Anda di halaman 1dari 27

PEMBENTANGAN QAWAID FIQH

KAEDAH LA DARAR WALA DIRAR


(DAIJ)
• Muhammad Haikal Bin Taib G1719567
KAEDAH LA
DARAR WALA
DIRAR
• Kaedah ini juga dipanggil kaedah “Al Darar Yuzal”
bermaksud “kemudaratan itu haruslah dicegah / dihilangkan
/ diketepikan.
• Di dalam hadith lebih umum iaitu “ La Darar Wala Dirar”
iaitu merangkumi jangan beri mudarat dan jangan dibalas
dengan kemudaratan juga.
• Seperti contoh : Seseorang itu tidak boleh membuat mudarat
kepada orang lain, dan jika orang lain membuat mudarat
kepada kita, maka kita tidak boleh membalas dengan
kemudaratan.
• Maksud Hadith : jangan membuat keburukan / mudarat
dengan sesuka hati
• Tidak boleh mulakan sesuatu dengan kejahatan dan tidak
boleh membalas keburukan dengan keburukan.
• Sebahagian pentafsir menyatakan : Janganlah seseorang itu
membuat mudarat kepada saudaranya sama ada dia yang
memulakan mudarat atau pun membalas dengan
kemudaratan.
• Hadith ini merupakan dalil kepada pengharaman untuk
melakukan kemudaratan disebabkan “La” nafi /”La”
istighroqiah , yang memberi maksud bahawa “haram” segala
kemudaratan.
• Menurut syara’, segala kemudaratan ini “haram” disebabkan
kemudaratan ini sebahagian daripada kezaliman, kecuali
dengan apa yang dikhaskan adanya dalil contohnya :
Hudud dan balasan jenayah
• Lakukan mudarat dan balas dengan kemudaratan akan
menjadi “haram” jika tiada dalil, seperti contoh : jika
seseorang mencuri barang orang lain dengan kadar boleh
dihukum untuk potong tangan, maka dibolehkan hukuman
kerana ada dalil dan melibatkan hak orang lain.
• Adapun jika diletakkan kemudaratan diseabkan hak, maka ini
dituntut oleh syara’. Seperti mana orang yang melampaui
batas-batas. (melakukan jenayah, maka didenda bedasarkan
jenayah yang dilakukan)
• Membuat mudarat dengan rela hati (tanpa ada hak orang
lain) :
• 1) Dengan sengaja lakukan kejahatan kepada orang lain,
contoh memukul seseorang tanpa sebab, maka tidak boleh!.
Dalam Quran banyak menyebut tentang pengharaman
membuat kejahatan dengan suka-suka.
Contoh : ayat yang melarang memberi wasihat hingga
memudaratkan waris. Jika lakukan sedemikian ini merupakan
salah satu dari dosa-dosa besar
Contoh : Apabila seseorang telah talaq isteri-isteri nya dan si
isteri telah hampir tamat tempoh iddah nya dan jika si suami
ingin meruju’ nya dan kemudian men talaq’ nya semula
dengan tujuan sengaja ingin menyusahkan si isteri, maka
tidak dibolehkan.
• “Jangan lah kamu memberi mudarat kepada ibu disebabkan
anaknya dan jangan lah kamu beri bapa itu sedih disebabkan
anaknya”.
Maksudnya, jika ayah mempunyai hak kepada anaknya,
jangan lah menghalang si ibu untuk berjumpa anak nya bagi
memberi susu kepada anaknya dengan tujuan tidak mahu
anaknya berjumpa dengan ibunya. Dan ibu pula
sememangnya hak penjagaan anak ada lah hak ibu, dan jika
ibu memberi susu kepada anak nya jangan meminta nafkah
(duit) yang berlebihan(berganda-ganda) kepada suami dengan
tujuan ingin menyusahkan suami.
• 2) Membuat mudarat dengan sebab tertentu
Contoh, membuat mudarat kepada barang dia diri sendiri,
dengan tujuan dengan perbuatan itu akan memberi
kemudaratan kepada orang lain atau menghalang orang dari
bermanfaat menggunakan barang dia sendiri.
Contoh : menghalang orang menggunakan kereta dia sendiri,
jadi memudaratkan orang tersebut dari menggunakan
keretanya.
Memudaratkan barang sendiri tetapi berlainan pada adat.
Seperti, seseorang membakar sampah di halaman rumah dan
tiba2 barang jirannya terbakar juga. Maka, harus diganti
barang tersebut.
juii
• Pendapat Imam Syafie’ dan Abu Hanifah :
Boleh, Terserah kepada seseorang kerana barang itu adalah
hak nya.

