Anda di halaman 1dari 6

POS PIAH DALAM KENANGAN.

Ini merupakan pengalaman pertama aku menjalankan Pengalaman Berasakan Sekolah

(SBE) di Sekolah masyarakat Orang Asli. Satu cabaran bagi aku, aku bertanya pada

diri sendiri ‘’ adakah aku mampu menghadapinya ? ’’. Pada tanggal 5 Oktober 2009

bermulalah diari baru dalam kehidupan aku kerana ia merupakan tempat yang asing

bagi aku. Dalam perjalanan yang cukup mencabar dengan keadaan jalan yang teruk, di

mana jalannya yang pecah-pecah disebabkan lori balak selalu keluar masuk. Walaupun

keadaan jalan yang teruk itu, aku dapat melihat air terjun dan air sungai yang terdapat

disepanjang perjalanan. Ini dapat menyeronokkan lagi perjalanan aku yang penuh

dengan cabaran.

Aku juga sempat singgah sekejap di kawasan perumahan Orang Asli untuk

bergambar dan melihat keadaan rumah mereka. Dalam hati aku terdetik satu perasaan

yang cukup sedih dan kesian terhadap kehidupan mereka. Dengan keadaan rumah

yang usang dan kecil menyedihkan hati aku melihatnya. Perjalanan ini sangat

menyeronokkan, aku tidak pernah merasakan perasaan yang begitu seronok sepanjang

perjalanan. Kini tiba di tempat SBE iaitu di SK. Pos Piah pada pukul 10.30 pagi. Aku

melihat kawasan sekolah yang sangat cantik dengan kawasan yang bersih tanpa

sampah, udara yang nyaman dan sejuk.

Pada keesokan harinya aku dibenarkan untuk masuk ke kelas pra sekolah

bertujuan bagi melihat kaedah pengajaran yang digunakan untuk murid-murid pra

sekolah. Keadaan kelas yang cukup menarik dan tersusun rapi. Aku sangat kagum

melihat keadaan kelas pra sekolah yang diuruskan oleh seorang guru lelaki. Aku
berkesempatan untuk bersama dengan murid-muridnya yang peramah dan terdapat

juga murid yang pemalu, tetapi aku berasa cukup seronok bersama mereka.

Ini merupakan pengalaman pertama aku masuk ke kelas tersebut, walaupaun

sebelum ini aku telah mempunyai pengalaman mengajar di sekolah. Tetapi kelas pra

sekolah ini merupakan pertama kali aku memasukinya. Pada pertama kali aku

menjejaki kaki ke kelas itu, aku tertarik dengan seorang murid dikenali dengan nama

Carol. Daripada pemerhatian aku, aku melihat Carol seorang yang agresif, kasar

dengan kawan-kawannya, dan bukan seorang yang pemalu serta suka menonjolkan diri

di dalam kelas. Aku melihat Carol yang mempunyai ciri-ciri seperti budak di luar bukan

budak daripada masyarakat Orang Asli, walaupun Carol merupakan anak Orang Asli

dan mempunyai ciri-ciri masyarakat Orang Asli dengan kulitnya yang gelap,rambut

kerinting, pakaiannya comot dan selekeh serta badan yang berbau. Aku melihat kawan-

kawannya yang lain lebih bersifat pasif dan takut kepada orang yang tidak di kenali. Ini

dapat dilihat pada pertama kali aku memasuki kelas tersebut. Semua murid-murid

tertumpu pada aku, aku merupakan objek pertama yang diperhatikan dan semua murid-

murid diam. Aku diperkenalkan kepada murid-murid semua. Pada masa itu, aku terfikir

sejenak, rupa-rupanya tanggapan aku selama ini adalah salah. Di kalangan mereka ada

juga yang suka menonjolkan diri dan agresif.

Pada permulaan aku dibenarkan untuk melihat kaedah pengajaran dan cara

mengawal kelas yang digunakan oleh guru tersebut dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Aku tertarik melihat cara guru kelas tersebut mengawal dan

mengendalikan kelas dalam keadaan yang baik dan semua murid mengikut arahannya.

Walaupun pada hakikatnya guru tersebut adalah seorang guru lelaki. Fenomena ini
tidak asing lagi dimata kita kerana peranan seorang pendidik tidak ada batasannya. Ini

menunjukkan bahawa tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini. Semua orang boleh

lakukan tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan. Guru kelas tersebut

memberitahu kebanyakkan murid kelas pra sekolah sukar untuk dikawal, mereka terlalu

aktif dan sukar untuk menerima arahan dari guru. Ini mungkin disebabkan oleh masalah

komunikasi. Mereka lebih gemar bermain dan menyanyi di dalam kelas.

