Anda di halaman 1dari 4

GANGGUAN SEKSUAL : MENJAGA BATAS PERGAULAN DI PEJABAT

Pendahuluan :

Islam menetapkan batas-batas yang harus dijaga bagi mereka yang berlawanan jantina.
Batasan ini memastikan mereka tidak bebas bergaul. Syariat Islam amat mengambil
berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (iaitu tiada hubungan mahram
atau hubungan suami isteri).

Ianya bertujuan untuk menyempitkan hubungan dan pergaulan antara kedua-duanya


hanya kepada keperluan (bukan kebebasan) kerana kebebasan akan mendorong kepada
perbuatan zina atau seks bebas.

Pengertian Ikhtilat :

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di
antara Ielaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram tanpa kehadiran mahram atau
suami di satu tempat berlaku interaksi sama ada dalam bentuk pandang memandang
dan/atau perbualan di antara seseorang dengan lain.

Dalil :

Al Quran - Allah SWT melarang hamba-Nya daripada perbuatan yang cenderung


kepada penzinaan. Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu


adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan)...”
(Surah Al-Isra: Ayat 32)

Hadis Nabi SAW - Riwayat Ibn Abas r.a daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud
:

“Janganlah seorang lelaki itu bersunyian dengan seorang wanita


kecuali disertai dengan mahramnya”

(Riwayat al-Bukhari, 5233:4:1987; Muslim, 3336:4).

Ikhtilat / Pergaulan Lelaki dan Perempuan Yang Dibenarkan :

Perlu difahami, Islam membenarkan pergaulan pada beberapa keperluan dan situasi
dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti menutup aurat, menundukkan
pandangan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal. Sekiranya melanggar batas
yang ditetapkan Syarak, maka ia tidak dibolehkan. Walaubagaimanapun, pengasingan
tempat di antara lelaki dan perempuan semasa majlis seperti tempat makan dan lain-
lainnya adalah lebih baik.
Pergaulan Lelaki dan Perempuan Kerana Keperluan

 Pergaulan untuk urusan muamalah maliyah (urusan harta) seperti jual beli dan
aktiviti transaksi lain.
 Pergaulan semasa berkerja.
 Pergaulan semasa menjadi saksi (dalam kes-kes yang ditentukan oleh syarak yang
membenarkan perempuan menjadi saksi.
 Pergaulan lelaki dan perempuan dalam kenderaan awam.

Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat, di Tempat Kerja dan Dalam Majlis :-

 Pergaulan lelaki dan perempuan di tempat kerja.


 Pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar.
 Pergaulan lelaki dan perempuan semasa majlis kenduri kendara dan keraian.

Kaitan Ikhtilat / Pergaulan Dengan Gangguan Seksual di Tempat Kerja :

Ikhtilat atau pergaulan yang tidak menjaga batas-batas tertentu dilarang kerana ia jalan
memudahkan berlaku pelbagai kemaksiatan. Di antara yang lain ialah :

 Terjadinya khalwat, iaitu lelaki berdua-duaan dengan perempuan yang bukan


mahram.
 Terjadinya gangguan seksual, seperti sentuhan antara lelaki dan perempuan yang
bukan mahram.
 Berlakunya zina yang dimulakan dengan ikhtilat / pergaulan tanpa batas.

Akta Gangguan Seksual :

i. Apakah itu gangguan seksual?

Tingkah laku, perbuatan atau tindakan atau pernyataan yang bersifat seksual dan tidak
diingini yang mana boleh memberi kesan negative ke atas motivasi dan prestasi kerja
pegawai.

ii. Perlakuan, keadaan atau perbuatan yang berkait gangguan seksual :-

Gangguan Secara Fizikal

 Perbuatan yang membuatkan rasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk,


menggosok, mencubit, mencium, menjilat atau meraba.

Gangguan Secara Lisan.

 Perbuatan bercerita, jenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan atau


komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual.
Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan).

 Menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna isyarat


lain.

Gangguan Secara Visual.

 Menghantar bahan berunsur seksual melalui media elektronik atau platform


media sosial.

Gangguan Secara Psikologi.

 Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau


pujuk rayu.

Rujukan : Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)2000 Akta 605)

Kesimpulan :

Menjaga pergaulan dan tingkah laku merupakan suatu tuntutan dalam Islam termasuk
dalam menjaga batas pergaulan. Perlakuan tersebut menggambarkan keindahan akhlak
dan keluhuran budi pekerti seorang manusia yang disanjung tinggi dalam Islam.

Disediakan oleh :

Unit Integriti, Bahagian Dasar Pengurusan


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Anda mungkin juga menyukai