Anda di halaman 1dari 6

MONOLOG: ANDAI AKU DIBERIKAN PELUANG KEDUA...

Jauh pandangan mata, aku melihat kabus menyelubungi di puncak bukit.

Kedinginan pagi yang menyentuhi pipi membuatkan aku rasa segar dan nyaman.

Sesegar perasaan ku yang membuak-buak untuk mengenali dan menyelami murid-

murid di sini. Walau bagaimanapun, minda ku mula bertanya-tanya. Apa tujuan aku

ke sini? Apa ilmu yang mampu aku kongsi di sini? Dan apa sumbangan yang dapat

aku berikan?. Semuanya berkecamuk dan bergelora di dalam benak ku.

Aku memulakan langkah pertama dengan penuh debaran memasuki

perkarangan sekolah. Aku mula melihat bagaimana murid-murid disini menjalani

kehidupan mereka. Seawal usia yang masih mentah, mereka sudah mula berdikari

dengan kehidupan di asrama. Selepas makan, mereka dilatih membasuh pinggan

dan gelas sendiri. Keletah mereka yang beramai-ramai membasuh pinggan sambil

bergurau senda menunjukkan ikatan persaudaraan yang wujud sesama mereka.

Namun yang demikian, adakah itu realiti yang mereka rasai sebenarnya? Perkara ini

juga yang menjadi fokus untuk aku menyelami jiwa murid-murid di sini bertepatan

dengan latar belakang pendidikan kaunseling yang aku pelajari.

Dari sehari ke sehari, aku mula menerima cara hidup di kawasan pedalaman.

Segala kesusahan dan kepayahan adalah satu cabaran. Melalui hari-hari dengan

bertemankan pelita ayam dan lilin serta berkipaskan kertas ekoran daripada

generator yang rosak. Semua ini memberi aku satu lembaran baru dalam lipatan

sejarah hidupku. Aku juga mula memerhatikan bagaimana guru-guru di sini

menjalani kehidupan mereka di samping memenuhi tuntutan tugas mereka untuk

mendidik anak-anak Temiar ini menjadi insan yang mampu membuka mata

masyarakat di luar sana. Seperti ada kata-kata menyebut, biarlah kita menjadi

mutiara, berada di dasar laut bercahaya, walau di dasar paya sekalipun nampak
sinarnya. Walaupun bangsa murid-murid ini lebih sinonim dengan perkataan primitif,

namun tidak mustahil dengan ilmu dan dorongan yang diberikan, mereka mampu

bangkit menjadi ikon masyarakat. Begitulah besarnya peranan pendidik-pendidik di

sini. Jiwa ku mula merasakan, adakah aku mampu menjadi seperti mereka.

Melepaskan keseronokan dan memudahan hidup di luar demi berbakti kepada anak

bangsa.

Pada suatu hari, tiba-tiba seorang ibu membawa anaknya sambil berteriak

meminta tolong. “Anak yek!!!! Ya Allah. Tolong cikgu....jari dia cikgu”. Aku yang

berada di kantin pada masa itu tergamam kerana melihat darah yang menitik-nitik ke

tanah. Ibu itu dengan penuh panik, berlari ke arah guru-guru sambil memegang

tangan anaknya. Seorang Ustaz dengan pantas mengambil peti pertolongan cemas

dan membalut luka tersebut. Aku sungguh takut dengan situasi itu, kuku murid itu

hampir tercabut. Dalam benakku mula berkata-kata, adakah aku juga akan

mengalami keadaan ini pada suatu hari nanti? Mampukah aku bertindak seperti apa

yang dilakukan seperti Ustaz tadi? Bagaimana aku mampu berhadapan dengan ibu

pelajar itu? Adakah aku sebagai guru akan dipersalahkan?. Inilah yang dikatakan

seorang pendidik, cabaran dan tanggung jawab berada disekeliling bukan hanya di

dalam kelas semata-mata.

“Oi!!”.........itulah perkataan pertama yang aku pelajari. Setiap kali aku

bertanya, itulah yang disebut. Aku mula keliru, adakah murid-murid ini faham atau

tidak faham sebenarnya? Namun aku tidak berputus asa, aku mula pelajari bahasa

mereka sedikit demi sedikit. Oi rupanya tidak atau tak nak. Dalam mendekati

mereka, aku mula menggunakan bahasa mereka apabila berinteraksi. Pada

zahirnya, mereka ini nampak pemalu tetapi hakikatnya mereka seorang yang aktif

dan suka bercerita. Pelbagai cerita yang mereka kongsikan sehingga aku rasakan
satu perasaan yang makin berbunga-bunga menjalar dalam jiwa ku. Perasaan kasih

dan sayang mula tersemai. Anak-anak ini rupanya banyak yang perlu diterokai dan

diselami jiwa mereka.

Aku mula menjejaki naluri dan perasaan anak-anak ini. Aku mula memerhati

bagaimana kehidupan mereka di asrama dan sekolah. Bagaimana mereka dididik

dan dijaga oleh mereka yang telah dipertanggung jawabkan menjalankan tuga

tersebut. Jauh di lubuk hati kecilku, aku menangis merintih nasib anak-anak ini

dilayan tidak seperti yang sepatutnya. Mereka masih kecil, mereka sepatutnya

dilimpahi dengan kasih sayang dan dijaga dengan penuh perhatian. Tetapi kenapa

terlalu banyak kekasaran dan kata-kata yang tidak sepatutnya di lemparkan kepada

mereka. Sedangkan pada peringkat ini, mereka berada dalam proses pembelajaran.