Pendapat Imam Ahmad dan Imam Malik dan salah satu


pandangan dari Mazhab As Syafie :
Tidak boleh, kerana memudaratkan orang lain jika membuat
begitu, (dalam beberapa keadaan). Contoh : seseorang
menebuk lubang pada banggunan/ rumah nya sehingga
menampakkan jiran sebelah, maka perlu tutup semula.
*Contoh mudah : Jika ditanah arab, memasak (ikan pekasam)
hinggakan mengganggu jiran arab kerana bau nya , maka
tidak boleh berbuat demikian.
• Syarah kaedah-
• Kaedah ini merupakan asas kepada kebanyakan rukun-rukun
syariah yang mana banyak nas-nas yang diperuntukkan
untuknya daripada al-quran dan as-sunah.
• Dan perlu disebutkan juga bahawa ia menjadi keutamaan
kerana ia adalah asas untuk menghalang perbuatan (dhor)
iaitu perbuatan yang bahaya.Dan kaedah ini banyak diguna
pakai di dalam perkara-perkara yang melibatkan harta seperti
ganti rugi ataupun pampasan dan yang keduanya yang
melibatkan hukuman-hukuman seperti hukuman hadd.
• Dan kaedah ini pada asasnya adalah untuk meraih
kemaslahatan dan menolak kemafsadatan (kerusakan),dan
kaedah ini digunakan oleh fuqahak bagi menyokong
kebanyakan kenyataan-kenyataan mereka dalam menentukan
hukum-hukum syariah pada perkara-perkara yang baru
muncul.
• Kaitan kaedah ini dengan perkara-perkara baharu muncul yang
dapat dijadikan contoh dalam bidang perubatan ialah:-
• 1.Larangan berubat dengan menggunakan sihir

• 2.Larangan berubat tanpa mengetahui ilmu perubatan

• 3.Larangan laki-laki mengobati wanita atau sebaliknya tanpa


adanya alasan yang benar dan mendesak

• 4.Larangan menimbulkan luka yang lebih besar jika hal itu boleh
dihindari

• 5.Larangan mempersulit pesakit atau mempersulit dokter


dengan alasan balas dendam karena masalah keluarga
• 6.Larangan melakukan pembedahan jika tidak ada alasan
yang benar dan mendesak

• 7.Larangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan

• 8.Larangan berbohong oleh dokter kepada pesakit dan


pesakit kepada dokter dengan alasan kebaikan yang
dengannya dapat mendatangkan kemudharatan lebih besar
nantinya.

• 9.Larangan melakukan operasi Caesar bila proses


persalinan bayi dapat dilakukan dengan normal

• 10.Larangan melakukan donor atau transplantasi organ


tubuh jika hal itu dapat merugikan pendonornya
dikemudian hari.
• 11.Larangan bercampur baur dengan pesakit yang
memiliki penyakit menular yang dengannya dapat
mendatangkan mudharat kepada orang yang sehat.
Berdasarkan hal ini maka pesakit dengan penyakit menular
tertentu dapat dikarantina, sesuia juga dengan Hadist Nadi
Muhammad Shallallahu Alayhi Wasallam, “apabila kalian
mendengar ada wabah tha’un di suatu negri, jangan kamu
datang ke sana. Dan jika terjadi wabah tha;un di negrimu,
jangan kamu keluar melarikan diri darinya”.

• 12.Larangan memberi ubat atau berubat dengan dose


yang berat jika dose yang ringan masih dapat diberikan.

• 13.Larangan membebani biaya pengobatan atau obat yang


mahal kepada pesakit diluar batas kemampuannya dan
dengan alasan yang tidak benar.
• Dan kaedah ini juga telah banyak digunakan dalam
bab-bab fiqh seperti dalam perkara
• -memulangkan barang yang ada aib -syufah- qisos -
hudud dan kifarah- ganti rugi kerosakan -
menggantikan semula barang yang sama dengan
bahagiannya ketika sama jenisnya -pelantikan imam
dan hakim -membunuh orang-orang musyrikin dan
bughah
• Dan hikmah kepada kaedah ini adalah untuk
mengelakkan bahaya kepada diri sendiri dan orang
lain dan menghalang sesuatu bahaya sebelum ianya
terjadi dengan cara mencegah dari segala
kemungkinan bahaya itu akan datang.Ataupun
menghalang daripada berlakunya bahaya itu daripada
berulang sekali lagi
• Apakah yang dimaksudkan dengan mencegah
kemerbahayaan ataupun membahayakan -:‫ضرار‬
• Iaitu tidak membahayakan dengan membuat lebih
pada bahaya itu ataupun meluaskan lagi bahayanya
dan tidak boleh terjadinya ia dengan sengaja ataupun
memang berniat untuk balas membahayakan kepada
orang itu contohnya:-
• Sesorang itu merosakkan harta orang lain,maka tidak
boleh bagi kita untuk pergi merosakkan harta orang
itu pulak kerana padanya akan meluaskan bahaya itu
kerana ia tidak akan memberi apa-apa manfaat
pun.Yang terbaik nya adalah dengan menggantikan
apa yang dirosakkan itu dengan barangan atau
dengan nilai yang setimpal dan tidak juga ia meminta
lebih daripada itu.
• Diantara contoh-contoh permasalahan kepada
kaedah ini ialah:
• a)Mengembalikan barang yang dibeli dengan sebab
terdapat‘ayb iaitu kecacatan, perselisihan tentang
sifat-sifat yang disyaratkan , taghrir iaitu penipuan,
serta menfasakhkan perkahwinan dengan sebab ‘ayb
atau kemiskinan suami atau lain-lainnya.
• b)Jika tempoh sewaan tanah pertanian telah berakhir
sedangkan hasil tanaman belum dituai lagi, maka
tanah tersebut dianggap masih kekal dalam tangan
penyewa dengan membayar sewa semasa sehingga
tanamannya dituai. Ini sebagai menegah daripada
memudaratkan penyewa yang terpaksa mencabut
tanamannya sebelum tiba masanya
Kaedah pecahan 1
Kaedah - ‫اإلمكان بقدر يدفع الضرر‬

