Anda di halaman 1dari 17

SEJARAH PENCAPAIAN

TAMADUN MELAYU

PENCAPAIAN TAMADUN
MELAYU
Pemerintahan
Ekonomi
Pendidikan
Komunikasi
Sastera
Kemahiran

PEMERINTAHAN
Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu
Islam yang dikenal diseluruh rantau
Alam Melayu mahupun kerajaan luar
seperti:
Kerajaan Sribuza Islam, Palembang, Kerajaan
Samudera-Pasai di Pasai, Aceh, Sumatera
Utara, Kerajaan Pattani, Selatan Thailand,
Kerajaan Melaka, Kerajaan Demak, Banten,
Ceribon di Pulau Jawa, Kerajaan Aceh
Darussalam, Kerajaan Buton, Ternate di
Sulawesi, Kerajaan Melayu Johor-Riau.

Samb.
Mempunyai sistem pemerintahan yang
berasaskan undang-undang Islam yang
ditulis pada naskhah-naskhah Melayu
dan batu bersurat (prasasti). Contohnya
seperti:
Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun
Melaka, Kanun Meukuta Alam, Undangundang Kedah, Hukum Kanun Pahang,
Undang-undang 99 di Perak.

EKONOMI
Kegiatan perdagangan di kalangan
masyarakat Melayu tempatan, serantau
dan antarabangsa melalui kewujudan
pasar, bandar dan pelabuhan.
Kemunculan pelabuhan seperti
pelabuhan Aceh, Melaka, Demak dan
Johor.
Sistem perdagangan yang berlaku

PENDIDIKAN
Kewujudan pusat-pusat pengajian agama
Islam yang dimulai oleh istana, rumah
ulama, masjid, madrasah/meunasah,
langgar, surau, pondok, pesantren,
dayah

Samb.
Kemunculan golongan intelektual
Melayu.
Contohnya Hamzah Fansuri,
Shamsuddin al-Sumaterani, Nuruddin
al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Abdul
Samad al-Palembani, Yusuf Makasar,
Muhamad Nafis al-Banjari, Muhamad
Arsyad al-Banjari, Daud al-Fatani dan
keturunannya.

Samb.
Kelahiran naskhah-naskhah Melayu atau
manuskrip Melayu yang merangkumi
segala aspek kehidupan masyarakat
Melayu
Contohnya: Perubatan, ilmu falak
(astronomi), undang-undang,
pemerintahan (ketatanegaraan),
pertanian, pengetahuan Islam, sejarah
Melayu dan kemasyarakatan.

Samb.
Kecenderungan sultan menguasai pendidikan
Islam dengan mengarahkan ulama menulis
dan menterjemah kitab agama Islam dalam
bahasa Arab ke bahasa Melayu untuk
menjelaskan ajaran Islam dan menjawab
permasalahan masyarakat dari perspektif
Islam.
Contohnya Sultan Mansur Shah mempelajari
kitab Dur al-Manzum/ Dar al-Mazlum

KOMUNIKASI
Komunikasi di Alam Melayu terjadi melalui
hubungan perdagangan dan pemerintahan.
Para pemerintah Melayu telah mengadakan
interaksi antara etnik Melayu di seluruh wilayah
Melayu dengan semangat harmoni melalui
peluasan wilayah.
Contohnya: Kerajaan Melaka meluaskan
pengaruh ke negeri-negeri di Semenanjung
Tanah Melayu hingga ke Pulau Sumatera yang
meliputi Inderagiri, Siak, Kampar, Rokan

Samb.
Para pemerintah Melayu juga telah
mengadakan interaksi antara kaum bukan
Melayu khususnya dengan kuasa Eropah.
Interaksi ini dibuktikan dengan adanya suratsurat sultan Melayu kepada pegawaipegawai British.
Contohnya: Surat Sultan Ahmad Tajuddin
Halim Syah dari Kedah kepada Thomas
Raffles di Melaka bertarikh 6 Rabiulawal
1226 H.

SASTERA MELAYU
Sastera berbentuk prosa dan puisi.
Prosa merupakan karya dalam bentuk esei/
karangan untuk menjelaskan satu perkara.
Puisi pula merupakan karya yang bergantung
kepada kemahiran bahasa dan penggunaan
bahasa yang indah dengan rima bunyi yang
tertentu.
Puisi-puisi tamadun Melayu merangkumi syair,
pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak.

Samb.
Banyak terdapat dalam catatan naskhah/
manuskrip Melayu
Melibatkan karya dalam pebagai bidang:
Ketatanegaraan, pemerintahan,
perubatan, undang-undang, agama
Islam, ilmu falak, petua dll.
Contoh Taj al-salatin, Bustan al-salatin,
Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,
Mirat al-Tullab dll.

Samb.
Puisi-puisi tamadun Melayu merangkumi
syair, pantun, gurindam, seloka, nazam
dan sajak.
Syair: Rima bunyi akhir yang sama:
a,a,a,a.
Pantun: Rima bunyi rangkap 1 sama dgn
rangkap 3 dan rangkap 2 sama dgn
rangkap 4: a,b,a,b.

Contoh Pantun Melayu:


Pantun 2 kerat:
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri

Pantun 4 kerat:
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.

KEMAHIRAN PEMBUATAN
Tempat tinggal: Rumah
Peralatan mencari rezeki: Kapal, sampan,
pukat, jaring, bubu dll.
Peralatan kelengkapan rumah: Pinggan
mangkok, almari.
Pakaian: Baju Kurung, Baju Melayu,
Kebaya, Busana Muslim.
Peralatan menulis: Kertas, alat tulis.

PENUTUP
Tamadun Melayu mempunyai pelbagai
pencapaian yang terbukti melalui catatan
naskhah, binaan/ bangunan, batu
bersurat, karya2 seni dan sastera.
Ketinggian tamadunnya terangkum
dalam jati diri/ identiti bangsa Melayu
sahingga Melayu menjadi satu rumpun
bangsa yang dikenali.

Anda mungkin juga menyukai