Sepanjang aku berada di dalam kelas itu, aku diberi peluang untuk

mengendalikan murid-murid di dalam kelas tersebut. Aku tidak mempunyai keyakinan

diri tetapi semangat ingin memcuba lebih menebal lagi. Namun aku teruskan juga untuk

mengendalikan kelas tersebut. Aku perhatikan kebanyakkan murid susah untuk

memahami apa yang aku sampaikan pada permulaan, sehinggalah aku terpaksa

mengulangi beberapa kali. Pada permulaan aku mengarahkan murid-murid membaca

huruf abjad dan mengenali gambar untuk melihat kebolehan dan kemampuan murid-

murid dapat mengenali abjad dan gambar tersebut. Kini mataku tertumpu pada Carol

yang petah menyebut abjad-abjad tersebut. Carol memang seorang yang suka

menonjolkan diri, daripada permerhatian aku. Aku melihat Carol ada potensi untuk

berjaya sekiranya diberikan penekanan padanya. Aku kagum dengan kebolehannya

yang agak luar biasa bagiku berbanding dengan murid-murid yang lain.

Dalam aktiviti yang kedua aku jalankan iaitu menyanyi lagu kanak-kanak iaitu ’’

lagu bapaku belikan kereta ’’ dan ’’ lagu bangun pagi ’’ yang telah diajar oleh gurunya.

Pada permulaan aku mengarahkan murid-murid menyanyi secara beramai-ramai,

mereka sungguh bersemangat menyanyikan lagu tersebut. Aku melihat apa yang

dikatakan oleh guru kelas tersebut adalah betul dan tepat sekali. Ini dapat dilihat
daripada cara menyanyi disertakan dengan gerakan badan sekali. Aku melihat Carol

menyanyi dengan suara yang lantang dan semangat yang ditunjukkan membuatkan

aku lebih tertarik dengan orang yang bernama Carol. Carol mempunyai karakter yang

berbeza dengan murid-murid yang lain. Selepas menyanyi secara beramai-ramai Carol

menyantakan hasratnya untuk menyanyi seorang tanpa segan dan malu, ’’ cikgu saya

mahu menyanyi ’’. Aku memberi peluang untuk dia menyanyi. Aku melihat Carol sangat

gembira dengan reaksi mukanya yang berseri-seri kerana diberi peluang untuk

menyanyi dihadapan kawan-kawannya.

Kini masa aku bersama dengan Carol dan murid-murid lain sudah ke

penghujungnya. Aku merasakan masa begitu singkat bersama mereka semua. Banyak

perkara yang ingin aku lakukan bersama mereka semua, terutamanya bersama Carol

yang dapat menarik minat aku buat pertama kalinya. Ini merupakan pengalaman

pertama aku masuk ke kelas yang murid-muridnya terdiri daripada masyarakat orang

asli.

Masa sudah berlalu kini hanya tinggal kenangan, sudah hampir sebulan berlalu

terasa baru sahaja peristiwa itu berlaku. Kini kenangan itu kembali terbayang dibenak

fikiranku, aku membayangkan peristiwa semasa berada di kelas pra sekolah bersama

dengan Carol merupakan seorang murid yang aku suka meihatnya. Dalam perasaan

yang gembira bersama dengan Carol, aku turut merasa kecewa kerana aku tidak

mempunyai kesempatan untuk mendidik dan membimbing Carol supaya boleh maju

dalam akademiknya iaitu boleh membaca dan menulis kerana Carol merupakan murid

pra sekolah, masa untuk mendidikan dan membimbing begitu panjang lagi. Hasrat ini

tidak dapat dilaksanakan kerana aku hanya mempunyai masa dua minggu sahaja
berada di sekolah tersebut. Dalam masa itu, aku tidak kesempatan untuk mengenali

Carol dengan lebih rapat kerana kekangan masa dan aktiviti yang banyak. Selain itu,

Carol juga merupakan murid harian yang berulang alik dari rumah ke sekolah. Aku

berharap agar ada seorang guru yang dapat meneruskan hasrat dan cita-cita aku untuk

melihat Carol berjaya dalam akademiknya. Walaupun aku tidak berkesempatan untuk

mendidik dan membimbingnya, namun aku akan teruskan perjuangan aku untuk

mendidik anak bangsaku menjadi lebih maju dan bertamadun kepada murid-murid di

sekolah yang bakal aku di postingkan suatu hari nanti. Pada suatu hari nanti aku

berharap agar diberi peluang untuk di postingkan di Sekolah Pos Piah. Aku mendoakan

semoga Carol berjaya dalam pelajarannya, selamat maju jaya Carol.


BIODATA

Nama Sebenar : Nur Hazwani Binti Ismail

Nama Pena : Waney

Tempat Lahir : Kg. Pantai Damat, Bachok, Kelantan.

Tarikh Lahir : 26 Mei 1983

No. K/P : 830526-03-6458

Alamat Semasa : Lot 850, Jalan Perupok, 16300 Bachok, Kelantan.

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian

(Kaunseling), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengalaman Kerjaya : Guru Ganti

Pengalaman Penulisan : Tiada

Sekolah Pedalaman : Sekolah Kebangsaan Pos Piah, Sg. Siput, Perak.

Anugerah : Tiada

Anda mungkin juga menyukai