Anda di halaman 1dari 6

Latihan 3 : Soalan Objektif Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa
Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam
menjawab soalan-soalan peribahasa.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
A kaki wayang C orang gaji
B bidan terjun D tali barut
2 Sikap Ah Meng yang pelik itu menyebabkan kami ______ terhadapnya.
A buruk sangka C gelap mata
B gelap fikiran D buruk siku
3 Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanti mereka manja dan tidak mahu
mendengar kata.
A senyum simpul
C tajam akal
B bawa mulut
D beri muka
4 Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.
A bendera putih
C putih mata
B buku lima
D duit kopi
5 Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan
menjadi _____ keluarga.
A tulang belakang
C teman hidup
B mata keranjang
D orang dalam
6 Malisarah sentiasa memastikan setiap tulisannya diselitkan ______ untuk
menambahkan pengetahuan pembacanya.
A lidah bercabang C lidah biawak
B lidah pendeta
D lintah darat
7 Aku akan membalas dendam atas perbuatannya terhadap keluarga aku kerana ______
mesti dibayar darah.
A hutang darah
C hangat hati
B bunga dedap
D salah urat
8 Anita sungguh bertuah kerana dia berpeluang mengikut keluarganya melancong ke
negeri ______.
A paku Belanda C makan angin
B bawah angin D orang halus
9 Budak yang ______ itu akhirnya pandai membaca dan mengira setelah diasuh dengan

gigih.
A gila bayang C otak udang
B habis bulan D paku mati
10 Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka
menuaikan haji pada tahun hadapan.
A kambing hitam C lidah pendeta
B bintang terang D kata putus
11 Nancy sekadar ______ sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
A nyawa-nyawa ikan C gila-gila bahasa
B tidur-tidur ayam D tua-tau keladi
12 Walapun mata anak perempuan Mak jah ______, tetapi wajah mereka sangat cantik.
A rabun ayam C bintang terang
B lintah darat D juling air
13 Rumah Imam Sahak menjadi pusat ______ berkumpul untuk belajar agama pada
setiap hujung minggu.
A hilang semangat C bunga dedap
B saudara baru D ibu kandung
14 Artis wanita yang popular itu menerima _______ sebanyak RM 20 000 daripada
suaminya.
A wang hantaran C wang muka
B wang hangus D wang kopi
15 Murid yang ______ itu dirotan di hadapan semua murid di dalam perhimpunan.
A cuci mata C cepat tangan
B lintah darat D rabun ayam
16 Setelah penat bekerja, Silva ______ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.
A berta tulang C ambil berat
B ambil angin D gerak hati
17 Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku tidak mahu mengikutnya.
A nyawa-nyawa ikan C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D tua-tua keladi
18 Kamisah menemui _____ dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangannya.
A lidang bercabang C jalan tengah
B untung sabut D jalan buntu
19 Ingatlah pesan ibu supaya menjaga _____ walau di mana sahaja kamu berada.
A kampung halaman C lidah pendeta
B kera sumbang D harga diri

20 Cikgu Besah memandang kami yang datang lewat ke kelasnya dengan _____ sahaja.
A gerak badan C beri muka
B ekor mata D ada angin
21 Tolonglah beredar dari tempat kami ______ ini' rayu emak Tai Thong kepada ahli
kongsi gelap yang mengganggu mereka.
A mandi kerbau C cari makan
B cepat tangan D main mata
22 Berubah ______ Seroja apabila dimarahi oleh Encik Aiman di hadapan rakan
sekerjanya.
A langkah tangan C telinga nipis
B kepala angin D air muka
23 Kami membawa ______ semasa menziarahi ibu Malek yang terlantar sakit di
rumahnya.
A buah tangan C buah pena
B buah mulut D buah hati
24 Sarah terpaksa menjadi _______ menggantikan seorang pengadil yang jatuh sakit
dalam pertandingan syarahan itu.
A bongkok udang C besar kepala
B adik kandung D bidan terjun
25 Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih dahulu ______ daripada
kita.
A makan garam C kaki bangku
B makan angin D kaki lima
26 Sejak peristiwa seram itu, ramai _____ tidak berani keluar pada waktu malam lagi.
A kusut fikiran C kutu embun
B lintah darat D kaki ayam
27 Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan janganlah sekadar ______ sahaja.
A hangat-hangat tahi ayam C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D rabun ayam
28 Ziana ______ sehingga sanggup menghalau ibunya dari rumah.
A hidung belang C telinga kuali
B buta hati D buta huruf
29 Murid yang _____ itu engggan berkawan dnegan kami yang dianggapnya tidak
setaraf dengannya.
A mulut tempayan C hidung tinggi
B hidung belang D telinga kuali

