Anda di halaman 1dari 10

1. Kenal pasti SATU isu sosial semasa dan jelaskan sebab isu ini adalah satu isu sosial.

Pelacuran telah dicatatkan sebagai kerjaya yang paling tua di dunia. Isu pelacuran

melibatkan wanita Melayu bukanlah sesuatu perkara yang baharu dan telah berlaku sejak

sekian lamanya. Pelacuran boleh dianggap sebagai penjualan khidmat seksual seperti

hubungan seks atau seks oral demi mendapatkan wang, barang kemas, dadah dan apa

sahaja tawaran yang telah dipersetujui diantara pelacur dengan pelanggannya. Pekerjaan

seks ini masih tertakluk kepada Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574), Akta Kesalah Kecil

1995, Undang-Undang Syariah dan Akta Kanak-kanak 2001 (Norruzeyati Che Mohd Nasir,

2017). Hal ini bermakna, individu yang terlibat dengan pelacuran boleh disabitkan bersalah

dan dikenakan hukuman. Abdul Hadi (1979) yang merupakan pelopor kajian pelacuran telah

mengemukan empat elemen pelacuran iaitu jualan, perkhidmatan seksual, bayaran

terhadap services dan pelanggan bukanlah pasangan sah kepada pelacur. Elemen ini telah

menunjukkan sesuatu perbuatan yang disusuli dengan bayaran wang atau ganjaran

material. Ganjaran yang dimaksudkan adalah hubungan seksual untuk kepuasan pelanggan.

Menurut Nurul Asnida (2012), beliau menyatakan pelacuran ialah satu penyediaan

perkhidmatan seks antara dengan perempuan tanpa ada ikatan yang sah serta melibatkan

pasangan berlainan jantina atau sejenis. Selain itu, aktiviti pelacuran ini juga melibatkan

penindasan emosi tehadap wanita dan menjadi titik tolak kepada masalah sosial yang lain

(Asnida, 2012). Berdasarkan definisi tersebut, maka pelacuran boleh dikategorikan sebagai

aktiviti yang tidak bermaruah yang melibatkan orang tidak dikenali dan menjadikan

hubungan seksual sebagai aktiviti keseronokan semata-mata.


Isu masalah sosial pelacuran ini seringkali dikaitkan dengan proses transformasi sosial

dan pembangunan yang mendadak yang merancakkan lagi krisis nilai dan keterasingan

sosial di kalangan masyarakat. Masalah pelacuran ini sekiranya tidak dikawal dengan baik

boleh menggugat kesejahteraan dan keamanan rakyat serta sosial negara. Mengikut

perspektif sosiologi, masalah sosial melibatkan penelitian permasalahan sosial melalui kajian

dan analisis pelbagai gejala dalam kehidupan masyarakat. Menurut Tallman dan McGee

(1971) dan Abd Hadi (2004) menerangkan masalah sosial sebagai suatu keadaan yang tidak

digemari oleh ramai dan perlu dibasmi, diperbaiki dan diselesaikan bersama anggota

masyarakat. Isu sosial pelacuran ini disebabkan beberapa faktor pencetus seperti,

perceraian, kesesakan kewangan dan frustrasi dalam kehidupan. Faktor penarik pula

dicetuskan oleh gaya hidup bandar yang materialistic, sistem kawalan masyarakat yang

dirasakan semakin longgar, norma sosial dan kebebasan pergaulan. Masalah ini telah

mewujudkan tingkah laku bebas kerana adanya pelampiasan nafsu seks tanpa mengenal

batas kesopanan yang bertentangan dengan nilai-nilai sosial, norma-norma dan kesusilaan

selain merendahkan martabat manusia dari aspek sosial, ekonomi dan budaya. Oleh itu, isu

pelacuran merupakan salah satu isu sosial yang berlaku di Malaysia dan pengaruh negatifnya

sangat membahayakan generasi muda.


2. Huraikan isu sosial terpilih dengan common sense/anggapan biasa

Isu pelacuran bukanlah satu fenomena yang baru dalam kehidupan masyarakat kerana

pelacuran dianggap sebagai profession yang tertua di dunia dan telah bertapak di Malaysia.

