Anda di halaman 1dari 30

1

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta, Tn Hj Yusaiman Bin Jusoh kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami selaku pemudah cara untuk kami menyiapkan tugasan bertajuk Perzinaan ini. Segala
kemudahan dan sokongan moral yang diberikan kepada kami berdua tidak mampu untuk
kami gambarkan dengan kata-kata sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu dengan menjawab
setiap pertanyaan dan memberi kerjasama semasa menjawab soalan kaji selidik yang telah
kami edarkan.
Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan isu-isu moral ini. Terima kasih.





2

1.1 PENGENALAN

Hubungan seks luar nikah pada ketika dahulu hanya kerap terjadi dalam masyarakat
di barat dan kini ia mula menular kepada masyarakat timur. Banyak kajian berkaitan telah
dilakukan berkenaan dengan persoalan ini. Hampir kebanyakan kajian yang dilakukan itu ada
menunjukkan sejumlah perlakuan konteks seksual seperti bercumbuan dan bermesra. Paling
ketara, punca asalnya ialah kegiatan pada masa persekolahan seperti sukan, persatuan atau
majlis sosial yang lain.
Pengalaman pertama remaja biasanya dipenuhi dengan perasaan cemas, takut dan
kerisauan terbawa-bawa sehingga ke peringkat pertengahan dan akhir keremajaan. Pada
pertemuan yang pertama dengan seseorang teman yang berlainan jantina, individu sering
tertanya tentang bagaimana teman itu melihat dirinya. Adakah teman baru itu suka akan
dirinya serta bagaimana pula andaian seksual mereka? Jika dulu, bercumbuan hanya ketara
dalam masyarakat barat, kini nampaknya ia juga telah menular hebat ke dalam masyarakat
timur, termasuklah masyarakat plural di Negara ini. Cumbuan ringan biasanya akan diikuti
dengan cumbuan yang lebih hebat sehingga akhirnya menjerumuskan mereka kepada
kegiatan perhubungan seks.
Gejala ini lebih kronik lagi di barat. Dalam kajian tahun 1980, Zelnick dan Katner
melaporkan bahawa lebih 50 peratus remaja Amerika Syarikat pernah melakukan seks.
Secara purata, para remaja yang terlibat pertama kali melakukannya pada sekitar usia 16
tahun. Walaupun demikian, tidaklah menjadi sesuatu yang luar biasa untuk mendapati remaja
berusia 13 atau 14 tahun aktif secara seksual dalam melakukan hubungan kelamin.
Perhubungan seks kini tidak lagi terikat kepada keperluan perkahwinan.
Menurut kajian sains, corak seksual di kalangan remaja bergantung kepada latar
sosial, wilayah geografi serta usia. Kepelbagaian juga wujud berdasarkan perbezaan budaya,
agama, masyarakat serta sesebuah keluarga. Desakan biologi (libido) juga ada pegaruh
tertentu. Maka jelasnya dorongan seksual ini dipengaruhi oleh tindakbalas biologi,
sosiobudaya serta faktor psikologi.
Walaupun kegiatan hubungan seks luar nikah semakin diterima dan berleluasa di
barat, namun bertukar-tukar pasangan (dalam konteks hubungan kelamin) masih tidak dapat
diterima umum. Perubahan turut berlaku dalam aspek hubungan seks yang bebas dalam
3

masyarakat mereka. Kini telah ada bukti penyelidikan yang menunjukkan bahawa kegiatan
seksual hanya timbul apabila sudah ada perasaan komitmen dan saling mengasihi. Keadaan
ini jauh berbeza dengan dua dekad dahulu iaitu ketika budaya hippi diterima oleh segolongan
belia barat. Kajian mendapati ramai belia barat kini hanya melakukan kegiatan seksual
apabila mereka sudah hampir pasti mendirikan rumahtangga. Walaubagaimanapun, ini tidak
semestinya bererti perkahwinan akan berlangsung antara pasangan tersebut.
Sesetengah golongan muda merasa tidak perlu bagi mereka mencuba dan
membuktikan kemampuan seksual yang dimiliki. Oleh itu mereka menarik diri dari
membabitkan diri dari kegiatan serupa itu. Mereka mempunyai banyak alasan tersendiri,
sama seperti golongan yang sebaliknya. Agama dan kepercayaan yang dianuti adalah salah
satu faktor yang paling utama, selain tidak sedia untuk sebarang komitmen. Kini
kebimbangan terhadap jangkitan AIDS juga memberi kesan tertentu. Mereka bebas memilih
cara hidup yang mereka ingini di samping terus menghormati nilai serta pendapat orang lain
berkaitan persoalan ini.
Menurut Islam, aktiviti ini berpunca dari perbuatan khalwat. Khalwat merupakan
perbuatan haram menurut ijmak ulama, sebagaimana yang disebutkan para ulama seperti
Imam Nawawi dan Ibnu Hajar Al-Asqalani r.a, adalah tidak jauh bezanya ketika seorang
lelaki berkhalwat dengan ipar ataupun anak saudaranya. Bahkan hal ini adalah lebih bahaya
berbanding daripada yang lainnya sebagaimana sabda Nabi SAW.
Hindarilah oleh kamu dari mendatangi wanita. Berkata seorang sahabat Ansar:

Wahai Rasulullah bagaimana kalau suami wanita itu adalah ipar?
Baginda menjawab, Ipar adalah kebinasaan
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