30 Wanita _____ itu hanya ingin berkawan dengan lelaki yang kaya sahaja.
A lupa daratan C pisau cukur
B gulungan tikar D ambil berat
31 Pengunjung yang berkelah di tepi sungai itu terkejut dengan kehadiran beberapa ekor
_____ yang tenggelam timbul di permukaan sungai.
A harimau berantai C bunga dedap
B buaya tembaga D buaya darat
32 Semua _______ memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melayan penumpang
dengan ramah.
A mulut tempayan C mulut murai
B anak angkat D anak kapal
33 Oleh sebab Malek ______, maka dia hanya menonton perlawanan bola sepak yang
diadakan di padang sekolahnya.
A kaki bangku C mulut murai
B telinga kuali D kaki judi
34 Berhati-hati apabila bercakap dengan nenek kerana dia amat mudah ______jika kita
bersalah cakap.
A mabuk darah C pekak badak
B keras kepala D kecil hati
35 Jejaka yang _____ itu sememangnya kacak dan berjaya mencuri hati ramai anak gadis
di syarikatanya.
A lidah bercabang C langkah kanan
B bongkok sabut D kera sumbang
36 Johan sering terkenangkan akan ______nya yang sudah lama ditinggalkan sejak dia
berhijrah ke luar negara.
A kampung halaman C kambing hitam
B senyum kambing D lintah darat
37 Maria memuji bibir Siew Ling yang merah bak _______
A delima merekah C senyum kambing
B tangaki jering D kaki botol
38 Saya membayar ________ sebanyak sepuluh peratus daripada harga kereta yang
hendak dibeli.
A wnag hangus C darah putih
B wang muka D emas putih
39 Cermin mata ini sesuai dengan bentuk muka puan yang ______ dan putih melepak,
kata jurujual itu kepada Puan Lorina.

A hidung tinggi C bujur sirih


B cakar ayam D tahi lalat
40 Lelaki ayng ______ itu sering mengganggu dan memerhatikan gerak-geri bekas
isterinya.
A gila-gila bahasa C buah hati
B gila bayang D jatuh hati
41 Anak gadia Pak Jenal memang jelita ddan manis, apatah lagi ditambah dengan _____
di tepi bibirnya yang comel itu.
A telinga kuali C mata petai
B mulut murai D tahi lalat
42 Ramesh budak yang _____ kerana tidak mahu langsung mendengar nasihat orang
lain.
A khabar angin C geli hati
B kepala batu D buah hati
43 Amran _______ apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk memalsukan
dokumen itu.
A langkah kiri C gelap mata
B langkah kanan D mata petai
44 kejayaan atlet Paralimpik berjaya ________ banyak pihak yang selama ini
memandang rendah keupayaan mereka.
A membuka tembelang C membuka mata
B membuka mulut D memberi muka
45 Muka pencuri itu seperti _____ apabila terserempak dengan dua orang anggota polis
yang meronda di situ.
A bulan kesiangan C lidah kambing
B mulut tempayan D kambing hitam
46 Jamal terlalu boros dalam berbelanja dan akibatnya dia terpaksa menanggung hutang
yang _______
A sehelai sepinggang C dalam tangan
B keliling pinggang D kusut fikiran
47 Nani berasa lega setelah meluahkan _______nya pada guru kaunseling di sekolah.
A buah hati C isi hati
B jatuh hati D iri hati
48 Peserta larian desa itu masih meneruskan larian walaupun ______ mulai turun.
A embun jantan C delima merekah
B emas putih D durian runtuh

49 Puan Siti, saya _______ dahulu kerana hari pun sudah lewat petang, kata Puan
Jaya.
A hilang semangat C cakap besar
B pasang badan D minta diri
50 Rupa-rupanya dialah ______ yang dicari selama ini, yang menyebabkan syarikat kita
jatuh muflis.
A musuh dalam selimut C nyawa-nyawa ikan
B Nujum Pak Belalang D jinak-jinak merpati

Anda mungkin juga menyukai