Anda di halaman 1dari 14

Jawab semua soalan

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan kemahiran manipulatif semasa melakukan
penyiasatan saintifik?
A. Menyimpan peralatan dan bahan-bahan kimia dengan betul dan berhati-hati.
B. Mengendali spesimen hidup dan tidak hidup dengan betul dan berhati-hati.
C. Membersihkan peralatan sains menggunakan kaedah yang betul.
D. Mengukur dan menggunakan nombor dengan betul.

2. Semasa membuat pemerhatian, pemerhati mesti


A. Mengalami perkara yang diperhatikan.
B. Memikirkan tentang apa yang mahu diperhatikan.
C. Merekod maklumat tentang perkara yang diperhatikan.
D. Membuat penerangan tentang perkara yang diperhatikan.

3. Pernyataan hipotesis melibatkan pemboleh ubah- pemboleh ubah


A. Bergerak balas dan dimalarkan.
B. Dimalarkan dan dimanipulasikan
C. Dimanipulasikan dan bergerak balas
D. Dimalarkan, dimanipulasikan dan bergerak balas.

4. Seorang murid ingin mengetahui kesan hujan asid ke atas populasi ikan. Dia mengambil dua
buah bikar, A dan B, yang berisi 500 ml air suling. Kemudian, dia menuangkan 50 ml asid ke
dalam bikar A manakala bikar B dibiarkan berisi air suling sahaja. Tiga ekor ikan gapi
dimasukkan ke dalam kedua-dua buah bikar. Setiap bikar diberikan makanan dengan jumlah
yang sama. Setiap hari, dia mencatat pemerhatian sehingga hari ke-3. Ramalkan apa yang
mungkin berlaku kepada ikan-ikan di dalam bikar A pada hari ke-3.
A. Semua ikan mati
B. Dua ekor ikan mati
C. Tiada apa yang berlaku
D. Hanya seekor ikan mati.

5. Antara yang berikut, yang manakah aspek keselamatan di makmal yang perlu dipatuhi
semasa menjalankan penyiasatan saintifik?
I. Menggunakan disinfektan untuk mensterilkan peralatan.
II. Menyimpan tumbuhan beracun di dalam makmal.
III. Mendidihkan air di dalam kebuk wasap.
IV. Mematuhi arahan guru.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

1
6. Rajah 1 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji pergerakan
bahan merentasi membran separa telap.

Rajah 1
Antara yang berikut, yang manakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen di
atas?
A. Isi padu air suling
B. Isi padu larutan glukosa.
C. Jenis larutan di luar tiub Visking
D. Jenis larutan di dalam tiub Visking.

7. Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid untuk
mengkaji kesan pH ke atas kadar tindak balas enzim amilase air liur.
pH medium tindak balas Masa untuk hidrolisis kanji kepada maltosa (minit)

4 10
7 1
10 10
Jadual 1

Apakah inferens yang sesuai untuk keputusan eksperiman ini?


A. Masa hidrolisis kanji kepada maltose paling singkat ialah pH 7.
B. pH medium mempengaruhi masa hidrolisis kanji kepada maltose.
C. Enzim amilase cekap bertindak balas pada medium berasid dan alkali.
D. Kadar tindak balas enzim amilase paling tinggi pada pH 7 kerana enzim ini aktif pada
medium neutral.

8. Antara organel berikut,yang manakah kedudukannya paling dekat dengan nuklues?


A. Jalinan endoplasma
B. Mitokondria
C. Jasad Golgi
D. Klorofil.

9. Antara organel di dalam sel tumbuhan berikut, yang manakah bersifat keras dan tegar?
A. Dinding sel
B. Kloroplas.
C. Ribosom.
D. Vakuol.

2
10. Berikut ialah bahan-bahan yang terkandung dalam satu vakuol tumbuhan.

Air, gula, bahan kumuh, bahan kimia dan garam mineral

Antara yang berikut, yang manakah fungsi vakuol berdasarkan kandungannya?


A. Menghasilkan tenaga melalui pengoksidaan.
B. Mengekalkan sel dalam keadaan segah.
C. Memberi sumber makanan kepada sel.
D. Membekalkan keperluan sel.

11. Semasa proses fotosintesis, tenaga cahaya daripada matahari ditukar kepada tenaga kimia.
Di manakah tenaga kimia ini dihasilkan?
A. Dinding sel
B. Sitoplasma
C. Kloroplas.
D. Vakuol.

