Anda di halaman 1dari 10

UTARID

Merupakan planet yang terletak paling hampir dengan matahari.

 Ini menyebabkan, planet ini mempunyai suhu yang tinggi, iaitu 430 darjah celcius pada
waktu siang dan -170 darjah celcius pada waktu malam.

 Mempunyai permukaan yang kering, berlubang dan berkawah.

 Tidak mempunyai atmosfera, udara atau air. Oleh itu ia tidak sesuai untuk sebarang
hidupan.

Planet Utarid adalah planet terdekat dari matahari dengan jaraknya 0, 39 SA. Masa revolusinya
selama 88 hari sedangkan masa rotasinya selama 59 hari. Suhu planet Utarid sangat ekstrim kerana
lokasinya yang sangat dekat dengan matahari dimana pada waktu siang suhunya tinggi sekali hingga
4270°C sedangkan pada malam hari suhunya sangat dingin iaitu sekitar -1700°C. tingat eksentrisitas
planet Utarid cukup besar iaitu 0,206 kerana lokasinya yang dekat dengan matahari. Jarak terjauh
planet Utarid kepada matahari (afelion) 57, 9 juta km sedangkan jarak terdekat planet Utarid ke
matahari sebesar 22 juta km.

Utarid tidak memiliki atmosfera sehingga langit Utarid bewarna hitam. Planet ini juga tidak memiliki
satelit hal ini kerana lokasinya yang sangat dekat dengan matahari sehingga daya gravitasinya lebih
tinggi dengan matahari dibandingkan dengan planet Utarid itu sendiri.
ZUHRAH

Merupakan planet yang terletak kedua hampir dari matahari.

 Planet ini juga terletak paling hampir dengan Bumi.

 Mempunyai saiz dan jisim yang hampir sama dengan Bumi.

 Walau bagaimanapun, Zuhrah tidak menampung hidupan seperti Bumi.

 Ini adalah kerana atmosferanya tidak mengandungi oksigen tapi terdiri daripada gas karbon
dioksida dan awan asid sulfurik yang beracun.

 Dilitupi oleh awan putih yang tebal.

 Awan ini memantulkan cahaya matahari, menyebabkan planet ini kelihatan cerah di langit.

 Mempunyai permukaan yang berbatu-batan, berlava dan mempunyai suhu setinggi 470
darjah celcius pada waktu siang.

 Planet ini tidak mempunyai sebarang satelit yang bergerak mengelilinginya.

Planet Venus juga dikenali sebagai bintang kejora atau lintang panjer lor oleh orang jawa. Hal ini
kerana planet venus boleh dilihat sebagai bintang yang paling cerah jika malam hari. Tingkat
eksetrisitas planet venus sendiri adalah 0,007 sehingga bentuk orbit hampir bulat.

Planet Venus adalah planet kedua terdekat dengan matahari dengan jaraknya 0, 72 SA dan suhunya
sangat panas mencapai 4800 ° C pada siang hari. Tingginya suhu planet venus ini kerana adanya gas
rumah kaca yang menyelimuti planet venus. Plante venus juga kadang-kadang disebut sebagai
saudara planet bumi kerana mempunyai bentuk, saiz, komposisi yang hampir sama dengan bumi.
MARIKH

Merupakan planet yang terletak keempat hampir dari matahari.

 Dikenali sebagai “planet merah” kerana mempunyai permukaan yang terdiri daripada besi
oksida yang berwarna merah.

 Permukaan planet ini juga adalah berkawah.

 Mempunyai lapisan atmosfera yang nipis.

 Atmosferanya terdiri daripada gas karbon dioksida dan karbon monoksida.

 Suhu di Marikh adalah 30 darjah celcius pada waktu siang dan -60 darjah celcius pada waktu
malam.

 Mempunyai 2 bulan yang mengelilinginya.

Planet Mars dinamakan dengan nama salah satu dewa perang Romawi kuni iaitu Marikh. Planet
Marikh seringkali digelar sebagai planet merah .Hal ini kerana memang kewujudannya yang bewarna
merah keorange-an. Planet Marikh mempunyai atmosfera yang sangat tipis sehingga di dalamnya
terdapat beberapa palung yang sangat dalam kerana adanya benturan dengan benda langit lainnya.
Namun di dalam planet mars juga terdapat gunung yang paling tinggi di semua planet di tata surya
iaitu gunung Olympus mons.