4

2.1 PENGERTIAN ZINA
Firman Allah SWT di dalam surah Al-israa:: 32,
4 W-O+4O^> -OE+@O- W
+O^^) 4p~E LO4= 47.Ec4
1EO):Ec ^@g
dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan
yang buruk.
Zina merupakan perbuatan buruk yang paling banyak memberikankesan kepada
pelakunya, bahkan termasuk keluarga, masyarakat, bangsa dan agama kerana ia merupakan
dosa besar, malah merupakan seburuk-buruk kejahatan yang telah dinyatakan oleh Allah
SWT.
Demikan itu, Allah SWT menjadikan hukuman zina sebgai sekeras-keras hukuman
kepada penzina, sama ada di dunia atau di akhirat. Kerana pengaruh zina mampu merosak
dan memporak perandakan sesebuah institusi kekeluargaan. Kerana itulah islam sentiasa
berusaha keras bagi menghentikan segala bentuk perzinaan yang berlaku dengan menekankan
unsur-unsur akhlak dan sahsiah yang terpuji serta berlandaskan syariat.
Zina bukan sahaja berlaku pada golongan remaja yang belum berkahwin, malah zina
turut berlaku kepada pasangan suami isteri yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Ini
jelas berlaku apabila mereka yang mendirikan rumah tangga tidak mengetahui dengan jelas
tanggungjawab masing-masing, hokum yang telah ditetapkan oleh syariat dan sebagainya.
Hal yang demikian menyebabkan apabila sudah berkahwin dan mereka masih ingin
memuaskan nafsu syahwat yang membuak-buak serta menyebabkan perzinaan terjadi di
kalangan mereka yang sudah berumah tangga.
Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa lelaki yang berzina tidak
akan mengahwini wanita kecuali wanita zina atau perempuan musyrik dan perempuan
berzina tidak akan berkahwin dengan lelaki melainkan lelaki zina atau musyrik, yang
demikian itu adalah haram di atas orang-orang mukmin.


5

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nuur::23,
Ep) 4g~-.- ]ON`O4C
ge4L=N^- geUg4^-
geE4g`u^- W-ONLg7 O)
4Ou^O- jE4O=E-4 +O4
R-EO4N 7g4N ^g@
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah[1033] lagi beriman (berbuat
zina), mereka kena la'nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.
[1033] Yang dimaksud dengan wanita-wanita yang lengah ialah wanita-wanita yang tidak pernah sekali juga
teringat oleh mereka akan melakukan perbuatan yang keji itu.

2.1.1 Definisi Zina
Apakah sebenarnya perhiasan? Maulana Muhammad Idris Kandalawi r.a,
mentafsirkan ayat ini sebagimana berikut:
Zina ertinya memperindahkan sama ada memperindahkan bentuk aslinya seperti wajah,
tangan dan tubuh atau sengaja memperindahkan pakaian, barang-barang perhiasan dan
persolekan. Semua itu adalah kecantikan wanita yang zahir dan termasuk dalam pengertian
zina. Semua itu harus disembunyikan oleh wanita dari pandangan orang lain kecuali
mahramnya. Terutamanya yang berkaitan dengan aurat wanita, yakni bahagian-bahagian
tubuh wanita dan kecantikannya yang wajib ditutupi dari padangan orang lain
Namun perkataan zina berasal daripada huruf (Zai, Nun, Ya). Kata Az-Zina adalah
bermaksud hubungan badan yang diharamkan. Iaitu hubungan yang intim di antara lelaki dan
wanita yang tidak berkahwin tetapi melakukan perbuatan seperti mereka berkahwin dan
bersetubuh melalui jalan yang haram dan dosa. Zina juga bererti bigha iaitu (perbuatan
nista). Contohnya, imraatun tazni iaitu membawa maksud wanita itu telah berbuat nista.
Dalam istilah syariat pula menyatakan bahawa zina adalah seorang lelaki yang
menggauli seorang wanita yang belum dinikahinya dengan pernikahan yang disesuaikan
dengan syariat. Malah, zina termasuk dalam golongan dosa-dosa besar. Zina juga
dikategorikan sebagai peringkat ketiga selepas mensyirikkan Allah SWT dan membunuh. Ini
6

kerana zina bukan sahaja sesuatu perbuatan yang keji, bahkan ia akan merosak dan
menjatuhkan maruah serta kehormatan diri si pelakunya. Manakala anak daripada hasil zina
juga menyebabkan nasab keturunan seseorang itu tercalar dan menjatuhkan maruah serta
harga diri keturunan nasab itu sendiri. Walhal, timbul pula berbagi persoalan anak hasil zina
itu harus dibinkan kepada siapa. Ini akan memberikan kesan kepada sejarah kehidupan anak
yang tidak berdosa itu, dalam kehidupannya akan datang.
Kerana kebiasaanya anak hasil zina ini akan merasa rendah diri dan merasa tidak
berguna hasil daripada hubungan haram ayah dan ibnya pada masa lampau. Golongan anak
zina ini juga kadang kala dipandang jijik sedangkan mereka tidak berdosa, yang berdosa
adalah ibu bapa mereka. Sebaliknya anak-anak ini yang menjadi mangsa keadaan dan
kemarahan masyarakat.

