Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN Pinjaman adalah satu isu penting yang berlegar saban hari di dalam kehidupan kita.

Menurut perhitungan ilmu ekonomi yang membicarakan manusia sebagai makhluk ekonomi), manusia mempunyai kehendak yang tidak terhad berbanding dengan sumber yang terhad yang manusia miliki. Disebabkan oleh sumber terhad yang dimiliki oleh manusia, manusia perlu membuat pilihan terhadap keutamaan yang perlu didahului. Disebabkan sumber terhad yang dimiliki jugalah menyebabkan timbulnya kos melepas akibat pilihan yang dibuat oleh manusia. Manusia yang memiliki nafsu yang besar ini, dalam usaha untuk memenuhi juga kehendaknya terpaksalah membuat pinjaman daripada faktor lebihan yang terdapat disekelilingnya termasuklah dari bank atau institusi yang menyediakan pinjaman. Manusia yang terhad sumbernya dikenalli sebagai faktor kurangan. Namun tidak dinafikan dicelah-celah manusia yang tamak tadi, ada manusia yang benarbenar memerlukan. Mereka ialah golongan manusia yang berada di dalam kesempitan. Mereka terpaksa meminjam untuk menyara kehidupan mereka. Maka mereka ini akan pergi ke bank atau mana-mana institusi yang boleh memberikan mereka pinjaman sebagai modal atau sebagainya. Disinilah kita akan menyedaria bahawa hanya Islam sahaja yang boleh memberi keadilan kepada mereka. Islam mengharamkan seseorang menggunakan kesempatan ke atas orang yang kesempitan dan terdesak dengan mengambil keuntuangan di atas kesusahan orang lain. Dunia kapitalis yang tidak mengenal belas kasihan akan melihat orang yang terdesak ini sebagai peluang membuat keuntungan. Pinjaman yang diberikan hanyalah sebagai topeng untuk menindas si miskin yang amat memerlukan. Atas nama pinjaman tadi mereka akan mengenakan pelbagai nama seperti service charge, interest, bunya dan sebagainya. Akhirnya bunga yang terpaksa dibayar oleh si penghutang melebihi hutang sebenar yang dibuat. Di sini terletak peranan institusi perbankan Islam. Islam mengajar penganutnya melakukan kebajikan, membantu orang miskin, meringankan

beban mereka. Nabi SAW mengisyaratkan bahawa sesiapa yang melepaskan kesusahan seseorang di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di hari Kiamat. Justeru pinjaman yang diberikan ialah pinjaman yang bukan bermatlamatkan keuntungan. Keuntungan boleh dijana melalui perniagaan bukannya melalui pinjaman kepada mereka yang memerlukan. DEFINASI AL-QARD Qard bermaksud pinjaman iaitu jenis pertukaran atau pindahan hak milik sesuatu aset ataupun wang daripada pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat pihak itu bagi balik pada kemudian hari dengan nilai ataupun aset yang sama. Misalnya dia pinjam kereta, dia bagi balik kereta yang sama. Dia pinjam wang, dia bagi balik wang yang sama nilainya tanpa sebarang penambahan. Qard ataupun pinjaman yang diperkenalkan oleh Islam adalah merupakan kontrak yang diasaskan atas dasar bantu membantu,suka rela ataupun tabarru’ dan juga belas kasihan kepada mereka yang memerlukan. Nabi SAW bersabda "Setiap pinjaman yang bermatlamat atau yang boleh mendatangkan manfaat (untung dsb kepada si pemberi pinjam), maka ia termasuk di dalam riba". Dalam Islam, kos perkhidmatan yang sering diwar-warkan pun kadang-kadang di luar daripada kos sebenar. Hanya kos sebenar yang dibenarkan dan diharuskan. Kos perkhidmatan yang diluar kos sebenar adalah diharamkan. Ini disebut oleh ulama-ulama termasuklah Majlis Syariah daripada Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institution (AAOIFI) dan juga Kesatuan Fiqh Islam Sedunia yang menganggap bahawa apabila kita menjalankan pinjaman, maka kita mendapat balik pinjaman yang sama. Kita tak boleh kenakan kos di luar daripada kos sebenar yang berkaitan dengan gaji, yang berkaitan dengan sewa tempat.

