Anda di halaman 1dari 3

1.

Sebarang bentuk perkara yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada


manusia serta dalam masa yang sama ia menghalang keburukan dan kemudaratan
ke atas diri mereka, adalah dianggap sebagai maslahah. Nyatakan pembahagian
maslahah menurut Dr Abd Karim Zaidan.

Syeikh Dr. Abd al-Karim Zaidan membahagikan maslahah ini kepada tiga bahagian:

Pertama: Maslahah Mu’tabarah

Menjaga agama, jiwa, akal, maruah, serta harta. Kerana itu syarak mensyariatkan
jihad untuk maslahah memelihara agama, disyariatkan qisas untuk menjaga
maslahah nyawa, disyariatkan hukum had ke atas peminum arak demi maslahah
menjaga akal fikiran, disyariatkan hukum had terhadap penzina dan juga qazaf demi
menjaga kemaslahatan maruah diri, serta disyariatkan hukum had ke atas pencuri
bagi maslahah menjaga harta.

Kedua: Maslahah Mulghaah

Selain dari maslahah yang diambil kira oleh syarak ada juga maslahah yang syarak
membatalkannya, dari sudut syarak tidak menganggapnya sebagai maslahah yang
diambil kira dan menjadikannya maslahah yang marjuhah. Berikut kami sebutkan
beberapa perkara sebagai contoh:

 Maslahah orang perempuan mendapat kadar samarata dengan saudara


lelakinya dalam pembahagian mirath (harta pusaka).
 Maslahah seseorang yang mengamalkan riba dari sudut bertambahnya
hartanya hasil pengamalan riba.
 Maslahah peniaga arak dan pengamal judi hasil dari penjualan arak dan juga
menang berjudi.

Ketiga-tiga maslahah ini, dianggap sebagai maslahah yang dibatalkan oleh syarak
dari sudut syarak tidak mensyariatkan akan keharusannya. Bahkan syarak
mensyariatkan kepada perkara yang berlawanan dengannya.
Ketiga: Maslahah Mursalah

Disamping terdapatnya maslahah yang diambil kira dan maslahah yang tidak diambil
kira, ada suatu maslahah yang tidak dinaskan oleh syarak sama ada syarak
membatalkannya atau syarak menerimanya. Inilah yang dinamakan sebagai
maslahah mursalah di sisi usuliyyun. Ia dianggap sebagai maslahah kerana ia
mendatangkan manfaat dan menghalang kemudharatan. Manakala ia dinamakan
sebagai mursalah kerana ia tidak disebutkan oleh syarak sama ada ia diambil kira
ataupun ia dibatalkan (tidak diambil kira).

Syeikh Abdul Fattah bin Muhammad berkata: Ia dinamakan sebagai al-maslahah al-


mursalah kerana ia merupakan manfaat yang tidak terdapat dalil yang menyatakan
padanya. Namun tidak dapat dinafikan bahawa usul-usul agama yang umum
menyaksikan danmengiktirafnya. Sekalipun maslahah mursalah ini bukanlah dalil
yang mustaqil (bersendiri), ia adalah hujah dengan beberapa syarat berikut:

 Ia mestilah berupa suatu permasalahan yang bermanfaat.

 Permasalahan itu pula hendaklah bersifat umum.

 Ia hendaklah tidak bercanggah dengan nas.


2. Menurut al-Faqih al-Halwani al-Hanafi, istihsan adalah: Meninggalkan qiyas
kerana satu dalil yang lebih kuat darinya daripada al-Quran ataupun al-Sunnah atau
ijma’. Nyatakan jenis-jenis istihsan yang dianggap muktabar.

Jenis-jenis istihsan

 Istihsan dengan nas


 Istihsan dengan ijma
 Istihsan dengan qiyas khafiy
 Istihsan dengan uruf
 Istihsan dengan maslahah atau keperluan (dharurah)

Anda mungkin juga menyukai