Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN B

( 30 Markah )
( Masa dicadangkan : 40 minit )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Ketika memasuki perkarangan sekolah, aku disapa oleh seorang murid yang tidak
kukenali. Aku pun ……
Lengkapkan cerita di atas.
ATAU
2. Menjaga keselamatan diri memang sangat penting walau di mana-mana pun kita berada.
Terangkan cara-cara menjaga keselamatan diri ketika di sekolah.
ATAU
3. Seorang rakan menulis surat kepada kamu bertanyakan tempat-tempat menarik di
Negara kamu.
Sila balas surat tersebut.

Jawapan
Soalan 1:
Melengkapkan cerita : Disapa oleh seorang murid. Aku pun ………
Sasaran Isi : Khusus ( apakah tindakan selanjutnya )
Format : Pendahuluan , perkembangan isi dan penutup

1. Pd : Aku pun segera menoleh lantas menjawab sapaan itu. Rupa-rupanya , dia
seorang murid baharu.

2. A1: Sehera perkenalkan diriku, bertanyakan nama serta di kelas mana dia akan
belajar.

3. A2: Bawa ke kelas, perkenalkan kepada rakan-rakan kelasnya seperti ketua darjah,
pengawas dan sebagainya.
4. A3: Perkenalkan bilik guru, pejabat, kemudian ke kantin, tandas, perpustakaan dan
bilik komputer.
5. A4: Loceng berbunyi , ke dataran perhimpunan , berbaris ke kelas.
saya berikan.
6. Pn: Pinjamkan buku peraturan sekolah , berharap berpuas hati dengan khidmat yang
diberikan.
Soalan 2
1
Fakta : Cara-cara menjaga keselamatan diri di sekolah.
Sasaran isi : Khusus ( Apakah cara-caranya )
Format : Umum – Pendahuluan , perkembangan isi dan penutup.
1. Pd : Menjaga keselamatan diri di sekolah sangat penting. Jika cuai banyak
kemalangan boleh berlaku.
2. A1: Patuhi peraturan-peraturan di tempat yang berisiko seperti makmal Sains, bilik
kemahiran hidup dan makmal komputer. Banyak barangan berbahaya dan boleh
mencederakan jika cuai menggunakannya.
3. A2: Jaga harta benda kendiri – jika bawa basikal perlu kunci supaya tidak dicuri ,
jangan pakai barangan berharga, dibimbangi hilang dan sebagainya ; begitu juga
dengan wang saku dan peralatan tulis menulis, perlu jaga sebaik mungkin.
4. A3: Berhati-hati ketika ada aktiviti – ketika bersenam atau bersukan, sebarang
kesilapan boleh membawa padah.
5. A4: Waspada dengan orang yang tidak dikenali – jangan terima ajakan, jangan
menumpang untuk pulang dan jangan pulang berseorangan.
6. Pn: Perlukan kesedaran dan kerjasama semua pihak , justeru perlu saling peringat
dan akur nasihat.

Soalan 3.
Surat Tidak Rasmi : Ceritakan tempat-tempat menarik .
Sasaran Isi : Khusus ( Apa nama trmpat ) MAS BBD
Format : Khusus – alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata sapaan, terima kasih
dan tanda tangan.
1. Pd : bertanya khabar, doakan sihat, ceritakan tempat-tempat menarik di negeri saya.
2. A1 : Pantai perkelahan – antaranya Tanjung Aru, Tanjung Lipat di Kota Kinabalu
dan sebagainya. Asli dan menarik menjadi tumpuan luar dan dalam Negara.
3. A2 Pulau Sipadan - antara pulau tercantik di dunia , boleh menyaksikan keindahan
batu karang dan hidupan laut yang cantik.
4. A3 : Gunung Kinabalu – gunung tertinggi di Asia – udara sejuk , nyaman, banyak
sayuran, bunga-bungaan serta ladang the di Nalapak Ranau.
5. A4 Air Panas Poring – keaslian hutan, jambatan atas pokok dan sebagainya.
6. Pn: Banyak lagi tempat menarik seperti Tanjung Simpang Mengayau, Hutan Simpan
Maliau Basin dan sebagainya. Harap dapat berkunjung ke sini , sekian terima
kasih.

20 markah )

2
( Masa dicadangkan : 20 markah )

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh
yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih
daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Farid sedar sekarang , sikap malas yang menjadi amalannya selama ini amat merugikan
dirinya. Sikap degil dan suka bergaduh juga menjadikan dirinya disisih oleh rakan-rakan.

Kini, dia mahu berubah. Dia akan mematuhi nasihat ibu bapanya serta guru-gurunya. Di
sekolah pun, dia mulai berubah sikap. Dia tidak suka marah-marah dan merajuk. Dia juga tidak
mudah berputus asa apabila menghadapi masalah atau cabaran. Sebaliknya, dia akan terus
berusaha sehingga berjaya. Andainya dia tersilap, dia sudah sanggup meminta maaf. Dia juga
sudah mudah bergaul dengan rakan sekelasnya.

Perubahan dirinya ini menjadikan hidupnya lebih tenang dan ceria. Dia juga mulai
dihormati rakan-rakannya.

Nilai Huraian nilai


- Insaf / bersikap positif Farid sedar , sikap malas yang menjadi
amalannya merugikan dirinya
- Taat / Mematuhi nasihat ibu bapanya serta guru-
guru
- Sabar / Tidak suka marah-marah dan merajuk
- Tabah / Dia tidak mudah putus asa apabila
menghadapi masalah dan cabaran
- Tekun / rajin Tidak mudah berputus asa
Terus berusaha sehingga berjaya
- Menerima kenyataan/ baik hati / Andai tersilap, dia sudah sanggup meminta
ikhlas maaf
- Mesra / Sudah mudah bergaul dengan rakan
sekelasnya.

Anda mungkin juga menyukai