Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN ZAKAT PENDAPATAN Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi

seorang Islam yang sempurna. Ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran. Zakat wajib dikeluarkan ke atas beberapa jenis harta yang telah ditetapkan setelah memenuhi syarat dan tempoh tertentu. Kewajipannya mempunyai pelbagai objektif sosio-ekonomi yang

positif bukan sahaja kepada penerima zakat bahkan kepada pembayar zakat dan masyarakat keseluruhannya. Secara umumnya zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan sosial dan ia merupakan langkah awal yang sepatutnya ditangani dengan baik untuk

menuju satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Perintah ketaatan untuk membayar zakat adalah jelas sehingga terdapat perintah dalam Al-Quran untuk kerajaan Islam atau institusi zakat mengambilnya secara paksa bagi mereka yang enggan melaksanaknnya. Allah swt berfirman dalam Al-Quran (AT-Taubah 9:103) yang bermaksud Ambillah daripada harta mereka sadaqah (zakat) untuk membersihkan dan menyucikan mereka dengannya. Sebarang harta yang dinyatakan secara jelas tentang wajib zakat melalui hadis nabi saw adalah wajib ditaati tanpa sebarang alasan. Mengingkari kewajipan zakat adalah kafir (AlSyaukani 1973:170). Pemerintah dibolehkan memaksa dan memerangi golongan yang

ingkar membayar zakat sebagaimana berlaku di zaman khalifah Abu Bakar r.a. Perintah sedemikian adalah jelas kepada jenis harta yang telah disepakati (iktifaq) seperti zakat kepada hasil tanaman iaitu gandum, barli dan kurma, zakat ternakan iaitu unta, lembu dan kambing serta zakat galian dikenali emas dan perak. Perintah zakat kepada harta yang tidak Harta daripada kategori ini

disepakati walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan.

sebagai harta ikhtilaf kerana terdapat sebahagian ulama yang mewajibkannya

manakala sebahagian yang lain tidak. Oleh itu perintah ketaatan untuk membayar zakat bagi harta jenis ini berbeza mengikut keadaan semasa, kefahaman individu dan persekitarannya (fatwa). Harta dalam kategori ini adalah seperti pendapatan hasil gaji, hasil tanaman bukan ruji seperti kapas, halia dan kunyit atau pun hasil galian seperti berlian, mutiara dan petrol. Perbezaan 2 ulama tentang kewajipan zakat bagi harta di atas

menimbulkan kewujudan perbezaan ketaatan di kalangan masyarakat Islam.

TAKRIF ZAKAT PENDAPATAN Menurut Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Al-Mal Al- Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas, seperti pendapatan ahli professional. Zakat pendapatan ialah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau tidak. Zakat pendapatan memang tidak dinyatakan dalam manamana kitab Fiqh yang muktabar dahulu. Sebab itulah berlaku pertikaian dari kalangan umat Islam sekarang ini dengan mengatakan bahawa zakat pendapatan ini sahaja diada-adakan dan tidak perlu dibayar sebab dalam kitab-kitab terdahulu tidak ada. Tapi kita semua kena sedar bahawa sumber perundangan Islam itu ada empat bahagian iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Apa-apa yang telah ditentukan oleh para ulamak dengan ijtihadnya dan fatwanya telah dinyatakan, maka umat Islam semua wajib mengikutnya sebagai tanda mematuhi syariat Islam. Pengertian gaji ialah pendapatan penggajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi : 1. Gaji tahunan 2. Tunggakan gaji 3. Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat) 4. Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian).

Pendapatan Bebas pula ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada

khidmatnya. Pendapatan ebas ini merangkumi : 1. Khidmat guaman 2. Khidmat nasihat 3. Juru Perunding 4. Rawatan perubatan 5. Kejuruteraan 6. Seniman 7. Agen Komisi Am 8. Peniaga Jualan Langsung 9. Agen Takaful dan Insuran 10. 11. 12. Agen Amanah Saham Berniaga Pasar Malam Lain-lain

Di antara pendapat ulamak yang mutakhirin yang mewajibkan zakat pendapatan ialah Prof. Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Hussein Shahatah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Zakat pendapatan juga pernah dilaksanakan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah memungut zakat pendapatan dari angkatan tentera dan kakitangannya yang bergaji.

