Anda di halaman 1dari 2

Di Malaysia, Pesta Perahu Naga atau Pesta Duan Wu (端午节) adalah

pesta yang penting dalam kebudayaan Cina. Pesta ini dirayakan setiap
tahun pada tanggal 5 bulan 5. Perayaan Pesta Duan Wu banyak
diketahui sebagai pesta makan Bak Cang dan pesta perlumbaan Perahu
Naga.

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul untuk "Perayaan Duan


Wu". Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang pada zama
dahulu yang bernama Qu Yuan adalah seorang warganegara, golongan
bangsawan , dan penyair daripada Negara Chu. Beliau adalah seorang
menteri yang berbakat dan setia pada negaranya dan banyak
memberikan idea untuk memajukan Negara Chu. Dengan itu, beliau
disayangi oleh rakyatnya. Beliau ingin Negara Chu bersatu dengan
Negara Qi untuk memerangi Negara Qin (秦国). Namun, raja Negara
Chu tidak suka Qu Yuan dan dia telah dibuang dari Negara Chu.

Pada tahun 278 SM, Bandar Ying iaitu ibu negara kepada Negara Chu
telah dimusnahkan oleh Negara Qin dan semua penduduk Bandar Ying
telah dibunuh. Berita ini telah menakutkan Qu Yuan kerana dia
bimbang untuk masa depan Negara Chu dan kemudian bunuh diri
dengan melompat ke Sungai Miluo pada Bulan Kelima Hari Kelima dalam
Kalendar Cina sebab semangat cinta akan negaranya.

Rakyat Negara Chu kemudian merasa sedih. Mereka pergi ke sungai


tersebut untuk mencarikan Qu Yuan tetapi mereka gagal. Selepas itu,
mereka melemparkan nasi pulut yang dibungkus dengan daun iaitu Zong
Zi ke dalam sungai daripada perahu yang telah dicat seperti seekor
naga supaya haiwan-haiwan yang berada di kawasan sungai tersebut
tidak mengganggukan badan Qu Yuan.
Demi mengenang pengorbanan Qu Yuan terhadap negara, kebiasaan
yang dilakukan ini menjadi sebuah perayaan besar bagi bangsa nagara
China dan dikenal sebagai Pesta Perahu Naga atau pesta Duan Wu.
Sejak itu, tradisi makan Bakcang secara rasmi dijadikan sebagai salah
satu kegiatan dalam Pesta Duan Wu dan bakcang menjadi makanan
simbolis pada pesta ini. Bentuk bakcang segi tiga dan isi Bakcang pula
bermacam-macam. Ada yang isinya daging, ada yang berisi sayur-
sayuran, ada pula yang dibuat kecil-kecil namun tanpa isi yang
kemudian dimakan bersama gula manis.
Sekian sahaja daripada saya. Marilah sama-sama kita menyaksikan
demonstrasi cara-cara membuat bakcang.

Anda mungkin juga menyukai