12. Seorang bayi dilahirkan cacat. Sel di dalam badan bayi ini dikatakan tidak mampu membina
metabolisme badannya sendiri. Maka keadaan bayi ini sentiasa lemah dan tumbesarannya
terbantut. Antara organel berikut, yang manakah terganggu sehingga menyebabkan
kecacatan pada bayi tersebut?
A. Mitokondria.
B. Jasad Golgi.
C. Ribosom
D. Vakuol.

13. Struktur P mengeluarkan polisakarida bagi pembentukan dinding sel tumbuhan. Apakah
struktur P?
A. Jalinan endoplasma kasar.
B. Jasad Golgi
C. Ribosom
D. Lisosom.

3
14. Rajah 2 menunjukkan suatu sel tumbuhan.

Rajah 2
Antara sel berikut, yang manakah mengandungi banyak organel X?
A. Sel pengawal
B. Sel pada jidal akar.
C. Sel mesofil berspan.
D. Sel mesofil palisad.

15. Rajah 3 menunjukkan organisma unisel.

Rajah 3
Antara yang berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?
Bahagian Fungsi

A M Mengawal semua aktiviti dalam sel kecuali aktiviti seks

B L Terlibat dalam osmoregulasi

C N Tapak bagi sintesis protein

D O Terlibat dalam gerak alih.

16. Fagositosis hanya berlaku di dalam sel haiwan tetapi tidak berlaku di dalam sel tumbuhan.
Struktur sel manakah yang memainkan peranan penting bagi membolehkan fagositosis
berlaku?
A. Kloroplas
B. Sitoplasma
C. Mitokondria
D. Membran sel

4
17. Antara yang berikut, yang manakah bukan tisu penghubung?

18. Sistem pencernaan penting supaya tubuh badan memperoleh tenaga. Antara yang berikut,
yang manakah menunjukkan sistem pencernaan?

5
19. Berikut ialah ciri-ciri tisu S dalam suatu sel.

 Kepadatan gentian kolagen yang tinggi.


 Menyambungkan tulang kepada otot dan tulang kepada tulang.

Apakah tisu S?

A. Rawan.
B. Tisu otot.
C. Tisu penghubung longgar.
D. Tisu penghubung bergentian.

20. Rajah 4 menunjukkan organisasi sel dalam suatu tumbuhan.

Rajah 4
Apakah yang diwakili oleh R, T dan U?
R T U
A Sel Organ Tisu
B Sel Tisu Organ
C Tisu Sel Organ
D Tisu Organ Sel

21. Antara padanan berikut, yang manakah betul tentang keperluan silia atau flagella pada
bahagian sel haiwan?
Bahagian sel Keperluan
haiwan
I Esofagus Mengeluarkan lendir bagi pergerakan makanan.

II Trakea Merembeskan cecair untuk melembutkan makanan.

III Oviduktus Menolak ovum ke dalam Rahim

IV Sperma Bergerak ke arah ovum.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6
22. Lisosom jarang ditemui di dalam sel tumbuhan. Struktur ini mengandungi kepekatan enzim
hidrolisis yang tinggi. Bagaimanapun periuk kera ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai
organel lisosom.
Apakah sebabnya lisosom terdapat dalam periuk kera?
A. Mencerna serangga yang terperangkap.
B. Menyerap nutrien daripada serangga.
C. Melumpuhkan serangga.
D. Memerangkap serangga.

23. Seorang pemuda mengalami penghidratan. Ginjalnya gagal berfungsi untuk membetulkan
maklumat kehilangan air di dalam tubuh badan pemuda tersebut.
Antara sistem berikut, yang manakah berfungsi untuk mengekalkan persekitaran
dalamannya supaya optimum dalam kes sebegini?
A. Sistem pernafasan.
B. Sistem pencernaan.
C. Sistem perkumuhan.
D. Sistem peredaran darah.

24. Seorang pesakit diabetis mengambil jumlah gula yang tinggi semasa berbuka puasa. Pesakit
itu kemudiannya menyuntik hormon insulin keranan pankreasnya kurang berfungsi.
Apakah yang berlaku di dalam tubuh badannya ketika ini?
A. Insulin mencernakan gula berlebihan.
B. Insulin menyimpan gula berlebihan di dalam hati.
C. Insulin menukar gula berlebihan serta merta kepada bentuk tenaga.
D. Insulin bertindak balas lambat maka pesakit diabetis akan merasa loya.