RASIONAL Alasan rasional tentang kewajipan zakat pendapatan berdasarkan pendapat ulamak yang mengatakan bahawa para petani dikenakan zakat pertanian dari hasil pendapatan mereka yang bertani. Ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pendapatan seperti makan gaji, upahan, bonus, elaun, pencen dan sebagainya juga dikira sebagai pendapatan dari hasil kerjanya, maka dari itu diwajibkan zakat pendapatan ke atas mereka yang mempunyai pendapatan dari hasil pekerjaan mereka. Firman Allah yang bermaksud : Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah : 267)

Sistem kewangan Islam semasa pemerintahan Islam dahulu menggunakan matawang dinar dan dirham sebagai urusan muamalah atau jual beli. Matawang dinar dibuat dari emas dan matawang dirham dibuat dari perak, jika kedua-dua matawang ini cukup haulnya selama setahun (mengikut tahun Hijrah), maka ia dikenakan zakat. Setelah keruntuhan pemerintahan Islam, matawang digantikan dengan duit kertas atau sebagainya dan nilai dinar atau dirham itu dinilai mengikut matawang kertas. Maka ia juga perlu dizakatkan mengikut apa yang telah ditetapkan, Hadis Nabi saw yang bermaksud : Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar. (Riwayat Abu Daud).

Jenis-Jenis Harta Pendapatan Penggajian dan Upah Kerja

Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian. Contoh : Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif dan sebagainya. Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

Zakat Harta Kerja Bebas

Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Contoh : Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya. Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim. Komisyen dan residual income pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya. Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

Zakat Harta al-Mustaghallat

Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh : Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya. Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya. Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

Firman Allah s.w.t: Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. (Al-Baqarah : 267) Allah menjelaskan bahawa segala hasil usaha yang baik itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat. Sabda Rasulullah (SAW) : Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta

pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah

HUJAH DAN DALIL KEWAJIPAN BERZAKAT Kewajipan zakat ke atas gaji atau pendapatan adalah berdasarkan kepada dalil Al-

Quran, hadith Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam dan pendapat ulama, antaranya: 1. Firman Allah subhanahu wata`ala:

{ }
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji. (Surah Al-Baqarah, 2:267)

Dalil ini digunakan bagi kewajipan zakat perniagaan tetapi ia boleh diqiyaskan juga kepada pendapatan dari penggajian berdasarkan kepada lafaz kepada sebarang bentuk harta yang diusahakan. 2. Sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:

( )

yang boleh ditafsirkan

.
Maksudnya: Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah subhanahu wata`ala telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan. Diambil dari orang kaya untuk diberi kepada mereka yang faqir. (Muttafaq `Alayh) 1. Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitab Fiqh Az-Zakah seperti berikut : Dr. Yusuf Al-Qardhawi menggunakan konsep harta perolehan al-mal al-mustafad.

Beliau menghuraikan harta seperti itu sebagai apa juga perolehan baru yang diperolehi secara halal. Menurut beliau, di bawah harta perolehan ini termasuklah gaji, pendapatan profesional, pendapatan-pendapatan dari modal yang tidak diperniagakan dan sebagainya. 2. Sekiranya harta perolehan merupakan keuntungan kepada harta yang sebelumnya

telah dizakatkan, seperti harta perniagaan, pembiakan ternakan secara profesional dan sebagainya, maka perolehan itu perlu dicampur dengan kumpulan asal dan akan menjadi sebahagian daripadanya dalam perkiraan hawl dan nisab. Ini bermakna segala modal dan keuntungannya dizakatkan secara bersama. Inilah bentuk zakat yang biasa difahami. Sebaliknya sekiranya perolehan tersebut adalah harta yang telah dizakatkan dan belum sampai hawlnya seperti harga jualan hasil tanaman yang telah dizakatkan atau harga hasil ternakan yang telah dizakatkan sebelum itu, maka ianya tidak akan dikenakan zakat pada waktu itu kerana untuk mengelakkan dikenakan zakat untuk kali kedua. 3. Harta perolehan yang bukan keuntungan pelaburan kepada mana-mana harta yang