2.1.2 Anggota Badan yang Berzina
Perbuatan zina bukan sahaja pada bahagian alat sulit lelaki dan wanita, bahkan setiap
anggota badan manusia berkecenderungan untuk melakukan zina. Jenis-jenis zina yang lain
adalah termasuk anggota tubuh badan.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah SAW bersabda yang bermaksud:
Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina, kedua mata itu berzina dan zinanya
adalah melihat, kedua tangan itu berzina dan zinanya adalah memegang, kedua kakinya
berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan
hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang
akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut
(Hadis Riwayat Ahmad)

Maksud dari hadis di atas sangat jelas bahawa setiap anggota tubuh badan boleh
menyebabkan atau menjerumuskan manusia ke lembah perzinaan. Oleh yang demikian Nabi
SAW menganjurkan supaya kita sentiasa menjaga anggota badan agar tidak terjerumus ke
lembah perzinaan, dengan menjaga mata dari melihat perkara yang di haramkan, telinga
daripada mendengar perkara yang diharamkan, tangan daripada menyentuh sesuatu yang
7

haram, kaki agar tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat dan seterusnya menjaga hati
daripada bisikan-bisiskan syaitan yang sering mengajak kepada kejahatan.

























8

3.1 PERSPEKTIF ZINA MENURUT AGAMA
Perbuatan zina adalah haram kerana dikhuatiri akan terputus kesinambungan
keturunan manusia yang bermoral dan akan menghalang kebenaran peradaban. Oleh itu,
kebebasan lelaki dan wanita ketika bersetubuh di dalam perkahwinan, bukanlah semata-mata
untuk mencari kenikmatan dan kepuasan nafsu. Hubungan seumpama ini harus ditaati dan
diamalkan oleh masyaraakat. Tanpa ikatan perkahwinan tidak mungkin wujud
kesinambungan keturunan manusia kerana seorang bayi yang berumur sehari sekalipun
adalah anak manusia. Di dalam kehidupan seorang bayi dia memerlukan seorang pengasuh
untuk mendidiknya selama beberapa waktu. Para wanita enggan menanggung beban
tanggungjawab sekiranya tidak ada teman yang meneyebabkan bayi itu lahir.
Disamping itu hubungan yang tanpa ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan,
menyebabkan peradaban manusia tidak terbina. Hal ini kerana, peradaban manusia tidak akan
wujud jika lelaki dan wanita tidak bersatu membina rumahtangga. Apabila lelaki dan wanita
bercampur secara bebas, liar hanya untuk memuaskan nafsu berahi tanpa ada keiginan untuk
membentuk dan membina rumahtangga, pasti akn lenyap dan musnah ikatan peradaban
manusia dan sekaligus akan melenyapkan kesatuan kehidupan manusia di dalam masyarakat.
Manusia akan kembali kepada keadaan sebelum terbinanya peradaban masyrakat zaman
sekarang. Oleh itu, semua seks bebas yang tidak berdasarkan pada ikatan perjanjian yang
harus ditaati adalah bertentangan dengan fitrah kemanusiaan. Atas alasan ini juga manusia
akan selamanya menganggap perbuatan zina adalah kotor,hina,keji dan merupakan perbuatan
yang berdosa.
Terdapat persamaan beberapa undang-undang dan syariat di dalam menghukum
perbuatan zina, iaitu haram. Walaubagaimanapun, akhirnya berlaku perselisihan di dalam
hokum penzinaan. Masyarakat yang masih mempunyai perasaan fitrah kemanusiaan
9

memandang zina sebagai perbuatan yang keji dan pelakunya harus menerima hukuman berat.
Namun begitu, sifat mereka mula berubah sedikit demi sedikit, bersesuaian dengan corak
kebudayaan yang mempengaruhi masyarakat

3.1.1 Agama Hindu
Perkataan zina yang sepadan didalam Hukum Hindu iaitu Paradara yang bermaksud
isteri orang lain, atau dengan lebih tepat ialah setiap perbuatan yang kurang senonoh terhadap
isteri oang lain. Menurut masyarakat Hindu perbuatan zina adalah sesuatu yang tidak
bermoral dan hukuman yang diberikan kepada lelaki yang melakukan zina adalah dengan
membaringkannya diatas papan besi yang dikelilingi oleh nyalaan api dan penzina
perempuan pula dilepaskan di tengah-tengah sekumpulan anjing liar. Hal ini serupa dengan
apa yang yang tertulis di dalam kitab Undang-Undang Agama karangan Manoo. Di dalam
kitab ini disebutkan bahawa:
Apabila seorang lelaki berzina dengan seorang wanita yang sedarjat dengan nya diatas
dasar suka sama suka, maka tidak ada hukuman kecuali terhadap lelaki tersebut, di mana dia
terpaksa membayar wang tebusan kepada ayah wanita itu dan boleh pula mengahwininya
apabila si ayah menyetujuinya. Sekiranya wanita tersebut lebih tinggi darjatnya daripada
lelaki tersebut, maka wanita akan diusir daripada tempat tinggalnya sedangkan orang lelaki
tersebut akan dihukum dengan memotong anggota badannya. Hukuman ini dapat diganti
dengan membakar wanita itu hidup-hidup sekiranya dia berasal daripada kasta Brahma.


10

Hukum zina didalam kitab Manawa Dharmasastra hampir serupa dengan arthasastra.
Kitab Manavadharmasastra menyatakan bahwa cara terbaik bagi mengelakkan perbuatan zina
adalah dengan segera melangsungkan pernikahan. Tujuan pernikahan terbahagi kepada dua
iaitu Praja dan Rati. Praja bermaksud pernikahan bertujuan untuk melahirkan keturunan
yang akan meneruskan roda kehidupan di dunia. Tanpa keturunan, maka roda kehidupan
manusia akan punah dan berhenti berputar. Pernikahan sangat dimuliakan kerana memberi
peluang kepada anak atau keturunan menebus dosa-dosa. Anak atau keturunan merupakan
lanjutan dari sesebuah kehidupan. Manakala Rati pula bermaksud pernikahan adalah jalan
yang sah bagi pasangan mempelai untuk menikmati kehidupan seksual dan kenikmatan
duniawi. Pasangan yang berkahwin dapat merasakan nikmat duniawi secara sah dipercayai
dapat memberikan ketenangan jiwa.