25. Tulang sumsum seorang malim gunung mempunyai kecekapan yang tinggi dalam
penghasilan sel darah merah. Mengapakah perkara ini berlaku?
A. Kawasan tinggi mengandungi kandungan oksigen yang rendah, maka lebih banyak
sel darah diperlukan.
B. Tekanan tinggi menyebabkan pendarahan hidung maka sel darah merah perlu
diganti dengan cepat.
C. Sel darah merah diperlukan dengan banyak untuk mengangkut tenaga ke seluruh
tubuh malim dengan cepat.
D. Sel darah merah yang banyak dapat mengelakkan malim daripada terhidrat keranan
keletihan.

7
26. Rajah 5 menunjukkan struktur satu membran plasma.
Apakah struktur Y dan Z?

Rajah 5

Y Z

A Protein liang Glikoprotein

B Protein liang Glikolipid

C Protein pembawa Glikoprotein

D Protein pembawa Glikolipid

27. Apakah proses yang terlibat dalam penyerapan asid amino di ileum?
A. Pengangkutan pasif.
B. Pengangkutan aktif
C. Resapan berbantu
D. Resapan ringkas.

28. Maklumat berikut menerangkan sejenis pergerakan molekul-molekul yang merentasi


membran plasma.

 Bahan bergerak merentasi membrane plasma melalui protein liang.


 Pergerakan bahan adalah mengikut kecerunan kepekatan.

Apakah jenis pergerakan ini?


A. Osmosis
B. Resapan ringkas
C. Resapan berbantu
D. Pengangkutan aktif.

8
29. Rajah 6 menunjukkan satu sel yang telah direndam di dalam air suling.

Rajah 6
Apakah yang dialami oleh sel itu?
A. Krenasi
B. Hemolisis
C. Plasmolisis
D. Deplasmolisis

30. Antara bahan berikut, yang manakah bergerak merentasi membran plasma secara resapan
ringkas?
A. Glukosa.
B. Oksigen.
C. Vitamin C.
D. Ion Natrium.

31. Antara proses berikut,yang manakah melibatkan pengangkutan aktif?


A. Penyerapan air oleh akar rambut tumbuhan.
B. Penyerapan glukosa melalui vilus di dalam usus kecil.
C. Pergerakan ion natrium ke dalam sel pada dinding tubul ginjal.
D. Pertukaran gas di antara alveolus dengan kapilari darah semasa respirasi.

32. Apakah proses yang berlaku kepada eritrosit apabila direndam di dalam air laut?
A. Segah.
B. Flasid.
C. Krenasi.
D. Meletus.

33. Antara sel tumbuhan berikut, yang manakah menunjukkan keadaan sel selepas direndam di
dalam air suling selama 30 minit?

9
34. Rajah 7 menunjukkan graf hubungan antara peratus perbezaan berat silinder ubi kentang
dengan kepekatan larutan sukrosa.

Pada titik manakah, A, B, C atau D yang mewakili kepekatan larutan yang isotonic terhadap
sap sel bagi sel ubi kentang?

35. Sepotong batang sawi hijau telah direndam di dalam larutan sukrosa 30%. Antara yang
berikut, yang manakah pemerhatian yang diperoleh selepas 1 jam?

36. Rajah 8 menunjukkan satu molekul nukleotida dalam DNA.

Rajah 8
Apakah P, Q dan R?
P Q R
A Gula pentos Bes bernitrogen Kumpulan fosfat.
B Bes bernitogen Kumpulan fosfat. Gula pentos
C Kumpulan fosfat Gula pentos Bes bernitrogen.
D Gula pentos Kumpulan fosfat. Bes bernitrogen.

10
37. Rajah 9 menunjukkan sebahagian asid nukleik yang terdapat dalam nukleus sel.

Rajah 9
Berikut merupakan kesan ketiadaan asid nukleik ke atas sel KECUALI
A. Sel tidak dapat mensintesis protein.
B. Sel tidak dapat menjalankan respirasi.
C. Sel tidak dapat menentukan ciri-ciri individu.
D. Sel tidak dapat menjalankan pembahagian sel.