dimiliki tetapi diperolehi melalui satu cara tersendiri seperti dalam bentuk upah atas apa-apa kerja yang dilakukan, pendapatan-pendapatan daripada modal yang tidak diperniagakan, hadiah, pemberian dan sebagainya adalah dikenakan zakat. Zakat yang diambil dari perolehan ini tidak tertakluk kepada syarat hawl. Sheikh Muhammad Abu Zuhrah berpendapat bahawa gaji dan pendapatan profesional

dikenakan zakat sekiranya cukup hawl dan nisab. Beliau tidak menjadikan konsep al-mal almustafad sebagai asas kepada kewajipan zakat tersebut, sebaliknya menggunakan method maslahah sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina `Umar bin Al-Khattab radhiyallahu `anh.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi walaupun pada peringkat awalnya mengemukakan alasan secara

nas dalam konsep al-mal al-mustafad tetapi akhirnya beliau kembali kepada konsep maslahah seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Muhammad Abu Zuhrah. Beliau banyak menyebut tentang keadilan yang perlu ditegakkan dalam soal pembayaran zakat antara para pegawai dan ahli profesional yang mempunyai pendapatan yang besar dan para petani yang mempunyai pendapatan yang kecil. Profesor Madya Dr. Mahmood Zuhdi berpendapat bahawa meskipun nas-nas tidak

banyak membantu fatwa mewajibkan pemungutan zakat ke atas gaji dan pendapatan profesional berasaskan kepada konsep al-mal al-mustafad, namun maslahah atau kepentingan semasa masyarakat menyokong kuat fatwa seperti itu. Penggunaan konsep maslahah atau kepentingan semasa masyarakat adalah sesuai dan tidak bertentangan dengan kaedah pembinaan hukum Islam yang diterima umum dalam Islam. Meskipun maslahah merupakan sumber subsidiari dalam perundangan Islam, namun ia boleh dipegang dalam keadaan seperti ini iaitu apabila tiada panduan yang jelas dari nas atau qiyas yang berasaskan kepada nas.

Pendapatan ataupun dikenali dengan istilah, Al-Mal Al- Mustafad telah dikenakan sejak zaman Rasulullah (SAW) lagi. Buktinya amalan ini diteruskan pelaksanaannya oleh sahabat dan tabiin. Contohnya : Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab, kadar Al-Mal AlMustafad yang dibayar pada masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dipinda pada kadar yang baru. Diriwayatkan daripada Qudamah Bin Mazun : Apabila aku menemui Khalifah Usman Bin Affan untuk mengambil bayaran Al-Mal Al- Mustafad. Osman bertanya : Adakah kamu memilik harta yang diwajibkan zakat ?. Kalau aku menjawab ada, maka beliau akan memotong Al-Mal Al- Mustafad itu. Kalau aku jawab tidak ada, maka beliau akan menyerahkan Al-Mal Al- Mustafad sepenuhnya. Ini bermakna Khalifah Usman melaksanakan zakat pendapatan, elaun dan gaji secara langsung daripada rakyatnya yang kaya apabila semua harta yang mereka miliki itu cukup nisab. Pada masa pemerintahan kerajaan Umawiyyah, Khalifah Muawiyyah Bin Abi Sufian melaksanakan sistem zakat Al-Mal Al- Mustafad secara sistematik kepada pegawa-pegawainya.

Orang pertama yang memungut zakat Al-Mal Al- Mustafad secara langsung ialah Amir Al-Mukminin Muawiyah Bin Abi Sufian. (Pendapat Imam Zuhri) Dasar Al-Mal Al- Mustafad yang telah dipraktikkan oleh sahabat diperluaskan lagi sistemnya oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Setelah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz membayar Al-Mal Al- Mustafad kepada pegawainya, beliau mengambil zakat daripada Al-Mal Al- Mustafad itu. (Pendapat Imam As Sarani). Sebenarnya zakat pendapatan iaitu Al-Mal Al- Mustafad pernah dipraktikkan di zaman Rasulullah (SAW). Tetapi oleh kerana kadar Al-Mal Al- Mustafad yang dibayar itu kecil, maka persoalan zakat Al-Mal Al- Mustafad (pendapatan) tidak menonjol. Sebagai contoh :

Pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq kadar Al-Mal Al- Mustafad yang dibayar ialah antara 7.3 dirham hingga 20 dirham untuk seorang pegawai. Pada zaman Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab dan Khalifah Osman Bin Affan, kadar Al-Mal Al- Mustafad yang dibayar ialah antara 800 dirham hingga 16000 dirham untuk seorang pegawai.