PERBEZAAN PINJAMAN DENGAN PEMBAYARAN Pinjaman Al-Qard Pinjaman mempunyai konsep yang berbeza dengan pembiayaan. Pinjaman membawa makna yang sangat terbatas. Urus niaganya lebih kepada bentuk kebajikan tidak yang menuntut apa-apa keuntungan daripada pemimjam. Istilah pinjaman hanya sesuia digunakan ke atas semua bentuk urus niaga kebajikan tanpa mengambil sebarang keuntungan atau faedah daripada peminjam. Istilah pinjaman pada hakikatnyatidak tepat untuk dipakai dalam urus niaga perdagangan atau komersial seperti istilah yang sering digunakan kepada pinjaman membeli kereta, pinjaman perumahan, pinjaman membuka perniagaan yang berlandaskan syara'. Antara ciri yang jelas terdapat dalam skim pinjaman al-qard ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Pinjaman mengutamakan aktiviti kebajikan Pinjaman yang tidak melibatkan jumlah yang besar Bayaran pinjaman yang tertangguh tidak akan dikenakan faedah Pinjaman tidak mempunyai tempoh yang lama Pinjaman yang tidak mampu dibayar, digalakkan supaya dihapuskan sahaja setelah peminjam diminta membayar sekadar yang termampu olehnya. Pinjaman al-Qard al-Hasan Al-Qardhu atau Al-Qard menurut pandangan syara adalah sesuatu yang dipinjamkan atau hutang diberikan. Menurut istilah para fuqaha, hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan. Dengan lain perkataan, al-Qardhul Hasan adalah merupakan suatu kontrak hutang yang diasaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 245 yang bermaksud; Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman (al-Qardhu) kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (Hasan) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan. Al-Qardhu (pinjaman) dalam ayat di atas adalah merupakan al-Qard al-Hasan iaitu pinjaman yang baik. Ini bermaksud jika seseorang meminjamkan sesuatu kepada orang lain, pinjaman tersebut mesti dipulangkan kepada tuannya dalam jumlah atau bentuk yang sama dan tidak boleh ada penambahan pada barangan tersebut. Itu adalah merupakan bukan kos sebenar. Mesti ditanggung oleh institusi yang mana institusi ini mestilah menjalankan perniagaan yang lain untuk menampung kos operasi mereka. Sebagai contoh, apabila kita beri pinjaman RM5000, kita pulang semula RM5000. Cuma oleh kerana rasa tanggungjawab, rasa terima kasih seseorang peminjam atau penghutang, rasa terhutang budi kepada si pemberi pinjam, maka si peminjam tambahkan sedikit sebagai hadiah. Itu dibolehkan. Ini yang disebut Hasan atau baik. Perkara ini boleh dikembangkan dalam masyarakat kita, untuk kita melihat masyarakat yang lebih bertimbang rasa, masyarakat yang lebih berkasih sayang. Sudah tentulah sekiranya jumlah yang dipinjam lebih besar maka rasa terhutang budi tadi sudah tentu lebih besar. Nabi SAW pernah menyebut dalam peristiwa yang cukup terkenal dalam perjalanan Isra & Mikraj dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a; Bersabda Rasulullah SAW,"Aku telah nampak pada malam aku diperjalankan iaitu malam Isra & Mikraj tertulis di pintu Syurga, satu sedekah yang digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda, manakala qard ataupun pinjaman tanpa faedah yang digandakan sebanyak 18 kali ganda"; - Riwayat Ibnu Majjah. QARD DAN MUAMALAT ISLAM SECARA asasnya, Islam tidak menggalakkan kita berhutang. Namun, kita tidak boleh menolak kemungkinan untuk berhutang bagi memenuhi keperluan hidup. Justeru, seorang muslim tidak digalakkan berhutang kecuali ketika berhadapan situasi yang memerlukannya

