Anda di halaman 1dari 8

PEMBENTANGAN FOLIO

PENULISAN CTU
ETIKA PERGAULAN DALAM ISLAM

Disediakan oleh:
WAN NUR AIN AZIERA BINTI WAN MOHD FADLI
(2020487992)
PI080S66
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA

1. PENGENALAN

2. CARA BERGAUL MENURUT PENDEKATAN ISLAM

3. ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

4. IMPLIKASI DALAM PERGAULAN

5. INISIATIF MEMBENDUNG PERGAULAN BEBAS

6. KESIMPULAN

7. BIBLIOGRAFI
PENGENALAN

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah


“khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.1 Maksud pergaulan
(ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara
lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku
interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara
seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih.
CARA BERGAUL MENURUT PENDEKATAN ISLAM
3 PRINSIP UTAMA DALAM BERGAUL SESAMA MANUSIA TERUTAMANYA SESAMA
MUSLIM
• Ta’aruf (saling mengenal)
- Dapat mengetahui peribadi seseorang individu
(sifat,kegemaran,agama,karakter)

• Tafahum (memahami)
- Mengetahui bagaimana respons dan reaksi yang perlu kita berikan
terhadap peribadi individu.
- Dapat membezakan seseorang berakhlak mulia atau sebaliknya.

• Ta’awun (saling menolong)


- Membawa umat yang saling membantu dalam kebaikan dan taqwa.
ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
• Tidak bercampur dengan lelaki atau wanita asing (bukan mahram) kecuali
kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan,
dengan kadar yang mencukupi.
• Tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan ajnabi.
• Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian.
• Menjaga cara pertuturan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram.
• Aurat dan penghormatan hendaklah sentiasa dijaga antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim.
• Lelaki dan wanita mestilah tidak berdua-duan antara satu sama lain.
IMPLIKASI DALAM PERGAULAN
POSITIF :
- Menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.
- Melahirkan individu islam yang bertaqwa, istiqamah dan berdisiplin dalam
menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim.

NEGATIF:
- Institusi perkahwinan dianggap semakin tidak bernilai dan relevan, malah
umpama suatu institusi usang yang wajar disimpan di Muzium Sejarah Lama.
- Perceraian yang amat mudah berlaku.
- Remaja terutamanya terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin dan
bilangannya semakin meningkat tahun demi tahun.
INISIATIF MEMBENDUNG PERGAULAN BEBAS
Diri Sendiri

1. Setiap perbuatan dimulakan dengan niat.

2. Nafsu tidak pernah kenyang. Setiap individu perlulah menundukkan hawa nafsu mereka
tidak kiralah lelaki ataupun perempuan.

3. Berhati-hati dalam memilih kawan kerana kawan yang jahat memberi impak yang sangat
besar dalam kehidupan.

Masyarakat

1. Perilaku individu di sekeliling mendorong seseorang untuk mengikuti mereka.

Negara

1. mempraktikkan nilai-nilai serta ajaran Islam dalam pemerintahan negara khususnya dan
dalam segala aspek amnya.
KESIMPULAN

Pergaulan merupakan interaksi antara manusia. Pergaulan memainkan


peranan penting dalam kehidupan seharian. Namun, setiap perkara di dunia
datang dengan dua aspek, positif dan negatif. Oleh itu, dalam bergaul, kita
sebagai manusia perlu bersandarkan syariat Allah dan hadis Rasulullah. Hal ini
supaya, implikasi negatif hasil daripada pergaulan yang tidak berlandaskan
syariat iaitu pergaulan bebas dapat dihindarkan secara efisien.

Anda mungkin juga menyukai