Jarak planet Marikh dengan matahari adalah sebesar 1,52 SA atau kira-kira 228 juta km. Planet
Marikh berputar mengelilingi matahari selama 687 hari lamanya dengan tahap kesipian yang
dimilikinya sebesar 0,0093. Planet Marikh mempunyai dua satelit iaitu Deimos dan Phobos.
MUSYTARI

Merupakan planet yang terletak kelima hampir dari matahari.

 Ia merupakan planet yang terbesar dan mempunyai diameter kira-kira 11 kali ganda
diameter Bumi.

 Hampir seluruh permukaan planet ini terdiri daripada hidrogen dan helium cair.

 Mempunyai dua gelang yang terdiri daripada ketul-ketul ais.

Planet ini juga mempunyai 16 bulan yang mengelilinginya.

Planet Musytari adalah planet terbesar di dalam Sistem Suria .Penamaan planet Jupiter ini diambil
dari salah satu nama dewa di dalam mitos zaman Romawi kuno. Planet Jupiter merupakan planet
ketiga yang paling cerah selepas planet venus dan mars. Kadang-kadang planet Jupiter juga boleh
dilihat dari bumi tetapi sangat jarang. Jarak dari planet Jupiter dengan matahari adalah 5.2 SA. Ia
mengelilingi matahari selama 11,86 tahun dan tahap rotasinya selama 9 jam 50 minit bermakna
berputar sangat cepat dengan saiz yang sangat besar serta Jupiter mempunyai tahap ekstensitritas
sebanyak 0,048. Planet Musytari mempunyai 17 satelit yang setia padanya dengan 4 buah satelit
terbesarnya iaitu bernama IO, Europe, Ganimede dan calisto.
ZUHAL

Merupakan planet yang terletak keenam hampir daripada matahari.

 Planet yang paling menarik di dalam sistem suria kita.

 Ini adalah kerana planet ini di kelilingi oleh satu sistem gelang yang luas.

 Gelang-gelang ini terdiri daripada debu, batu-batan dan ketulan ais yang kecil dan beredar
mengelilingi Planet Zuhal.

 Planet ini mempunyai permukaan yang dilitupi oleh hidrogen cecair.

 Planet ini juga mempunyai 18 bulan yang mengelilinginya.

Planet Zuhal sangat terkenal dengan cincinnya yang sangat menawan. Planet ini hampir sama
dengan Musytari iaitu tidak padat namun besar kerana sebahagian besar bahan penyusunnya adalah
gas hydrogen dan helium. Yang menjadi salah satu ciri khas dari planet Zuhal ini adalah angin di
dalamnya kerana berputar sangat cepat dan tidak berhenti dengan kelajuan 1,100 km / jam. Jarak
planet Zuhal dengan matahari adalah 1433, 5 juta km dengan masa peredaran selama 29,42 tahun
dan rotasinya 10 jam 40 minit. Suhu planet zuhal 140 ° C dan mempunyai 18 satelit. Planet Zuhal
mempunyai cincin yang terdiri daripada batu dan bingkahan ais.
URANUS

Merupakan planet yang terletak ketujuh hampir dari matahari.

 Permukaannya kelihatan hijau kerana atmosfera Uranus dilitupi oleh metana.

 Di samping itu atmosfera Uranus juga terdiri daripada gas hidrogen dan helium.

 Permukaan Uranus dilitupi oleh lapisan ais.

 Mempunyai gelang dan dikelilingi oleh 15 bulan.

Planet Uranus merupakan planet ke tujuh daripada matahari dan penamaannya ini juga diambil
dari salah satu dewi pada mitologi Romawi kuno dewi urania. Jarak dari planet Uranus ke matahari
adalah 2.872 km dengan masa peredaran selama 84 tahun kerana letaknya yang jauh dari matahari
maka suhunya sangat sejuk kerana cahaya matahari baru boleh sampai ke planet ini dalam masa 2.5
jam. Planet ini juga mempunyai cincin namun tak sebesar yang dimiliki oleh zuhal dan mempunyai
27 satelit. Masa rotasinya selama 17 jam 14 minit dengan suhu rata-ratanya -140 ° C. Planet ini jika
kelihatan berwarna hijau kebiruan kerana atmosferanya terbentuk daripada gas metana yang sangat
tebal.
NEPTUN

Merupakan planet yang terletak kelapan hampir dari matahari.

 Planet ini mempunyai jisim dan saiz yang hampir sama dengan Uranus.

 Permukaan planet ini berwarna hijau kebiruan dan atmosferanya terdiri daripada gas
metana, hidrogen, dan helium seperti Uranus.