FATWA WAJIB ZAKAT PENDAPATAN Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jun 1997 telah memutuskan bahawa : Pendapatan hasil dari penggajian adalah diwajibkan zakat atas setiap orang Islam di Malaysia yang cukuop syarat-syaratnya. Majlis Fatwa Kebangsaan menyerahkan keputusan kepada Majlis-Majlis Fatwa negeri untuk mewajib dan mewartakan di negeri masing-masing. Bermula dari tarikh tersebut, beberapa negeri di Malaysia telah mewajibkan zakat pendapatan atas hujah dan dalil tertentu. Namun sehingga kini masih juga kedapatan beberapa negeri di Malaysia yang belum mewajibkan pendapatan juga atas hujjah dan dalil tertentu.

SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN Gaji dan pendapatan bebas wajib dikeluarkan zakatnya bila cukup syarat-syaratnya. Iaitu : 1. Islam

2. 3. 4. 5.

Milik sempurna Adab pendpatan / hasil Cukup nisab Cukup haul

KADAR ZAKAT PENDAPATAN Kadar zakat pendapatan ialah sebanyak 2.5%. Ini berpandukan kepada kadar zakat emas. Amalan ini sesuai dilakukan keran agaji dan pendapatan bebas itu ripada sumber yang diterima dalam bentuk matawang / nilai wang.

PENDAPATAN DARIPADA SUMBER YANG HARAM Pendapatan yang diperoleh daripada seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang hendak dizakatkan. Pendapatan-pendapatan daripada sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam negeri-negeri ataupun boleh digunakan untuk maslahah amah. Seperti untuk baikpulih tandas, baikpulih jalan raya, baikpulih jambatan, membina bus stand dan seumpamanya.

CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN Terdapat tiga cara pengiraan zakat pendapatan iaitu : 1. Zakat dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah keseluruhan pendapatan kasar setahun. 2. Zakat dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah bersih setelah dibuat penolakan seperti penolakan yang dibenarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Itu pun sekiranya jumlah bersih melebihi nilai nisab. 3. Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar. Terdapat 2 contoh kaedah pengiraan seperti di bawah :

KAEDAH A

2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun. Contoh : RM 1,500.00 X 12 bulan = RM 18,000.00 Kadar zakat yang dikenakan ialah

RM 18,000.00 X 2.5% = RM 450.00 setahun. RM 450.00 setahun dibahagikan dengan 12 bulan = RM 37.50 sebulan

KAEDAH B

Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun. Contoh : Si A berkahwin Gaji Si A RM 1,500.00 sebulan X 12 bulan = RM 18,000.00 setahun. Ditolak keperluan hidup : - Diri (Setahun) RM 8,000.00 - Isteri (Setahun) RM 3,000.00 - Anak (Setiap seorang) RM 800,00 Jumlah RM 11,800.00 ditolak dengan gaji kasar setahun = RM 6,200.00 setahun.

Kadar zakat yang dikenakan ialah : RM 6,200.00 X 2.5% = RM 155.00 setahun RM 155.00 setahun dibahagikan kepada 12 bulan = RM 12.91 sebulan.

PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, juga memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut. Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi

kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat. Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya. Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum , pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana dihajati dan difikirkan perlu oleh golongan tersebut walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya. Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam proses perlaksanaan riba. Dengan penyediaan modal bererti tertutuplah pintu sistem pinjaman yang dikenakan riba. Modal daripada zakat boleh diberikan kepada fakir miskin yang berhajat untuk membuka sesuatu pekerjaan yang termampu olehnya, sama ada sebagai pemberian tunai atau sebagai pinjaman tanpa faedah.

Anda mungkin juga menyukai