Terdapat pelbagai reaksi dan pendapat daripada kalangan masyarakat berhubung dengan

isu sosial ini. Ada masyarakat yang menganggap pelacuran adalah satu perkerjaan dan

bukanlah sesuatu yang memalukan sebaliknya mereka beranggapan menjadi seorang

pelacur adalah satu perbuatan yang suci dan diberkati. Selain itu, ada sesetengah negara

barat yang membenarkan kegiatan pelacuran ini dijalankan secara sah dengan mengenakan

beberapa syarat tertentu. Namun di Malaysia, kegiatan pelacuran dianggap sedikit terkawal

jika dibandingkan dengan negara-negara barat kerana masyarakat Malaysia berpegang

teguh kepada prinsip agama. Walau bagaimanapun, aktiviti pelacuran ini seolah-olah tidak

dihapuskan sama sesekali kerana terdapat banyak pusat pelacuran secara haram. Apakah

sebab berlakunya isu pelacuran ini dan mengapakah ramai yang menjadi pelacur ? Adakah

keputusan ini dibuat berdasarkan Common Sense ? Menurut Anthony Giddens, Common

sense merujuk kepada di mana orang menggunakan peraturan tersirat tentang 'cara

meneruskan', untuk menghasilkan sebuah organisasi dan keselarasan. Anthony Giddens

membina idea ini dalam teori penstrukturannya (The Constitution of Society, 1984). Walau

bagaimanapun, beberapa ahli sosiologi melihat common sense sebagai sesuatu yang

berbeza daripada dengan pemahaman sosiologi. Emile Durkheim menekankan sosiologi

seharusnya bebas dari persepsi akal (prasangka), sebelum kita boleh menghasilkan

pengetahuan saintifik tentang dunia sosial manakala menurut Goffman, common sense

digunakan untuk membuat pertimbangan.


Terdapat dua jenis common sense salah satunya adalah "Melihat sesuatu yang umum."

Ahli sosiologi mengkaji fenomena umum melalui sesuatu yang khusus dengan melihat corak

umum dalam tingkah laku seseorang atau kumpulan tertentu. Hal ini kerana, tingkah laku

individu akan dipengaruhi oleh faktor sosial di sekelilingnya. Dalam isu pelacuran, faktor

pencetus merujuk kepada sesuatu keadaan dimana seseorang terdorong dalam terlibat

dengan perkerjaan seks. Contohnya, remaja yang lari dari rumah akibat ketidakfunsgian

keluarga atau mempunyai keluarga yang berdepan dengan krisis akan berakhir dengan

melakukan perkerjaan seks. Seterusnya ialah common sense dalam melihat sesuatu yang

pelik dalam kebiasaan. Sosiologi sentiasa mempersoalkan perkara yang kelihatan bagi

mendapatkan rahsia di sebalik perkara yang biasa ini. Ahli sosiologi tidak hanya berhenti

pada pandangan bahawa sesuatu yang umum adalah perkara biasa, tetapi ahli sosiologi

berfikir mengapa perkara umum ini berlaku dan apakah aspek istimewa perkara umum ini?

Contohnya, faktor tarikan adalah satu faktor yang berkait dengan kepercayaan individu

bahawa menjadi pelacur untuk mendapatkan dan memenuhi keinginan materialistik seperti

mendapatkan wang secara mudah dan cepat serta memenuhi gaya hidup yang mewah.

Manakala faktor risiko pula ialah keadaan yang meningkatkan kebarangkalian individu untuk

terlibat dalam pekerjaan melacur seperti berhenti sekolah pada usia muda.
3. Huraikan isu sosial terpilih dengan imaginasi sosiologi C. Wright Mills

Pelacuran merupakan salah satu bentuk masalah sosial dan salah satu penyakit

masyarakat yang harus dihentikan penyebarannya tanpa mengabaikan usaha pemulihan

dan kawalannya. Isu ini telah timbul sejak lamanya tua dengan umur kehidupan manusia itu

sendiri. Isu pelacuran akan selalu ada sepanjang masa dimana adanya manusia perempuan

dan lelaki. Isu ini terjadi tanpa memandang tahap pendidikan dan golongan masyarakat

yang telah lama mempraktikan masalah ini sejak lahirnya masyarakat di semua. Perkerjaan

melacur ini adalah satu cara yang mudah bagi mereka yang ingin mendapatkan wang.

Menurut ahli sosiologi C. Wright Mills, masalah budaya dan peribadi sesebuah masyarakat

itu saling bertindih dalam membentuk struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih

luas. Oleh itu, ahli sosiologi memberi kita keupayaan dalam melihat masalah-masalah sosial

ini dan mengetahui bagaimana untuk berinteraksi dan mempengaruhi satu sama lain. Dalam

isu pelacuran ini, imaginasi sosiologi telah memberi gambaran bahawa faktor yang

menyebabkan aktiviti pelacuran adalah disebabkan faktor pencentus dan tarikan.