Apa yang diperhatikan dan ditonjolkan kepada mereka itulah yang dipelajari.

Anak-anak ini dibiarkan menjalani hidup sendiri. Mereka membasuh pakaian

sendiri. Entah bersih atau tidak, itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting baju

mereka dibasuh. Dimana insan yang sepatutnya mengajar mereka untuk

menguruskan diri sedangkan ini merupakan asas utama bagi mereka tinggal di

asrama. Aku bukan ingin membandingkan penjaga mereka dengan diriku, tetapi aku

merasakan ada sesuatu kepincangan yang berlaku dalam melaksanakan tugas

mereka. Aku tidak menafikan, tekanan mereka bertugas di kawasan yang jauh

daripada pendedahan dunia luar menyebabkan mereka alpa atau terleka dengan

peranan sebenar mereka. Anak-anak yang sepatutnya di asuh dan dibelai dengan

kuntuman-kuntuman kasih dibiarkan menjalani hidup sendiri sesama mereka. Setiap

hari aku bersama dengan anak-anak ini, membuatkan hatiku tersentuh. Tiada apa

yang dapat aku lakukan kerana aku hanya menumpang disini umpama seekor

burung yang singgah di dahan pokok menghilangkan penat setelah seharian


berterbangan di udara. Aku hanya mampu melihat dengan mulut terkunci

sedangkan dalam hati memberontak kekecewaan.

Sepahit mana panorama ini, aku tidak menjadikan ia sebagai alasan, aku

tetap memberikan tunjuk ajar setakat mana yang termampu. Tidak rugi ilmu jika di

kongsikan bersama orang lain, yang penting mereka dapat input dan

mengamalkannya. Semangat ingin berjaya dan ingin tahu yang ditonjolkan oleh

mereka dalam proses pembelajaran memberikan aku semangat untuk terus

menabur bakti. Semangat mereka dapat dilihat terutama apabila berada di padang.

Mereka bermain bersungguh-sungguh dan inilah yang meyakinkan diriku bahawa

mereka sebenarnya mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai kemenangan.

Oleh itu, aku merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin ini dengan

melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka. Bermain-main bersama mereka di

waktu petang dan mengadakan sukaneka. Peristiwa ini yang paling menghiburkan

dan menggeletek hatiku dengan ragam mereka, manakan tidak botol sendiri tidak

diisi tetapi memenuhkan air ke dalam botol kumpulan lain. Sungguh melucukan,

inilah yang dikatakan kanak-kanak dimana alam mereka penuh dengan

keseronokan. Aku juga tidak akan melupakan memori melihat aksi dan telatah

mereka di sungai dengan anak panah dan goggle sambil menyelam menangkap

ikan di celah-celah batu. Sekejap kepala mereka timbul di permukaan, sekejap

mereka hilang ke dasar sungai. Tiba-tiba terdengar suara mereka berteriak, “Cikgu!

Cikgu! Ikan Cikgu......” dengan riak muka penuh keriangan. Sungguh indah memori

ini bila diimbas kembali. Begitu seronok aku mandi sungai sehingga aku demam

pada malamnya. Tetapi itu tidak menjadikan pengalaman pahit bagiku kerana

kesakitan telah diubati dengan riak-riak wajah keceriaan anak-anak di sini.


Akhirnya, persinggahan aku disini menghampiri hari-hari terakhir. Hatiku mula

menangis memikirkan yang aku bakal meninggalkan memori terindah yang ku kutip

disini. Waja-wajah murid-murid, guru-guru dan kakitangan silih berganti menjelma di

ruang mataku. Air mata murid-murid yang mengiringi pemergianku telah

memberikan satu gambaran bahawa kehadiranku meninggalkan kesan kepada

mereka. Aku menggagahkan diriku meneruskan langkah keluar daripada

perkarangan sekolah, meskipun hati ini meronta-ronta ingin terus berada di sini. Aku

balik dengan pelbagai pengalaman dan maklumat yang akan aku jadikan sebagai

satu pengajaran yang berharga.

Pendidik pembela anak bangsa. Kata-kata ini sering menjadi sebutan

daripada satu generasi ke satu generasi pendidik. Namun yang demikian,

sejauhmanakah kita mampu memainkan peranan ini? Sedalam-dalam yang

difikirkan, semakin kuat ketakutan yang dirasakan. Walaupun dimana seseorang

pendidik itu ditugaskan iaitu jauh ke kawasan hutan atau seberang laut sekalipun,

amanah yang diberikan tetap perlu dilaksanakan. Aku mula terbayang-bayangkan

wajah-wajah murid-muridku di sana, sudah cukupkah apa yang aku berikan selama

dua minggu aku berada disana?. Namun jauh di dalam benakku, jika aku diberikan

peluang kedua akan aku berikan yang terbaik kepada murid-muridku disana.
BIODATA

NAMA SEBENAR: Mazni binti Mahamad

NAMA PENA: Delima

TPT. LAHIR: Kuantan, Pahang

TARIKH LAHIR: 24 November 2009

NO. IC: 821124 – 06 – 5032

ALAMAT: Lot 190, Kg. Delima, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Kaunseling),

Universiti Malaysia Sabah.

PENGALAMAN KERJAYA: Penolong Penyelia dan Kaunselor di asrama

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak yatim

Terengganu (PERKAYA), Terengganu.

PENGALAMAN PENULISAN: Tiada

SEKOLAH PEDALAMAN: Sekolah Kebangsan Pos Poi, Sg. Siput, Perak.

ANUGERAH:

Anda mungkin juga menyukai