3.1.2 Agama Buddha
Zina menurut agama Buddha dikenali sebagai kamesu michacara Di dalam kitab
suci agama Buddha telah dijelaskan perbuatan zina memberi banyak kesan negatif pada
ikatan jodoh dan keturunan. Masyarakat Buddha percaya apabila sekali saja seseorang
individu melakukan perbuatan zina dengan wanita atau lelaki maka bermaksud beliau sudah
mencipta ikatan, pertalian, atau jodoh dengan pasangan zina tersebut, serta akibatnya beliau
terpaksa hidup bersama pasangan zina sebanyak 500 kehidupan. Menurut Dhammapada 309:
mengariskan bahawa orang yang melakukan perbuatan zina akan menerima 4 ganjaran iaitu
mereka akan menerima karma buruk, mereka tidak akan dapat tidur dengan tenang atau
nyenyak, namanya tercela serta mereka akan masuk neraka.
Orang yang suka berzina selain berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit
berjangkit seperti HIV dan sephilis, hasil perhubungan zina bakal melahirkan yang bernasib
11

kurang baik dimana anak-anak tersebut cenderung untuk memperolehi masa depan yang
suram. Masyarakat Buddha percaya hal ini akibat daripada pengaruh karma buruk yang
diwarisi oleh ibubapa yang melakukan zina telah menjangkiti karma anak-anak tersebut. Di
dalam kitab suci juga jelas menyatakan bahawa perbuatan zina adalah paling tidak disukai
dan dibenci oleh para dewa langit, sehingga banyak para dewa rezeki serta dewa pelindung
pergi menjauhi orang-orang yang melakukan zina dengan tidak memberi berkah serta
perlindungan. Para pemuda dan pemudi masyarakat Buddha dilarang sama sekali mengotori
diri dengan perbuatan zina dan disarankan bernikah bagi menjamin keturunan yang baik.

3.1.3 Agama Yahudi
Penzinaan dalam agama Yahudi merupakan sesuatu yang sangat dilarang, ini
dibuktikan dengan adanya hukuman rejam bagi mereka yang melakukannya sebagaimana
yang tertulis dalam perjanjian lama dalam kitab Ulangan surah 22 ayat 22-26 ( Undang-
Undang Yahudi) menghukum lelaki yang melakukan zina dengan isteri orang dengan
ketetapan:
Apabila seorang lelaki didapati tidur bersama dengan seorang perempuan yang bersuami
maka keduanya harus dibunuh. Demikianlah harus kamu hapuskan yang jahat itu daripada
orang-orang Israel. Sekiranya seorang gadis yang telah bertunang pergi ke kota dan
bertemu dengan seorang lelaki, lalu diajak tidur bersama dengannya, maka kedua-duanya
harus dibawa keluar ke pintu gerbang kota dan dilempar dengan batu sehingga gadis itu
mati. Demikianlah harus kamu hapuskan ayng jahat itu daripada kalangan kamu. Tetapi
sekiranya didapati gadis itu diajak tidur oleh lelaki, maka hanya lelaki tersebut harus mati
tetapi gadis itu janganlah diapa-apakan.
12

Kitab suci Yahudi hanya menetapkan lelaki yang melakukan zina dikehendaki
membayar denda, seperti yang tercatat dalam Kitab Keluaran 22, ayat 16-17 dan kitab Every
Mans Talmud disebutkan:
Kecuali jika seseorang berzina dengan anak perempuan seorang pendeta, maka lelaki itu
ihukum gantung dan perempuan itu dibakar.

3.1.4 Agama Nasrani
Kaum Nasrani telah membuat pandangan dan kesimpulan yang lain terhadap
hukuman penzinaan. Mereka menganggap zina adalah persetubuhan seorang lelaki yang
belum berkahwin dengan wanita yang masih perawan. Meskipun dianggap berdosa tetapi
perbuatannya tidak dianggap sebagai perbuatan yang tergolong dalam katogari kejahatan.
Namun mereka berpendapat apabila salah seorang atau keduanya telah berkahwin maka
pelaku dikatakan telah melanggar hukum-hukum jenayah. Maksud melanggar hukum jenayah
dalam konteks masyarakat nasrani adalah bukan kerana perbuatan zinanya, tetapi kerana
keingkaran janji antara pasanagn suami isteri. Menurut perspektif masyarakat nasrani,
sesiapapun yang berzina sesudah menikah sama ada lelaki mahupun wanita, maka ia
dianggap sebagai penjahat kerana mengingkari janji antara suami isteri yang telah diucapkan
di hadapan paderi semasa upacara perkahwinan.
Masyarakat Nasrani sepakat telah menetapkan hukuman terhadap pelanggaran ini
iaitu, isteri boleh mengadu kepada pihak pengadilan dan meminta cerai. Manakala bagi pihak
lelaki pula jika isterinya berzina dengan lelaki lain maka dia tidak hanya boleh mengadu dan
meminta cerai sahaja malah dia juga dapat menuntut ganti rugi kepada lelaki lain yang telah
bersekedudukan dengan isterinya. Meskipun demikian suami isteri berhak menuntut untuk
13

bercerai. Tetapi kenyataannya, keputusan hukuman itu ibarat seperti pedang yang membunuh
kedua-dua belah pihak iaitu si suami dan si isteri. Hal ini kerana mereka tidak lagi diizinkan
untuk bernikah dengan wanita atau lelaki lain selama mereka hidup. Demikianlah undang-
undang kaum nasrani bagi pelaku zina lelaki atau wanita yang telah bernikah.