Masyarakat lazimnya mengangap pelacuran sebagai pelacuran seksual iaitu

pelacuran yang hanya hubungan seks semata-mata seperti perbuatan raba-meraba,

bercumbu-cumbuan, dan seterusnya mengadakan hubungan kelamin antara pelacur dengan

pelanggan sahaja. Namun, terdapat juga beberapa soalan yang utama berkenaan denagan

pelacuran yang telah menimbulkan keraguan masyarakat. Pertama, adakan khidmat tukang

urut kemaluan lelaki dari kalangan wanita dianggap sebagai khidmat pelacuran atas alasan

khidmat ini dapat membantu menaikkan nafsu shawat. Sebilangan daripada masyarakat
setempat berpendapat khidmat berurut dianggap sebagai satu cabang pelacuran. Kedua,

adakah pelayan-pelayan di pusat -pusat hiburan yang berperwatakan penggoda boleh

dianggap sebagai pelacur kerana aspek fizikal mereka yang berpakaian menjolok mata dan

menggoda. Hal ini lazimnya telah mendapat reaksi yang berbeza daripada masyarakat. Ada

yang menjelaskan bahawa mereka sekadar pelayan namun terdapat juga yang merasakan

golongan ini sebagai pelacur berdasarkan persepsi masyarakat yang menganggap semua

pekerja wanita yang berpakaian menjolok mata di pusat-pusat hiburan adalah pelacur yang

menawarkan khidmat seks kepada pengunjung yang dating ke pusat hiburan tersebut.

Walau bagaimanapun, secara umumnya, pelacuran dianggap sebagai satu perkerjaan yang

keji dan salah dari segi agama, budaya, adat dan undang-undang.

Puidokienė & Ruškus (2011) telah mendapati salah satu punca berlakunya individu

melakukan perkerjaan seks ini adalah disebabkan oleh pengalaman personal yang traumatic

semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Pengalaman tersebut melibatkan perasaan dalam

seperti ketidakstabilan emosi , hubungan keluarga yang tidak baik dan kecelaruan stress

posttraumatic kompleks (CPTSD. Perasaan dalam ini berkait rapat dengan kurangnya kasih

sayang, dorongan dan kemesraan daripada keluarga. Menurut Boyer dan James (dipetik

daripada Chesney-Lind & Shelden, 2014), mangsa penderaan khususnya penderaan secara

seksual akan berhadapan dengan gangguan perkembangan yang akan membawa kepada

hubungan seks bebas, suka mempercayai orang lain dan bersikap antagonisme. Punca lain

yang menyebabkan individu terlibat dalam perkerjaan seks adalah disebabkan faktor

ekonomi. Perkerjaan ini merupakan satu pilihan perkerjaan yang dipilih oleh wanita untuk

dalam berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan peluang perkerjaan yang

terhad (Kalleberg, 2010). Gould (2015) dalam kajiannya mendapati keperluan wang telah
mendorong wanita untuk terlibat dalam perkerjaan seks. Dalam keadaan tidak mempunyai

wang yang mencukupi, perkerjaan seks adalah perkerja yang mereka anggap mudah dalam

mendapatkan wang bagi memenuhi keperluan hari dan menanggung perbelanjaan anak-

anak mereka.

Keadaan hidup yang terlalu miskin dan keperluan kepada kewangan telah

menyebabkan ramai wanita dan kanak-kanak perempuan diekploitasi dan diperdagangkan

sebagai perkerja seks. Di Malaysia, terdapat ramai pelancong asing yang menggunakan visa

pelancong untuk masuk ke Malaysia dan menjalankan perkerjaan seks di pusat-pusat

hiburan. Masalah permerdagangan wanita ini merupakan salah satu isu perhambaan

berbentuk baharu yang bersifat global. Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam Laporan

Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang (U.S. TIP Report), 2019 telah meletakkan

Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watchlist) (Department of State, United States

of Amerika, 2019) untuk negara sumber dan transit bagi wanita, kanak-kanak dan lelaki

dalam isu perekrutan wanita asing untuk kegiatan pelacuran. Walau bagaimanapun,

Malaysia tidak dilabelkan sebagai destinasi untuk pelancongan seks, namun industri

pelacuran semakin berkembang dan permintaan kepada perkerjaan seks ini semakin

meningkat (Zainal, 2015). Dengan adanya sudut pandang dari ahli sosiologi ini, ianya dapat

memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenal pasti hubungan di antara kehidupan

peribadi dengan kehidupan sosial masyarakat di sekeliling boleh mempengaruhi kehidupan

masyarakat. Hal ini kerana, individu yang terlibat dengan pelacuran akan berisiko tinggi

untuk dijangkiti HIV, penyakit kelamin STIs, kesihatan mental dan penyalahgunaan bahan

seperti dadah. Oleh it, isu sosial pelacuran ini seharusnya dibendung dan usaha kawalan
sosial secara tidak formal dan formal dalam komuniti masyarakat ini perlu di koordinasi

secara teratur dan teliti.

4. Kesimpulan

Melalui pendekatan common sense, masalah sosial tidak mencukupi untuk

membincangkan isu masalah sosial masyarakat ini. Hal ini kerana, perbincangan mengenai

isu sosial perlu difahami dan didekati dengan berdasarkan fakta yang berdisplin dan telah

diuji. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya isu pelacuran ini hanya menggunakan

pengetahuan tempatan sahaja untuk membuat polisi. Maka adalah penting untuk

mendekati isu sosial dengan lebih mendalam melalui cara yang saintifik dan bukan hanya

dari permukaan atau common sense sahaja. Isu pelacuran tidak asing lagi di Malaysia. Tidak

dapat dinafikan isu pelacuran telah lama wujud dan hal ini adalah disebabkan pelbagai

faktor yang menyebabkan wanita terpaksa menjual diri mereka untuk mendapatkan wang.

Dalam erti kata lain, peranan common sense amat penting dimana masyarakat gagal untuk

melihat bahawa pelacuran merupakan masalah awam dan bukannya masalah peribadi

individu seperti yang dinyatakan dalam pendekatan konsep common sense dan juga

imaginasi sosiologi oleh C. Wright Mills.

Pendekatan terhadap kedua konsep ini membolehkan masyarakat menilai masalah

sosial yang sama secara berbeza. Dari segi common sense, pelacuran merupakan penyakit

masyarakat yang bersumber dan melibatkan hubungan seksual antara perempuan dan lelaki

dimana wanita menjual diri mereka bagi tujuan melakukan seks sebagai perkerjaan. Dari

pendekatan Imaginasi sosiologi, individu yang melakukan perkerjaan seks adalah disebabkan
kemiskinan akibat faktor ekonomi yang tidak stabil. Kedua-dua pendekatan ini

membolehkan masyarakat untuk memahami masalah-masalah sosial ini adalah satu perkara

yang negatif dan mampu merosakkan pemikiran anak muda. Pemulihan sosial harus

dibentuk bagi membantu memulihkan kehidupan masyarakat dan berfungsi sebagai

kesejahteraan sosial serta menyediakan satu persekitaran yang sihat dimana masyarakat

dapat hidup dalam keadaan fizikal dan emosi yang memuaskan.

Rujukan

Norruzeyati Che Mohd Nasir, M. R. (2017). Penyisihan Sosial Kumpulan Marginal.

Penglibatan Wanita dalam Pekerjaan Seks: Faktor Risiko dan Marginalisasi Sosial,

200-2018.

Ditmore. (2006). Ensylopedia of prostitution and sex work. Westpor: Greenwood Publishing

Group.

Asnida, N. (2012). sejarah sosial: Pelacuran di negeri-negeri Melayu sebelum 1896. Kuala

Lumur: Penerbit Universiti Malaya.

Puidokienė, D. &. (2011). What does it mean to be a prostitute? A lived personal experience

of women in prostitution. Pensée Plurielle, 27(2), 111-139.

Chesney-Lind, M. &. (2014). Girls, delinquency and juvenile justice (4th edition). Malden, MA:

John Wiley & Sons.

Kalleberg. (2010). Precarious work, insecure workers: employment relations in transition.

American Sociological Review, 74(1), 1-22.

Gould. (2015). The Annals of the American Academy of Political and Social Science. Sex

trafficking and prostitution in South Africa , 653, 183-201.


Zainal, N. E. (2015). Perception of international tourists on sex tourism in Malaysia:

Hospitality and tourism: Synergizing creativity and innovation in research. London:

CRC Press.

Anda mungkin juga menyukai