 MAKSUD KAEDAH :- Kemudaratan dihilangkan sekadar kemampuan.

 Ia bermaksud, kemudaratan itu harus dihindarkan menurut batas-batas


kemungkinan. Apa yang tersirat daripada kaedah itu ialah terdapatnya
kewajipan untuk menghindarkan daripada berlaku atau terjadinya sesuatu
kemudaratan. Untuk itu lah usaha-usaha untuk membendung atau
menyekat supaya tidak berlakunya sesuatu kemudaratan tersebut dengan
segala usaha yang mungkin dan mampu dilakukan hendaklah diusahakan.
 Kaedah ini berasal daripada kaedah usuliyyah yang berkaitan
dengan skop kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya. Di
mana sesuatu kemudaratan itu kiranya ia dapat dibendung atau
dihapuskan keseluruhannya, itu adalah yang terbaik.

 Namun begitu,kiranya tidak dapat berbuat begitu, lakukanlah


menurut kadar termampu. Kerana taklif syarak itu dikenakan
terhadap mukallaf menurut kadar kemampuan.
DALIL KAEDAH

 AL-QURAN :-
SURAH AL-ANNFAL AYAT 60
Maksudnya:-
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu
musuh Allah."
 Sebagaimana Allah S.W.T telah memerintahkan orang-orang mukmin
bersiap sedia dengan kekuatan mereka untuk menentang pihak musuh.

 Dengan itu dapat mencegah kemudaratan yakni bahaya yang akan di


bawa oleh pihak musuh.

 Hal itu dpat menakutkan dan menggerunkan pihak musuh,sehingga


mereka tidak akan menyerang tentera islam. Dan sekiranya mereka
menyerang,maka tentera islam telah bersiap sedia.
CONTOH-CONTOH BERKAITAN KAEDAH INI

 Diantara contoh pecahan kaedah ini ialah: Jika seseorang


merampas harta orang lain lalu mengguna atau
merosakkannya, oleh kerana tidak boleh memulangkan
harta tersebut, maka si perampas hendaklah menjamin
dengan mengembalikan seumpama dengan harta tersebut
jika ia ada yang seumpamanya, atau membayar harganya
jika ia tidak mempunyai harta yang seumpamanya.

 Disyariatkan Jihad untuk mencegah bahaya yang datang


dari musuh-musuh islam.
 Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan
membukukan al-Quran supaya ia tidak hilang.

 Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai


arak agar tidak timbul masalah yang lebih besar.

 Sekiranya boleh dicegah haiwan yang memekik atau


berteriak dengan menggunakan suara atau sergahan, maka
tidak perlulah menghindarkannya dengan tangan mahupun
kayu.
Al darar yuzal
Maksud kaedah ini: kemudaratan wajib dihilangkan
Contoh daripada kaedah ini

• Dedahan pokok yang menutupi rumah jiran-jiran wajib dicantas jika


ianya membahayakan rumah mereka.

• Di dalam Islam terdapat pelbagai khiyar dalam sebahagian akad untuk


memastikan tiada mudarat antara penjual dan pembeli.
Al doror la yazalu bi mislihi

• *kaedah ini merupakan pengikat kepada kaedah yang sebelumnya.

MAKSUD KAEDAH INI:


Kemudaratan tidak dapat dihilangkan dengan kemudaratan-kemudaratan
yang yang sama atau lebih mudarat dengannya.
CONTOH KEPADA KAEDAH
INI
• Jika seseorang yang dipaksa seseorang yang lain,nescaya ia tidak halal
untuk membunuhnya kerana pembunuhan itu menimbulkn mudarat
yang sama atau lebih mudarat darinya.

• Nafkah tidak diwajibkan keatas keluarga yang fakir untuk keluarga yang
juga fakir.Hal ini kerana menolak kemudaratan daripada fakir pertama
itu menimbulkan kemudaratan yang sama kepada keluarga kedua.
• Seoarang pembeli tidak boleh memulangkan barang belian jika berlaku
kecacatan setelah dibeli walaupun adanya kecacatan dari pihak penjual
sebelum dia membelinya,melainkan dengan keredhaan penjual.
*pembeli boleh memulangkannya dengan harga yang lebih murah

Anda mungkin juga menyukai