3.1.5 Agama Islam
Undang-undang penzinaan dalam islam amat berbeza dengan agama-agama lain.
Islam menetapkan zina sebagai perbuatan yang harus dihukum dimana hukumannya lebih
berat terhadap orang yang sudah berumahtangga. Pelaku zina yang telah bernikah dihukum
bukan kerana telah mengingkari janji semasa akad nikah dilafazkan atau kerana melangar hak
tempat tidur orang lain, tetapi kerana mereka memuaskan nafsu syahwatnya tidak
berdasarkan jalan syariat yang sah. Dalam peraturan islam apabila perbuatan zina dibiarkan
begitu sahaja tanpa ada halangan, maka anak yang lahir daripada hasil zina tidak akan dapat
dikatahui asal-usul keturunanya. Oleh itu, hubungan lelaki dan wanita hendaklah terbatas
mengikut landasan yang telah ditetapkan mengikut agama. Hubungan yang terbatas ini tidak
dapat wujud selagi aktiviti pergaulan bebas tersebar secara umum. Selagi manusia belum
memuaskan nafsunya tanpa memikirkan tentang tanggungjawab terhadap rumahtangga, maka
daripada mereka tidak dapat diharapkan sikap tanggungjawab didalam berkeluarga.
Bagi menjamin masyarakat islam daripada melakukan penzinaan, maka islam
tidak hanya menggunakan senjata pengasingan. Bahkan Islam mengadakan proses
penyelesaian dan pencegahan secara ketat dan meluas. Didalam undang-undang islam,
pengasingan merupakan jalan ringkas untuk membersihkan masyarakat dari melakukan
perbuatan terkutuk itu. Agama islam tidak akan membiarkan manusia bebas melakukan zina
setelah dikenakan hukuman sebat. Pengasingan bertujuan untuk mengelak menusia daripada
14

melakukan kesalahan jenayah dan untuk mengelakakn pelaku zina terus melakukannya
hingga akhirnya dikenakan hukuman. Oleh itu Islam lebih mementingkan pembersihan diri
sebelum sesuatu itu terjadi, iaitu dengan menanamkan perasaan takut terhadap azab Allah
didalam hati manusia. Pengasingan juga dimaksudkan untuk menumbukkan rasa
kecenderungan hati agar sentiasa rasa taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, yang
merupakan tunjang tujuan iman dalam islam. Islam juga selalu mengingatkan umatnya
bahawa zina adalah suatu perbuatan keji ayng tergolong di dalam dosa besar. Pelaku zina
diharuskan mendapat azab pedih di akhirat kelak. Islam memberi kemudahan dengan
pelbagai usaha yang memungkinkan iaitu dengan melangsungkan pernikahan. Agama islam
itu cukup indah apabila mengizinkan kaum lelaki menikahi dua, tiga atau empat orang wanita
sekiranya mampu.
Allah memerintahkan kepada umat Islam agar bernikah dan tidak membiarkan
hambanya sama ada lelaki atau wanita tidak bernikah. Islam menghapuskan segala aktiviti
dan hal-hal yang menyebabkan manusia terangsang untuk melakukan penzinaan. Oleh itu,
Islam memerintahkan kaum wanita apabila hendak keluar meninggalkan rumah untuk sesuatu
keperluan, mereka perlu menutupi seluruh aurat dan hendaklah menyembunyikan seluruh
perhiasan daripada lelaki yang bukan muhrimnya. Islam juga melenyapkan kegiatan
pelacuran. Agama Islam menetapkan zina sebagai perbuatan jenayah yang mana boleh diadili
oleh pentadbiran Negara dan pengadilan berhak menghukum para pelakunya.
Penetepan hukum zina yang ada di dalam surah al-Nur merupakan penetapan hukum
zina secara mutlak terhadap pelaku yang belum menikah (ihshon) dan bagi orang yang telah
menikah (mushon) hukumanya adalah lebih berat. Ia telah ditetapkan oleh Allah S.W.T di
dalam surah al-Nisa ayat 15 . Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
15

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk
berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara
kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba
perempaun yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu:
kamu masing-masing ( suami yang merdeka dan isteri dari hamba abdi itu) adalah berasal
sama ( dari Adam dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah denagn mereka dengan izin
walinya serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Mereka ( hamba-hamba
perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan
lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebgai teman simpanan. Kemudian setelah
mereka ( hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji
(zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas
perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian ( yang
membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-
orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu dan abarnya kamu (tidak berkahwin
dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.
(Surah al-Nisa 4: 25)







16


4.1 HUKUMAN BAGI PENZINA
4.1.1 Penzina yang belum menikah
Apabila diputuskan telah berzina berdasarkan ikrar dan pengakuannya, saksi
yang sesuai dengan ketepatan syarak. Baginya hukuman sebat sebanyak seratus kali
serta diasingkan negerinya selama satu tahun.