 Dilingkari oleh gelang dan mempunyai permukaan yang dilitupi oleh lapisan ais.

 Neptun mempunyai 8 bulan yang mengelilinginya.

 Satelit semulajadi atau bulan yang paling besar mengelilinginya dikenali sebagai Triton.

 Triton merupakan bulan yang mempunyai atmosfera berwarna kebiru-biruan.

Planet terjauh dari matahari adalah planet Neptun dengan jaraknya ke matahari 4.500 km. Masa
peredaran selama 164,8 tahun kerana sangat jauh daripada matahari dan rotasinya selama 16 jam 6
minit. Planet Neptun ini ditemui selepas 65 tahun ketika saintis mencari planet Uranus. Planet
Neptun masuk ke dalam planet gergasi yang mempunyai saiz yang besar. Planet Neptun ini kerap
diberi gelaran sebagai pembuat ulah kerana seringkali mungkin keluar dari jalur orbitnya. Seperti
planet besar lain komposisinya pun lebih banyak dari bahan gas hydrogen, helium dan metana.
Kerana letaknya yang sangat jauh daripada matahari maka suhunya sangat sejuk dengan rata-rata -
233 ° C dan lapisan permukaan Neptun tertutup salji. Planet Neptun mempunyai 14 buah satelit dan
mempunyai cincin tapi tak sebesar Neptun.
BUMI

Merupakan planet yang ketiga hampir dari matahari dan didiami oleh manusia, haiwan dan
tumbuhan.

 Antara planet-planet dalam sistem suria, hanya Bumi yang boleh mennampung kehidupan.

 Ini dalah kerana Bumi mempunyai oksigen yang banyak dalam atmosferanya, kawasan berair
yang luas, dan suhu yang sederhana.

 Bumi mempunyai bentuk yang bulat tetapi agak mendatar di kutub utara dan kutub selatan
serta membonjol di kawasan khatulistiwa.

 Bumi mempunyai atmosfera yang mengandungi gas oksigen, nitrogen, karbon dioksida, dan
gas-gas lain.

 Permukaan Bumi adalah tidak rata dan dilitupi oleh air.

 Mempunyai daya tarikan graviti yang menyebabkan jasad berada di permukaannya dan gas-
gas kekal dalam atmosferanya.

 Atmosfera Bumi adalah penting kerana mengandungi gas yang diperlukan oleh benda-benda
hidup, mencegah sinaran ultraungu dari matahari menyinari Bumi dalam kuantiti yang
membahayakan serta mencegah meteorit terhempas ke permikaan Bumi.

 Bumi bergerak mengelilingi matahari dalam orbitnya sendiri.

 Masa yang diambil oleh Bumi untuk membuat satu edaran lengkap adalah satu tahun, iaitu
364 1/4 hari.

 Bumi juga berputar di atas paksinya dan satu putan lengkapnya mengambil masa 24 jam,
iaitu bersamaan dengan satu hari.

 Dikelilingi oleh satu satelit semulajadi, iaitu bulan.

 Bulan boleh mengelilingi Bumi dalam orbitnya kerana terdapat daya tarikan graviti Bumi.
BULAN

Merupakan satelit semula jadi yang mengelilingi Bumi.

 Terletak kira-kira 400,000 km daripada Bumi dan mempunyai diameter kira-kira 1/4
diameter Bumi.

 Tidak mempunyai atmosfera dan terdiri daripada permukaan berkawah yang dilitupi oleh
habuk-habuk.

 Permukaannya terdiri daripada kawasan tanah tinggi dan tanah rendah yang luas yang
dikenali sebagai maria.

 Mempunyai daya tarikan graviti yang lemah iaitu 1/6 daripada daya tarikan graviti Bumi.

 Mempunyai suhu pada waktu siang kira-kira 127 darjah celcius dan suhu pada waktu malam
kira-kira -113 darjah celcius.

 Di bulan, tidak terdapat sebarang hidupan seperti di Bumi kerana suhunya sangat tinggi pada
waktu siang dan rendah pada waktu malam, tiada atmosfera, tiada air dan banyak meteorit
yang jatuh di permukaan bulan.
Planet Jarak dari Matahari (Juta km) Masa (Hari mengelilingi Matahari)

Utarid 57.9 89.96

Zuhrah 108.2 225

Bumi 149.5 365

Marikh 227.9 687

Musytari 778.3 4343

Zuhal 1427 10767

Uranus 2870 30700

Neptune 4497 602575

Anda mungkin juga menyukai