Anda di halaman 1dari 5

PENGANIAYAAN TERHADAP WANITA DALAM KONTEKS

PERUNDANGAN SYARIAH DAN SIVIL

Oleh:
Hasiah binti Mat Salleh1
Yusliha binti mohd Yunus2

Pendahuluan

Penganiayaan merupakan satu istilah bahasa melayu yang berasal


dari kata dasar aniaya bermaksud perbuatan yang menyakiti atau
menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan dan
penyeksaan. Manakala penganiayaan pula bermaksud perbuatan
menganiayai, menyeksaan dan menindasan.3 Selain itu perkataan ini
juga membawa maksud pengzaliman, pengejaman, penderaan dan
pemerasan.4

Jika dilihat istilah ini dalam konteks bahasa Arab, ia lebih


sinonim dengan istilah (zulm) iaitu menjauhi atau mengurangkan hak
seseorang atau melakukan sesuatu yang ditegah. 5 Dari sudut istilah
syarak penganiayaan terhadap wanita adalah satu bentuk perbuatan
yang menidakkan hak seseorang wanita atau mengambil hak wanita
secara kekerasan serta melakukan kezaliman terhadap mereka
sehingga mendatangkan dharar syarie (kemudharatan terhadap isteri
dalam bentuk fizikal dan mental khususnya dalam lima hak asas iaitu
agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran atau jiwa, maruah atau
keturunan dan harta).

Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa ayat 129 :

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri


kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak

1 Pensyarah Jabatan Syariah & Undang-Undang Kolej Islam Sultan


Ahmad Shah
2 Pensyarah Jabatan Syariah & Undang-Undang Kolej Islam Sultan
Ahmad Shah
3 Kamus Dewan, 2002, Edisi ke-3, hlm 50.
4 Kamus Tersaurus Bahasa Melayu Dewan, 2005.Edisi baharu, hlm
35.
5 Mujam at-Thalib.2007. hlm 274
1
melakukannya. Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan
melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang lain
seperti benda yang tergantung di awing-awangan), dan jika
kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan
memelihara diri (perbuatan-perbuatan yang zalim) maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.

Terdapat banyak hadis yang menyatakan memperingatkan tentang


mengawasi tindak tanduk agar tidak menzalimi golongan wanita
khususnya isteri antaranya :

Bertaqwalah kamu kepada Allah dalam urusan wanita,


sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah
Allah dan perhubungan kamu dengan mereka telah
dihalalkan dengan perkataan-perkataan Allah.

(Riwayat Muslim)

Manakala dari sudut undang-undang sivil menurut Womens


Aid Organisation telah memberikan tafsiran keganasan terhadap
wanita sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak
dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap
sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki. Keganasan
terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas
dan budaya.6

Jenis-jenis penganiayaan terhadap wanita.

Penganiayaan terhadap wanita bukan sahaja berbentuk penderaan ke


atas fizikal bahkan meliputi aspek-aspek yang berikut :

a) Penderaan Psikologi dan Emosi (jiwa)

Penderaan psikologi dan emosi adalah melibatkan perasaan


wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan
sendiri. Contoh penderaan bentuk psikologi dan emosi ialah
mengugut, menghina atau memalukan wanita tersebut di
hadapan kawan-kawannya ataupun menjatuhkan maruah
wanita sehingga meninggalkan kesan buruk sama seperti

6 Womens Organisation. Sumber Internet: http://www.wao.org.my


2
kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan
perasaan wanita tersebut.

b) Penderaan Fizikal

Contoh penderaan fizikal ialah memukul, menumbuk,


menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan
tulang, membaling barang dan menggunakan senjata. Selain
daripada itu, menghalang seseorang wanita daripada
mendapatkan keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan
juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk
penderaan fizikal.

c) Penderaan Seksual (maruah dan keturunan)

Penderaan berbentuk seksual adalah memaksa melakukan


atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan
wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan
hubungan seks atau melakukan seks luar tabii.

d) Penderaan Sosial

Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana


wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan
masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan
luar. Contoh penderaan berbentuk ini adalah seperti
memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau
saudara- maranya atau menyekat beliau daripada
menggunakan telefon atau kereta atau mengasingkan wanita
tersebut dari sokongan yang beliau perlukan.

e) Penderaan Kewangan (harta)

Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan


dan tidak dibenarkan membuka akaun bank atau menyimpan
wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan
mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan
dikawal oleh orang lain serta terpaksa bergantung kepada
orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.7

7 Womens Organisation. Sumber Internet:


3
f) Penderaan dalam Beragama

Suami memaksa isteri untuk keluar dari Agama Islam,


melarang isteri beribadat dan menutup aurat, melacurkan
isteri, memaksa isteri minum arak dan membawa isteri
menyertai ajaran sesat. Selain itu penderaan emosi
juga boleh mendorong kepada penderaan agama
berlaku seperti paksaan agar isteri keluar dari Agama Islam
atau cubaan untuk memurtadkan diri bagi membatalan
perkahwinan.8

Penganiayaan Wanita dari Sudut Perundangan Syariah.

Dalam pengamalan Undang-undang Syariah di Malaysia batas kuasa


Mahkamah Syariah dalam menangani dan menyelesaikan kes-kes
berkaitan penganiayaan wanita adalah terbatas dan tertumpu kepada
aspek kekeluargaan. Walaubagaimanapun terdapat peruntukan yang
jelas berkaitan penganiayaan terhadap isteri merupakan satu
kesalahan yang berat dan larangan serta terdapat penetapan hukuman
bagi suami yang tidak berlaku adil ke atas isteri.

i) Seksyen 128(1)

Seseorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya


suami atau isteri atau menipu harta isterinya atau suami
mengikut mana-mana yang berkenaan adalah
melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara
itu.

ii) Seksyen 129

Seseorang yang tidak memberi keadilan yang sewajarnya


kepada isteri mengikut hukum syarak adalah melakukan satu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi

http://www.wao.org.my
8 Raihanah Abdullah. 2001.Wanita dan Perundangan Islam.
hlm 92
4
satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.9

9 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang,


2005. ( Enakmen 3)
5

Anda mungkin juga menyukai