4.1.2 Penzina yang sudah menikah
Bagi mereka adalah hukuman rejam dengan batu sampai mati. Seorang lelaki
datang menemui Rasullulah SAW ketika baginda di masjid lalu orang itu memanggil
Rasulullah SAW dan berkata:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina. Maka Rasulullah SAW
meninggalkannya tanpa sebarang kata. Kemudian lelaki tersebut mengulangi
perkataanya sehingga empat kali dan Rasulullah SAW tetap tidak menghiraukannya
akan tetapi ketika lelaki tersebut bersaksi atas dirinya sebanyak empat kali bahawa
dia telah berzina, maka Rasulullah SAW pun bertanya kepadanya, Apakah kamu
gila? Lelaki itu menjawab, Tidak. Lalu Rasulullah SAW bertanya Apakah kamu
sudah bernikah? Lelaki itu menjawab, Sudah. Maka Rasulullah SAW menoleh
kepada para sahabatnya dan bersabda kepad mereka, Pergilah kamu bersamanya
dan rejamlah dia.
(Hadis Riwayat Muttafaqqun Alaihi)

4.1.3 Penzina yang sedang hamil
Jika penzina wanita tersebut hamil, maka tidak dilaksanakan had (hukuman)
sehingga ia melahirkan.
Seorang wanita dating kepada Rasulullah SAW dan memberitahu bahawa dia telah
berzina. Wanita tersebut berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah!
Sucikanlah saya! Rasulullah SAW bersabda, Celakalah kamu, pulanglah dan
17

mintalah ampun kepada Allah! Kemudian perempuan itu berkata, Aku harap
engkau ingin mengembalikanku sebagaimana engkau mengembalikan Maiz bin
Malik. Kemudian Rasulullah SAW memperhatikannya dan melihat perutnya yang
hamil. Maka baginda bertanya, Mengapa dengan perutmu itu? Lantas perempuan
itu memberitahu bahawa dia telah mengandung dari benih orang yang menzinainya.
Raulullah SAW bertanya, Kamu berzina? Perempuan itu menjawab, Ya.
Kemudian Rasulullah SAW menyuruhnya untuk pulang sehingga dia melahirkan dan
menyuruh salah seorang lelaki Ansar untuk menanggung keperluannya sehingga ia
melahirkan. Pada suatu hari datanglah lelaki itu, lalu berkata kepad baginda,
Perempuan itu melahirka. Kemudian lelaki tersebut berdiri dan berkata kepada
baginda, Saya yang menguruskan anaknya Ya Nabi Allah! Lalu Rasulullah SAW
pun memerintahkan untuk merejamnya, maka direjamlah perempuan tersebut.
(Hadis Riwayat Muslim)











18


5.1 TEORI MORAL
Teori moral merangkumi sejumlah pendekatan bagi memahami bagaimana, kenapa,
dan pada taham apa seseorang patut menilai sesuatu; samaada ia adalah seseorang, idea,
objek, atau sesuatu yang lain. Penyiasatan ini bermula pada falsafah silam, di mana ia
dikenali sebagai axiologi atau ethik. Penyiasatan ahli falsafah awal mencari pemahaman
buruk dan baik dan konsep "baik". Masa kini kebanyakan teori nilai merupakan rakaman
empirikal saintifik mengenai apa yang di nilai oleh seseorang dan cuba memahami mengapa
mereka menghargainya dari konteks psikologi, sosiologi, dan ekonomi.

5.1.1 Egoisme
Egoisme bermaksud bahawa sesuatu tindakan adalah betul dengan melihat kepada
kesan tindakan kepada individu. lndividu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa
mereka harus mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri.
Terma egoisme berasal dari perkataan ego, perkataan Latin untuk aku dalam Bahasa
Malaysia. Egoisme perlu dibezakan dengan egotisme yang bermaksud penilaian berlebihan
psikologi terhadap kepentingan sendiri atau aktiviti sendiri. Teori ini adalah bersifat
individualistik.
Menurut teori moral egoisme, perzinaan adalah satu tindakan yang bermoral kerana
matlamat pelaku adalah semata-mata untuk mencapai hasrat yang dihajati oleh diri sendiri.
Hajat yang dimaksudkan disini ialah keseronokan yang diperoleh daripada melakukan
perbuatan seks tanpa memikirkan kesan sekiranya hamil atau sebaliknya.

19

5.1.2 Teori Utilitarianisme
Utilitarisme berasal dari kata Latin utilis yang bermaksud bermanfaat. Menurut
teori ini, suatu perbuatan adalah baik jika membawa manfaat, berfaedah atau berguna kepada
seseorang individu malah keseluruhan masyarakat. Teori ini memberikan suatu norma
bahawa baik buruknya suatu tindakan ditentukan oleh kesan perbuatan itu sendiri. Tingkah
laku yang baik akan menghasilkan sebanyak mungkin kesan baik jika dibandingkan dengan
kesan buruk. Setiap manusia harus selalu memikirkan kesan daripada sesuatu tindakan yang
diambil terhadap dirinya serta orang lain . Menurut teori ini, kriteria untuk menentukan baik
buruknya suatu perbuatan utilitarisme adalah mengikut konsep the greatest happiness of
the greatest number
Menurut teori moral utilitarinisme, perzinaan adalah satu tindakan yang tidak
bermoral kerana akan ramai orang yang sengsara hasil dari perbuatan zina tersebut. Jika
diteliti dengan mendalam, kesan daripada berlakunya perbuatan zina banyak memberi impak
negatif samada kepada diri sendiri, keluarga, serta masyarakat.