38. Satu sabatian karbon tulen yang diasingkan daripada tisu hidup mengandungi dua kali
bilangan atom hidrogen berbanding atom oksigen. Antara yang berikut, sebatian manakah
yang dimaksudkan?
A. Lemak
B. Protein.
C. Karbohidrat.
D. Asid nukleik.

39. Pernyataan berikut adalah tentang satu sebatian kima dalam sel.

 Medium tindakbalas kimia.


 Mengekalkan tekanan osmosis.

Antara yang berikut, sebatian kimia yang manakah mempunyai ciri-ciri tersebut?
A. Protein
B. Lemak
C. Enzim
D. Air.

40. Antara berikut, yang manakah fungsi air?


A. Diperlukan untuk sintesis antibodi.
B. Bertindak sebagai penebat di dalam badan.
C. Bertindak sebagai sumber tenaga di dalam badan.
D. Membantu tindakan hidrolisis makanan oleh enzim.

11
41. Rajah 10 menunjukkan proses pemecahan molekul disakarida kepada monosakarida.

Rajah 10
Apakah proses X?
A. Dialisis
B. Asimilasi.
C. Hidrolisis.
D. Kondensasi.

42. Rajah 11 menunjukkan struktur molekul protein.

Rajah 11

Apakah ikatan P?

A. Ikatan ester.
B. Ikatan peptide.
C. Ikatan glikosidik.
D. Ikatan fosfoiester.

43. Rajah 12 menunjukkan tiga jenis struktur protein.

Rajah 12

12
Antara contoh yang berikut, yang manakah contoh yang betul bagi X, Y dan Z?

X Y Z
A Enzim Keratin Haemoglobin
B Keratin Haemoglobin Enzim
C Enzim Haemoglobin Keratin
D Keratin Enzim Hemoglobin

44. Rajah 13 menunjukkan proses hidrolisis satu molekul lemak.

Rajah 13
Apakah W, X dan Y?
W X Y
A Lipase Gliserol Asid lemak
B Lipase Asid lemak Gliserol
C Laktase Glukosa Galaktosa
D Laktase Galaktosa Glukosa.

45. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang lemak tepu?
I. Kandungan kolestrol rendah.
II. Berbentuk pepejal pada suhu bilik.
III. Kandungan atom hidrogen maksimum.
IV. Sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua antara atom-atom karbon.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

46. Kelas lipid manakah yang dipadankan dengan betul kepada fungsinya?
Kelas Lipid Fungsi
A Trigliserida Komponen bagi DNA
B Fosfolipid Melindungi lapisan luar daun
C Steroid Komponen bagi kolestrol
D Lilin Menyimpan tenaga

47. Seorang suri rumah mendapati bahawa hirisan timun menjadi lembik apabila direndam di
dalam larutan garam. Proses manakah yang menyebabkan hirisan timun itu menjadi lembik?
A. Air meresap masuk ke dalam sel hirisan timun secara osmosis.
B. Air meresap keluar daripada sel hirisan timun secara osmosis.
C. Garam meresap masuk ke dalam sel hirisan timun secara pengangkutan aktif.
D. Garam meresap keluar daripada sel hirisan timun secara pengangkutan aktif.

13
48. Paramecium sp. hidup di habitat air tawar. Apakah yang berlaku kepada Paramecium sp jika
diletakkan di dalam air laut?
A. Vakuol mengecut pecah.
B. Vakuol mengecut berhenti mengecut.
C. Vakuol mengecut akan mengecut pada kadar yang tinggi.
D. Vakuol mengecut akan mengecut pada kadar yang rendah.

49. Rajah 13 menunjukkan empat buah bikar berisi larutan yang berbeza kepekatan

Rajah 13

Antara larutan A, B, C dan D, yang manakah mempunyai tekanan osmosis yang paling rendah?

50. Rajah 14 menunjukkan struktur sel tumbuhan.

Rajah 14

Antara yang berikut, struktur yang manakah bersifat separa telap?


A. P dan S
B. P dan Q
C. Q dan S
D. Q dan R

Disediakan oleh

………………………………….
(Mohd Affendi B. Mohd Fishal)

Disahkan & disemak oleh

………………………………

(Pn Norain Bt Ismail)


Guru Kanan Matapelajaran Sains & Matematik SMK Tat Beng

14

Anda mungkin juga menyukai