Anda di halaman 1dari 3

ompang bergema pusaka bangsa

Dipalu oleh si anak muda

Hadir tuan meriah suasana

Kami menyambut penuh gembira

Salam sejahtera dan selamat petang diucapkan kepada Yang


Dihormati Pegawai SISC+ PPD Daerah Maran, Encik Mohd Asri. Yang
berusaha, tuan Guru besar SJKC Pei Min, Puan Lai Nyik Lee, GPK-GPK
dan guru- guru yang dikasihi.

Berkumpulnya kita pada petang ini untuk berkongsi serba sedikit ilmu
tentang Bimbingan Profesional PBD yang telah dihadiri oleh ketua
panitia BM,BI , Sains dan MT bersama SISC+ pada minggu lepas.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Guru besar Pn Lai


Nyik Lee untuk memberikan upacan alu-aluan.

Terima kasih Pn Lai.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pegawai SISC+ Encik


Asri untuk memberikan ucapan sepatah dua kata bagi menyerikan
aktiviti penataran PBD untuk guru-guru pemimpin pertengahan ini
pada petang ini.

Dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Asri SISC+ PPD
atas dorongan dan kata-kata semangat tadi.
Sebelum memulakan taklimat pada petang ini, diminta para hadirin
membuka kamera untuk sesi bergambar.

Hadirin sekalian, satu peringatan mesra kepada anda semua, jangan


lupa untuk mengisi borang maklum balas setelah mengikuti penataran
petang ini.

Link google form telah dikongsi dalam Chat Box google meet ini.

Baiklah, hadirin sekalian,

tanpa melengahkan masa, dijemput penceramah pertama pada petang


ini, Pn Irene untuk memulakan pembentanganya.

Guru-guru sekalian, sekarang tiba slot sesi soal jawab. Guru-guru


boleh mengemukakan soalan sekiranya tidak memahami tentang
penataran yang disampaikan tadi.

Penutup:

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

Semoga guru-guru telah memperolehi ilmu yang sanat berguna


selepas penerangan oleh penceramah tadi.
Semoga ilmu yang disampaikan dapat membantu dan melancarkan
segala urusan kerja kalian.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja perjumpaan kita pada petang ini. Terima kasih kerana
sudi meluangkan masa untuk menghadiri taklimat pada petang ini.
Jumpa lagi!

Anda mungkin juga menyukai