20

6.1 PUNCA-PUNCA MASALAH PERZINAAN
6.1.1 Diri sendiri
Lazimnya perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh
mendorong seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan
tersebut. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah
kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan
pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa mereka
sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada
haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus
melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak naluri yang mahukan kebebasan,
lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran. (Ahmad Redzuwan, 2003: 3).
Selain ingin mencuba, percintaan juga tidak dapat dinafikan. Pasangan yang asyik
bercinta kadangkala tidak menyedari bahawa tindakan seperti berdua-duaan, bergaul,
bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh mendorong seseorang
melakukan seks bebas. Senario parah yang kian menular di Malaysia hari ini apabila remaja
banyak terlibat degan percintaan dan melakukan seks serentak demi cinta sejati. Kebanyakan
pasangan melakukan seks luar nikah untuk mencari pengiktirafan bagi membuktikan kasih
sayang terhadap pasangan.
Mereka tidak dapat menolak cinta yang hadir malah gagal mengawal nafsu daripada
menguasai jiwa. Seseorang yang terjebak dengan seks bebas, kebanyakannya adalah ekoran
daripada berkhalwat atau duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan. Secara
psikologi, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang sedang berdua- duaan akan mudah
mengalami total reflek. Iaitu keadaan di mana seorang wanita tidak mampu berbuat apa-apa
21

pada saat lelaki terdorong melakukan hubungan seksual dengannya (Siti Hajar Hj. Ibrahim,
2002: 63).
Di samping itu berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim juga
biasanya akan membenarkan rangsangan-rangsangan seperti bersentuhan, berpelukan dan
bercumbuan yang akhirnya membawa kepada perzinaan.

6.1.2 Institusi Keluarga
Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan untuk mengembang dan
membangunkan keturunan. Dalam hal ini ibu bapa berperanan menjaga, melindungi,
mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun,
institusi keluarga hari ini dilihat telah gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam
membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Tambahan lagi dengan meningkatnya
perceraian dalam kalangan suami isteri, penganiayaan terhadap anak-anak dan kurangnya
kasih sayang sesama keluarga telah menyebabkan berlaku pelbagai masalah sosial seperti
sumbang mahram, lari dari rumah dan masalah seks bebas.
Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan
anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang positif. Tetapi ibubapa kini terlalu
berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Sehinggakan ada di antara ibu
bapa yang menonton VCD lucah bersama anak-anak dan secara tidak langsung mereka
mendedahkan unsur kelucahan pada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak kehilangan
contoh ikutan untuk membentuk diri mereka menjadi manusia yang berakhlak dan bersahsiah
tinggi. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi perhatian yang sewajarnya kepada
anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya
22

membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti
lari dari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi, vandalisme dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan
agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum. (Zulkiffly Ahmad, 2006:
24). Ibu bapa umpamanya gagal memberikan pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-
anak seperti ilmu tentang tatacara pergaulan dan berpakaian yang dianjurkan oleh Islam serta
perkara-perkara yang dihalal dan diharamkan dalam Islam.

6.1.3 Rakan Sebaya
Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini
merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha
untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku
temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut. Pelbagai desakan yang diterima
dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan seseorang melakukan seks
bebas.
Berdasarkan pengalaman seorang pelatih di Rumah Bimbingan Raudhatus Sakinah
yang pernah terjebak dengan perilaku seks bebas mengakui beliau sering terpengaruh dengan
rakan-rakan seperti ponteng sekolah dan melepak bersama rakan-rakan. Apabila semua
rakan-rakan mempunyai pasangan telah mendorongnya turut berpasangan yang mana
akhirnya berlaku perkara terkutuk iaitu perzinaan.


23

6.1.4 Masyarakat
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung
membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat
bertanggungjawab melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang
membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada
masayarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau
ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus
bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain.
Namun masyarakat hari ini yang kononnya 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' telah
menyebabkan salah laku seks bebas meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata
sendiri masyarakat sekeliling berkelakuan tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan
diambil sama ada menegur atau memberi nasihat. Situasi ini mendorong seseorang
melakukan apa sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli.
Lebih-lebih lagi jika kurangnya semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin
sukar untuk dibendung.

6.1.5 Media Massa
Selain masyarakat, media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk
keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang yang
terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif
yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. Media elektronik umpamanya, banyak
menayangkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan,
berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya
24

remaja ke arah perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara adegan tersebut dilakukan
oleh orang Islam yang bukan muhrim untuk memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah filem.
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti seks bebas
dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa itu
memberikan pengajaran yang baik.
Namun demikian, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen,
serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja
dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-
nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara
barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran
sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media
ini juga mudah diperolehi. (Zulkiffly Ahmad, 2006: 25).

6.1.6 Kerajaan
Kerajaan memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat
menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kerajaan berperanan membangun dan
menstabilkan ekonomi negara, mewujudkan persekitaran yang selamat serta melahirkan
masyarakat yang berilmu dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
khususnya melalui sistem pendidikan. Pihak kerajaan dilihat tidak telus dalam menangani
masalah seks bebas yang melanda masyarakat hari ini. Ini terbukti apabila banyak aktiviti
atau program yang dianjurkan oleh pihak berwajib telah menghalalkan kemungkaran seperti
pergaulan bebas tanpa batas, mengenepikan aurat serta menggalakkan pelbagai bentuk
hiburan.
25

Antaranya program-program seperti Jom Heboh, larian amal, Perkampungan Hadhari
dan pelbagai lagi yang dianjurkan atas slogan memartabatkan Islam, kebajikan dan
membantu rakyat banyak melibatkan keruntuhan moral. Sebenarnya kecelaruan Islam yang
dicipta oleh kerajaan menyebabkan masyarakat menjadi keliru dalam memahami Islam dan
amalan Islam yang sebenarnya. (Berhanuddin Abdullah, 1997:146).