berbuat demikian. Qard dari sudut bahasa bermaksud al-qat' (potong). Harta yang diserahkan kepada orang yang berhutang dinamakan qard sebab ia adalah potongan daripada harta orang yang memberi hutang. Daripada segi istilah, qard menurut ulama Hanafi adalah pemberian harta mithliy oleh seseorang kepada seseorang yang lain yang perlu dibayar semula. Atau dengan ungkapan lain, ia satu kontrak yang khusus mengenai penyerahan harta mithliy kepada seseorang supaya orang itu memulangkan kembali harta yang sama sepertinya (rujuk Al-Durr Mukhtar, jil. IV, ms 179). Barang mithliy adalah barang yang mempunyai unit yang serupa di pasaran seperti bangunan, rumah, tanah, kereta dan sebagainya. Namun begitu, ulama mazhab Syafie mengharuskan pinjaman semua barang sama ada yang boleh ditentukan jenis kuantiti atau kualitinya termasuklah barang jenis mithliy atau qimiy. Kalimah qard biasanya digandingkan dengan hasan bagi menunjukkan bahawa pinjaman dalam Islam hanyalah untuk membantu pihak yang meminjam, bukannya untuk mendapatkan keuntungan. Islam melarang umatnya mendapatkan sebarang manfaat melebihi jumlah pinjaman yang diberikan kepada peminjam. Walaupun Islam tidak menggalakkan kita untuk berhutang, tetapi sekiranya ada pihak yang mahu mendapatkan bantuan pinjaman, maka kita digalakkan untuk memberikannya sekadar yang termampu. Bahkan, Allah SWT memuliakan mereka yang sanggup berkorban untuk memberikan pinjaman kepada saudaranya kerana belas kasihan, bukannya untuk mengeksploitasi kesulitannya itu. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesuatu yang dipinjamkan oleh seseorang Muslim kepada Muslim yang lain sebanyak dua kali seperti bersedekah sekali (riwayat Ibn Hibban)." Daripada Anas bin Malik r.a berkata Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat di malam aku diisrakkan ke langit tertulis di pintu syurga, digandakan sedekah dengan sepuluh gandaan dan digandakan al-qard dengan 18 gandaan, lalu aku bertanya kepada Jibril, adakah al-qard lebih

afdal dari sedekah? Jibril berkata: peminta akan meminta walaupun ketika dia memiliki (sesuatu barangan) dan peminjam tidak akan meminjam kecuali kerana keperluan. (riwayat Ibn Majah, 2/812). Kedua-dua hadis di atas menunjukkan Allah SWT akan memberi ganjaran pahala bagi mereka yang memberi pinjaman untuk membantu dan bagi menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Sebaliknya, Allah SWT memurkai mereka yang cuba mengambil kesempatan bagi memperolehi keuntungan sama ada sedikit atau banyak melalui kontrak qard. Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman tidak sesekali boleh dijadikan alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam qard tercapai, Islam meletakkan kewajipan bagi setiap pinjaman wang (contoh: RM5,000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau dipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (contoh 3 peratus daripada jumlah RM5,000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ia termasuk dalam kategori riba an-nasiah yang disepakati haramnya. (rujuk Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217). Ia berdasarkan hadis yang bermaksud: "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjam maka ia adalah riba". (rujuk Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232). Namun, jika ia diberikan sebagai penghargaan kepada pemberi pinjaman tanpa disyaratkan, maka ia dibolehkan. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang pernah berhutang unta betina dan baginda memulangkan dengan unta raba'iyyan. Baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling baik menjelaskan hutangnya. (riwayat Muslim, Ahmad dan Ashab al-Sunan al-Arba'ah).

RUJUKAN Modul Pengajian Jarak Jauh. (2007). BPMS 2013 Fiqh Muamalat. UUM, Sintok. Osman Sabran. (2001). Urus niaga Al-Qard Al-Hasan: Dalam pinjaman tanpa riba . UTM, Skudai.

Anda mungkin juga menyukai