oleh Muhd Khairul (http://khairulorama.wordpress.com)

Bagi seorang sasterawan, mungkin menulis adalah untuk


menyampaikan ayat- ayat bungaannya. Bagi seorang doktor
penulisan adalah pemangkin kepada kajiannya. Tetapi penulisan
mempunyai skop yang lebih besar.

Penulisan mampu menyuntik kefahaman dan ism. Tidak kira apa jua
fahaman atau ideologi. Melalu penulisan kefahaman itu kekal dan di
bawa dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Lihatlah hasil usaha
Umar al- Khattab yang telah mengambil inisiatif untuk membukukan
firman Allah. Lihatlah betapa hebat kesan daripada usahanya.

Apa lagi dalam dunia siber yang amat pantas. Perlulah ada kesedaran
dalam pemikiran penulis-penulis untuk menulis dengan lebih banyak
bukan satu. Tetapi mungkin juga ribuan artikel dalam masa satu
minggu. Saya percaya tidak kira apa jua bahasa, apa jua keadaan
penulisan yang berpengaruh dan mempunya isme perlulah ditulis
berkali- kali untuk menguatkan pengaruh itu.

Tidak perlu untuk saya memberitahu, apakah contoh penulisan


yang berupa fahaman atau isme. Terlalu banyak. Penulisan itu adalah
satu jihad yang berterusan.

Bukan itu sahaja, penulisan memberikan penjanaan idea baru. Idea


baru diperlukan untuk pembahuruan pemikiran dan konsep. Penulisan
yang hebat mampu menumbangkan penjajahan dan konsep-konsep
autonomi. Itulah kuasa penulisan.

Bukan itu, sahaja penulisan mampu meluaskan pengaruh sesuatu


budaya. Ia akan mengekalkan pengaruh dan meluaskan idea anda.
Jadi tulislah dengan nama- Nya.

Akhirnya, penulisan yang hebat dapat membunuh. Ia memberi


kredentials kepada sesiapa ynag diinginkan. Penulisan yang hebat
lebih tajam daripada mata pedang. Bukan omong- omong kosongan.
Pada sasterawan melebarkan sayap pengaruh kepada pembaca.
Pada budayawan ia menyuntik kecintaan kepada bangsa dan negara.
Pada politikus ia memberikan kelebihan nyata daripada mereka yang
hanya berjanji palsu.

Ya itu lah kehebatan sebuah penulisan.

Anda mungkin juga menyukai