6.1.7 Pengaruh budaya barat
Antara punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini
berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh
budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk
menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini
menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan
didikan agama. Situasi ini menyebabkan para remaja masa kini tanpa rasa takut terjebak
dalam gejala seks bebas. Golongan remaja ini melakukan hubungan seks bebas dengan
sesiapa sahaja tanpa memikirkan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat mahupun
negara.






26

7.1 LANGKAH MENGATASI MASALAH PERZINAAN
7.1.1 Diri sendiri
Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh
mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam
membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat
sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa &
guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri
secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan &
pertubuhan bukan kerajaan.

7.1.2 Ibu bapa
Kita telah ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial
ini adalah kurangnya perhatian & kasih sayang daripada ibu bapa & keluarga. Bagi mengatasi
masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian, bimbingan & kasih
sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa
kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari
kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

7.1.3 Rakan sebaya
Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup
kuat. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan
seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan
27

mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja.
Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti berdisiplin dan cenderung melakukan
perkara yang membawa kebaikan, secara automatik seseorang remaja tersebut akan menjadi
positif. Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan)
dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-
siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi
pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.
(Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari)

7.1.4 Masyarakat
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung
membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat
bertanggungjawab melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang
membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada
masayarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau
ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus
bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain.
Masyarakat perlulah menyemai semangat kejiranan yang tinggi dalam kehidupan
bermasyarakat dan sentiasa mengambil berat. Contohnya: Pelajar-pelajar IPT yang menyewa
di kawasan perumahan, masyarakat perlulah prihatin terhadap pelajar berada di sekeliling dan
sentiasa mengambil berat terhadap mereka. Dalil-dalil yang membahas tentang hidup
bertetangga diantaranya adalah:
28


Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan
berbuat baiklah kepada kedua orang ibu-bapak, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan
hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri. (An-Nisa: 36)

7.1.5 Kerajaan
Kerajaan merupakan sebuah organisasi terbesar dalam sesebuah Negara. Oleh itu,
kerajaan perlulah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk keperibadian
masyarakat menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kerajaan berperanan
membangun dan menstabilkan ekonomi negara, mewujudkan persekitaran yang selamat serta
melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek khususnya melalui sistem pendidikan terutamanya di peringkat IPT. Mahasiswa
merupakan aset penting kepada Negara di masa akan datang kerana mahasiswa ini yang akan
menjadi pentadbir Negara pada suatu masa nanti.





29

8.1 IMPLIKASI MASALAH PERZINAAN
Sejak kebelakangan, surat khabar sering menghebohkan tentang isu seks bebas di IPT.
Semua pihak perlu memberikan perhatian yang sepatutnya supaya isu ini dapat dikurangkan.
Seks bebas merupakan pergaulan bebas tanpa mengira pasangannya.Aktiviti ini merupakan
perbuatan yang tidak sihat kerana membawa banyak keburukan kepada remaja. Kegiatan seks
membawa banyak implikasi yang negatif antaranya ialah menjejaskan imej negara.Negara
lain akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kerana tidak berupaya menangani
masalah sosial. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada pelancong negara
jiran.Justeru itu, media massa juga menghebohkan perkara tersebut maka imej negara terjejas.
Kesan kedua ialah menjejaskan masa depan remaja.Masyarakat sukar menerima
remaja sekiranya insaf ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan
timbul.Lebih buruk lagi mereka disisihkan keluarga kerana sukar menerima perbuatan
mereka.Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh
diri.Implikasi seterusnya ialah peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi.
Kehamilan luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggungjawab yang berat
lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereka juga berasa malu
atas perbuatannya dan bimbang akan masa depan tercemar maka mereka memilih
pembuangan bayi. Akhirnya kesihatan wanita terjejas dan mudah menjangkiti penyakit.





30

9.1 KESIMPULAN
Dunia kini sedang berhadapan dengan masalah seks global. Saban hari, pasti akan
muncul di dada-dada akhbar mengenai perzinaan dan pelacuran. Mereka yang terbabit bukan
hanya orang dewasa, malah majoriti daripadanya adalah berada dalam peringkat pertengahan
yang lebih dikenali sebagai peringkat remaja.
Dalam kondisi masyarakat Malaysia sekarang, tidak dinafikan bahawa terdapat
pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dalam masalah zina ini samada pelajar sekolah
menengah mahupun mereka yang berada di sekolah rendah. Namun, produk kepada aktiviti
perzinaan ini tidak lain hanya akan mendatangkan masalah yang besar bukan setakat kepada
pelaku seks malah menjadi antara faktor utama kebimbangan masyarakat kini.
Keseronokan yang mereka hadapi ketika melakukan maksiat tersebut mungkin hanya
seketika, namun kesan yang akan menimpa mereka tidak akan berakhir dalam masa yang
singkat. Kesan yang diterima lebih besar impaknya daripada keseronokan yang sementara.
Antaranya adalah kehamilan, pengguguran, kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi,
jangkitan kelamin (STD), HIV/AIDS dan macam-macam lagi. Oleh itu, sebagai langkah
pencegahan semua pihak perlulah berganding bahu membanteras masalah perzinaan ini.

Anda mungkin juga menyukai